loading...

Jumaat, 28 Ogos 2015

Rezeki Gaji Dari Pak Cik GOOGLE ( Adsense )

Tiada ulasan

Alhamdulillah Minggu lepas dapat rezeki dari pak cik Google kita iaitu program Google Adsense. Nak tahu fungsi Google Adsense search jer dekat Google ya,put tak nak cerita panjang sangat nanti pembaca bosan pula.

Selama 8 tahun put main Google Adsense 2 tahun lepas baru serius Dan dapat Jana income tiap-tiap bulan. Alhamdulillah rezeki keluarga. Bulan dapatkan RM KKKK mata Wang Malaysian jatuh bila dapat duit USD convert duit RM memang banyaklah. Dapatlah semalam bershopping bayar kereta beli telefon bayar bil Dan Banyak lagi.

Apa pun terima kasih pak cik Google bagi peluang put menjana income dengan program google Adsense . Memang terbaik.

loading...

Terbaik- Makan dekat Restoran Rasa Utara di IOI City Mall memang terbaik

Tiada ulasan

Semalam punya cerita,duk pushing-pushing dekat IOI City Mall Terasa lapar pula. Nak cari makan tengok kebanyakkan makanan apa-apa barat semua. Ermmm memang tak jadi nak makan sebab seharian tak jumpa nasi.

Pusing punya Pusing ternampak satu restoran ala-ala masakan Kampung,memang kene dengan perutlah nak makan nasi. Bila duduk jer tengok menu Perghhh harga boleh tahan tapi tengok gambar makanan memang tak tertahan kakak oiii. Memang menarik,dalam hati berkata " selalau gambar jer menarik tapi bila dapat oder,makanan Entah ke mana rasa entah kemana." Apa lagi perut dah kempis kempos dah rogerlah cepat, put ambil Nasi ikan masak tomato, my girlfriend aka si cantik oder Nasi ayam berempah dan last kuew tiew goreng. Air sirap laici selasih dengan oren selasih.

Bila sampai jer memang terbaik restoran rasa utara ni,memang sama dalam gambar menu. Air dia rasa secukupnya..memang terbaiklah. Yang paling sedap bila rasa sos tomato yang dimasak dengan ikan Perghhh memang licin dijilatnya. Ikan tak hanyer bab ang. Sedap gila. Ayam rempah dia terasa cukup rempah dia. Nasi pula memang berkualiti. Memang nikmatlah memang tak cukup sepinggang nasi. Rugi Korang tak pi merasa memang Terbaik rasa utara. Menu wajib dalam masakan dia Mesti ada sambal belacan dengan gulai lemak kacang panjang. Tempat memang bersih gred A.

Kesimpulannya memang rasa utara betul tak payah nak pi utara setakat nak rasa masakan utara. Memang Terbaik. Jom lihat gambar dah buat anda terliur .

loading...

Selasa, 25 Ogos 2015

Inilah Sebabnya Kenapa Baby Anda Selalu Menangis dan Cara Untuk Memujuknya

Tiada ulasan




Inilah Sebabnya Kenapa Baby Anda Selalu Menangis dan Cara Untuk Memujuknya | Anda yang sudah mempunyai anak atau sedang mengadung atau masih anak 1 tahun kebawah pasti anda pernah merasa pengalaman serba salah tak tahu nak buat apa dengan baby anda yang kerap menangis di kala waktu magrib dan tengah malam. Ada orang lama cakap kembar dia yang kacau,ada orang cakap benda halus yang kacau, terpulanglah pada anda untuk menilainya.

Menangis bagi seorang bayi adalah normal. Bayi akan menangis tanpa mengira masa & tempat. Disebabkan bayi masih kecil dan tidak mampu untuk berbuat apa-apa untuk dirinya, bayi hanya bergantung kepada orang lain untuk memahami akan dirinya. Menangis adalah CARA bagi seorang bayi memberitahu sesuatu kepada orang sekelilingnya.

Sebagai seorang ibu atau bapa yang baru sahaja melangkah ke dunia keibubapaan, pasti sukar untuk menentukan apa yang bayi mahukan jika mereka menangis. Samada mereka lapar, sakit, panas atau sejuk. ia pasti membuatkan anda resah dan bimbang kerana masih tidak mengetahui akan keperluan dan kemahuan bayi. Namun, lama-kelamaan anda akan mula mengecam akan corak tangisan bayi anda. Mengenali anak dengan lebih dekat lagi akan membuatkan anda faham akan keperluannya.

Kenapa bayi menangis ?

Berikut adalah antara sebab-sebab bayi anda menangis. Ia mungkin DAPAT membantu anda memujuknya atau memenuhi keperluannya.

