loading...

Khamis, 30 Julai 2015

Mangga Asam Boi : Proses Membuat Dan Resepi Mangga Asam Boi "Nyamm Nyamm"

2 ulasan


Mangga Asam Boi : Proses Membuat Dan Resepi Mangga Asam Boi "Nyamm Nyamm" | Sudah lama put nak kongsikan resepi ni.. Bila tengok gambar jer meleleh air liur, sampai mata berair tu. Lihat sahaja mangga putik pun membuat kita rasa meleleh terliur,apatah lagi asam boi segera. Bila dicampur sekali berlipat gandalah rasanya.

Mangga muda cukup terkenal dengan rasa masam dan lemak, oleh sebab itulah ia menjadi kegilaan orang ramai lagi-lagi kaum wanita dan ibu mengandung.

Memang larislah buah ini jika dijual menjadi jeruk, malah sejak akhir-akhir ini mangga asam boi yang dijual peniaga-peniaga online telah “trending” di kalangan netizen.

Sebenarnya, resepi membuatnya amatlah mudah dan cepat untuk dilakukan, malah hanya beberapa bahan sahaja digunakan.

Jadi kepada peminat asam atau mangga, jom check bagaimana nak buat resipi yang mengecurkan liur ini.

 Walla.. mangga asam boi dah sedia pun untuk dimakan! NyamNyam.. Jom makan.. sedap dihidang bersama air batu..
loading...

Ahad, 26 Julai 2015

8 Tanda-tanda Paling Ketara Wanita Sudah Disetubuhi Lelaki Sebelum Kahwin

2 ulasan


8 Tanda-tanda Paling Ketara Wanita Sudah Disetubuhi Lelaki Sebelum Kahwin
| Gadis atau anak dara yang masih suci adalah gadis yang menjaga maruahnya & tidak pernah disentuh oleh mana-mana lelaki.Sentuh bukanlah bermaksud berpegangan tangan & sebagainya.Namun apa yang di maksudkan ialah sentuhan intim lelaki sehingga seseorang perempuan itu hilang daranya.Oleh itu,disini terdapat beberapa tanda-tanda yang boleh anda kenalpasti samada kekasih anda masih dara ataupun tidak.Untuk yang ingin dijadikan teman hidup,anda seharusnya peka terhadap perkara ini. Berikut merupakan petua & cara untuk mengenalpasti samada kekasih anda masih suci ataupun tidak. Peringatan, jangan terlalu yakin kekasih anda susah disetubuhi lelaki lain,tetapi jika ia,dan kekasih anda bertaubat, tak salah jika iti jodoh kita. jangan menunding jari wanita itu kerana kisah silamnya.



Artikal ini hanya sekadar perkongsian. terima dengan baik ya.

TANDA SEORANG PEREMPUAN YANG SUDAH DiSENTUH

1. DAHI

Bagi perempuan yang masih dara,kita boleh lihat melalui dahinya.Gadis yang masih suci dahinya licin dan tidak berkedut.Bagi perempuan yang tiada dara,kita boleh lihat perbezaanya.Dahinya berkedut dan mempunyai garis-garis halus.Dahinya tidak licin seperti perempuan yang masih suci.Dahinya kadangkala nampak berkedut walaupun tidak bercakap.Untuk lihat kelainan ini,anda boleh lihat pada orang yang sudah berkahwin dan orang yang tidak berkahwin.Perhatikan betul betul pada bahagian dahinya.

2. HIDUNG

Gadis yang masih suci atau tubuhnya belum disentuh oleh lelaki, hujung hidungnya berwarna kemerah-merahan, jika disentuh hujung hidungnya nampak merah. Gadis yang tidak suci hujung hidungnya merah tetapi merah pucat.Perhatikan anal perempuan anda yang masih kecil.Lihat hidungnya,masih merah dan tidak pucat.ini merupakan salah satu tanda untuk perempian yang tiada dara.

3. PUNGGUNG

Punggung gadis berubah bentuknya disebabkan oleh dua perkara iaitu kerana proses horman dan disentuh lelaki.Punggung yang sudah kena sentuhan lelaki akan menjadi besar terutamanya bagi yang sudah melakukan hubungan kelamin. Punggung gadis yang masih suci walaupun gemuk ia masih kelihatan cantik, sebab masih kental dan tegang serta tidak lesu dan jatuh. Cuba perhatikan pinggang gadis, kalau pinggangnya masih ramping dan punggung tidak besar, tidak montok dan kenyal pada punggungnya.

4. LEHER

Untuk perempuan yang masih dara,sudah tentunya leher dan kulitnya masih anjal dan tegang melainkan gadis yang gemuk.Bagi perempuan yang kurus,kesan kedut ataupun kedutan kita bole lihat pada bahagian lehernya.Terdapat garis garis halus kecil di bahagian lehernya,garisnya putus-putus bukanlah panjang.Maksud lainnya gadis yang tiada dara mempunyai garisan halus melintang pada bahagian lehernya.

