loading...
Memaparkan catatan dengan label Resepi. Papar semua catatan

Ahad, 5 Jun 2016

1 ulasan

MAFAAT AIR NABEEZ DI BULAN RAMADHAN, RAMUANNYA AIR MASAK DAN KURMA



MAFAAT AIR NABEEZ DI BULAN RAMADHAN, RAMUANNYA AIR MASAK DAN KURMA | Belum terlambat untuk ucapan selamat perpuasa kepada seluruh umat islam,puasa penuh bagi yang mampu ya,terawih perbanyakkan. Banyakkan amalan yang mulia di bulan ramadhan. Anda selalu tidak lalu makan bila bangun sahur atau sudah makan tapi masih tidak dapat tahan sampai berbuka. Meh baca petua atau sunnah dari Rasul kita iaitu Rasulullah s.a.w cara bersahur. Malah cara ini juga boleh dilakukan bila-bila masa tak semestinya time bulan puasa sahaja. Yang penting bagi mereka yang nak diet cara ini lagi berkesan.

artikel berkaitan :

1. Inilah Punca Sebenar Bibir Kering Bukan Kerana Kurang Minum Air Masak,Sebenarnya

2. Jika anda mendapat petanda sakit kaki dan kebas, Sila baca artikel ini


Air nabeez adalah pemakanan Nabi Muhammad s.a.w. Rendam kurma dengan air masak malam ini. Sahur esok minum jer. Insyaallah, perut mampu bertahan... Buat ni untuk sekali minum sahaja. Jangan simpan lama-lama sangat. Ingat Sekali buat sekali minum sahaja. Nanti masam dah tak boleh minum.

Cara2:

1. Ambil kurma dalam bilangan ganjil contohnya 3, 5,7. Anggaran air dlm 500ml ke 1liter. Ambil 3 biji kurma & buang bijinya. Carik2 isi kurma. Ada juga yang guna kismis tapi jangan campur ya. Kalau buat kurma, kurma sahaja. Kalau kismis, kismis sahaja.
2. Rendam isi kurma dalam air masak biasa malam sebelum tidur. Letak di luar sahaja. Tak perlu simpan dalam peti sejuk tau. Tutup bekas air tu jangan biarkan terbuka nanti syaitan ludah hehehe.
3. Sahur esok air tu dah boleh diminum.
4. Air ni boleh juga diamalkan sebelum sarapan pagi bila hari-hari lain walaupun bukan di bulan ramadhan. Amalkan masa perut kosong.

Jika artikel ini bermakna tolong sebarkan... Jangan Lupa Like Page PutraShar

sumber Facebook

Sabtu, 5 Disember 2015

Tiada ulasan

10 Inilah Makanan Sunnah dan Kegemaran RASULULLAH s.a.w Yang PaTut Kita Contohi


10 Inilah Makanan Sunnah dan Kegemaran RASULULLAH s.a.w Yang PaTut Kita Contohi | Kita sebagai umat islam seringkali terlupa akan makanan sunnah yang sememangnya memberi 1000 kebaikan pada diri dan kesihatan kita. Ketahuilah apa itu 10 makanan sunnah atau makanan kegemaran Rasulullah s.a.w :
1. Barli – Bagus untuk demam jika dibuat sup/air minuman.
2. Kurma – Nabi berkata rumah yang tidak mempunyai kurma adalah seperti rumah yang tidak ada makanan.
3. Buah Tin – Buah dari syurga. Boleh mengubati buasir.
4. Anggur – Nabi suka buah anggur. Ia membersihkan darah, menguatkan buah pinggang, membersihkan perut
5. Madu – Ia adalah makanan segala makanan, minuman segala minuman, ubat segala ubat. Mengubati cirit birit jika dibancuh dengan air panas, membuka selera, menguatkan perut, membuang kahak. Elok diminun waktu pagi dengan air suam.
6. Tembikai (Segala Jenis) – Nabi berkata wanita mengandung tidak akan gagal melahirkan anak yang baik dari segi perwatakkan dan wajahnya.
7. Susu – Nabi berkata susu baik untuk membuang panas badan. Menguatkan belakang,memperbaiki otak memperbaharui pandangan mata, membuang kelupaan.
8. Cendawan – Baik untuk mata, perancang keluarga.
9. Minyak Zaitun – Rawatan kulit dan rambut. Melambatkan penuaan, merawat radang perut.
10. Delima – Membersihkan tubuh dari syaitan & bisikan syaitan selama 40 hari.
 