1. Saya lapar!

Bayi anda mungkin lapar dan inginkan susu. Ada beberapa tanda menunjukkan bahawa bayi ingin minum susu seperti menghisap jari dan menggerak-gerakkan mulutnya ke kiri dan ke kanan kerana mencari susu ibunya. Perut bayi bukan seperti perut orang dewasa. Mereka hanya boleh mengisi susu dalam kuantiti yang sedikit sahaja dalam satu-satu masa. Ini menyebabkan bayi akan kerap menyusu bagi memenuhi keperluannya. Berikanlah dia susu selagi dia mahu. Jika dia kenyang dia akan berhenti dan mungkin akan tertidur.

2. Lampin saya penuh!

Bayi menangis mungkin kerana lampinnya sudah kotor dan dipenuhi najis. Periksa lampinnya dan segera cuci dan tukar lampin baru jika anda mendapati lampinya sudah penuh. Bayi akan kembali selesa jika lampinnya kering.

3. Saya tidak sihat!

Bayi anda mungkin ingin memberitahu bahawa dia tidak sihat seperti demam, selsema, batuk atau kolik. Cuba periksa suhu badannya. Jika benar dia tidak sihat, bawalah bayi anda berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan rawatan.

4. Saya sangat sejuk/ sangat panas!

Seorang bayi masih tidak mampu menyesuaikan diri dengan cuaca yang terlalu sejuk atau terlalu panas. Mereka akan rasa tidak selesa dan akan menunjukkan reaksi seperti menangis bagi memberitahu orang sekelilingnya. Bedunglah atau selimutlah jika bayi anda terlalu sejuk atau pakaikanlah dia baju yang nipis jika dia terlalu panas.

5. Saya mahu tidur!

Bayi bukan pelik atau mengada-ngada. Namun itulah fitrah seorang bayi. Walaupun dia mahu tidur, kadangkala dia akan menangis untuk memberitahu ibu yang dia mahu tidur. Cuba baringkan dia, atau dodoikan lembur bayi anda. ada juga bayi tidur ketika menyusu susu ibunya. Tepuk-tepuk lembut dan alunkan ritma yang harmoni. Jika benar dia mengantuk, pasti dia akan terlena jua.

6. Saya mahu dipeluk!

Jika bayi anda sudah kenyang atau lampinnya kering dan dia masih menangis, cuba peluk dan manjainya. Bawa bayi anda rapat ke badan. Mungkin itu yang dia mahukan!

7. Saya mahu bermain!

Cuba anda bermain dengannya. Permainan ringan tetapi menghiburkan seperti peek-a-boo, pasti menyeronokkan.

8. Saya mahu berehat!

Bayi anda mungkin mahu memberitahu anda bahawa dia mahu berehat dan letakkannya di bawah. Dia mungkin mahu bebaskan kai dan tangannya dari pelukan atau bedungan.

9. Saya mahu selesa!

Jika anda pergi ke tempat baru atau berjalan-jalan terlalu lama, ini juga akan membuatkan bayi rasa tidak selesa dan menangis. Dia akan resah jika persekitarannya berbeza dengan keadaan rumahnya. Cuma hadkan waktu melawat anda ketika ziarah atau berjalan-jalan.

10. Saya tidak tahu apa yang saya mahu!

Di dalam Islam, kita percaya bahawa ada makhluk lain yang ghaib yang mungkin akan menganggu bayi. Perbanyakkanlah membaca al-Qur’an dan zikir bagi mengelakkan gangguan makhluk halus. Kita percaya bahawa setiap penyakit ada penawarnya dan kita digalakkan berusaha untuk memberikan kesembuhan.

Selamat mencuba & sentiasalah bersabar menghadapi kerenah bayi anda.Semoga bayi anda membesar dengan baik.
loading...

Inilah Cara Memutihkan Ketiak Anda yang Hitam

Tiada ulasan


Inilah Cara Memutihkan Ketiak Anda yang Hitam | Dikala anda mengenakan pakaian yang tidak berlengan pasti anda rasa tidak puas hati atau keyakinan diri kian merundum disebabkan ketiak anda kelihatan lebam atau hitam. pasti anda berasa malu kan?? Ketiak yang putih pasti jadi kegilaan anda,lagi-lagi wanita yang inginkan cantik dan lelaki inginkan nampak macam kpop. Bagi lelaki sado tak ada guna badan sado tetapi ketiak hitam.

Di sini, put ingin kongsikan cara memutihkan ketiak dengan menggunakan bahan semulajadi, iaitu buah anggur. Anggur mempunyai pelbagai bahan semulajadi yang ternyata berfungsi sebagai ejen peluntur dan pemutih kulit. Cara ini sangat MUDAH dan juga murah, selain tidak memberikan kesan buruk kepada kulit anda.

Caranya cukup mudah, anda hanya perlu sediakan cairan anggur dan jus lemon. Dengan menggunakan kapas, oleskan larutan tersebut sekurang-kurangnya 3 kali dalam sehari. Anda akan melihat perubahan yang baik dalam masa 2 minggu, dimana ketiak yang hitam akan beransur cerah. Namun, ketika menjalani rawatan ini, anda dinasihatkan agar tidak mencukur bulu ketiak dengan alat pencukur atau menggunakan krim penghilang bulu. Waxing merupakan kaedah terbaik untuk mendapatkan hasil yang maksima.

