loading...
Memaparkan catatan dengan label Petua. Papar semua catatan

Selasa, 31 Julai 2018

1 ulasan

Video - Apa Itu Buasir, tanda-tanda Buasir

Apa Itu Buasir, tanda-tanda Buasir | Buasir cenderung disebabkan oleh faktor-faktor yang menyebabkan pembuluh darah membengkak, termasuk apa-apa yang meningkatkan tekanan di dalam perut seperti sembelit, kehamilan dan kelebihan berat badan. Buasir adalah urat bengkak pada dubur dan rektum yang lebih rendah, sama seperti urat varikos. Buasir mempunyai beberapa sebab, walaupun sering kali puncanya tidak diketahui tetapi mencegah penyakit buasir amat penting. Ianya mungkin disebabkan oleh ketegangan semasa pergerakan usus atau dari peningkatan tekanan pada urat ini semasa kehamilan. Buasir boleh dikategorikan sebagai buasir dalaman dan buasir luaran.

Buasir adalah perkara biasa. Hampir tiga daripada empat orang dewasa akan mengalami buasir dari semasa ke semasa. Kadang-kadang, bekuan boleh terbentuk dalam buasir yang dikenali sebagai buasir trombosis. Ini tidak berbahaya tetapi boleh menjadi sangat menyakitkan dan kadang-kadang perlu dipertahankan dan dikeringkan.




Buasir Dalaman

Buasir dalaman cukup jauh di dalam rektum yang biasanya tidak dapat dilihat atau dirasakan oleh mereka. Ia biasanya tidak cedera kerana anda mempunyai beberapa saraf yang merasakan kesakitan di kawasan itu. Pendarahan mungkin menjadi satu-satunya tanda kepada keadaan ini.
Buasir Luaran

Buasir luar adalah di bawah kulit di sekitar dubur di mana terdapat lebih banyak saraf pengesan kesakitan, sehingga mereka cenderung menjadi terlalu sakit serta berdarah.

Kadang-kadang buasir menjadi lebih besar dan timbul diluar dubur. Kemudian anda mungkin dapat melihatnya sebagai benjolan lembab yang lebih merah dari kawasan sekitarnya. Ia lebih cenderung untuk menyakiti ketika anda membuang air besar dan mencucinya.

Buasir Prolaps(tergelincir) biasanya kembali ke dalamnya sendiri. Walaupun lambat, ia dapat masuk semula dengan perlahan.

Gumpalan darah boleh terbentuk dalam buasir luaran dipanggil trombosis. Ia boleh mencederakan akibat gatal dan boleh berdarah. Langkah-langkah mencegah penyakit buasir perlu diambil supaya ini tidak berlaku kepada anda.
Apa yang menyebabkan buasir?

Sesetengah orang mungkin lebih cenderung mendapat buasir jika ahli keluarga lain juga pernah mengalaminya. Penumpukan tekanan di rektum bawah anda boleh menyebabkan aliran darah terjejas dan membuat pembuluh darah membengkak. Ini mungkin berlaku akibat dari berat tambahan, ketika anda sedang gemuk atau hamil. Atau ia boleh datang dari:-

    Mengangkat sesuatu yang berat
    Berdiri atau duduk untuk jangka masa yang
    Sembelit atau cirit-birit yang tidak jelas
    Batuk, bersin, dan muntah
    Menegang semasa pergerakan usus
    Cirit-birit kronik atau sembelit
    Obesiti
    Kehamilan
    Persetubuhan dubur
    Pemakanan serat rendah

Tanda-tanda dan gejala buasir

    Pendarahan yang tidak menyakitkan semasa pergerakan usus
    Gatal-gatal atau kerengsaan di kawasan dubur anda
    Kesakitan atau ketidakselesaan
    Bengkak di sekitar dubur anda
    Gumpalan berhampiran anus anda, yang mungkin sensitif atau menyakitkan

Buasir dalaman terletak di dalam rektum. Anda biasanya tidak dapat melihat atau merasakan buasir ini, dan ia jarang menyebabkan ketidakselesaan. Tetapi ketegangan atau kerengsaan semasa buang najis boleh merosakkan permukaan buasir dan menyebabkan ia berdarah. Jika anda tidak mencegah penyakit buasir ini lebih awal, ia akan menjadi kronik.

Kadangkala, meneran boleh mendorong buasir dalaman melalui pembukaan dubur. Ini dikenali sebagai buasir yang menonjol atau ‘prolapsed’ dan boleh menyebabkan rasa sakit dan kerengsaan.

Buasir luar adalah di bawah kulit di sekitar anus anda. Buasir ‘trombosis’ kadang-kadang menyebabkan Pendarahan boleh dibuakkan dalam buasir luar dan membentuk bekuan (thrombus) yang boleh menyebabkan kesakitan yang teruk, bengkak, keradangan dan ketulan keras di dekat dubur anda.

Sabtu, 9 Julai 2016

Tiada ulasan

Jom Hasilkan Sendiri Ubat Batuk Menggunakan Buah Nanas, 5 Kali Ganda Lebih Berkesan Dari Ubat Batuk Biasa Tanpa Bahan Kimia, InsyaAllah Mujarab


Jom Hasilkan Sendiri Ubat Batuk Menggunakan Buah Nanas, 5 Kali Ganda Lebih Berkesan Dari Ubat Batuk Biasa Tanpa Bahan Kimia, InsyaAllah Mujarab | Ramai kita diluar sana akan tercari-cari ubat batuk di farmasi atau di kedai jika di jangkiti batuk,apatah si anak kecil yang batuk, ada di antara kita memilih ubat yang diperbuat daripada bahan semula jadi & ada antara kita memilih ubatan kimia.. Terpulang pada anda.

Bagi mereka yang mahu menggunakan ubat batuk bebas bahan kimia atau ubatan moden, ubat batuk yang dibeli di kedai dipercayai menggunakan bahan tradisional pun kita tidak tahu adakah ianya 100% bahan tradisional bebas kimia atau tidak, jadi alangkah baiknya jika kita hasilkan sendiri ubat batuk di rumah yang sudah pasti bebas dari bahan kimia dan terjamin grenti 100% tak da bahan kimia, anda yang buat anda akan tahu,hehehe

Dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook bernama Norashikin Bt Hasan di mana beliau berkongsikan cara-cara untuk menghasilkan ubat batuk organik menggunakan buah Nanas.

Jom kita baca perkongsian dan cara-cara menghasilkan ubat batuk berkenaan.

Ada 3 jenis nanas yang sering didapati di pasaran Malaysia. Nanas madu, nanas sarawak/paun dan nanas moris. Boleh guna mana-mana jenis nanas. Saya guna nanas madu kerana kualiti dan khasiatnya. Ia juga lebih nusantara..

1. Buang kulit nanas dan durinya. Ini biasa dibuat oleh semua orang jika nak makan nanas kan...


2. Potong cube, senang nak blend. Kalau ada fruit processor lagi senang. :-) saya guna blender biasa sahaja. Bahagian tengah nanas saya tidak blend sekali. Sebab niat nak beri jus ni sekali dgn madu. :-) Nak blend juga boleh kerana ada khasiatnya. Potong sedikit bahagian tengah dan join sekali dalam blender.


3. Blend sampai halus danTapis.


Ini hasilnya.' Walai...


4. Tapis lagi dengan penapis yang lebih halus. Buih-buih jus nanas ini juga adalah hampas yang halus, bila lalu di tekak rasa nak terbatuk. Jadi tapis molek deh. Ingat tu.. Lagi-lagi nak si anak kecil.


5. Masukkan dalam botol yang kedap udara untuk disimpan di dalam peti sejuk. Saya pakai botol jem. Pastikan tiada karat di penutup botol ye'


6. Siap dimasukkan dalam botol. Ini tanpa madu. Nak beri pada anak barulah beri dengan madu. Gunakan jus ini untuk 3 ke 4 hari berturut turut. Kemudian tak perlu simpan lagi, boleh dibuang. Almaklumlah ubat semulajadi tiada bahan pengawet, ia boleh rosak. Sebaik sahaja anak pulih dari batuk dan selsema, jus ini tidak diperlukan lagi. Jangan sayang dan simpan lama ya, kot-kot anak batuk lagi boleh guna. Jangan! Jika anak batuk untuk masa akan datang, sila buat jus yang baru lagi fresh.


7. Guna picagari untuk beri pada si manja. Sinergikan dgn madu supaya ia balance. Tidak bersifat panas dan tidak bersifat sejuk. Madu tidak dicampur di dlm botol jus tadi sebaliknya ia hanya masuk dlm picagari ketika ingin diberikan kepada anak.


8. Berikan pada si kecil. Untuk bayi, dosnya beginilah mcm dalam gambar. Untuk kanak-kanak boleh double dos. Untuk dewasa boleh minum 1 cawan jus nenas letak madu. Nenas makan terus cicah madu pun boleh kalau org dewasa. Disamping bau nanas yang sedap, rasanya juga sedap.


Berdasarkan kajian yang dilakukan, buah nanas berupaya menyembuhkan batuk 5 kali ganda lebih berkesan daripada uabt batuk biasa yang di beli di kedai.