5. RAMBUT

Rambut merupakan mahkota wanita tetapi juga berperanan menentukan gadis itu masih suci atau tidak. Gadis yang masih suci, rambutnya memang kemas, kelihatan segar dan tidak kasar, sementara gadis yang sudah hilang kesuciannya, rambutnya kelihatan tidak berghairah.Untuk membuktikan cuba sediakan satu buah kelapa muda yang sudah dilubang ditengahnya dan airnya tidak dibuang lalu masukkan potongan rambut tersebut. Jika rambut2 itu terapung dipermukaan air kelapa artinya gadis itu masih suci. Jika semua rambut itu tenggelam ertinya gadis itu sudah tidak suci. satu lagi caranya, kalau disaat ditiup angin rambut gadis itu mengembang lembut dan kembali ketempat asalnya.

6. GARIS TELAPAK TANGAN

Gadis yang berkulit tebal dan kasar, cuba perhatikan kedua tapak tangannya, jikalau retak, bermaksud gadis itu sudah hilang kesuciannya. Gadis yang masih suci, kedua telapak tangannya halus dan licin. Jika kesuciannya telah hilang, kedua tapak tangannya ketika di tekan warnannya pucat tidak merah, jika selepas ditekan, ia akan tegang serta merta. Satu cara lagi, cuba perhatikan tapak tangan kanan, jika ada garis putus bahagian tengah bererti kesuciannya telah hilang, bila tidak terputus bererti ada harapan kesuciannya belum hilang. setelah melihat telapak tangan yang kanan, cuba genggam ibu jari tangannya dalam masa satu minit, ketika menggenggam terasa panas sedikit dan ibu jarinya merah ketika dilepaskan, bererti ada harapan masih suci. Perhatikan pula ibu jarinya, bila nampak pucat sekali walaupun ada rasa hangat bererti kemungkinan besar kesuciannya sudah terbang.

7 TUMIT KAKI

Bagi yang tiada dara,kita boleh lihat pada bahagian tumit kakinya.Tumit kakinya kelihatan bulan dihujungnya.Bagi yang dara,tumit kaki hujungnya kelihatan tajam.Perhatikan bagi pasangan yang sudah berkahwin.

Namun begitu,fakta ini tidaklah sahih 100 %.Ini cuma petua orang-orang dulu.Sekadar perkongsian.
loading...

Sabtu, 25 Julai 2015

Kenali Keperibadian Wanita Melalui dari Cara Mereka Yang Bawa Motor, Jika Tak Pandai Bawa Motor kita Cerita Bab Lain

Tiada ulasan


Kenali Keperibadian Wanita Melalui dari Cara Mereka Yang Bawa Motor, Jika Tak Pandai Bawa Motor kita Cerita Bab Lain | Haaa hari ini kita cerita bab lain sikit. Bukan cerita gosip,cerita masak-masak atau pun isu semasa,hari ini kta cerita pasal wanita,pasal keperibadian wanita. Selalu kita dengar nak lihat atau angapan semata-mata tentang keperibadian wanita melalui tarikh lahir,tahi lalat dan sebagainya. Kali ini lain macam sikit, kita kenali keperibadian wanita melalui cara tunggangan motosikal. macam bestkan. Jom kita baca.
* Awas,ini bukannya betul-betul 100% betul ya.
1.Bertanggung jawab.
images

Wanita yang membawa motor dengan seorang lelaki di belakang ianya adalah jenis yang bertanggung jawab dan mempunyai kepercayaan diri yang cukup tinggi,Wanita seperti ini biasanya pandai menyimpan rahasia. Walaupun banyak yang menganggap wanita seperti ini tidak jujur dan nakal, suka menipu teman sendiri, dan merugikan temannya, namun, banyak lelaki yang berusaha untuk menaklukan hatinya,konon mereka menganggap apabila mendapat wanita seperti ini hidup akan lebih senang.
2.Suka duduk di hujung tanduk.
suzuki-music-125-otomercon

Wanita yang duduk dengan posisi kaki seperti ini adalah jenis Perempuan yang sangat siaga terhadap orang yang baru dikenal, jadi ia akan berhati-hati. Tidak mudah mesra dengan orang karena ia harus mendapatkan kepercayaannya terlebih dahulu.wanita yang mempuyai gaya seperti ini juga seorang yang manja kepada orang yang dia sayang namun sukar untuk di taklukkan,Jangan heran jika wanita seperti ini lebih suka bicara dengan orang yang berpengetahuan luas saja.
3.berani dan tangguh
minah rempit 1