Selain cara di atas, anda juga boleh sediakan mask untuk ketiak, menggunakan kulit anggur. Hancurkan kulit anggur sehingga membentuk pes dan oleskan pada ketiak anda. Biarkan selama 10 minit dan bilas. Mask ini bukan sahaja akan mencerahkan, namun ia juga akan menjadikan kulit ketiak anda lebih licin dan tegang. Dengan pemakaian yang kerap, anda dapat lihat perubahan yang cukup memuaskan.

Selamat mencuba!!
loading...

Isnin, 24 Ogos 2015

SUBHANALLAH !!Besar KUASANYA, Inilah Punca mengapa lantai Masjidil Haram tidak panas

Tiada ulasan

SUBHANALLAH !!Besar KUASANYA, Inilah Punca mengapa lantai Masjidil Haram tidak panas  | Ramai di antara pembaca artikal ini pernah ke sana iaitu ke Masjidil Haram  menunaikan haji atau pun umrah, cuaca dekat Masidil Haram agak agak panas boleh mencecah 40 Darjah. Memang panas betul. Tetapi pernahkah anda terfikir bila berada disana??

Melakukan tawaf (mengelilingi Kaabah) di malam dan siang hari memang berbeza. Jika malam hari, cuaca cukup sejuk. Oleh itu, orang sekitar Mekkah jika ingin melakukan umrah biasanya dilakukan pada malam hari.

Begitu juga dengan warga di sekitar Kota Makkah seperti Jeddah. Warga di bandar yang terletak sekira satu jam perjalanan dari Mekah ini, biasanya keluar pada petang hari agar boleh sembahyang Maghrib berjamaah sekaligus melakukan umrah.

“Kebiasaan orang di sini begitu. Agak pelik kalau berangkat ke Makkah untuk umrah pada pagi hari,” kata guide MCH Jeddah, Sahe, yang sudah tinggal 23 tahun di Arab Saudi.

Memang suhu di Makkah belakangan ini cukup panas berkisar antara 40-42 darjah celsius. Bandingkan dengan Jakarta yang puncak panasnya berada di kisaran 37 darjah celcius. Puncak panas biasanya terjadi pada pukul 15.00 waktu setempat. Setelah itu, terus menurun hingga malam hari.

Memang keadaannya sangat jauh berbeza. Jika malam hari, melakukan tawaf tidak terlalu menguras tenaga.

Berbeza halnya jika tawaf dilakukan siang hari. Keringat sudah pasti bercucuran kerana panas matahari yang menyengat.

Meski demikian yang unik, meski mengelilingi Kaabah tanpa alas kaki, namun telapak tidak terasa panas sama sekali. Padahal tempat tawaf merupakan ruang terbuka, panas matahari langsung menerpa lantai marmar.

Ini berbeda dengan lantai di jalan hendak keluar dari pintu Marwah. Saat berjalan, telapak kaki berasa sangat panas tab berjalan di atas bara api. Kami berjinjit dan berlari kecil untuk mengelakkan panas tersebut.

Lalu kenapa di lantai tempat tawaf dan di luar masjidil haram berbeza 180 darjah. Ini menimbulkan rasa ingin tahu. Salah satu ummal (cleaning service) di Masjidil Haram, Udin (40), mengatakan di bawah Kaabah dan tempat tawaf memang dipasang air conditioner agar telapak kaki peziarah tidak melepuh, kepanasan.

Setelah membaca buku Sami bin Abdullah al Maghlouthm ‘Atlas Haji dan Umrah’ dan sumber lain, barulah terungkap. Awalnya, tempat tawaf tidak berubin marmar seperti saat ini. Dulu hanyalah hamparan pasir lapang. Barulah pada masa Abdullah Ibnu Zubair. Ubinnya saat itu bergaris lima meter dari Kaabah, hingga 1375 Hijrah atau 1954 M di masa Raja Abdul Aziz sumbangan marmar terus berdatangan. Kini lantai marmar untuk tawaf terbuat dari marmar high terbaik yang mampu menahan teriknya panas matahari.

Awalnya lokasi tawaf tidak seluas sekarang, terdapat bangunan di atas Maqam Ibrahim dan juga gerbang pintu masuk telaga Zamzam.

Pada masa Raja Faisal pengubahsuaian dilakukan melanjutkan tempoh Raja Saud, di antaranya adalah pembongkaran bangunan di atas Maqam Ibrahim, sehingga lokasi untuk tawaf lebih lebar dari sebelumnya.

Pada masa Raja Khalid, perluasan laman untuk tawaf kembali dikembangkan. Gerbang menuju telaga zamzam dipindahkan ke dekat serambi masjid sebelah timur. Kerana itulah area tawaf menjadi lebih luas dari 3.298 meter menjadi 8.500 meter, seluruh bahagian Masjidil Haram lama menjadi tempat tawaf.