Jika diikutikan orang yahudi atau negara barat banyak memakan makanan seperti ini sebab mereka percaya akan kualiti makanan tersebut,hakikatnya mereka menghasut,memanipulasikan fikiran dan permahaman kita terhadap makanan sunnah agar kita lupa kebaikkan makanan ini dan secara tak langsung kita suka makan makananan barat atau makanan yang kurang khasiatnya membuatkan kita umat islam jadi lemah, tak da semnagat dll. Apa-apa pun terpulang kepada anda. Sekian.

Rabu, 18 November 2015

Tiada ulasan

RESEPI KITA - Resepi Kek Batik

hahahah kali ni kita kongsikan sedikit respi kek batik.. tahu doh kek batik ni macam mana?? rasa macam mana??? kalau tengok gambar di bawah pasti anda pernah merasa kek berbatik-batik ni.. Ermmm memang sedap sangat, mudah jer nak buat tak payah nak beli-beli membazir jer... Nak tahu cara buat kek batik ni adalah cara paling mudah nak buat.



Bahan-bahan buat kek batik:
– 2 cawan milo
– 2 sudu besar serbuk koko
– 1 tin susu pekat manis
– 1 buku buttercup
– 1 paket biskut Marie
Cara buat kek batik:
  1. Cairkan dulu butter dalam periuk yang dipanaskan dengan api kecil. Bila sudah cair, masukkan susu pekat dan gaul lagi hingga sebati.
  2. Lepas itu, masukkan Milo dan serbuk koko ke dalam periuk. Masukkan sedikit demi sedikit sambil digaul sehingga sebati. Jangan tinggalkan sebatian ini berketul-ketul.
  3. Masukkan biskut Merrie yang telah dipatahkan (tidak sampai hancur) sebelumnya ke dalam periuk, dan gaul hingga rata.
  4. Lepas itu, masukkan adonan ke dalam loyang yang telah dialas dengan plastic biar mudah nak dikeluarkan.
  5. Padatkan kek batik tadu dengan tekan-tekan menggunakan sudu.
  6. Bila dah padat, simpan loyang ke dalam peti sejuk sekira 3 jam
  7. Kalau nak makan, keluarkan dahulu kek batik kira-kira 30 menit karena pasti sudah keras sebab masuk di peti sejuk.
  8. Kek batik siap di hidangkan.
Apa macam?? sedap tak? pasti anda nak buat selalu.. Selamat mencuba!!

Isnin, 5 Oktober 2015

Tiada ulasan

Cara Buat Donut

 
 
 
Assalamualaikum, kali ni put nak kongsikan resepi Donut bukan donut yang lembut sotong tu, sesuai di makan waktu sarapan pagi atau minum petang,memang berbaloi-baloi.  Donat ni memang famous di mana-mana sahaja,malah macam-macam adunan di campur,direncah dihias. tak percaya tengok gambar di atas. Nak buat kuih donut yang lembut dan lazat ni banyak petuanya banyak caranya, terpulang pada anda nak macam mana,yang peting resipi asas donut mesti ada,wajib kalau tak,tak jadi donut jadi do no jer.. Put tak nak cerita panjang-panjang pasal donut sebab put dah terliur, jom belajar buat sendiri donat yang lazat lembut dan gebu disukai ramai..
 