Wanita seperti ini biasanya memiliki pendirian yang teguh. Meski pendiriannya teguh, tapi hampir selalu berselisih pendapat dengan rekannya.suka mencari sensasi dan perhatian,apabila terjadi perselisihan dengan kekasih dia tidak akan sesekali mengalah walaupun dia yang salah,sukar untuk di pujuk namun sangat penyayang kepada budak kecik dan pandai melayan suami di ranjang.
4.awek media sosial.
naik-motor-sambil-main-hape
wanita seperti ini terkenal dengan sikap egonya yang tinggi. Lebih parah, wanita seperti ini juga suka menghamburkan uang tanpa berpikir sebelum berbelanja.media sosial adalah dunia sebenar baginya,suka mencari idea agar mendapat pujian dari ramai,kaki like,Tapi jangan berkecil hati karena wanita seperti ini sangat bertoleransi sesama wanita.dan sangat bising apabila bersetubuh dengan suami
5.Terbang lebih jauh
ammot21

wanita seperti ini biasanya mempunya cita-cita yang tinggi dan idea-idea gila,bila dia buat lawak tak pernah menjadi ,Wanita seperti ini juga biasanya sukar untuk ditaklukkan hatinya. Disamping sikapnya yang dingin, wanita seperti ini tidak peduli dengan kehidupan cinta,ramai orang ingin berkawan dengannya dengan niat yang buruk namun dia sentiasa berhati hati.
6.Rileks
spyshoot

wanita jenis seperti ini biasanya suka mencari ketenangan dan penyabar,suka buat benda-benda gila sendirian dalam bilik,pemalu,bijak,setia kawan, namun apabila dia betul betul marah disarankan jangan dekat-dekat.suka lelaki jenis muka k-pop dan sangat mementingkan penampilan pantang nampak cermin ada aja nak di betulkannya.


7.Suka yang besar dan laju.amot2613
Jenis wanita seperti ini agak sosial sikit,ramai kawan lelaki dan tidak kisah apa kata orang tentang dirinya,namun sangat sensitif apabila ada orang yang dipercayai menipu dirinya,tidak suka mencari kesalahan orang lain ,suka bersenang senang,manja,pandai menjaga hati,mempunyai rengekan yang serak-serak sendu dan memahami keinginan seorang bernama lelaki.
7.Pencakar langit.
safe_image

spesies baru yang masih misteri ,ada masa nanti kami akan cuba buat kajian untuk pengesahan. Hahaha memang gempaklah wanita sekarang.
sumber di ambil dalam internet.
loading...

5 Sebab Terlalu Banyka Makan Daging Kambing Sangat Bahaya

Tiada ulasan
dkm
dkm5 Sebab Terlalu Banyka Makan Daging Kambing Sangat Bahaya | Anda suka makan daging kambing? Makan terlalu banyak boleh dikatakan tiap-tiap minggu. Menikmati daging kambing memang bermanfaat & berkhasiat untuk tubuh. Namun, jika dimakan secara berlebihan, bahaya daging kambing buat kesihatan anda tetap ada. 
Daging kambing merah menduduki tempat ke 4 dalam senarai makanan yang memiliki kadar kolestrol tinggi. Bagi mereka yang memiliki penyakit hipertensi ataupun kolesterol, wajib menghindari makanan ini. Bagi penghidap penyakit buah pinggang, pengambilan daging kambing secara berlebihan sangat berbahaya terutama ketika buah pinggang sedang bekerja keras menghadamkannya.Efeknya, akan terjadi pengendapan protein-protein pada beberapa organ sulit. Tapi ada sesetngah pakar kata,bukan put kata, makan daging kambing sebelum bersama boleh hangatkan hubungan di malam itu,faham-faham je lah ya.. bagi yang sudah berkahwin sahaja.
Berikut beberapa bahaya daging kambing buat kesihatan jika dimakan secara berlebihan:
1. Penyakit Jantung
Kerap dan banyak memakan daging kambing boleh mengundang penyakit jantung. Ini adalah kerana disebabkan kandungan lemak haiwan yang banyak. Penimbunan lemak yang banyak boleh sampai ke pembuluh darah. Jika terjadi penyempitan pembuluh darah disebabkan lemak yang terlalu banyak, akan diserang sakit kepala kerana pengaliran darah yang sepatutnya sampai ke otak terhalang oleh pembuluh darah.
2. Risiko Kolesterol Tinggi
Kolesterol tinggi merupakan bahaya daging kambing, yang mencapai 39 mg pada setiap 100 gram. Meskipun kolesterolnya tidak setinggi daging lembu, namun anda tetap perlu berhati-hati. Seseorang yang memiliki kolesterol normal juga berisiko mendapat penyakit kardiovaskular.
3. Pedih Ulu Hati
Bahaya daging kambing boleh membuatkan ramai orang sakit kepala, mulut pahit sehingga membawa kepada pedih ulu hati.
4. Gangguan Penghadaman (Sembelit)
Daging kambing merupakan salah satu daging merah yang memiliki tekstur tidak terlalu baik. Sehingga pengolahan di dalam tubuh kita juga sedikit lama. Untuk itu, proses penghadaman juga menjadi lebih lama. Jadi, sebaiknya jangan makan secara berlebihan.
5. Bahaya Obesiti
Kadar lemak jahat yang ada pada tubuh serta penimbunan LDL mampu meningkatkan risiko bahaya obesiti. Jika penimbunan lemak tersebut berada pada kawasan pembuluh darah, risiko lain yang muncul adalah penyempitan pembuluh darah. Perkara ini akan mengakibatkan penyakit kardiovaskular.