Kemudian, pengubahsuaian dilanjutkan pada masa Raja Fahd. Dibangunlah ruangan bawah tanah. Tak hanya itu, tingkat bawah tanah juga dilengkapi dengan pengatur hawa dingin. Pusat enjin dibina di kawasan Ajyad. Air sejuk dialirkan di tingkat bawah tanah berasal dari tempat yang sama.

Jadi wajar saja, jika lantai yang digunakan untuk tempat tawaf tidak berasa panas sekalipun suhu udara sangat panas. Ini adalah bentuk perkhidmatan Kerajaan Kerajaan Arab Saudi terhadap jamaah yang setiap tahun harus meninggalkan sanak keluarga di negara mereka demi melaksanakan Rukun Islam ke-5.
 
Apa-apa pun Kaabah adalah Kiblat kita kiblat untuk umat islam,disitulah nadi,disitulah kita berkumpul berjumpa dengan seluruh umat islam di seluruh dunia. Allahuakhbar ALLAH Maha Besar.
loading...

CENDOL - Cara Membuat Cendol Yang Lazat

Tiada ulasan
CENDOL - Cara Membuat Cendol Yang Lazat  –  : Cendol !! sebut sahaja cendol pasti teringant di waktu hari panas sangat atau pun bulan ramadhan, ais cendol memang sedap, ada yang buat ais cendol gempal dan macam-macam nama ada,hari ini put kongsikan cara buat cendol yang paling lazat.

Cara Membuat Cendol Yang Enak

Bahan-bahan yang digunakan untuk membuat  cendol:
  • 100 gram tepung beras
  • 50 gram hunkwe
  • 150 ml air daun pandan
  • 500 ml air putih matang
  • garam secukupnya
Cara membuat es cendol :
  • Campurkan tepung beras, air daun pandan, garam dan tepung hunkwe secukupnya dengan air putih matang, kemudian aduk hingga merata.
  • Siapkan air panas ke dalam wadah besar atau baskom, lalu simpan cetakan cendol diatasnya.
  • Tuangkan adonan cendol tersebut hingga habis dengan cendol matang yang ada di dalam air panas
  • bentuk cetakan cendol hingga memanjang
Bahan-bahan untuk membuat kuah gula merah:
  • 2 lembar daun pandan
  • 500 ml air bersih
  • 500 gram gula merah
Cara membuat kuah gula merah:
  • Campurkan semua bahan yang digunakan untuk membuat kuah gula merah, lalu rebus hingga gula larut didalam air, didihkan.
  • Setelah itu, angkat dan dinginkan
Bahan-bahan yang digunakan untuk membuat kuah santan es cendol:
  • 1000 ml santan
  • garam secukupnya
  • 2 lembar daun pandang
Cara membuat kuah santan es cendol:
  • Campurkan semua bahan lalu rebus hingga mendidih
  • Angkat dan sisihkan
Setelah semuanya masak,apa lagi boleh hidang, kalau campur ais kentul dan gula melaka memang terbaik beb!!

sumber : http://www.resepnasional.com/cara-membuat-cendol-yang-enak/
loading...

Ahad, 23 Ogos 2015

Memori SUKUM 2015, olahraga memang terbaik

Tiada ulasan

Selesai sudah tugasan put Sebagai atlit olahraga SUKUM 2015 di Uitm Shah Alam... Dukacitanya put tak dapat Pingat apa-apa, ya lah Unimap anta atlit MSN Dan Atlit Sea Game memang mantaplah Unimap, Nazmizan Dan Rabbani Hassan pun ada,malah KPM pun ada anta Roslinda Shamsu bekas atlit lompat bergalah Malaysia.

Nak buat macam mana yang penting enjoy Dan memang funs gila. Put nak kongsikan Memori atlit seangkatan dengan Put dalam kejohanan edisi 2015.

Kita jumpa di USIM tahun 2016.

loading...

Selasa, 18 Ogos 2015

SUKUM 2015 - sukan staf ipta Malaysia tahun 2015

1 ulasan

Alhamdulillah, sukum tahun ini pengajurnya UiTM Shah Alam. Memang Terbaik service meraka. Ok put nak cerita sukum yang put masuk ni memang mencabar sangat. Selepas mengharungi liku-liku latihan yang memenatkan Dan teedesak sebab tak cukup masa. Put sebenarnya sudah 10 tahun tinggal sukan ini. Umur nak masuk 3 series baru nak mula balik. Olahraga memang Sakit jika training secara terdesak.

Put join 100 Dan 4x100 meter. Jangan ceritalah nama sahaja sukan staf tetapi atlik kebanyakkannya budak msn,budak Malaysia... memang put outlah.. ambil nak sekarang paha sudah Sakit gila. Tak apa pengalaman bermakna bagi put. Sebagai habuan tengok gambar put in the geng. Thanks kepada pengajur UiTM Shah Alam.

loading...

Sabtu, 15 Ogos 2015

Gunting Rambut - First Time Hakim potong Rambut di Kedai Gunting

Tiada ulasan

Assalamualaikum... petang Tadi punya cerita,jalan-jalan di pasar malam ternampak kedai gunting rambut,terfikir nak potong rambut si Hakim,kesian rambut dah panjang.