Memetik laporan preventdisease, para saintis membandingkan keberkesanan nanas dan ubat batuk dalam merawat batuk, ternyata pesakit yang mengambil jus nanas 4.8 kali ganda lebih cepat sembuh berbanding mereka yang mengambil ubat batuk biasa.

**Namun kerana sifatnya yang agak tajam, disyorkan hanya diberikan kepada bayi berumur setahun dan ke atas, namun menurut puan Norashikin, jika risau untuk berikan nenas kepada anak bawah setahun, madu dan habatussauda sesuai digunakan untuk merawat batuk. 

sumber - Siakapkeli.my


Ahad, 5 Jun 2016

1 ulasan

MAFAAT AIR NABEEZ DI BULAN RAMADHAN, RAMUANNYA AIR MASAK DAN KURMA



MAFAAT AIR NABEEZ DI BULAN RAMADHAN, RAMUANNYA AIR MASAK DAN KURMA | Belum terlambat untuk ucapan selamat perpuasa kepada seluruh umat islam,puasa penuh bagi yang mampu ya,terawih perbanyakkan. Banyakkan amalan yang mulia di bulan ramadhan. Anda selalu tidak lalu makan bila bangun sahur atau sudah makan tapi masih tidak dapat tahan sampai berbuka. Meh baca petua atau sunnah dari Rasul kita iaitu Rasulullah s.a.w cara bersahur. Malah cara ini juga boleh dilakukan bila-bila masa tak semestinya time bulan puasa sahaja. Yang penting bagi mereka yang nak diet cara ini lagi berkesan.

artikel berkaitan :

1. Inilah Punca Sebenar Bibir Kering Bukan Kerana Kurang Minum Air Masak,Sebenarnya

2. Jika anda mendapat petanda sakit kaki dan kebas, Sila baca artikel ini


Air nabeez adalah pemakanan Nabi Muhammad s.a.w. Rendam kurma dengan air masak malam ini. Sahur esok minum jer. Insyaallah, perut mampu bertahan... Buat ni untuk sekali minum sahaja. Jangan simpan lama-lama sangat. Ingat Sekali buat sekali minum sahaja. Nanti masam dah tak boleh minum.

Cara2:

1. Ambil kurma dalam bilangan ganjil contohnya 3, 5,7. Anggaran air dlm 500ml ke 1liter. Ambil 3 biji kurma & buang bijinya. Carik2 isi kurma. Ada juga yang guna kismis tapi jangan campur ya. Kalau buat kurma, kurma sahaja. Kalau kismis, kismis sahaja.
2. Rendam isi kurma dalam air masak biasa malam sebelum tidur. Letak di luar sahaja. Tak perlu simpan dalam peti sejuk tau. Tutup bekas air tu jangan biarkan terbuka nanti syaitan ludah hehehe.
3. Sahur esok air tu dah boleh diminum.
4. Air ni boleh juga diamalkan sebelum sarapan pagi bila hari-hari lain walaupun bukan di bulan ramadhan. Amalkan masa perut kosong.

Jika artikel ini bermakna tolong sebarkan... Jangan Lupa Like Page PutraShar

sumber Facebook

Selasa, 17 Mei 2016

Tiada ulasan

PERHATIAN!! Jangan Ambil Mudah Cara Basuh Najis Bayi..

Habibi Qalbi's photo.

PERHATIAN!! Jangan Ambil Mudah Cara Basuh Najis Bayi..| Jangan ambil mudah dan leka bila cuci najis bayi kerana najis adalah kotor. Jangan ambil risiko baca artikel di bawah ini.

Ramai orang terlepas pandang. Zaman serba moden ini ramai yang suka gunakan kapas lembab (wet nappy) untuk lap najis bayi tanpa mencuci dengan air bersih. Apabila memandikan bayi, jangan terus masukkaan badan bayi ke dalam tab. Cuci dahulu kemaluan bayi depan dan belakang menggunakan air mengalir supaya bersih. Tujuannya supaya apabila memasukkan bayi dalam tab air tidak menjadi air najis, kesan kemaluan bayi yang beristinjak tidak dicuci dengan air yang bersih.

ADAB MANDIKAN BAYI BARU LAHIR...

Bayi baru lahir adalah khalifah Allah yang baru menjengah dunia selepas sembilan bulan tinggal di alam rahim. Justeru ibu bapa yang beragama Islam mestilah menyambut kelahirannya mengikut cara yang dianjurkan oleh Islam jangan ikut budaya atau mengikut kehendak sendiri.

Antara yang mungkin kita semua tidak beri perhatian adalah tatacara memandikan bayi baru lahir iaitu dari usia sehari hingga 40 hari. Dalam tempoh ini, kaedah mandian memainkan peranan penting dalam membentuk aliran darah dan pembentukan tulang yang baik.

1. Seeloknya mandikan bayi pada waktu dhuha, kerana pada waktu tersebut fisiologi kitaran darah dan degupan jantung bayi dalam keadaan tenang. Gunakan air yang suam.

2. Siraman pertama perlu dimulakan ke atas belakangnya secara perlahan-lahan, kemudian baru disiramkan ke kaki, seterusnya naik ke bahagian punggungnya.

3. Belaian dan gosokan lembut memainkan peranan penting semasa memandikan bayi. Ini akan membuatkan pengaliran darah bayi lancar dan baik. Siraman disertakan dengan sapuan sabun yang sesuai untuk bayi.

4. Seterusnya siram dari belakang hingga ke kepala. Siraman di kepala dilakukan secara perlahan, supaya air tidak mengalir masuk ke dalam lubang telinga. Semasa menyiramkan air di belakang kepala ke bahagian hadapan dahi, tangan digunakan untuk menggosok dahi.

5. Sebaiknya tugas memandikan bayi dilakukan oleh bapa. Sambil memandikan, hati berzikir Ya Latif, Ya Hadi.

6. Pastikan siraman tidak dilakukan pada muka bayi kerana ia boleh melemaskan bayi serta menyebabkan lubang hidungnya lembap seterusnya mudah selesema atau jangkitan kuman.

7. Siraman yang terakhir, dilakukan ke atas dada seterusnya hingga ke bawah. Tidak digalakkan menyapu sabun pada bahagian hadapan tubuh bayi usia ini, kerana bimbang air dan sabun menyebabkan bahagian pusatnya lembap dan seterusnya melambatkan proses ‘gugur’ tali pusat.

8. Selepas selesai mandi, lapkan seluruh badan bayi dengan tuala yang bersih. Cara mengelap dimulakan dari kepala kerana kelewatan mengelap bahagian kepala boleh menyebabkan kepala dan ubun-ubun bayi basah serta membawa masalah paru-paru lemah.

Share kepada semua , biar semua tahu...

sumber facebook

Ahad, 15 Mei 2016

Tiada ulasan

Zikir Fatimah Amalan Yang Baik Untuk Redakan Kepenatan Wanita Mengurus Rumahtangga


Zikir Fatimah Amalan Yang Baik Untuk Redakan Kepenatan Wanita Mengurus Rumahtangga | Zaman sekarang bukan seperti zaman dahulu,ramai isteri pada zaman sekarang berkerjaya dan bekerja, jadi mereka terlalu penat dan letih apabila pulang kerumah untuk mengurus anak-anak dan makan minum suami lagi.






Bagi wanita moden mereka menghilangkan penat hanya bercuti, pergi spa dan sebagainya. Hakikatnya dalam Islam sendiri telah tersedia penawar kepenatan dan lelah ini melalui amalan Zikir atau Tasbih Fatimah yang diajarkan sendiri oleh Rasululullah s.a.w kepada puterinya Saidatina Fatimah r.a. Haaa... Mesti ramai isteri diluar sana tidak tahu dan tak pernah ambil tahu.

Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Muslim, satu hari puteri Rasulullah s.a.w, Saidatina Fatimah r.a mengadu kepada suaminya, Saidina Ali bin Abu Talib r.a tentang tangannya berasa sakit dan keletihan kerana terlalu banyak kerja rumah yang perlu dilakukannya.

Saidatina Fatimah kemudian datang menemui ayahandanya baginda Rasulullah s.a.w untuk meminta seorang pembantu. Akan tetapi dia tidak berjaya menemui Rasulullah s.a.w dan hanya bertemu dengan Saidatina Aisyah.

Kemudian Saidatina Fatimah meninggalkan permintaannya kepada Saidatina Aisyah untuk disampaikan kepada Rasulullah. Apabila Rasulullah tiba di rumah, Saidatina Aisyah pun memberitahu Baginda tentang permintaan puterinya.

Lalu Baginda telah pergi menemui puteri serta menantunya yang ketika itu telah berbaring di tempat tidur. Keduanya mahu berganjak bangun ingin menghampiri baginda akan tetapi Rasulullah meminta mereka tetap di tempat perbaringan.

Lalu baginda bersabda; "Mahukah kamu berdua aku ajarkan sesuatu yang lebih baik daripada apa yang kamu berdua minta? Ketika kalian  berbaring hendak tidur, maka bacalah takbir (Allahu Akbar) 34 kali, tasbih (Subhanallah) 33 kali dan tahmid (Alhamdulillah) 33 kali. Sesungguhnya yang demikian itu lebih baik bagi kalian daripada seorang pembantu.” (HR. Muslim, no: 4906)

Maka disaran kepada ibu-ibu dan isteri-isteri yang berasa penat setelah melakukan tugas-tugas harian supaya mengamalkan Zikir/Tasbih Fatimah ini setiap malam sebelum melelapkan mata.