bahan-bahan:
2 sudu besar mentega
 1 biji telur
 1 cawan air suam
6 sudu besar gula pasir
 3 sudu besar susu pekat manis
1 paket yis (mauripan)
3 cawan tepung gandum
cara-caranya:
1. cairkan mentega & letak tepi dulu (saya cairkan sekejap dalam microwave)
2. larutkan gula dengan air suam dalam mangkuk besar
3. masukkan susu pekat & kacau sebati
4. masukkan yis, kacau sekali lagi & biarkan selama 10 minit 
5. pukul telur & campurkan dalam mentega cair tadi  
6.lepas 10 minit campuran yis tadi akan berbuih2..masukkan campuran telur ke dalam yis & kacau sebati 
7. masukkan semua campuran ke dalam tepung (masuk sedikit demi sedikit)
8. gaul adunan perlahan2 dengan senduk kayu
9. biarkan selama 45 minit
10. lepas 45 minit doh akan kembang & gebu gitu..da boleh bentukkan donut...takda acuan pun takpa..ikut kita nak bulat2kan ke nak jadikan dia bentuk donut jugak ke...terpulang^^
 (guna tepung kat tangan if doh melekat2) 

*rehatkan doh sekejap bagi kembang kiambang sikit baru mula goreng
*masa goreng pula kena sentiasa balik-balik kan donut untuk dapat colour yang cantik..makesure api kecik jangan terlalu besar nanti hangus.
*sejukkan donut dulu baru salut dengan gula (saya guna gula kastor) tapi kalo nak salut dengan coklat pun boleh..ikut selera masing2^^ 
 
Dah siap,selamat mencuba memasak,menghias,memakan donut sedap lazat anda.

Selasa, 29 September 2015

2 ulasan

Tahukah anda biji Kurma ada Kelebihannya



Sahabat pencinta Makanan Sunnah! Tahukah anda biji Kurma ada Kelebihannya?? Jika tahu tak baca tak apa,jika tak tahu dan nak tahu baca artikal ini sampai habis. Biji kurma sebenarnya banyak kelebihan yang tersirat yang anda tidak tahu.
Tak semsetinya bulan ramdhan baharu kita nak makan kurma tercari-cari buah kurma. Sebenarnya kurma bila-bila masa boleh makan tak kira bulan ramadhan.
Ironinya bulan Ramadan akan dikaitkan dengan makanan baik untuk berbuka puasa iaitu KURMA atau TAMAR.
Kurma adalah buah ajaib, kecil pada saiznya namun jika diambil secara konsisten setiap hari, ianya adalah makanan terbaik buat kita umat manusia.
Kaya dengan Glukos kerana itu ianya amat sempurna untuk tenaga berpanjangan sepanjang hari.
Langkah demi langkah memproses biji kurma, saya menggunakan biji kurma Ajwa
Namun pada post kali ini saya ingin berkongsi ilmu  dengan biji kurma. Biji kurma sangat banyak khasiatnya, untuk kulit dan juga boleh dibuat minuman seperti kopi
jika anda makan kurma, jangan terus membuang bijinya. Simpan dan kumpul.
Cara cara memproses biji kurma;
  • Basuh biji kurma dan tos kering
  • Taburkan di atas dulang atau penutup periuk dan jemurkan seharian
  • Gorengkan biji kurma tanpa menggunakan minyak , goreng sehingga hangus pastikan biji kurma hitam legam, pada ketika ini biji kurma akan mengeluarkan bau harum dan sangat wangi persis biji kopi!
  • Tumbuk dengan batu lesung atau kisar dengan menggunakan pengisar kering (jangan risau kerana tekstur biji kurma sudah garing dan tidak keras) 
  • Simpan di dalam botol kaca dan boleh digunakan dengan jangkamasa yang lama