Mula-mula takut juga sebab Hakim ni susah nak pergi dengan orang,alhamdulillah first time boleh dipercayai. Cuma potongan rambut tak seperti yang di minta. Jom tengok aksi Hakim sebentar Tadi.

loading...

Khamis, 13 Ogos 2015

Bolehkah Kita Mandi Tanpa Pakaian (Telanjang)? Dalam Islam

Tiada ulasan

Bolehkah Kita Mandi Tanpa Pakaian (Telanjang)? Dalam Islam | Baru put tahu apa boleh kita mandi tanpa seutas benang di badan atau perlukan tutup bahagian tertentu...

Di dalam Islam, Apakah dibolehkan untuk mandi dalam keadaan telanjang?

Jawaban:

Segala Puji hanyalah milik Allah…

Al-Bukhaari menyebutkan di dalam sahihnya bahawa abu Hurayrah (semoga Allah meridhainya) berkata:

“Rasulullah (shallalhu alayhi wa sallam) berkata bahawa Nabi Musa (alayhissalam) adalah orang yang sangat pemalu dan santun. Kulitnya (yang biasa tertutup) tidak pernah terlihat oleh orang lain dikarenakan begitu santunnya nabi Musa. Sehingga beberapa orang dari bani Israil mengejeknya dengan berkata, ‘Dia itu malu dikarenakan dia memiliki sesuatu (penyakit) pada kulitnya seperti kusta dan lain-lain.’

Allah ingin menunjukkan bahwa Nabi Musa tidaklah seperti yang mereka katakan. Suatu hari, Nabi Musa pergi sendiri, membuka bajunya dan meletakkannya pada sebuah batu, lalu dia mandi. Ketika dia selesai mandi, dia naik dan ingin mengambil bajunya, tapi ternyata batu tempat dia menaruh baju tadi berjalan sambil membawa bajunya. Musa mengambil tongkatnya dan mengejar batu tersebut dan berkata, ‘Wahai batu, bajuku! Hei batu, bajuku!’

Dia mengejar batu tadi sampai kepada sekelompok bani Israel (yang mengejek dan mengatakan bahwa nabi musa memiliki penyakit kulit). Mereka melihatnya telanjang dan ternyata Nabi musa adalah manusia terbaik yang diciptakan Allah dan yang paling jauh dari apa yang mereka bicarakan. Lalu batu tersebut berhenti, Musa mengambil bajunya dan memukul batu tersebut. Demi Allah, ada tiga, atau empat atau lima bekas pukulan tongkatnya pada batu tersebut.

Ini adalah seperti yang Allah firmankan:

يٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ لَا تَكُونُواْ كَٱلَّذِينَ ءَاذَوۡاْ مُوسَىٰ فَبَرَّأَهُ ٱللَّهُ مِمَّا قَالُواْۚ وَكَانَ عِندَ ٱللَّهِ وَجِيهٗا

Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu menjadi seperti orang-orang yang menyakiti Musa; maka Allah membersihkannya dari tuduhan-tuduhan yang mereka katakan. Dan adalah dia seorang yang mempunyai kedudukan terhormat di sisi Allah [Al Ahzab:69]
(Sahih al-Bukhaari, 3404)

Para ulama menjadikan hadits ini sebagai bukti bahwa dibolehkan untuk bertelanjang ketika sendiri, terutama ketika ada kebutuhan, seperti mandi. Sebagian besar Ulama mengangap bahwa hal tersebut dibolehkan, sebagaimana yang dikatakan oleh al-Haafiz said di dalam al-Fath (1/385).

Namun demikian, menutupi aurat lebih disukai. Hal ini diambil dari sebuah hadits yang disebutkan oleh penulis Sunan yang dihasankan oleh at-Tirmizi dan disahihkan oleh al-Haakim, dari Mu’aawiyah ibn Haydah, dia berkata:

“Saya berkata, ‘Wahai Rasulullah, kapankah kita harus menutup aurat dan kapan kita boleh membukanya?’ Beliau bersabda, ‘Lindungi (tutupi) auratmu dari setiap orang kecuali istrimu dan budak wanita mu.’ Saya berkata, ‘Wahai Rasulullah, bagaiman ketika kita sendiri?’ Beliau bersabda, ‘Allah lebih pantas (untuk dimalui) daripada orang yang paling engkau segani.’”

Syakh Muhammad Salih Al-Munajjid

diterjemahkan dari http://islamqa.info/en
loading...

Cara hilangkan stress dan Tekanan Perasaan

Tiada ulasan

Cara hilangkan stress dan Tekanan Perasaan


Strees dan tekanan perasaan membuatkan anda bad mood atau kemurungan. Perkara ini boleh membuatkan anda menjadi seorang yang tidak mesra atau bermasalah. Kenapa anda strees? kenapa anda tertekan??