Jadi beringatlah apabila anda ingni memakan kambing,makan tak salah,tetap halal, tapi jangan terlalu kerap. 
loading...

Tips/Petua 4 Cara Berkesan Menghilangkan Karang GigiK

Tiada ulasan


Karang gigi, tahu tak apa itu karang gigi?? karang gigi tu yang terbentuk dicelah-celah gigi anda daripada sisa-sisa makanan yang terlekat. Kalau di biar jadi karang gigi. Pasti semua orang akan mengalami benda ni.
Plak gigi itu sendiri terjadi akibat air liur yang mengandungi garam telah bercampur dengan asid yang terdapat pada sisa makanan yang dimakan.Terbentuknya karang atau plak gigi pertama kali biasanya menyebabkan warna kuning pada gigi. Jika tidak di atasi dengan cepat ia akan menyebabkan gigi anda berwarna kehitaman.Jadi,ketika anda melihat adanya plak atau karang gigi ini maka anda harus segera mencari cara menghilangkan karang gigi tersebut.
Selain itu, kehadiran karang gigi ini juga boleh menyebabkan mulut anda mengeluarkan bau yang tidak sedap. Ini adalah kerana terdapat gangguan sistem penghadaman dan pernafasan serta terjadinya infeksi pada gusi.
Berikut beberapa cara menghilangkan karang gigi yang boleh anda lakukan.
  1. Memberus Gigi Secara Teratur
Untuk mengatasi terjadinya karang gigi, anda perlu memberus gigi secara teratur, tiga kali sehari. Dengan memberus gigi secara teratur gigi anda akanmenjadi lebih bersih, mulut tetap harum serta kesihatan gusi dan mulut akan terjaga. Cara menghilangkan karang gigi ini boleh mencegah terjadinya pengumpulan sisa makanan pada gigi yang boleh mengundang karang gigi.
  1. Perbanyakan Minum Air
Minum air putih atau air masak juga merupakan salah satu cara menghilangkan karang gigi yang efektif dan paling senang.Anda tak perlu mengeluarkan banyak belanja untuk menghilangkan karang gigi dengan cara ini. Ini adalah kerana air putih boleh membersihkan sisa-sisa makanan yang terlekat pada celahan gigi sehingga membentuk karang gigi.
  1. Makan Buah Epal
Anda boleh cuba cara menghilangkan karang gigi secara semulajadi dengan pengambilan buah epal. Buah epal mengandungi vitamin C dan juga kalsium yang berguna untuk menyihatkan dan menumpas karang gigi secara semulajadi.Tanpa memberikan sebarang risiko atau impak negatif bagi kesihatan gigi, pengambilan buah epal secara rutin boleh membuatkan gigi anda menjadi lebih bersih dan putih.
  1. Khasiat Buah Melon
Buah melon juga boleh digunakan sebagai cara menghilangkan karang gigi. Buah melon mampu membuatkan gigi menjadi bersih jika pengambilannya dilakukan secara rutin. Melon mengandungi serat semulajadi yang bermanfaat untuk mengeluarkan air liur dengan lebih banyak untuk membantu membersihkan mulut dan gigi secara semulajadi.

Put harap kita sama-sama menjaga gigi kita sehingga ke hari tua,ini tak baru masuk 30 siri dah tak da gigi depan. Sayangilah gigi anda.
loading...

Ahad, 12 Julai 2015

Gambar Shooting Raya 2015 For PTMK

Tiada ulasan
Assalamualaikum.. apa khabar semua,hari ini put nak kongsikan sedikit gambar sahaja shoot foto untuk cover harin raya. Gambar ni tak semua put share kan hanya sestengah sahaja disebabkan ingin menjaga sensitifviti seseorang.

Tengok jer jangan rindu pula..















Jangan lupa komen. Selamat hari raya maaf zahir dan batin. Jangan lupa bayar zakat ya.
loading...

