PERHATIAN! Inilah Akibat Suka Kencing Berdiri Terutama Lelaki | Artikel ini bukan berunsur 18 huhuhu, anda kena bukan minda sikit, kaum adam atau lelaki lebih suka kencing secara berdiri kerana bagi mereka mudah dan cepat terutama di tandas awam. Tahukah anda akibat dan masalah akan timbul jika anda kencing berdiri, Rasulullah pun pernah berpesan kepada umatnya. Kencing berdiri ni sudah jadi tabiat buruk di kalangan lelaki.

Tetapi adakah golongan lelaki tahu, tabiat kencing berdiri adalah tidak baik untuk kesihatan. Semak kesan negatif akibat daripada kencing berdiri.

1. Tidak bersih ( Pengotor )
Buang air kecil dalam posisi berdiri menyebabkan kesucian anda terjejas terutama bagi mereka yang beragama Islam. Apabila buang air kecil berdiri, air kencing tersebut tidak keluar sepenuhnya sebaliknya akan keluar tanpa disedari ketika anda bergerak dan biasanya akan terkena pada seluar. Dalam posisi berdiri juga menyebabkan percikan air kencing terkena pakaian anda.

2. Tidak puas ( Tak Lawas )
Dalam posisi buang air kecil sambil berdiri, air kencing sebenarnya tidak keluar sepenuhnya. Ini kerana punci kencing anda tidak ditekan dengan sempurna untuk mengeluarkan keseluruhan air kencing. Anda akan rasa tidak puas dan kerap ulang balik ke tandas untuk membuang air kecil pula.

3. Punca penyakit batu karang
Tabiat ini antara lain menjadi punca kepada penyakit batu karang, ya betul batu karang. Air kencing yang tidak habis atau tidak lawas dikeluarkan akan membentuk asid yang keras seperti bentuk batu & akan memenuhi buah pinggang & saluran punci kencing. Ubah gaya buang air kecil anda sebelum terlambat.

4. Lemah syahwat
Haaaa... yang ni banyak lelaki hadapi masalah tapi tak sedar. malu wei lemah syawat, hehehhe. Lemah syahwat adalah masalah yang digeruni oleh lelaki. Anda pastinya tidak mahu tewas ketika di ranjang dengan mudah bukan? Jadi, untuk mengelakkan perkara ini berlaku, jangan sesekali amalkan membuang air kecil dalam keadaan berdiri. Mengapa? Ia kerana posisi seperti itu akan menyebabkan otot serta urat saraf di sekitar zakar menjadi lembik dan kendur.

5. Punca masalah sistem badan
Ketika buang air kecil akan ada gas yang tidak diperlukan oleh tubuh yang akan keluar. Tetapi dalam posisi berdiri, gas ini tidak akan keluar dan akan berkumpul dalam badan. Ia sekali gus akan menyebabkan pelbagai masalah sistem badan.

Kesimpulannya jagalah adat tata tertid ketika membuang air kecil atau kencing ikut cara-cara betul agar kita tidak di anggap dan tidak dilabel pengotor,malah untuk kesihatan anda juga. Peace!!