Buku Islamic Medicine The Key To A Better Life hasil tulisan dan kajian Yusuf Al Hajj Ahmad membicarakan secara terperinci mengenai KURMA
Kebaikannya? 
1) Sebagai minuman penganti kopi, warnanya tidak segelap kopi tapi rasanya seakan akan kopi. Ianya memberi tenaga baik pada peminum
2) Anda juga boleh menggunakan serbuk biji kopi untuk membuat perapan daging dicampur dengan pelbagai rempah ratus dan Subhanallah perapan daging amat amat lembut
3) Digunakan sebagai scrub badan (saya akan kongsikan tips scrubbing dengan anda pada post yang lain) . Gabungan scrub biji kurma dengan #pevoo dan #madu akan membuatkan kulit badan anda selembut baby!. Natural? yes and safe!
4) Jika anda mengalami masalah keguguran rambut yang serius dan kronik sehingga menyebabkan anda BOTAK!!! maka inilah natural remedy atau cara semulajadi untuk mengaktifkan sel kulit kepala yang sudah mati. Amalan menyapu biji kurma dicampur dengan Minyak Zaitun Ramallah Extra Virgin PEVOO , maka hasilnya adalah TERBAIK. Penggunaan secara Konsisten setiap hari sebelum tidur اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ  akan membuatkan sel kulit kepala yang bermasalah kembali sihat dan anak anak rambut kembali keluar dengan sihat!!!
Masya ALLAH, tidaklah ALLAH SWT menyebut sesuatu yang baik di dalam AL QURAN jika tidak mendatangkan kebaikan dan barakah pada semua Umat Manusia
Apa yang penting, YAKIN, TAWAKAL dan ISTIQOMAH
Live and Love Sunnah
Kredit : Munirah

Jika anda rasa artikel ini bermanfaat, anda dibenarkan untuk share dengan rakan-rakan anda. Tekan butang share di bawah. Terima kasih.

PERINGATAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Selasa, 8 September 2015

Tiada ulasan

JOM MASAK - RESEPI DAGING BLACK PEPPER YANG LAZAT



JOM MASAK - RESEPI DAGING BLACK PEPPER YANG LAZAT | anda bosan dengan masakan sama atau husband mendagu masakan tak sedap dan asyik menu sama jer. sama juga anak-anak anda, apa kata tengahari ini anda masak daging black pepper yang pasti lazat membuat mereka bertambah nasi di dalam pinggang. Heheheh pasti cik husband cakap thanks ayang,sedap!!!

** Untuk 4 - 5 org makan **


BAHAN-BAHAN :



  • 500gm daging batang pinang
  • 1 sb serbuk lada hitam - ditumbuk kasar, lebihkan utk lebih pedas
  • 1 biji lada benggala hijau
  • 1 biji lada merah
  • 3 sb kicap manis
  • 2 sb sos tiram
  • 1 cawan air
  • 1 sb tepung jagung yg dibancuh dgn 2 sb air
  • 1/2 sudu garam halus dan 1 sb gula
  • minyak utk menggoreng


CARA-CARA :



  1. Potong daging nipis2 dengan cara melawan urat supaya daging tidak liat. Bersihkan dan toskan selama 1 jam atau lebih supaya daging tidak mengeluarkan air yg banyak ketika menggoreng.
  2. Potong panjang kedua2 lada. Sebelum itu hendaklah dibuang dulu butir2 lada.
  3. Panaskan minyak. Sebolehnya digunakan minyak yg banyak dan menggunakan api yg kuat supaya daging itu tak perlu digoreng dgn lama. Goreng daging lebih kurang 3 - 4 minit sambil dikacau supaya rata masaknya dan angkat.
  4. Keluarkan minyak dan tinggalkan lebih kurang 3 sudu besar shj. Masukkan serbuk lada hitam dan kacau hingga berbau wangi dan masukkan lada merah. Lepas itu masukkan kicap manis, sos tiram, garam dan gula. Kacau sebati. Garam letak sedikit kerana dah pun masin - dari kicap dan sos tiram
  5. Masukkan daging dan kacau sebati dan masukkan air. Sekiranya ingin lebih berkuah, lebihkan sukatan air. Biarkan mendidih, barulah dimasukkan lada benggala dan bancuhan air tepung jagung. Biarkan mendidih. Bila dah agak pekat boleh lah di padamkan api dan sedia untuk dihidangkan.

Selamat mencuba!!

Ahad, 6 September 2015

Tiada ulasan

RESEPI SIZZLING YEE MEE - Jangan makan kat JUSCO jer...


RESEPI SIZZLING YEE MEE - Jangan makan kat JUSCO jer... | selalu pi shopping mall pasti terasa lapar carilah kedai-kedai makan kat dalam tu,bila tengok sizzling yee mee ni terus nak oder. Apa kata jangan oder beli bahan-bahan dia buat sendiri, bila masak sendiri ni boleh buat lebih sikit,nak lebihlak lauk ke sayur ke rasa ke... Jom masak Sizzling yee mee...