Sabtu, 11 Julai 2015

Kulit Kepala Gatal? disini Ada Petuanya

Tiada ulasan
Kulit Kepala Gatal - women online magazine
( Gambar ini hanyalah sebagai hiasan sahaja )
Anda pasti selalu mengalami gatal kepala, puas suadah anda mencari sebab kenapa anda selalu mengalaminya dan anda cuba membeli syampoo dan pelbagai ubatan lagi. Put juga alami situasi yang sama. Sedang menulis artikal ini pun put sedang garu kepala akibat gatal kulit kepala. Disebabkan put juga gatal kepala put cuba guna pak cik google kita untuk cari petua yang berguna untuk mencuba kurangkan gatal kepala. Akhirnya put terjumpa petua ini. Jadi put  ingin kongsikan bersama anda. Anda pasti alami situasi yang samakan?? lagi-lagi wanita bertudung.
Mengapa kulit kepala gatal?
1. Alahan
Penyebab kulit kepala gatal adalah berpunca daripada reaksi alahan dari produk penjagaan rambut sehari-hari anda. Misalnya kebiasaan mengeringkan rambut dengan hair dryer atau alat-alat lain yang memberikan panas pada kulit kepala, atau penggunaan semburan yang boleh membuat kulit kepala kering. Elakkan penggunaan hair dryer dengan suhu yang paling panas, terutama apabila rambut anda masih basah, kerana ia dapat membuat kulit kepala anda rosak.
2. Faktor cuaca
Berada terlalu lama di kawasan bersuhu dingin atau terlalu panas boleh menyebabkan kulit kepala gatal. Hal ini adalah kerana kulit kepala kurang kelembapan yang diperlukan. Oleh itu, gunalah produk penjagaan rambut yang boleh mengekalkan kelembapan kulit kepala.
3. Biasanya ketulan atau benjolan pada kulit kepala boleh menyebabkan gatal.
  • Jangkitan kulit (dermatitis)
Masalah dermatitis adalah gatal, keradangan dan nanah yang sering keluar cairan, mengering, dan keruping di atas kulit kepala.
  • Epidermal atau bisul
Bisul, seolah-olah sebiji jerawat kecil tumbuh di bawah lapisan atas kulit kepala. Bisul biasanya mengandungi bahan berminyak semi-pepejal putih. Biji ini boleh gatal dan kadang-kadang menyakitkan. Ia selalunya dirawat dengan pembedahan untuk menghilangkan bisul dengan isinya.
  • Scalp Psoriasis
Ini adalah salah satu keadaan yang boleh mengakibatkan gatal dan berbiji kemerahan. Ia lebih kurang serupa dengan kista epidermal. Hal ini dapat dikenalpasti pada garisan rambut dan jangkitan boleh bermula dari ringan hingga teruk.
  • Folikulitis
Folikulitis merupakan keradangan atau jangkitan satu atau lebih folikel rambut. Hal ini disebabkan oleh bakteria, Staphylococcus aureus. Ia dapat dilihat dari segi warna kemerahan, gatal dan biji yang menyakitkan di atas kulit kepala. Jika tidak dirawat dalam masa terdekat, kawasan yang yang terkena boleh menyebabkan rambut gugur dan rambut mungkin tidak tumbuh kembali.
  • Jerawat
Seperti bahagian tubuh, kulit kepala juga boleh mempunyai jerawat. Kadang-kadang, folikel rambut tersumbat dengan minyak semula jadi, debris sel, kotoran adalah tempat yang sesuai untuk pertumbuhan mikrob, yang akhirnya menyebabkan jerawat pada kulit kepala dan menyebabkan kegatalan.
  • Kanser
Pertumbuhan kanser dari sel-sel pada kulit kepala boleh menyebabkan pembentukan benjolan kulit dan terasa gatal. Kanser biasanya mempengaruhi bahagian kulit kepala yang tidak tertutup oleh rambutnya.
  • Hives
Hives biasanya terjadi kerana alahan. Ia membentuk beberapa ketulan kecil dan mungkin besar atau ketulan merah tunggal. Hal ini akan menyebabkan kegatalan yang teramat sangat.
  • Penyebab lain
Penyebab  lain yang boleh menimbulkan kulit kepala gatal termasuklah cacar air dan kayap, kudis atau kurap.
1. Minyak Tea Tree
Selain minyak tea tree, syampu bayi diperlukan untuk menyembuhkan gatal di kulit kepala. Campuran setengah gelas syampu bayi dan 10-20 titik minyak tea tree boleh digunakan setiap hari untuk mencuci rambut. Selain untuk syampu, 2-3 titis minyak tea tree yang dicampur dengan satu sudu makan minyak sayur adalah kombinasi tepat untuk mengurut kulit kepala yang gatal.
2. Garam
Garam juga boleh menghilangkan gatal di kulit kepala. Caranya dengan menaburkan garam di kulit kepala kemudian gosok secara halus, lalu diamkan sebentar. Selepas itu bilas dengan air hingga bersih.
3. Jus lemon
Dua sudu makan jus lemon adalah penyelesaian semula jadi untuk mengatasi kulit kepala yang gatal. Selepas urut pada kulit kepala, bilas dengan air. Kemudian cuci lagi rambut dengan campuran segelas air dan satu sudu teh jus lemon. Aplikasikan setiap hari untuk hasil yang lebih maksimum.
4. Air Sejuk
Mencuci kepala dengan air panas  akan membuat kulit kepala  kering dan kemudian mengelupas. Dan mencuci kepala dengan air sejuk ini dapat mengembalikan kelembapan pada kulit kepala dan mengurangkan rasa gatal.
5. Cuka Sari Buah Epal
Cara murah dan mudah untuk menyembuhkan gatal di kulit kepala adalah dengan menyembur campuran cuka sari buah epal dan air. Urut kulit kepala kemudian bungkus dengan tuala. Biarkan selama 15 minit sebelum membilas rambut hingga bersih.
6. Minyak Jojoba
Selain melembapkan, minyak jojoba juga mampu mengurangkan sensasi gatal di kulit kepala. Cukup lakukan urutan halus di kulit kepala dengan minyak jojoba seminggu sekali. Rasa gatal akan perlahan-lahan berkurang.
7. Lidah Buaya
Lidah buaya adalah resipi terkini yang boleh menyembuhkan gatal di kulit kepala. Ambil bahagian dalam lidah buaya yang bentuknya seperti gel dan letakkan pada kulit kepala. Biarkan selama 30 minit sebelum membilasnya hingga bersih.
8. Avokado &  Pisang
Kulit kepala kering menimbulkan rasa gatal yang tak terhingga. Atasi dengan buah avokado dan pisang yang dicampur sekali. Selepas itu, sapukan pada rambut dan biarkan selama 30 minit sebelum dibilas. Bukan cuma menyembuhkan gatal, ramuan ini juga membuat rambut semakin halus dan bersinar.
9. Air Putih
Untuk menjaga kesihatan rambut, anda juga boleh meminum air putih minimum 8 gelas sehari. Jika rutin meminum air dalam jumlah tersebut boleh menjaga rambut agar terhidrat sehingga boleh memperbaiki bahagian tubuh yang kering serta menghilangkan kulit kering yang gatal.
10. Baking Soda
Campuran baking soda dan air adalah bahan pertama yang boleh diaplikasikan untuk menyembuhkan rasa gatal di kulit kepala. Sebelum meletakkan baking soda, kulit kepala boleh diberi minyak zaitun terlebih dahulu. Biarkan baking soda selama 10-15 minit sebelum akhirnya dibilas.
Selamat mencuba ya.