ZIKIR/ TASBIH FATIMAH

Allahu Akbar    - 34 kali
Subhanallah    - 33 kali
Alhamdulillah  - 33 kali



Kesimpulannya si isteri haruslah bersyukur, ikhlaskan hati dan tidak berkira melakukan kerja-kerja yang amat memenatkan anda, bila anda ikhlas dan bersyukur pasti percaya keluarga anda akan mendapat barakah dan kedamaian dalam rumahtangga.

Selasa, 10 Mei 2016

Tiada ulasan

JANGAN PENING !! Dengan Adanya Daun AJAIB Ini Karang atau Plak Gigi Anda Akan Langsung Hilang, Mohon Share

JANGAN PENING !! Dengan Adanya Daun AJAIB Ini Karang Gigi Anda Akan Langsung Hilang, Mohon Share | Tahukah anda selama ini ada kajian yang dibuat air rebusan daun sirih dapat hilangkan karang atau plak gigi. Tak percaya?? Baca sampai habis dan cuba lakukan. Yang penting murah,jimat masa dan selamat serta berkesan.


Sama kesannya pada kumur dengan mouthwash, namun bezanya air rebusan sirih mudah disediakan dan murah kosnya.

Semakin terjaga kebersihan rongga mulut, makin sihat rongga mulut anda.

Rongga mulut dan gigi yangg sihat senantiasa bersih dari plak atau karang gigi, awek sebelah pun senang dengan anda.

Pembentukkan plak atau karang gigi disebabkan sisa makanan yang tidak dicuci dengan bersih.

Dan plak iaitu penyebab timbulnya radang pada gusi (gingivitis) serta rangkaian penyokong gigi lain.

Jika dibiarkan lebih lanjut, akan menyebabkan gigi berlubang dan rosak.

Lalu bagaimana daun sirih boleh membantu mencegah serta mengurangkan pembentukan plak?

Tahukah anda, ada laporan dari penyelidikan terakhir bahawa air rebusan daun sirih boleh membantu anda menyingkirkan plak?

Sama kesannya pada kumur dengan mouthwash, tetapi bezanya air rebusan sirih boleh sangat murah serta mudah didapati.

Semakin terjaga kebersihan rongga mulut, semakin sihat rongga mulut.

Rongga mulut dan gigi yg sihat senantiasa bersih dari plak.

Plak sendiri munculnya dari sisa makanan yg tidak dibersihkan.

Dan plak iaitu penyebab timbulnya radang pada gusi (gingivitis) serta rangkaian penyokong gigi lain.
Jika dibiarkan lebih lanjut, bakal menyebabkan gigi berlubang.

Lantas bagaimanakah daun sirih boleh menolong mencegah serta mengurangkan pembentukan plak?

1. Pembersihan Plak Pakai Ubat Kumur
Kadang-kadang membersihkan gigi dari plak dengan memberus gigi tidaklah cukup.
Itulah mengapa di ciptakan product mouthwash.

Di mana mouthwash boleh membantu kebersihan rongga mulut secara maksimum dengan cara berkumur.
Penggunaan ubat kumur boleh menghalang pembentukan plak dengan menghalang perlekatan bakteria serta menghalang pertumbuhannya sekaligus.

Nah, bila anda akrab dengan produk mouthwash yang banyak di pasaran, kini telah tiba masanya anda mengenal mouthwash ala alami dengan air rebusan sirih.

2. Ubat Kumur dari Rebusan Daun Sirih
Pelbagai ubat kumur buatan kilang boleh ditemui dengan mudah di market, serta ubat kumur buatan kilang itu mempunyai fungsi, petunjuk serta kesan sampingan masing-masing.
Ubat kumur alternatif yang mempunyai manfaat yang baik terhadap plak gigi adalah air rebusan daun sirih.
Berdasarkan hasil penyelidikan bahawa air rebusan daun sirih ini terbukti menurunkan skor plak dalam rongga mulut.

Daun sirih yang boleh dengan mudah dijumpai serta murah diharapkan boleh menjadi penyelesaian kesihatan gigi serta mulut orang-orang, serta diperlukan juga penyelidikan lebih lanjut tentang hal ini. Anda perlu mencuba jika inginkan gigi yang sihat dan kuat,orang zaman dahulu makan sirih pinang dan gigi mereka sememangnya kuat dan teguh.

sumber : http://www.syifa.info/

Sabtu, 23 April 2016

Tiada ulasan

PERHATIAN KEPADA BAKAL IBU & AYAH! CARA MUDAH UJI KEHAMILAN TANPA “TEST PACK” TANPA KELUAR MODAL

PERHATIAN KEPADA BAKAL IBU & AYAH! CARA MUDAH UJI KEHAMILAN TANPA “TEST PACK” TANPA KELUAR MODAL | Test pack atau pregnacy test adalah alat praktikal & mudah untuk memastikan kehamilan pada seseorang wanita tanpa keluarkan kos langsung. Sungguh malangnya, kerapkali kaum hawa tidak mempunyai persediaan test pack dirumah.Sekarang baca sampai habis.

Ok, kita teruskan ke sesi yang di nantikan, cara mudah tidak perlukan Test pack atau pun pregnacy test untuk mengetahui anda hamil atau tidak.



1. Ubat gigi
Dirumah anda pasti selalu ada ubat gigi, bukan? Nyatanya ubat gigi boleh juga dipakai untuk memastikan kehamilan.

Namun ubat gigi yang digunakan ini sebaiknya ubat gigi yang berwarna putih bukan berwarna selain putih ya.
Untuk lakukan ujian kehamilan dengan ubat gigi, tampunglah air kencing pertama pada pagi hari dalam satu bekas.

Lantas teteskan air kencing itu beberapa titis sahaja ke ubat gigi yang berwarna putih.
Bila ubat gigi alami perubahan jadi berbuih atau berubah warna jadi berwarna biru, jadi anda mungkin saja hamil. Tetapi bila tak terjadi perubahan apa pun, kita boleh menyimpulkan kalau belum terjadi kehamilan.

2. Pemutih
Bahan untuk pemutihan juga boleh menjadi alat untuk memastikan kehamilan. Caranya, tampunglah air kencing pertama di pagi hari lalu masukkan pemutihan secukupnya.
Jika sesaat kemudian air kencing mengeluarkan bunyi berdesis dan berbuih, maka kemungkinan telah berlaku kehamilan cukup besar.

3. Daun dandelion atau randa tapak
Cara melakukan ujian kehamilan tanpa test pack seterusnya adalah dengan memanfaatkan tumbuh-tumbuhan dandelion.

Jika anda menanam dandelion atau yang dikenal juga dengan nama randa tapak, maka daunnya boleh digunakan untuk memastikan kehamilan Untuk melakukan ujian kehamilan dengan daun dandelion, siapkanlah beberapa helai daun dandelion dan hamparkan daun-daun tersebut pada selembar kertas.
Lalu tampunglah air kencing pertama di pagi hari dan basahi daun-daun dandelion dengan air kencing tersebut.

Jika dalam beberapa waktu berlaku perubahan warna pada daun dandelion menjadi kemerah-merahan, maka hal tersebut menandakan kehamilan telah berlaku.
Dalam melakukan ujian ini perlu mengelak terdedah kepada cahaya matahari secara langsung agar tidak menjejaskan hasilnya.

4. Cuka
Tampunglah air kencing pertama di pagi hari dalam sebuah wadah lalu campurkan dengan cuka. bila terjadi perubahan warna, maka hal ini menandakan terjadi kehamilan. Jika tak terjadi perubahan apapun, dapat disimpulkan kehamilantidak terjadi.
5. Gula
Jika cuka tak sedia, gula juga boleh digunakan untuk teskehamilan. Caranya, tampunglah air kencing pertama di pagi hari dalam sebuah wadah lalu campurkan dua sudu makan atau tiga sudu makan gula.
Jika gula dengan cepat melebur diselewengkan, maka hal ini menunjukkan hasil yang negatif.
Kesimpulannya,Tahniah!! anda didapati hamil,tetapi ingat bukan 100% lagi cuma kebersanannya mungkin 80-99%. Nak tahu lebih detail cepat-cepatlah ke klinik sakit puan ya. Selamat Mencuba.
Sumber: Wartakota.Tribunnews

Sabtu, 19 Mac 2016

4 ulasan

Tips Terbaik Memilih Tembikai Manis dan Sedap



Korang pernah tak bila nak beli tembikai,peniaga tembikai tu kata" adik manis,ini manis punya tembikai,ambil rasa sikit" kita pun try rasa, wahhhh errrmmm sedap maniskan, tapi bila beli buka dekat rumah hampeh!! tawar tak da rasa. Sebenanrnya ada cara nak pilih tembikai manis dan sedap di makan.