BAHAN-BAHAN :-


  • 9 ulas bawang putih ( ketuk atau hiris)
  • 2-3 inci halia ( hiris nipis)
  • 5-6 tangkai Cili kering ( potong 2 atau 3) nak pedas boleh lebihkan..
  • sebelah dada ayam
  • sebungkus cendawan shitake
  • sos tiram
  • kicap pekat dan kicap cair
  • serbuk lada hitam
  • sesudu kecil minyak bijan
  • 4-5 cawan air (ikut suka pun boleh)
  • 3-4 sudu besar tepung jagung untuk pemekat ( harus di bancuh dengan air)
  • sayur sawi
  • yee mee

CARA-CARANYA :-


  1. tumis bawang putih, halia dan cili kering bila hingga kekuningan.
  2. masukkan ayam kemudian sedikit air..
  3. masukkan cendawan..
  4. masukkan air, biarkan seketika hingga ayam masak.. 
  5. Masukkan semua perasa (kicap, sos tiram,lada hitam)
  6. masukkan minyak bijan
  7. tutup seketika.. pastikan cendawan dan ayam betul2 masak
  8. masukkan cecair tepung jagung untuk memekatkan kuah..
  9. bila rasa dah ok... dah boleh la mulakan proses membuat yee mee atas hot plate tu...

UPDATE :-


  • mula mula masukkan mee atas hot plate, letakkan sayur di atasnya, kemudian curahkan kuahnya sesenduk di atas mee tersebut, pecahkan telur jika mahu, dan teruskan mencurahkan kuah beserta lauk dan cendawan secukupnya... kacau kacau mee untuk serasakan kelembutannya
  • kalau takda hot plate.. boleh je satukan.. masukkan yee mee bersama kuah dalam kuali..

UNTUK YEE MEE :-


  • rendam seketika dengan air masak, dalam 5-10 minit, kemudian buang airnya dan biarkan seketika. air tu perlu dibuang untuk mengelakkan mee terlalu lembut, anda akan dapati mee masih lagi keras ketika air telah dibuang, namun jangan risau, mee itu akan cepat lembut bila dibiarkan seketika.. lagipun nanti kita akan masak mee itu sekali lagi bersama kuahnya. mee itu akan lembut juga nanti, so tak perlu la rendam lelama..

Sudah masak apa lagi jom hidang untuk dimakan dengan seleranya...
Tiada ulasan

RESEPI NASI AYAM MADU BUKAN KITA BERMADU YA


RESEPI NASI AYAM MADU BUKAN KITA BERMADU YA | hahahha admin hanya bergurau sahaja. Bila lihat sahaja pada rupanya membuat anda meleleh air liur, nak bermadu takut dikejar dimarah oleh isteri,jadi dapat bermadu dengan ayam madu jadilah,kihkihkih.


BAHAN-BAHAN :-

  • 4 cawan beras
  • 1 ekor ayam - dipotong 6
  • 2 paket sup bunjut
  • 1 ½ inci halia
  • 4 ulas bawang merah 
  • 4 ulas bawang putih
  • 5 sudu besar madu
  • 4 sudu besar kicap manis
  • 3 liter air
  • sedikit garam dan serbuk perasa
CARA-CARANYA :-
  1. Tumis bawang merah, bawang putih dan halia. Setelah kuning, masukkan air, sup bunjut dan ayam. Tambahkan garam dan serbuk perasa dan masak hingga ayam empuk.
  2. Setelah masak, keluarkan ayam dan perap bersama madu dan kicap manis. Sebahagian dari sup tadi dicampurkan bersama beras yang telah dibersihkan lalu dimasak seperti biasa.
  3. Kemudian goreng ayam yang telah diperap tadi di dalam minyak yang sedikit. Setelah masak, potong ayam kepada bahagian yang kecil.


Sedia untuk dihidangkan. Selamat mencuba.Makan dengan bersama family tau..
LIKE PAGE KAMI UNTUK BERITA TERKINI Button Close