Read more: http://www.wom.my/kecantikan/kulit-kepala-gatal/#ixzz3fecrXQBS 
loading...

Khamis, 9 Julai 2015

Shopping Baju RAYA beli Baju KERJA

Tiada ulasan

Hahaha mula-mula nak gelak puas-puas. Nak tahu kenapa, perancangannya nak shopping baju raya,tapi shopping baju kerja,apa nak jadi ni.. sedangkan baju raya tak beli lagi ni wei..

Tapi sempat juga berfotoshoot sendiri. Lama tak buat kerja ni.. jom terjah gambar yang berlaku semalam.

loading...

Petua Berguna hilangkan Batuk Bayi & Kanak-kanak

1 ulasan

Petua Berguna hilangkan Batuk Bayi & Kanak-kanak  | Anda yang sudah berkahwin dan mempunyai anak semestinya pernah berlaku kepada anda situasi anak anda batuk. Anda sudah pergi klinik atau sudah cuba bermacam-macam ubat moden semua tidak kebas dan baik. Hari ini saya kongsikan serba sikit tips atau petua untuk hilangkan batuk anak anda.

Anak batuk


Madu asli

Untuk bayi atau kanak-kanak, 1 sudu kecil. Kalau rasa madu tu macam pekat, boleh tambah sedikit air.

Kunyit hidup atau bawang putih

Gosok kunyit hidup dimana-mana permukaan yang kasar untuk dapatkan serbuk, lepas tu serbuk kunyit dicampurkan dengan minyak masak kemudian sapukan ke dada bayi.

Kalau nak guna bawang putih, bakar sikit bawang putih. Caranya sama seperti guna kunyit, gosok, ambil serbuk, kemudian campurkan dengan minyak masak baru sapu ke dada bayi.

Daun Kaduk 

Jika bayi anda batuk berkahak dan selsema, boleh gunakan daun kaduk. Ramas daun kaduk dengan kapur sirih. Kemudian sapukan pada dada dan perut bayi. Kahak akan keluar bersama najis bayi nanti.

Kismis 

Kalau bayi anda dah boleh mengunyah, amalkan makan kismis sebanyak 21 biji setiap hari. InsyaAllah batuk akan hilang.

Daun Bunga Tahi Ayam

Ambil daun bunga tahi ayam. Ramaskan dengan kapur sirih sampai berlendir kemudian sapu kat tengkuk dan dada bayi.


Semoga petua ini berguna kepada anda. Selamat mencuba

Sumber: sportmusang
loading...

Selasa, 7 Julai 2015

Jubah Jadi Pilihan Lelaki Sambut Hari Raya Aidilfitri 2015

8 ulasan


Assalamualaikum, rasanya raya tak lama lagi, ramai umat islam sekarang berpusu-pusu ke shopping mall,terutama ke sogo, jalan masjid india, jusco dan banyak lagi. Apa tujuan mereka? tak lain tak bukan mencari baju raya untuk diri sendiri,untuk isteri,untuk anak-anak dan banyak lagi, tak lupa juga ada yang beli biskut raya tunjuk jer, yang ni untuk orang yang banyak duit,bukan apa takut biskut raya pun dikenekan GST. Hari ini saya bukan nak cerita semua baju raya tetapi saya nak cerita fenomena terbaru berlaku di Malaysia iaitu kaum adam beraya dengan memakai jubah.

Jubahkan sunnah Rasulullah s.a.w. Jika niat baik pakai kerana Allah isyaAllah dapat pahala. Fenomena ini dicentuskan salah satunya dari iman muda, put pun tak ingat nama apa. Selain itu,ustaz Don pun selalu mengenakan jubah. Artis nasyid seperti Hafiz Hamidun pun siap ada keluarkan jenama sendiri jubah beliau, nak oder cari dalam facebook. Sekarang jubah tak macam dulu,banyak berfesyen untuk menarik minat pemuda-pemudi, ada yang dikenakan sekali dengan topi,ada butan lipat dekat lengan,ada berwarna warni sesuai dipakai di aidilfitri.