Cara memilih buah tembikai yang manis dan enak


Siapa yang tak kenal tembikai yang sedap dimakan begitu sahaja atau dibuat jus? memang rugi hidup kat dunia ni. Tembikai yang kaya dengan vitamin A dan C, asid folik, magnesium, zink dan pelbagai jenis galian yang lain adalah bermutu tinggi dalam perubatan dan terbaik untuk badan anda.

Tembikai dikenali sebagai Citrullus vulgaris amat mujarab untuk menyembuhkan pelbagai jenis penyakit antaranya sakit kepala, penyakit paru-paru dan masalah kulit. Jus tembikai juga memberi tenaga dan kekuatan dikalangan orang-orang tua serta memulihkan sistem tubuh yang lemah bagi mereka yang baru sahaja sembuh daripada penyakit atau menjalani pembedahan.

Penyakit artritis, gout serta keracunan uremik berlaku akibat kehadiran asid urik yang berlebihan. Jus tembikai boleh membantu menyembuhkan penyakit-penyakit ini dengan menghapuskan kesan-kesan toksik dalam tubuh. Kehadiran asid yang berlebihan dalam darah dapat diatasi dengan mengamalkan pengambilan jus tembikai kerana ia dapat bertindak membantu melancarkan pengaliran darah.

Tembikai sebenarnya boleh menjadi jantan dan betina, bukan manusia dan binatang sahaja, haaaa ambil tahu. TEMBIKAI BETINA LEBIH BESAR DARIPADA TEMBIKAI JANTAN. Cara mengenal jantan atau betina senang je, anda perlu MELIHAT JALUR YANG TERDAPAT PADA BUAH TEMBIKAI tersebut. JIKA JALURNYA KECIL MAKA JANTANLAH TU, DAN KALAU LEBAR BETINALAH TU.

Jadi petuanya, PILIHLAH YANG BETINA, sebab yang betina, manis dan kurang biji benih. Tak macam jantan, benih je banyak, tapi tak manis pun.


CARA-CARA LAIN YANG BIASA DIPRAKTIKAN SEMASA MEMILIH TEMBIKAI :
1. Pastikan kulit buah tembikai yang dipilih tadi licin
2. Pilih tembikai yang berat berbanding dengan saiznya
3 .Buah yang masak permukaan kulitnya licin seakan berkilat menunjukkan ia dah matang, buah yang permukaan yang agak kasar menunjukkan buah tersebut masih mentah
4. Pastikan juga pangkalnya gemuk dan semakin ke hujung semakin warnanya bertukar ke warna putih kuning air. Warna buahnya hijau yang menarik dan bentuk buahnya sekata kiri dan kanan (simetri)
5. Tompok di bawah buah berwarna kekuningan, bukannya warna putih
6. Jalur hijau di kulit buah kelihatan putus-putus atau tidak bersambung terus.Tepuk-tepuk atau jentik-jentik dengan jari sedikit buah tembikai itu, sekiranya ia mengeluarkan bunyi yang seakan-akan kosong, insyaallah ia sudah masak dan elok isinya.


Jadi bila dah dapat tips dan petua pilih tembikai manis, apa lagi share ler...

SELAMAT MENCUBA....

Selasa, 15 Mac 2016

Tiada ulasan

Petua Buang Tahi Telinga Keras



Petua Buang Tahi Telinga Keras | Korang semua cari petua nak buang tahi telingan yang keras?? Korang sudah berada di tempat yang betul. Tahi telinga menjadi keras disebabkan banyak faktor, salah satunya jarang korek telinga. Bila tahi telinga keras boleh buat pendengaran anda jadi dengung dan gegedam telinga tidak control buat anda jadi ening seketika. Bukan itu sahaja,tahi telinga keras ni buang rasa tak selesa dan terkorek-korek dengan jari. Lagi satu jangan korek dengan cotton bud kerana cotton bud boleh menyebabkan tahi telinga keras tadi beralih ke arah lain atau tahi telingan keras akan masuk lagi dalam,lagi susah nak keluarkan nanti. Nak tak nak mesti kene korek juga kasi tahi telinga keras itu keluar dari telinga kita. Ada juga guna penyepit rambutlah, daun rokok lamalah korek telinga besilah macam-macam semuanya untuk sementara sahaja.

Oleh itu,kita perlu cari ikhtiar untuk keluarkan tahi telinga keras ini,ada juga terus ke klinik tapi ada di kalangan kita ni pemalu. Jadi tak nak sembang sampai subuh, nanti subuh entah ke mana, kita gatal sakit telingan,tahi telinga juga sedap tak da siapa kacau. K ni bahan paling mudah di cari dan mudah untuk keluarkan tahi telingan yang keras tu. 


Bahan yang diperlukan:


  • Minyak zaitun @ baby oil  " AMARAN!! Selain dari minyak ini jangan guna terutama minyak petrol! "
  • Air suam bukan air sejuk atau air panas,take note tu.
Cara-cara:
  • Titiskan baby oil @ minyak zaitun ke dalam telinga sebanyak 2-3 titis.
  • Sengetkan kepala supaya minyak itu dapat masuk betul-betul ke dalam telinga kita.
  • Buat selama 2-3 hari.
  • Hari ke-3/4, titiskan pula air suam ke dalam telinga.Air suam jer kan.
  • Sengetkan kepala biar air masuk dalam telinga. Boleh rasa sama ada masuk atau tak.
  • Tunggu beberapa minit.
  • Pergi ambil mangkuk atau pergi kat sinki dan sengetkan kepala. Tahi telinga yang keras macam batu dah jadi cair dan akan keluar dengan lancar. In Shaa Allah... berjalan lancar hendakNYA.

Nah!! senangkan.. jangan ambil remeh benda ni,tahi telinga keras sudah cair dan senang untuk dikorek dan keluar. Jangan lupa share..

Selasa, 8 Mac 2016

Tiada ulasan

Petua Orang Kampung - Kencing Tidak Lawas





Anda pasti selalu terjadi kencing tak lawas kan?? Kencing tak lawas ni maksud dia bila korang dah buang air kecil tiba-tiba selepas buang nak berjalan keluar dari bilik air terkencing sedikit dalam seluar,haaaaa jangan gelak, pasti pernah terjadi dekat korang kencing tidak lawas dan tidak puas sebenarnya. Kenapa benda begini selalu berlaku?? nak tahu google atau jumpa doktor dalam bidang berkenaan. Bahay sebenarnya kencing tak lawas ada orang cakap nak dapat penyakit batu karang dan sebagainya. Bagi orang islam yang kencing tak lawas ni memang bermasaalah bagi mereka kerana setiap kali selepas pergi tandas dan berwuduk baru angkat takbir pasti terkencing sedikit, dah terbatal wuduk... Selalu terjadi kepada warga berumur 40 tahun ke atas kebanyakkannya wanita,malah ada juga di usia muda sudah berlaku kencing tak lawas ni.

Tak nak sembang panjang-panjang nanti korang bosan pula, straight the point petua orang kampung cara atau iktiar ubat kencing tak lawas ni...


Ubat dan Petua Kencing Tidak Lawas
 
Ramuannya;madu lebah,limau oren,madu dan air panas.Limau diperah dan diambil airnya dan dicampurkan dengan madu dan air panas lalu diminum apabila menghadapi masalah tersebut.Bawang merah hendaklah dipanaskan di atas api dan digosokkan di atas buah pinggang dan pundi kencing.

Semoga bermafaat untuk anda,jangan lupa kongsi artikel kencing tak lawas ni...
Tiada ulasan

Petua Orang Kampung - Sakit Kepala dan Ubatnya



Sakit Kepala sudah pasti jadi igauan setiap manusiakan, biasalah sakit kepala seperti pening-pening, berdenyut dan sebagai pasti korang semua pernah merasakan. Kali ni put nak kongsikan petua orang dulu-dulu, selalu petua orang dulu atau orang kampung ni lebih mujarat dari ubat moden sekarang. Petua ni pasti berguna pada mereka yang selalu sakit kepala.



Kenapa anda selalu sakit kepala??
 
Sakit kepala atau pening adalah berpunca dari saluran darah & sel-sel saraf terdapat diseluruh badan.Apabila sel saraf ini dibangkitkan maka rasa sakit akan dialami.Kesakitan berlaku akibat kerosakan tisu. Apabiila banyak tisu yang rosak maka rasa sakitnya akan lebih teruk.Bagi mengubati sakit kepala seeloknya mengubati punca sakit terlebih dahulu.Sekiranya terlalu kerap mungkin menandakan sakit barah otak dan sebagainya.

Punca-punca Sakit Kepala

i.Punca Dari Pakaian

Pakaian yang tidak sesuai seperti terlalu ketat di bahagian pinggang boleh menyebabkan pening kepala, begitu juga dengan bauan atau minyak wangi yang keterlaluan

ii.Punca Dari Cahaya

Anda boleh mendapat sakit kepala sekiranya anda duduk bertentangan dengan sumber cahaya yang terang

iii.Punca Dari Mata

Mata yang kabur dan kelabu bila melihat sesuatu dengan merenung boleh menyebabkan sakit kepala, begitu juga dengan cermin mata yang tidak sesuai kuasanya dan cermin yang kotor boleh menyebabkan sakit kepala

iv.Punca Dari Penyakit

Penyakit-penyakit seperti barah, migrain, Denggi, kencing manis, dan sebagainya boleh menyebabkan sakit kepala.

v.Punca Dari Kepala

Terlalu kerap berfikir dan stress yang tidak menetu menyebabkan sakit kepala terjadi.
 