Faktor dan Punca Stress


Apakah yang menyebabkan anda stress dan tertekan?

  1. Anda tidak sihat?
  2. Anda mengalami masalah kewangan?
  3. Anda mengalami tekanan di tempat belajar atau kerja?
  4. Anda ada masalah dengan cinta?
  5. Anda ada masalah perhubungan dengan ibu bapa, keluarga, kawan-kawan?
  6. Anda ada masalah dengan cuaca yang tidak menentu?
  7. Anda stress dengan masa?
  8. Anda stress dengan jem di jalanraya?
  9. Anda stress kerana tidak dapat membuat pilihan sendiri menentukan hala tuju hidup?
  10. Anda kurang mendapat perhatian dari yang tersayang?
Simptom stress pada tubuh bada, emosi, tingkah laku dan minda


Isu-isu yang meninbulkan Stress dan Tekanan di Malaysia


Banyak perkara yang boleh menjadi punca stress ini. Yang paling besar sekarang ini adalah misteri kehilangan pesawat MH370 MAS yang hilang secara tiba-tiba. Ia menjadi tekanan yang amat besar kepada mangsa-mangsa yang terlibat dan juga ahli keluarga mangsa MH370 tersebut. Marilah kita beramai-ramai berdoa agar isu ini segera mendapat jawapan dan pesawat MH370 ini dapat ditemui.

Belum reda masalah MH370, negara digemparkan dengan isu kematian remaja di Future Music Festival Asia 2014 (FMFA) yang bertempat di Stadium Bukit Jalil Kuala Lumpur. Pesta Muzik terbesar di Asia yang bertemakan "safari" ini telah dilangsungkan selama dua hari dan telah dibatalkan pada hari ketiga kerana peristiwa kematian 6 remaja yang dilibatkan dengan pengambilan dadah secara overdose. 

Mengapa remaja ini telah mengambil pendekatan dadah sebagai terapi perasaan? adakah mereka terlalu stress dengan hidup sehingga sanggup mengambil jalan singkat dengan pengambilan dadah ini?

Beberapa lagi isu yang menimbulkan tekanan di hati masyarakat Malaysia adalah disebabkan oleh cuaca jerebu yang mencapai paras IPU berbahaya di beberapa kawasan utama di Lembah Kelang, yang menyebabkan beberapa kawasan terpaksa menutup sesi persekolahan buat beberapa hari.

Juga, masalah kesihatan dengan merebaknya virus penyebab sakit kuku kaki tangan dan mulut dan juga denggi yang sangat menular di seluruh negara.

Semua ini berlaku dalam keadaan sedar dan luar sedar kita. Jadi, sementara kita dapat berfikir dengan waras ini, sentiasalah beringat dan berwaspada untuk mengawal emosi masing-masing untuk sentiasa kekal stabil agar tidak mudah tertekan.


Cara Menghilangkan Stress dan Tekanan Perasaan



Bermuhasabah di samping melakukan terapi yang anda gemari

  1. Sentiasa berbincang dengan orang tersayang ataupun yang paling rapat dengan anda hati ke hati mengenai tekanan yang anda alami
  2. Menyenaraikan satu-satu masalah di atas kertas sambil menuliskan pros dan kons juga penyelesaian kepada masalah tersebut
  3. Melakukan apa juga terapi yang anda suka seperti bershopping, pergi ke spa, bersukan, meluangkan masa bercuti bersama keluarga
  4. Merujuk kepada pihak yang bertanggungjawab atau yang terlibat secara langsung ataupun tidak langsung dalam isu tekanan yang anda hadapi
  5. Meningkatkan kualiti pengetahuan dengan ilmu dengan banyakkan membaca supaya anda akan lebih terdedah kepada penyelesaian yang lebih berilmu dan memperluaskan pemikiran dengan pengalaman orang lain
  6. Menjaga kesihatan secara optima dengan menjaga kebersihan diri, menjaga waktu makan dan sebagainya supaya diri sentiasa terurus dan lebih bertenang



Membina diri dengan Aura Positif



Apa pentingnya dengan aura positif ini? Aura positif ini akan menyeimbangkan perasaan anda dan menenangkan perasaan ke tahap yang optima supaya anda dapat menghadapi stress dan tekanan dengan sewajarnya. Bagaimana untuk membina diri dengan cas-cas positif ini supaya anda lebih gembira dan bertenang?