Put ingat lagi sewaktu kecil, nak pakai jubah takut,takut bukan apa,kalau pergi surau atau majlis-majlis ilmu nanti kita yang kene jadi iman solat, baca doa,kehkehkeh buat malu jer. Jom kita tengok fesyen terkini jubah-jubah untuk hari raya tak lama lagi. Maaflah put tak sempat nak photoshoot, maklumlah tak ada sponsor.





Jom shopping selagi ada sale,mintak-mintak jubah tak dikenakan GST.


loading...

Ahad, 5 Julai 2015

Gambar - Siapa suami di hati anda?

Tiada ulasan

Assalamualaikum, nak Tanya Sikit dekat isyeri-isteri di luar sana. Tak kira berapa lama Perkahwinan anda tak kira anda muda atau tua,siapakah suami di mata anda,siaplah suami dihati anda?

Walau bagaimana perangai, rupa suami,jahatnya suami,dia tetap suami anda. Tak percaya tengok gambar di bawah. Biar gambar yang berniaga.

loading...

Sabtu, 4 Julai 2015

Kisah Pengorbanan Ayah Untuk Baju Raya Anak-anak

Tiada ulasan
sebagai hiasan sahaja


Kita selalu mendengar cerita pengorbanan seorang ibu,kita jarang sekali mendengar cerita pengorbanan seorang bapa,ayah,abah ataupun papa kepada anak-anaknya. Ini kisah benar yang put sendiri melihat,merasa dan memerhati iaitu abah put. Abah put dahulu seorang pegawai tentera,selepas abah put berhenti kerja,abah mencari kerja lain, pelbagai kerja abah lalui,ada kerja sampai memotong semak samun dikebun getah dan hanya mendapat bungkusan makanan sebagai balasan seperti sardin,kicap,telur, serbuk teh dan lain-lain.

Selepas itu, selalu tiba sahaja bulan ramadhan abah pasti tidak senang duduk,putu tau abah risau anak-anak dan isterinya untuk makan dibulan puasa malah tiba dihari raya. Put selalu dapat pakaian raya dari jiran-jiran yang sedekahkan. Ada satu masa bila sekolah sampai 3-4 bulan put tiada buku nota. Akhirnya abah nekad tinggalkan anak isteri pergi cari kerja di kotaraya.

Bila abah berkerja abah jarang dapat cuti,jarang beraya dengan kita orang. Ya lah,abah mana ada spm,atau sijil apa-apa pun,jadi pengawallah jawabnya, cuti memang susah. 2 hingga 3 tahun sekali baru dapat beranak dengan kita orang, lupa pula adik beradik put 9 orang kesemuanya put anak ke 3.

Berbalik cerita tadi, selepas abah bekerja sebagai pengawal keselamat,barulah kami dapat merasa makan ayam sebulan sekali,kalau tak memang susah,put tak nak cerita bagaiman makan minum kami semasa kami susah dahulu. Bila abah tak dapat beraya bersama put rasa kekurangan,tak meriah berhari raya. Bila susah biasalah dicemuh,dihina,dituduh macam-macam oleh masyarakat sekeliling.

Setiap kali dapat beraya dengan abah,kita orang kebanyakkan dapat pakai baju baru,tetapi abah tidak,hanya memakai tshirt berkolar dan kain sarung sahaja.  Ada suatu ketika put pernah bekerja sebagai pengawal keselamatan di tempat abah,abah mengenkan seluar kerja tidak pernah ditukarnya selama beberapa tahun seakan memang nampak lusuhnya warna seluar,paling menyedihkan put tengok pinggang seluar tidak muat,abah dengan slumber memakainya,besar pengorbanan abah. Abah tidak pernah beli tilam di rumah sewa,malah bantal hanya beralaskan kertas dan spam,menitis air mata put,sedangkan abah kerja tetapi duit gaji semua hantar dekat mak hanya untuk makan minum sahaja.

Put tak nak cerita panjang-panjang sebak rasanya. Bila put sudah kahwin dan sudah ada 2 orang anak baru put tahun pengorbanan sebagai bapa. Sebenarnya banyak lagi pengorbanan abah kepada kami. Terima kasih abah kerana mendidik kami dan membesarkan kami dengan baik . TaHun ini akhirnya dapat beraya dengan abah sekali lagi kerana abah sudah tak kerja sebagai pengawal keselamat.

Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin kepada Abah dan mak,terima kasih abah.
loading...

Anda Sakit Perut? Cara dan rawatan Sakit Perut Put Kongsikan

Tiada ulasan
cara dan rawatan hilangkan sakit perut pucuk daun jambu

Selamat bersahur dan berpuasa untuk semua, bulan-bulan puasa ni put rasa ramai yang selalu mengalami sakit perut berpanjangan. Sakit perut memulas nak berat,ada pedih ulu hati dan sebagainya. Pagi ni put nak kongsikan serba sedikit cara dan rawatan untuk memulihkan sakit perut anda agar sembuh secepat yang mungkin.