Ubat sakit kepala

i.Ambil segemgam daun turi (ia seperti daun petai dan digunakan dalam membuat nasi lemak), lada sebanyak 7 biji, bawang putih beberapa ulas, dan ditumbuk kesemua bahan tersebut dan kemudian selepas ia halus dicampurkan pula dengan 1 sudu cuka dan diperapkan.Bubuhlah dikening mata anda selepas itu dan Insya-Allah akan sembuh segera.

atau

ii.Ambil cuka nipah/cuka biasa/air asam jawa/air limau nipis sekadar 1 sudu teh lalu diminum.

Semoga artikel petua cara orang kampung ini bermaaf untuk anda jangan kongsikan perkara berguna seperti ini.

Jumaat, 19 Februari 2016

Tiada ulasan

Inilah Punca Sebenar Bibir Kering Bukan Kerana Kurang Minum Air Masak,Sebenarnya


Bibir Pecah


Bibir yang halus kemerahan menjadi idaman setiap wanita dan menjadi kegilaan setiap lelaki bila wanita berbibir cantik tetapi agak malang jika bibir kita kekeringan. Tahukah anda bibir kering mengelupas bukan kerana kekurangan air ia adalah disebabkan sesuatu perkara yang lain, tak percaya baca sampai habis.

Mata kering : Kurang vitamin A, karotin
Bau mulut : Kurang vitamin B6, zinc
Gigi kurang kuat : Kurang vitamin A, kalsium, zat besi
Bibir kering, mengelupas : Kurang vitamin A, vitamin B2

Anemia, tangan atau kaki dingin : Kurang vitamin B6, asam folat
Mudah lelah dan tidak bersemangat : Kurang vitamin B1, B2, B6
Rambut rontok dan berketombe : vitamin A, vitamin B6, zinc, kalsium 


Jom kita baca kepetingan vitamin dan zat-zat dalam badan kita supaya kita boleh elak dari sebarang penyakit terutama bibir kering mengelupas.
 
1. Ulser  dan radang mulut : Kurang vitamin B2
Ulser atau radang biasanya disebabkan kerana dalam tubuh kekurangan vitamin B2 yang dapat membantu penyembuhan luka.

Vitamin B2 sangat penting peranannya bagi kesihatan kulit & rambut, namun ia tidak boleh tersimpan di dalam tubuh dengan sendirinya, oleh kerana itu diperlukan makanan yang bergizi atau suplemen untuk melengkapinya dengan sempurna.

Sumber : Setiap hari setidaknya minum 250cc susu, makanan seperti kacang tanah, dll.

2. Tubuh lemah : Kurangan zinc
Ciri-ciri : Kekebalan tubuh menurun, kehilangan nafsu makan, pertumbuhan lembab, rambut gugur, fungsi alat perasa akan menurun.

Jika kamu terasa kurang selera atau tidak lalu makan kemungkinan badan kamu kekurangan zinc.

Sumber : Daging lembu atau kambing kaya akan kandungan zinc, nak senang pi makan steak.hehehe

3. Penyakit maag : Kurang vitamin A
Vitamin A bukan hanya faktor penting yang dapat menjaga kesihatan mata, namun ia juga penting bagi sistem pencernaan dan pernafasan. Vitamin A mampu mencegah bakteria atau virus yang membahayakan tubuh kita.

Oleh kerna itu apabila kamu kekurangan vitamin A, selain dari mata kamu ada perubahan yang teruk,ia juga mampu membahayakan sistem pernafasan dan pencernaan.

Sumber : Setiap hari makan sedikit kerang, sayur sawi atau makan hati  1-2 kali setiap minggu.

4. Mudah emosi : Kurang zat besi
Kekurangan zat besi bukan hanya dapat menyebabkan anemia, namunia juga bisa membuat emosi kamu sangat tidak stabil dan mudah marah serta naik angin tidak menentu.

Zat besi sangat penting untuk membantu tubuh kita memproses sel darah merah, khusus bagi perempuan yang sedang datang bulan, zat besi akan semakin penting untuk menambah kesegaran tubuh dan mencegah emosi yang tidak stabil serta menyebabkan kamu terus dalam keadaan down atau suram.

Sumber : Daging merah seperti daging lembu atau kambing, telur ayam, kacang, sayur hijau, selain itu kamu juga harus perbanyak makan vitamin C yang baik untuk penyerapan zat besi.

5. Kaki bengkak : Kurang kalium
Kalium sangat penting untung mengatur keseimbangan darah dan air di dalam tubuh.
 
Kekurangan kalium dalam jangka panjang dapat menyebabkan aritmia, keadaan saraf yang tidak normal, seperti ketika kamu kekurangan air setelah bersukan. Kekurangan kalium juga boleh menyebabkan mudah kram, dalam jangka panjang boleh menyebabkan bagian tubuh bengkak, terutama di bahagian kaki.

Sumber : Kita boleh menambah kalium dari pisang setelah bersukan untuk mencegah kram, selain itu buah-buahan dan sayuran juga boleh menambah kalium bagi tubuh.

7. Badan pegal-pegal/sakit : Kurang vitamin D
Orang yang kurang terkena sinar matahari dan kekurangan vitamin D akan lebih mudah mengalami sakit badan atau sengal. Vitamin D nutrisi tubuh yang tidak dapat disintesis, jadi sangat penting untuk memenuhi kebutuhannya.

Vitamin D juga penting untuk pertumbuhan tulang dan gigi.

Sumber : Mengonsumsi ikan berminyak 2 kali seminggu seperti ikan salmon atau sardin, selain itu kamu juga harus berjemur di bawah sinar matahari untuk dapat vitamin D, ada sesetengah pakar cahaya matahari sebelum jam 10 pagi waktu sesuai.

Cukuplah kita kongsi artikel terbaik dari ladang untuk kebaik kita semua.!

sumber : cerpen.co.id

Jumaat, 8 Januari 2016

Tiada ulasan

Mulut Anda Berbau?? 7 Tips Untuk Hilangkan Mulut Berbau



Mulut Anda Berbau?? 7 Tips Untuk Hilangkan Mulut Berbau | Setiap insan inginkan mulut berbau wangi harum, tetapi tidak mudah untuk menjaga mulut agak sentiasa harum,bila mulut berbau busuk semua kawaj-kawan tak nak dekat dengan kita apatah lagi yang tersayang,nak kucup pun tak bagi kan..hehehhe.. Apa nak hairan,sekarang banyak tip dan petua menjaga mulut agak berbau harum.

Cara untuk menghilangkan masalah nafas berbau adalah dengan :
(1) Bersihkan lidah- Untuk menghilangkan masalah nafas berbau, anda bukan sahaja perlu menggosok gigi setiap hari, tetapi juga perlu untuk menggosok lidah.

Ini kerana lidah anda terutamanya bahagian belakang atas, adalah punca utama yang menyebabkan masalah nafas berbau yang serius. Ia terjadi kerana lidah anda mempunyai berjuta-juta filamen yang boleh memerangkap sisa makanan dan bakteria, jika dibiarkan akan membawa kepada masalah nafas berbau.

(2) Mengunyah gula-gula getah- Air liur merupakan pertahanan terbaik untuk menghilangkan masalah nafas berbau. Gula-gula getah sebenarnya dapat membantu untuk merangsang penghasilan air liur lebih banyak. Sebab itulah nafas kita berbau apabila bangun dari tidur, ini adalah kerana aliran air liur rendah ketika seseorang berbaring/ tidur.

(3) Menghisap kulit kayu manis- Kulit kayu manis mengandungi sebatian yang dapat membantu untuk menghilangkan masalah nafas berbau. Selain daripada itu, ia juga mampu untuk mengurangkan bakteria yang menjadi punca masalah nafas berbau. Seorang yang menghisap kulit kayu manis setiap hari dapat mengurangkan kehadiran bakteria punca nafas berbau sebanyak 50% berbanding orang yang tidak menghisapnya.

(4) Pastikan mulut sentiasa lembap- Minum lebih banyak air juga dapat membantu untuk menghilangkan bakteria ‘jahat’ yang menyebabkan masalah nafas berbau. Selain daripada itu, kajian juga menunjukkan dengan mengamalkan peminuman teh, ia turut dapat membantu menghilangkan masalah nafas berbau kerana teh mengandungipoleypehnols, iaitu sejenis ‘bahan kimia’ tumbuhan yang dapat menyekat pertumbuhan bakteria punca nafas berbau.

(5) Pemakanan- Kesan sampingan seseorang yang mengurangkan pengambilan karbohidrat dalam pemakanan mereka adalah masalah nafas berbau. Selain daripada itu, makanan yang dimakan juga mungkin punca masalah nafas berbau seperti bawang putih, kopi dan sebagainya.

(6) Ubat kumur- Ubat kumur berfungsi untuk menghilangkan bakteria di dalam mulut yang menyebabkan masalah nafas berbau. Anda dinasihatkan untuk mengamalkan ubat kumur ini sekurang-kurangnya sekali sehari.