Ubat hati (ihsan Google)

  1. Menjaga hati
  2. Dekatkan diri dengan Pencipta, Tuhan Yang Maha Esa. Ada berbagai cara untuk mendekatkan diri dengan Allah yang Maha Berkuasa, contohnya dengan berzikir, mengaji, menjaga solat, membuat solat2 sunat, berpuasa dan sebagainya.
  3. Berada dalam lingkungan orang-orang yang positif dan berjaya, supaya kita dapat berfikir dan bertukar pandangan dengan lebih baik antara satu sama lain
  4. Banyakkan berdoa kepada Allah dengan penuh pengharapan dan keyakinan bahawa masalah itu dapat diselesaikan dengan mudah. Percaya dengan kuasa doa sebagai senjata dan perisai diri yang paling mujarab dalam hidup kerana apabila anda percaya, anda akan melalui proses penyembuhan dan miracle yang tidak tersangka-sangka.
  5. Wujudkan suasana yang paling selesa buat diri anda contohnya memastikan kebersihan diri dan tempat tinggal terjaga.
  6. Wujudkan perhubungan yang positif dengan semua orang di sekeliling kita dan berusaha mengekalkan cas-cas positif lebih banyak berbanding cas negatif dengan mengawal perasaan dan emosi setiap hati
  7. Menjaga pemakanan dengan mengambil makanan yang halal, bernutrisi dan berkhasiat setiap hari supaya sel-sel badan mendapat khasiat yang secukupnya untuk kekal sihat dan gembira.

Zikir Terapi Diri


  • Ya Latif : (Yang Maha Lemah Lembut) Ucapkanlah 100x sehari
  • Subhanallah, Walhamdulillah, wala ilaha illallah Allahu akbar : (Maha suci Allah, Segala puji hanya untuk Allah, tiada tuhan yang disembah melainkan Allah, ALlah Maha Besar) 
  • La haula wala quwwata illa billah : (Tiada daya dan kekuatan melainkan dengan izin Allah)
  • Doa : Ya Allah, aku berlindung kepadaMu dari rasa sedih dan gelisah, aku berlindung kepadaMu dari sifat lemah dan malas. Aku berlindung kepadaMu dari sifat pengecut dan bakhil. dan Aku berlindung kepadaMu dari beban hutang dan penindasan orang.
  • dan banyak lagi zikir-zikir terapi diri yang boleh diamalkan

“Dan sungguh akan Kami berikan cobaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa, dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar, (yaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan,”Inna lillahi wa inna ilaihi raji’un.” Mereka itulah yang mendapatkan keberkatan yang sempurna dan rahmat dari Rabbnya, dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk”.

[al Baqarah/2:155-157]


Semoga anda akan lebih bertenang selepas ini, bertawakkal kepada Allah atas setiap apa yang berlaku kerana pasti akan ada hikmah di atas sesuatu kejadian. Ujian yang diberikan tidaklah sia-sia kerana ianya penuh dengan pengajaran buat diri sendiri, keluarga mahupun masyarakat supaya dapat bertindak dengan lebih positif dan bijak.

Pesanan terakhir, jangan lupa ambil ubat penenang semula jadi yang sangat selamat, semestinya b kompleks dan omega guard yang dapat membantu anda mengawal emosi dengan berkesan. Pasti anda menghadapi segala kesukaran dengan senyuman, kerana di saat itulah anda akan mendapat penyelesaian yang bijak pabila emosi anda stabil dan terkawal.



Selamat bergembira bersama insan tercinta!


Selamat mencuba! Jangan strees nanti anda rugi..cuba elakkan stress dan tekanan perasaan anda.
loading...

Rabu, 12 Ogos 2015

Info - 4 Perkara Selepas Makan Yang Anda Sepatutnya Elak

Tiada ulasan
 
 
 
Info - 4 Perkara Selepas Makan Yang Anda Sepatutnya Elak

Sahabat put, selalunya selepas makan anda buat apa? sedar tak yang anda lakukan itu adalah elok untuk diri anda,anak-anak anda dan keluarga anda.  berikut adalah beberapa kegiatan yang sebaiknya tidak dilakukan setelah makan:

1. Mandi
Pada pagi hari kebanyakan orang lebih memilih makan dulu daripada mandi dengan alasan setelah makan pasti perut menjadi penuh dan hasrat ingin buang hajat lebih besar. Sehingga Anda berpikir untuk mandi sekalian BAB.


Padahal, mandi yang dilakukan setelah makan akan menaikkan aliran darah ke tangan, kaki dan badan yang menyebabkan jumlah darah sekitar perut akan terus berkurang. Hal ini akan melemahkan sistem pencernaan di dalam perut.

2. Minum teh
Langsung minum teh kurang baik dikarenakan daun-daun teh mengandung banyak unsur kimia karbon, dimana bahan kimia ini akan mempengaruhi protein yang ada pada makanan yang kita makan dan menjadikan keras sehingga sulit dicerna.

Minum teh setelah makan, dapat mengencerkan getah lambung, akibatnya mempengaruhi pencernaan makanan. Selain itu, daun teh banyak mengandung tanin (asam tanat), jika minum teh seusai makan, akan membuat protein yang belum sempat dicerna lambung menyatu dengan asam tanat dan membentuk sedimen (sedimen=endapan) yang tidak mudah dicerna, sehingga mempengaruhi serapan protein. Teh juga dapat menghambat serapan zat besi, jika keadaan demikian berlangsung lama dapat terjadi gejala anemia karena kurang zat besi.