Cara dan Rawatan Sakit Perut

1. Ambil beberapa helai daun jambu batu yang muda iaitu pucuknya.

2. Bersihkan kemudian masukkan kedalam mesin pengisar dan kisarkan untuk mendapatkan jusnya.

3. Tapiskan dan campurkan dengan sedikit gula dan bolehlah di minum airnya.
Terdapat juga beberapa cara lain yang boleh diamalkan.

Akar bunga matahari
Bahan: Akar bunga matahari kering secukupnya dan air panas sebanyak setengah gelas.
Cara pengubatan: Akar bunga matahari kering ditumbuk hingga halus, kemudian dimasukkan ke dalam setengah gelas air panas. Minum air akar bunga matahari tersebut seperti minum kopi sebanyak 2-3 kali sehari.

Biji jati belanda
Bahan: Sediakan 13 butir biji jati belanda dan setengah gelas air panas.
Cara pengubatan: Pertama-tama biji jati belanda disangrai kemudian ditumbuk hingga halus. Seduh hasil tumbukan tadi dengan setengah gelas air panas. Minum ramuan ini selagi masih hangat.

Daun Cermai
Sediakan 3 gram daun cermai dan setengah gelas air panas. Cuci bersih daun ceremai lalu dikeringkan dan ditumbuk hingga halus. Kemudian hasil tumbukan tersebut direndam dengan setengah gelas air panas. Setelah sejuk sedikit, airnya diminum sekaligus bersama hampasnya.

Buah Kapulaga
Siapkan 5 butir buah kapulaga dan 3 gelas air untuk merebus. Rebuslah kapulaga tersebut dalam 3 gelas air hingga mendidih. Setelah dingin, buahnya dimakan.

Cubalah semoga sakit perut anda semakin berkurang dan sembuh. Ini sahaja buat masa ini put kongsikan cara dan rawatan cepat untuk orang yang selalu sakit perut atau mengalami sakit perut.

JANGAN LUPA SHARE YA JIKA BERGUNA.
loading...

Ketahui Nama KOD ada pada tayar kereta supaya anda tidak ditipu oleh penjual

4 ulasan

Put kongsikan tips ini agar anda sebagai pengguna kenderaan yang bernama kereta tidak ditipu oleh penjual tayar. Kita selalu ditipu penjual tayar kereta apabila kita ingin menukar tayar kereta yang sudah pancit atau bunga sudah botak, pakai tidak sampai sebulan tayar sudak bengkak buaya, bermakna tayar kita sudah expirde date. Jom pelajari cara mengenali sesuatu tayar itu melalui kod yang tentera pada tayar.
 
Info Pasal tayar kenderaan;
1.Kod Tayar Kenderaan..
Contoh 205/65/R1594H..
205 = Lebar..
65 = Tinggi..
R = Radial..
15 = Saiz / Rim..
94 = Had Maksimum Bebanan..
H = Had Maksimum Kelajuan 210 KM / Jam..
Jika Ianya Abjad Yang Terakhir, Ianya Seperti Di Bawah;
S = Maksimum Had Laju 180 KM / Jam..
T = Maksimum Had Laju 190 KM / Jam..
U = Maksimum Had Laju 200 KM / Jam..
V = Maksimum Had Laju 240 KM / Jam..
Z = Maksimum Had Laju 240 KM / Jam..
W = Maksimum Had Laju 270 KM / Jam..
Y = Maksimum Had Laju 300 KM / Jam..
2. Setiap Tayar Ada 4 Angka Tercatit Di Sisi Tayar..
Contoh 0514..
Ianya Menunjukkan Tayar Baru Keluaran Kilang Pada Minggu Ke 5 Tahun 2014..
Tempoh Penggunaan Tayar Adalah Selama 5 Tahun Dari Tarikh Ianya Dikeluarkan..
Tayar Baru Yang Berusia Lebih Dari 5 Tahun Masih Boleh Digunakan Tetapi Ianya Telah Menjadi Keras Sebab Getah Tayar Sudah Tamat Tempoh (Expired)..
Jika Tukar Tayar Yang Baharu Pastikan Tahun Pengeluarannya Adalah Tahun Yang Terkini..
Jika Beli Tayar Keluaran Tahun 2013 Minta Diskaun Sebanyak 20% Daripada Harga Asal..
Berikut Adalah Diskaun Harga Tayar Mengikut Kepada Tahun Tayar Yang Dikelurkan Dari Tahun Semasa (2014);
2012 = 40%
2011 = 60%
2010 = 80%
2009 = Percuma
Semoga Perkongsian Ini Membantu Kita Agar Tidak Ditipu Oleh Kedai Jual Tayar..
Share Kepada Yang Lain....
Semoga ini memberi manfaat kepada kita semua...
loading...
LIKE PAGE KAMI UNTUK BERITA TERKINI Button Close