(7) Masalah perubatan- Hasil daripada kajian, 90% masalah nafas berbau adalah berpunca daripada kesan sampingan terhadap penyakit lain seperti penyakit gusi, kanser mulut, kaviti dan sebagainya. Anda dinasihatkan untuk mengelakkan pengambilan rokok dan alkohol yang merupakan punca utama terhadap penyakit mulut.

Mulut berbau harum mesti disukai ramai... jangan lupa share ya..

Khamis, 7 Januari 2016

Tiada ulasan

INGAT!! WANITA MUSLIMAH HARUS BACA, 6 DANDANAN HARAM UNTUK WANITA ISLAM

sekadar hiasan
INGAT!!  WANITA MUSLIMAH HARUS BACA, 6 DANDANAN HARAM UNTUK WANITA ISLAM | tahukah anda islam itu mudah bagi setiap wanita?? dandanan pun ada islam menceritkan bagaiaman wanita muslim untuk berhias diri untuk nampak cantik lagi-lagi di mata si suami.

Tidak semua dandanan dan hiasan bagi suami itu halal, ada cara dandan yang haram dan bertentangan dengan Islam. Misalnya mengikuti cara berdandan wanita kafir yang tidak pernas shalat, wudhu, dan tidak menjalankan hukum syariat.
 
Wanita muslimah yang menghormati dirinya sendiri pasti takkan sudi menyerupai wanita-wanita kafir dan fasik. Dia akan konsisten menjaga agama dan dirinya yang telah dimuliakan oleh Islam. Wanita muslimah wajahnya akan terlihat bersinar dengan air wudhu yang digunakannya untuk beribadah.


Oleh karena itu, dia akan memilih dandanan dengan hiasan yang dibolehkan dan sesuai dengan sosoknya sebagai seorang muslimah. 

fadah.jpg

Berikut beberapa dandanan dan hiasan yang haram:
1. berlebihan dalam berhias dengan menghabiskan waktu yang cukup lama dan uang yang tidak sedikit untuk mencari kosmetik, pakaian, serta ornamen hiasan terbaru yang diluncurkan ke pasaran.
Sesungguhnya pemborosan itu adalah saudar setan dan setan itu adalah sangat ingkar kepada Tuhannya, (QS. Al-Israa ayat 27).
 
2. menghabiskan banyak waktu di depan
cermin guna memoleskan berbagai macam kosmetik. Sebab segala sesuatu yang berlebihan dan melampaui batas, akan menjadikan hal yang negatif.
 
3.Rasulullah SAW bersabda, Allah melaknat wanita yang membuat tato dan meminta ditato, yang mencabut bulu alis dan meminta dicabut, yang merenggangkan gigi dan memperindahnya, serta wanita-wanita yang mengubah ciptaan Allah. (HR. Al-Jami ash-Shaghir).
 
4.Rasulullah SAW bersabda, Allah melaknat wanita yang menyambung rambut dan meminta disambungkan rambutnya. (HR. Al-Jami ash-Shaghir).
 
5.Rasulullah SAW bersabda, Allah melaknat wanita yang menyerupai laki-laki. (HR. Al-Jami ash-Shaghir).
 
6.Rasulullah SAW bersabda, Laki-laki tidak boleh melihat aurat laki-laki lain, dan wanita tidak bboleh melihat aurat wanita yang lain, (HR. Muslim).
 
Sudah jelas bukan bahwa berdandan dengan berlebihan hanya akan membuatmu melanggar aturan-aturan Allah, untuk itu taatilah perintah Allah dan berdoalah supaya hati tetap istiqomah di jalan-Nya. Dan Allah menjadikan kita wanita muslimah yang seutuhnya. Wanita adalah lambat kelembutan,kecantikan dan kedamaian, jadi jagalah diri hiaslah diri dengan seeloknya mengikut syariat islam.
Tiada ulasan

Jika anda mendapat petanda sakit kaki dan kebas, Sila baca artikel ini

Petanda jika rasa kebas kaki dan tangan, sakit di bahagian tertentu.




Jika anda mendapat petanda sakit kaki dan kebas, Sila baca artikel ini | Apakah petanda sekiranya anda kebas kaki dan tangan, sakit di bahagian tertentu? Kita seringkali terasa seperti itu,jangan bohong!! anda pasti pernah merasa sakit kaki,kebas-kebas dan sebagainyakan...

Menerusi Facebook, Hani Sofia kongsikan petanda-petanda penyakit yang mungkin anda hidapi tanpa anda sedari.

1. Sakit di bahagian bahu.
-Menandakan saluran darah telah menjadi keras dan fungsi metabolisme tidak seimbang.

2. Kebas tangan :
-Pengaliran darah di bahagian atas badan tidak lancar.

3. Kebas tangan kiri dan lengan :
-Tanda-tanda lemah atau sakit jantung.
Jika rasa kebas menjadi sakit di bahagian lengan dan kekal di sana, ini menandakan serangan sakit jantung mungkin berlaku.

4. Kebas kaki :
-Pengaliran darah di bahagian bawah badan tidak lancar.

5. Sakit tapak kaki :
-Menandakan buah pinggang lemah.
Biasanya disebabkan oleh kekurangan senaman dan duduk terlalu lama.

6. Sakit tumit kaki :
-Menunjukkan kelemahan fungsi alat kelamin.

7. Rasa panas di tapak kaki :
– Penyeimbangan fungsi buah pinggang akibat lemah tenaga batin.

8. Gatal di celah-celah jari kaki :
– Menunjukkan tanda awal penyakit kaki busuk (Hong Kong Foot).

TANDA-TANDA DALAMAN KEPALA.

Secara amnya, segala tindak balas yang berlaku di bahagian kepala mempunyai kaitan dengan sistem pengaliran darah, jantung dan saraf otak.

1. Pening / sakit di bahagian depan kepala :
-Menandakan sakit tekanan jiwa (neurosis) akibat bebanan mental dan banyak berfikir.

2. Pening /sakit di bahagian belakang kepala
-Bahagian atas : Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi.
-Bahagian bawah (tengkuk). :Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi atau tekanan darah.

3. Sakit kepala dan rasa gas keluar dari telinga :
-Menandakan penyakit migrain.

4. Bisul terjadi di kepala:
-Tanda pembuangan toksin sedang berlaku. Kadang-kadang dikaitkan dengan penyakit migrain.

5. Rasa pening yang memusing
– Tanda kurang darah atau pengaliran darah tidak lancar.

6. Mulut / kerongkong / lidah loya / muntah.
-Tanda penyakit lelah. Pembuangan bahan toksik dari bahagian perut.

7. Muntah darah
-Darah merah :
Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian kerongkong dan
– Darah hitam:
Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian perut; misalnya penyakit ulser.

8. Lidah rasa tegang dan pendek :
-Tanda sakit jantung.

9. Keluar air liur yang pekat :
-Proses pembuangan toksin dari kerongkong akibat jangkitan kuman

10. Kerap kencing :
-Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran

11. Air kencing berkapur :
-Menunjukkan penyakit batu karang dalam buah pinggang.

12. Air kencing berminyak :
– Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran berlemak.

13. Air kencing pekat berwarna coklat :
– Menandakan proses pembuangan toksin sedang berlaku.

14. Air kencing berdarah :
-Penyakit batu karang atau buah pinggang luka.

 BUANG AIR BESAR

1. Cirit -birit / kerap buang air besar :
-Membersihkan kotoran/keracunan dari usus besar
. Cirit-birit dengan serta merta selepas memakan RG, menandakan penyakit barah di bahagian usus besar.

2. Sembelit:
-Membersihkan toksin dari usus kecil.

3. Najis berdarah
– Darah merah : Masalah penyakit buasir atau barah di bahagian usus.
– Darah hitam: Masalah penyakit ulser perut.

4. Najis berwarna hitam :
– Menunjukkan proses pembuangan toksin di bahagian usus sedang berlaku.

5. Badan:
-Secara amnya, segala kesakitan badan adalah disebabkan saluran darah.

6. Sakit menyucuk :
– Proses menyeimbangkan urat saraf.

7. Sakit sengal:
– Menandakan luka di dalam badan.

8. Sakit menyentap:
– Proses menyeimbangkan urat saraf yang berkaitan dengan organ-organ badan.

9. Sakit menegang :
– Proses melancarkan pengaliran darah.

10. Badan terasa berat/ malas/ lenguh .
-Badan mengandungi asid yang berlebihan. Proses penyeimbangan

11. Badan terasa panas .
-Badan mengandungi asid yang berlebihan. Ini menandakan badan memerlukan banyak air untuk menjalankan proses pembuangan toksin.

12. Badan terasa ringan :
– Menandakan badan segar dan proses awet muda sedang berlaku.

13. Rasa takut mengejut.
– Lemah fungsi buah pinggang. Tenaga batin lemah.

14. Cepat naik darah / marah :
– Fungsi hati lemah. Tekanan darah tinggi.

15. Rasa bimbang dan takut :
-Sistem paru-paru yang lemah.

16. Rasa seronok atau bimbang tanpa sebab :
– Sistem jantung yang lemah.
– Sistem saraf otak yang lemah.
– Masalah pengaliran darah.

”Semoga Bermanfaat.”