3. Berjalan-jalan
Berjalan setelah makan akan menyebabkan sistem pencernaan tidak mampu menyerap nutrisi dari makanan yang kita konsumsi.Berjalan biasanya juga melibatkan otot-otot bagian perut sehingga antar otot satu dan otot lainnya saling bersinergis untuk menimbulkan gerakan. Nah, gerakan ini akan mengganggu proses pencernakan makanan yang baru saja kita makan tadi.Alhasil gangguan pencernaan makanan siap membayangi orang yang suka berjalan-jalan setelah makan. 

4. Tidur
seseorang yang tidur membuat tubuhnya menjadi sangat rileks, sehingga gerakan usus melambat. Sementara, makanan yang masuk seharusnya diolah (dicerna) tubuh lebih cepat alhasil akan menyebabkan tidak sempurnanya proses pencernaan.Nampaknya pun bukan main, kerusakan lambung atau radang usus siap bersarang pada diri kita.
 
Kesimpulannya, lepas makan tu ucaplah " Alhamdulillah ".

loading...

Subhanallah! Wajah atau air muka Lelaki Tahfiz Yang Bercahaya, Allahuakhbar!!

2 ulasan
Subhanallah! Wajah atau air muka Lelaki Tahfiz Yang Bercahaya, Allahuakhbar!! | Berkat dari hafalan al-Quran yang diberkati, wajah seorang lelaki tahfiz tampak bercahaya & sangat sejuk untuk mata memandang. MasyaAllah... Bilakah put boleh menjadi seperti ini,mana hidayah? bukan Hidayah nama awek ya. Hidayah Allah s.w.t kita sendiri perlu cari. Baru boleh didik anak-anak isteri kearah jalan yang benar. Kalau kita sebagai lelaki tak tau pasal agama amat-amat rugi. Lihatlah gambar lelaki di bawah.. Ermmm sejuk ibu mengandungkannya.

 
loading...

Inilah Cara Paling Awesome dan Berkesan Untuk Ajar Orang Kedekut Tempat Duduk

Tiada ulasan
Inilah Cara Paling Awesome dan Berkesan Untuk Ajar Orang Kedekut Tempat Duduk  | LRT mahupun keretapi laju KTM di Malaysia mempunyai ramai pengguna. Dahulu pernah kecoh tentang perempuan yang sedang enak duduk tidak mempedulikan orang mengandung di sisinya. Dan mungkin juga korang pernah nampak penumpang duduk lepas tu letak beg atau barangan di tempat duduk sebelah, membuatkan ramai orang berdiri. Berikut merupakan cara paling mujarab, awesome dan berkesan untuk mengajar orang seperti ni. Adakah korang salah seorang orang yang tidak perihatin? Nantikan lah burung garang ni.. Hahaha...





Sumber: Stomp
loading...

Ahad, 2 Ogos 2015

AISKRIM - Cara Buat AISKRIM SANTAN

1 ulasan
Haaaa hari ini put nak kongsikan cara buat aiskrim, aiskrim ni memang special. Nama aiskrim ni aiskrim Santan. Kalau anda buat sendiri jadi aiskrim santan special. Yang mana ada anak-anak tu tak payahlah sibuk duk beli jer,kekandang membazir,baik buat sendiri jimat. Tak nak cerita panjang-panjang jom kita belajar cara buat aiskrim santan yang sememang nyum nyum... licin kalau anak-anak makan, air tangan ibu-ibu sememangnya terbukti sedap.

Aiskrim santan special


Bahan-Bahannya:

1 tin susu cair
2 cawan gula
4 cawan santan pekat
1 1/2 cawan air
6 sudu besar tepung ubi
6 sudu besar susu tepung
- Perasa dan pewarna seperti:
- Choclate paste
- Strawberry paste
- Jagung krim dan lain2,ikut selera anda nk pilih perisa apa-apa pun


Cara Membuatnya:

1- Masak 4 cawan santan dimasak sampai mendidih,tapi jangan sampai pecah minyak dan sejukan.
2- Tepung ubi dimasak dengan air hingga pekat dan sejukkan.
3- Pukul susu,gula,susu sejat dengan gula hingga gula hancur.
4- Masukkan santan dan adunan tepung berselang seli sambil dipukul sebati.
5- Bubuh susu tepung dan pukul terus hingga rata.
6- Masukkan adunan kedalam sebuah bekas dan simpan didalam freezer hingga beku.
7- Keluarkan adunan yang telah beku dan pukul lagi kali ke2 hingga kelihatan kembang.
8- Pada tahap ini bolehlah diisikan dengan perisa dan pewarna kesukaan dan terus pukul hingga sebati.
9- Tuangkan semula adunan aiskerim kedalam bekastdan tutup,simpan didalam freezer hingga beku.
10- Keluarkan aiskrim dan bolehlah dihidangkan,jika suka boleh juga dihias dengan choc cair,choc chip,atau apa-apa saja mengikut selera masing-masing.

Kesimpulannya, memang sedap dan teramat sedap,selamat mencuba.
loading...
LIKE PAGE KAMI UNTUK BERITA TERKINI Button Close