sebagai hiasan sahaja |
Kita selalu mendengar cerita pengorbanan seorang ibu,kita jarang sekali mendengar cerita pengorbanan seorang bapa,ayah,abah ataupun papa kepada anak-anaknya. Ini kisah benar yang put sendiri melihat,merasa dan memerhati iaitu abah put. Abah put dahulu seorang pegawai tentera,selepas abah put berhenti kerja,abah mencari kerja lain, pelbagai kerja abah lalui,ada kerja sampai memotong semak samun dikebun getah dan hanya mendapat bungkusan makanan sebagai balasan seperti sardin,kicap,telur, serbuk teh dan lain-lain.
Selepas itu, selalu tiba sahaja bulan ramadhan abah pasti tidak senang duduk,putu tau abah risau anak-anak dan isterinya untuk makan dibulan puasa malah tiba dihari raya. Put selalu dapat pakaian raya dari jiran-jiran yang sedekahkan. Ada satu masa bila sekolah sampai 3-4 bulan put tiada buku nota. Akhirnya abah nekad tinggalkan anak isteri pergi cari kerja di kotaraya.
Bila abah berkerja abah jarang dapat cuti,jarang beraya dengan kita orang. Ya lah,abah mana ada spm,atau sijil apa-apa pun,jadi pengawallah jawabnya, cuti memang susah. 2 hingga 3 tahun sekali baru dapat beranak dengan kita orang, lupa pula adik beradik put 9 orang kesemuanya put anak ke 3.
Berbalik cerita tadi, selepas abah bekerja sebagai pengawal keselamat,barulah kami dapat merasa makan ayam sebulan sekali,kalau tak memang susah,put tak nak cerita bagaiman makan minum kami semasa kami susah dahulu. Bila abah tak dapat beraya bersama put rasa kekurangan,tak meriah berhari raya. Bila susah biasalah dicemuh,dihina,dituduh macam-macam oleh masyarakat sekeliling.
Setiap kali dapat beraya dengan abah,kita orang kebanyakkan dapat pakai baju baru,tetapi abah tidak,hanya memakai tshirt berkolar dan kain sarung sahaja. Ada suatu ketika put pernah bekerja sebagai pengawal keselamatan di tempat abah,abah mengenkan seluar kerja tidak pernah ditukarnya selama beberapa tahun seakan memang nampak lusuhnya warna seluar,paling menyedihkan put tengok pinggang seluar tidak muat,abah dengan slumber memakainya,besar pengorbanan abah. Abah tidak pernah beli tilam di rumah sewa,malah bantal hanya beralaskan kertas dan spam,menitis air mata put,sedangkan abah kerja tetapi duit gaji semua hantar dekat mak hanya untuk makan minum sahaja.
Put tak nak cerita panjang-panjang sebak rasanya. Bila put sudah kahwin dan sudah ada 2 orang anak baru put tahun pengorbanan sebagai bapa. Sebenarnya banyak lagi pengorbanan abah kepada kami. Terima kasih abah kerana mendidik kami dan membesarkan kami dengan baik . TaHun ini akhirnya dapat beraya dengan abah sekali lagi kerana abah sudah tak kerja sebagai pengawal keselamat.
Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin kepada Abah dan mak,terima kasih abah.
loading...
Tiada ulasan :
Catat Ulasan