Selasa, 22 Disember 2015

Tiada ulasan

Percaya atau Tak Cium Bau Ketiak Suami Jadikan Isteri Awet Muda dan Penawar Stress??


Percaya atau Tak Cium Bau Ketiak Suami Jadikan Isteri Awet Muda dan Penawar Stress?? | haaaa ni bukan nak sembang-sembang kosong, ni nak sembang pasal ketiak suami,tahukah anda sebagai isteri jika anda tidur di atas lengan suami sambil terhidu bau ketiak suami dapat hilangkan strees dan awek muda?? Betul ni nak habaq mai, ada orang-orang bijak pandai buat kajian, bukan sahaja dapat eratkan hubungan suami isteri malah ada lagi benda baik bila si isteri tercium ketiak suami. Jika ketiak suami anda berbau busuk kami mintak maaflah,terimalah suami anda seadanya.. Jom baca artikel sepatutnya membebel panjang lebar sangat dah ni...



Bancian ke atas 10 ribu pasangan yang berkahwin (sumber kajian MOHEMA) hanya kira-kira 45% sahaja isteri yang tidur berbantalkan lengan suami selepas 3 tahun berkahwin..
Dan hanya tinggal 21.7% sahaja isteri yang masih tidur berbantalkan lengan suami selepas 10 tahun usia perkahwinan.

Tahukah kaum isteri, bahawa hormon Phero yang di rembes dari ketiak lelaki/suami boleh mengaktifkan hormon wanita/isteri hingga mereka merasa damai dan tenang?
Sebenarnya hampir 65% bau badan lelaki/suami datang dari celahan ketiak dimana kelenjar Phero paling aktif.



Jadi para isteri semua, ketepikanlah bantal-bantal anda, tidurlah di atas lengan suami hingga ke pagi, hampirkan hidung di celahan ketiaknya. Sedutlah bau Phero suami agar kamu semua dapat memulakan hari dengan ceria.

Tidak di nafikan anda akan dapat pengalaman yang cukup rilex dan tenang.
Ianya adalah tanda bahawa bau Phero suami anda sedang bertindak balas dengan kelenjar hormon anda (pengalaman ini hanya perempuan sahaja yang tahu bertapa asyik dan rilexnya)…

FAKTA..,
Dan dari kajian itu juga menyatakan isteri yang tidur di atas lengan suami akan tidur lebih lena dan mencapai skala 7 hingga 8 dalam tahap lena tidur.Selain dari pada itu isteri yang suka mencium bau ketiak suami akan lambat menjadi tua,ianya seperti obat awet muda yang alami.

Dan peringatan untuk lelaki/suami, jangalah cukur ketiak anda togel, biarkan sedikit atau trim sikit je bulu-bulu itu yang merupakan ejen penyebar bau Phero yang di senangi wanita.

Jadi isteri-isteri kenelah praktikan tidur di atas lengan suami,abaikan bau bucuk ketiak suami, Si suami pula kene simpanlah bulu ketiak sikit jangan cukur habis tahu..


Sabtu, 5 Disember 2015

Tiada ulasan

10 Inilah Makanan Sunnah dan Kegemaran RASULULLAH s.a.w Yang PaTut Kita Contohi


10 Inilah Makanan Sunnah dan Kegemaran RASULULLAH s.a.w Yang PaTut Kita Contohi | Kita sebagai umat islam seringkali terlupa akan makanan sunnah yang sememangnya memberi 1000 kebaikan pada diri dan kesihatan kita. Ketahuilah apa itu 10 makanan sunnah atau makanan kegemaran Rasulullah s.a.w :
1. Barli – Bagus untuk demam jika dibuat sup/air minuman.
2. Kurma – Nabi berkata rumah yang tidak mempunyai kurma adalah seperti rumah yang tidak ada makanan.
3. Buah Tin – Buah dari syurga. Boleh mengubati buasir.
4. Anggur – Nabi suka buah anggur. Ia membersihkan darah, menguatkan buah pinggang, membersihkan perut
5. Madu – Ia adalah makanan segala makanan, minuman segala minuman, ubat segala ubat. Mengubati cirit birit jika dibancuh dengan air panas, membuka selera, menguatkan perut, membuang kahak. Elok diminun waktu pagi dengan air suam.
6. Tembikai (Segala Jenis) – Nabi berkata wanita mengandung tidak akan gagal melahirkan anak yang baik dari segi perwatakkan dan wajahnya.
7. Susu – Nabi berkata susu baik untuk membuang panas badan. Menguatkan belakang,memperbaiki otak memperbaharui pandangan mata, membuang kelupaan.
8. Cendawan – Baik untuk mata, perancang keluarga.
9. Minyak Zaitun – Rawatan kulit dan rambut. Melambatkan penuaan, merawat radang perut.
10. Delima – Membersihkan tubuh dari syaitan & bisikan syaitan selama 40 hari.
 
Jika diikutikan orang yahudi atau negara barat banyak memakan makanan seperti ini sebab mereka percaya akan kualiti makanan tersebut,hakikatnya mereka menghasut,memanipulasikan fikiran dan permahaman kita terhadap makanan sunnah agar kita lupa kebaikkan makanan ini dan secara tak langsung kita suka makan makananan barat atau makanan yang kurang khasiatnya membuatkan kita umat islam jadi lemah, tak da semnagat dll. Apa-apa pun terpulang kepada anda. Sekian.

Jumaat, 4 Disember 2015

Tiada ulasan

Cara Menghalau Tikus Dari Rumah Kita


Tikus sejenis haiwan yang selalu kita agak kotor dan pengotor, ada juga tikus ini menjadi mangsa bahan kajian untuk para saintis mencuba vajsin-vaksin baru untuk mengetahui kebersanannya sebelum digunakan kepada manusia. Al maklum yang kita tahu tikus adalah sejenis haiwan pengotor dan berbahaya dari segi kesihatan. Jika tidak di jaga elok-elok kawasan rumah bila tikus membiak tinggalkan kesan air kencing dan sebagainya boleh membuat anda sakit, kencing tikus membawa MAUT!! Jiran put juga meninggal tahun ini kerana terkene jangkitan kencing tikus.

Ingat tikus suka di kawasan kotor,dapur-dapur kotor terutama di kedai makan,mesti banyak di dapur atau longkang. Tikus suka bermain di tempat buangan sampah. Jika rumah anda terdapat banyak tikus umpama rumah anda macam tempat buang sampah,hehehe put bergurau jer. Bermacam-macam cara yang kita tahu nak menghalau tikus dari menghuni rumah kita dan merosakan barang-barang dirumah ada yang bela kucing, ada yang letak racun dll.

Tetapi kita juga boleh menggunakan cara semulajadi untuk membasmi dan mengusir tikus ini. Berikut beberapa cara yang boleh anda cuba:

1. Daun Pandan
Daun pandan memiliki aroma wangi bukan sahaja boleh menyedapkan bau ruang kediamanan. Keharumannya itu tidak disukai oleh tikus.

2. Kucing
Peliharalah kucing di rumah, terutama kucing jenis tertentu yang dapat membunuh tikus.Kucing merupakan musuh utama bagi tikus!

3. Buah Mengkudu
Ambil dua atau tiga biji buah mengkudu. Potonglah mengkudu tersebut menjadi beberapa bahagian. Letakkan ia dalam sebuah mangkuk di kawasan yang sering dilalui tikus. Bau buah mengkudu yang menyengat membuatkan tikus pergi dari rumah.

4. Minyak Mint
Sapukan minyak yang diperbuat daripada daun mint (MenthaCodifolia) pada sehelai kain dan letakkan di tempat-tempat yang sering menjadi laluan tikus. Sudah pasti tikus tidak akan datang lagi kerana tikus tidak menggemari bau mint.

5. Kapur Barus (DryobalanopsAromatica)
Hancurkan beberapa kapur barus (kasar-kasar), kemudian taburkan di kawasan-kawasan yang menjadi ‘lubuk’ tikus itu. Cara ini cukup efektif kerana tikus sememangnya tidak suka dengan bau kapur barus yang cukup menyengat!

6. Cat Badan Tikus
Tangkap seekor tikus, kemudian lumurkan badannya dengan cat berwarna terang seperti warna merah, kemudian lepaskan. Tikus tersebut tidak akan datang lagi, malahan turut membuat kawan-kawan tikusnya yang lain berasa takut untuk mengganggu kediaman anda.

7. Buah Durian
Sediakan dua atau tiga biji buah durian. Mana-mana bahagian isinya yang sedap itu, anda makanlah. Kemudian, letakkan potongan kulit durian tersebut di tempat-tempat yang selalu dilalui oleh tikus. Tentunya bau durian yang menusuk hidung dan kulitnya yang berduri membuatkan tikus berasa gerun untuk singgah di kediamanan anda.

Sebenarnya bergantung kepada beberapa faktor juga seperti ruang, kawasan dll. Yang penting kebersihan perlu di ambil berat dan dijaga rapi,dalam islam pun menyuruh umatnya berjaga kebersihan.

JANGAN LUPA SHARE YA...

Selasa, 1 Disember 2015

Tiada ulasan

Ambil Berat!! 7 Jenis Makanan Untuk Bayi Yang Anda Perlu Elakkan



Ambil Berat!! 7 Jenis Makanan Untuk Bayi Yang Anda Perlu Elakkan | Jenis Makanan Untuk Bayi.Mencecah usia 6 bulan, bayi ketika ini sudah boleh makan,tetapi tidak semua jenis makanan bayi boleh makan kerana ususnya masih muda dan fresh dari jenis-jenis makanan. Ambil Berat!! 7 Jenis Makanan Untuk Bayi Yang Anda Perlu anda Elakkan supaya bayi anda dalam keadaan sihat dan selesa.

Paling elok, anda memperkenalkannya bayi anda dengan rasa buah & sayur-sayuran. Sungguhpun begitu, sebagai ibu anda perlu tahu ataupun kenal dengan beberapa jenis makanan yang harus anda hindari pada bayi ketika pertama kali anda memperkenalkannya pada makanan. Seperti sesetengah orang islam di awal usia bayi ini mereka selalu bagi air kanji atau nasi bubur, selepas seminggu ubi kentang atau carrot,selapas itu boleh campur pelbagai sayur. ** put nak ingatkan selepas bayi anda sudah sebulan makan seeloknya kita tambahkan dalam makanan bayi kita makanan sunnah seperti kurma,kismis dll.

Ada di antara jenis makanan tersebut boleh memberikan efek yang kurang baik, seperti alergik, tersedak & batuk. Lagipun bayi mempunyai perut yang masih kecil & belum terlalu kuat. Setiap makanan yang masuk ke dalam perutnya perlu anda tahu jenis makanan untuk bayi anda supaya terhindar terjadi perkara tidak diingini

Pada usia 6-12 bulan, anda boleh memberikan bayi anda makanan yang lembut dan semi-padat seperti bubur dan pisang. Selain itu, apa yang perlu anda titikberatkan ialah kebersihan makanan tersebut. Adalah lebih baik, jika anda memasak sendiri menu yang anda sediakan untuk bayi anda.
Bahan utama makanan yang baik untuk bayi anda ialah beras, ayam, daging, sayur-sayuran dan ikan. Pastikan anda memilih ikan & sayur-sayuran yang segar. Jika kita hantar bayi kita kepada pengasuh eloklah kita memasak sendiri kerana air tangan ibu lagi bagus dan mujarat, jika tiada masa tiada masalah.

Masak dengan cara & rasa terbaik agar bayi anda menyukainya. Ketika anda menyediakannya, pastikan makan tersebut masak sempurna agar segala kuman & bakteria boleh mati. Jangan memasak dengan api yang terlalu besar dan lama kerana makanan tersebut boleh menjadi terlalu lembik dan hilang khasiatya.

Paling penting, jangan sesekali anda cuba menambahkan serbuk perasa atau MSG kerana bahan ini boleh menimbulkan kerosakan fungsi otak.

Berikut beberapa jenis makanan yang DILARANG untuk bayi anda:

1. Coklat
Disebalik rasanya yang enak dan manis, ternyata coklat dapat mengundang alergik buat bayi. Lagipun coklat adalah makanan yang banyak mengandungi kafein dan kadar gula yang tinggi.

2. Putih Telur
Protein yang terdapat dalam putih telur boleh menyebabkan alergik pada bayi. Selain itu, telur juga mempunyai vitamin D dan pelbagai vitamin serta mineral lainya.

3. Madu
Spora’ yang terdapat di dalam madu berpotensi menyebabkan keracunan ataupun alergik kerana bakteria clostridium botulinum boleh menyebabkan sembelit, lemah dan rasa sukar untuk bayi menelan.

4. Kacang
Sebelum anda berhasrat untuk memberikan kacang atau makanan yang diperbuat daripada kacang pada bayi anda,sebaiknya anda berhati-hati. Sebaiknya, tunggu sehingga bayi anda berusia lebih daripada setahun kerana ruam alergik lebih mudah menyerang  bayi yang makan kacang.

5. Strawberi
Meskipun strawberi mempunyai khasiat vitamin C yang baik untuk kesihatan tubuh, tetapi apabila diambil oleh bayi akan membuatkan sistem penghadamannya terganggu. Selain strawberi, apapun jenis makanan atau buah-buahan yang masam pasti akan meninggalkan efek buruk apabila dimakan oleh bayi.

6. Kerang
Kerang adalah salah satu jenis makanan laut yang tidak baik diberikan kepada bayi ataupun anak kecil. Kandungan merkuri yang tinggi pada kerang boleh menyebabkan bayi anda alergik dan akan menimbulkan pelbagai masalah kesihatan lainnya.

7. Jus Buah

Sebelum bayi anda berusia 6 bulan ke atas, sebaiknya anda tidak memberikan jus kepada bayi anda. Ini adalah kerana jus mempunyai kandungan gula dan tidak mempunyai khasiat. Jus buah seperti oren dan anggur, kaya dengan vitamin C. Namun, rasanya sangat masam,sehingga boleh menyebabkan masalah pada perut dan sistem penghadaman pada bayi.

Apa-apa pun anda sebagai ibubapa perlu tahu perlu ambil berat tentang permakanan anak-anak anda jangan ikut apa kita makan itulah yang diberi makan kepada anak. Sayangi anak anda.


Jumaat, 27 November 2015

Tiada ulasan

Ada 3 Cara Untuk Hilangkan Perut Menggeleber Selepas Bersalin

Ada 3 Cara Untuk Hilangkan Perut Menggeleber Selepas Bersalin | Seringkali terdengar keluhan si ibu selepas melahirkan anak atau selepas tamat tempoh berpantang. Badan nampak kurus, berat juga turun namun ‘kangaroo pocket’ atau ‘spare tyre’ masih jelas kelihatan. Dua istilah ini sering digunakan bagi menggambarkan lebihan lemak serta perut yang menggeleber. Dan perut si ibu takkan kembali seperti perutnya di masa anak dara, hakikatnya setiap ibu yang baru lepas bersalin ingin menjaga bentuk badan dan perut sekurangnya masih nampak mantap dan boleh bergaya dengan baju kebaya.

Usah bimbang, ianya normal bagi semua wanita selepas bersalin. Malah bagi yang melahirkan melalui pembedahan ‘caesarian’ ia lebih jelas kelihatan. Bayangkan 9 bulan 10 hari membawa seorang bayi di dalam kantung perut. Sudah pasti lebihan lemak akan jelas kelihatan sebaik sahaja bayi keluar. Itu sudah lumrah, tetapi anda jangan ambil mudah walau pun geleber lemak banyak anda kenelah jaga juga kerana ingin nampak sentiasa cantik di mata suami,jangan biarkan sahaja,nanti lama-lama suami cari dua,hehehhe menangis anda.
Antara cara pantas bagi menyembunyikan lebihan lemak di perut :

1. Memakai ‘girdle’ atau ‘korset’

Bagi ibu yang telah tamat tempoh berpantang, penggunaan girdle dapat membantu menahan lemak berlebihan serta memberikan impak segera perut yang lebih leper. Justeru tidak perlu malu untuk menggayakan pakaian yang anda gemari. Yang penting, dapatkan girdle dengan material yang berkualiti dan selesa.
2. Penggunaan krim ‘limau nipis’ dan kapur
Petua orang lama, ambil satu sudu kapur sirih atau kapur makan. Perahkan sebiji limau nipis. Lumurkan di bahagian perut dan pakai bengkung bagi mengelakkan baju kotor. Ia sedikit ‘pedih-pedih’ di awalnya. Pakai ini sebelum masuk tidur. Kesannya cepat, malah anda boleh mengukur berapa inci lemak yang hilang sebaik sahaja bangun pagi keesokannya.
3. Menyusukan anak dengan pakaian yang sesuai
Malu juga mahu menyelak baju meskipun di depan suami dan mertua, bimbang nampak ketara perut yang belum kempis. Apatah lagi jika si anak mahu menyusu dengan kerap. Sudah habis tempoh berpantang, namun perut masih buncit!
Memakai pakaian yang sesuai dapat membantu menyorok perut. Penggunaan blaus berbutang di bahagian hadapan serta baju yang khas untuk menyusu atau nursing wear amat membantu. Ibu tidak perlu lagi menyelak baju dari bawah pinggang serta mendedahkan bahagian perut. Ianya bukan sahaja melindungi perut buncit, malah menjaga aurat ibu di samping memberikan rasa selamat dan bimbang jika terdedah bahagian badan ketika mahu menyusukan anak.
*Artikel ini adalah tulisan oleh Aida Fazlin dari mumsluv.com

Tentang Aida Fazlin

aida-fazlin-mumsluv
Kini bekerja sebagai Pengarah Operasi Mumsluv Nursing Wear. Merupakan bekas pensyarah Kimia di salah sebuah Kolej Persediaan Pelajar. Melepaskan jawatannya pada Ogos 2013 bagi menumpukan perhatian kepada anak-anak. Beliau juga telah memulakan perniagaan sendiri sebagai pengeluar baju menyusu di bawah label Mumsluv. Beliau mempunyai minat mendalam terhadap fesyen muslimah, penyusuan bayi serta pendidikan awal kanak-kanak secara alami.
LIKE PAGE KAMI UNTUK BERITA TERKINI Button Close