FLORIDA - AMERIKA SYARIKAT. Seorang wanita menyesal tak berkesudahan
selepas keinginan berpunggung besar berakhir dengan jangkitan pada buah
pinggangnya.
Laporan Dailymail mengatakan Crystal Heath terpaksa menghabiskan masa
di hospital selepas buang pinggangnya gagal berfungsi selepas pembedahan
memindahkan lemak di perut ke bahagian punggung.
"Saya hampir kehilangan nyawa, saya betul-betul menyesal," kata Crystal.
Crystal telah menjalani pembedahan oleh Dr. Osakatukei Omulepu selepas
terpikat dengan iklan pembedahan kosmetik di laman sosial.
Selepas tersedar dari pembedahan, Crystal menyedari terdapat lubang sedalam 7 inci dan perutnya mempunyai luka pembedahan.
Rupa-rupanya, Dr. Osakatukei telah mengambil lemak dari perut crystal untuk dimasukkan ke bahagian punggungnya.
Tindakan Dr, Osakatukei yang tidak mendapat kebenaran Crystal tersebut
menyebabkan Crystal bersama empat pelanggan lain membuat aduan.
Berdasarkan laporan pelanggan terdahulu, mereka juga telah dibedah dengan cara yang sama tanpa kebenaran.
Baru-baru ini, lesen Dr. Osakatukei telah ditarik balik oleh Jabatan
kesihatan Florida selepas membaca aduan Crystal dan pelanggan lain.
"Selepas menyedari kesilapan saya kerana tidak berhati-hati, saya tidak
akan membenarkan sesiapa menjalani pembedahan sebegini walaupun
diberikan percuma," kata Crystal.
Sesal kemudian tidak berguna lagi, Renungkanlah fikirkanlah sebelum bertindak.
sumber : sinar harian
loading...
Memaparkan catatan dengan label drama. Papar semua catatan
Khamis, 3 November 2016
TERKINI VIRAL - Anak Didera Oleh Pengasuh, Mata Bengkak,Lebam-lebam Dan Tangan Disimen.. Ibu Bapa Wajib Baca Ni Sebagai Pengajaran
Posted by
Unknown,
on
8:33:00 PTG
TERKINI VIRAL - Anak Didera Oleh Pengasuh, Mata Bengkak,Lebam-lebam Dan Tangan Disimen.. Ibu Bapa Wajib Baca Ni Sebagai Pengajaran | Sebagai pengajaran kepada semua ibu bapa sedunia, artikel ini bukan aku nak jatuhkan martabat pengasuh-pengasuh di luar sana tetapi ada segelintir pengasuh di luar sana seperti ini. Bab kata kasar macam lagi teruk dari binatang. Bab kata baik, job mengasuh yang korang buat tu bukan atas dasar apa-apa hanya DUIT!! Bila kerana duit korang jaga anak-anak kecil tidak seperti anak korang sendiri.
Bukan nak cakap besarlah aku dah alami juga benda macam ni.. tapi tak seteruk anak kakak ni. Apa merepek panjang sangat ni.. Sedih weii tengok video baby ni.. Jom baca kisah sebagai tauladan ni..
Lihat Video
Kasihan anak-anak, biar kita hilang kerja dan pendapatan,salah seorang antara kita harus berkorban demi anak-anak kecil ini, jangan sampai mati anak,menyesal tak sudah..Jika perlu jagalah anak sendiri,niat kerana anak dan Allah pasti ada rezeki untuk mereka nanti,mereka perlukan perhatian kita. #jangankencamsaya #baikkencamnajib
Rabu, 5 Oktober 2016
Senarai Peserta Gegar Vaganza Musim Ke 3 - 2016
Posted by
Unknown,
on
6:24:00 PTG
Senarai Peserta Gegar Vaganza Musim Ke 3 - 2016 | Gegar vaganza kini kembali...dah macam iklan TORA pula.. bagi peminat artis 90 pasti menantikan program ini,apa tak nya dapat tengok artis kesayangan mereka bergegar kembali di atas pentas.
Hari ini bertempat di Trec KL, Jalan Tun Razak, pihak Astro telah mengadakan satu sidang akhbar untuk mengumumkan senarai penuh peserta Gegar Vaganza 3.
Seramai 6 orang penyanyi lelaki dan 6 penyanyi perempuan telah pun dipilih melalui satu sesi ujibakat.
Berikut senarai peserta Gegar Vaganza 3 : –
- Ameng Spring
- G-Mee Screen
- Razis Ismail
- Rem
- Shidee Data
- Zarul Umbrella
- Azharina
- Elly Mazlein
- Intan Sarafina
- Nora
- Siti Sarah
- Zur Eda
Nabil Ahmad dan Jihan Muse masih lagi dikekalkan sebagai pengacara dan Dato Haji Ramli MS dan Dato Khadijah Ibrahim juga masih kekal sebagai juri tetap.
Gegar Vaganza kali ini bakal bersiaran secara langsung dari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) di saluran Astro Ria dan Ria HD pada setiap hari Ahad, jam 9.00 malam bermula 16 Oktober ini.
sumber : beautifulnara
Selasa, 10 Mei 2016
Terima Padah, Kerana Mahu Pung-gung Besar Akhirnya Perut Yang Dibedah
Posted by
Unknown,
on
7:15:00 PTG
Terima Padah, Kerana Mahu Punggung Besar Akhirnya Perut Yang Dibedah | Inilah akibatnya bila mengubah diri dari ciptaan Tuhan. Tidak perlu ubah diri untuk kelihatan cantik, yang sebenarnya kita semua cantik. Bila anda mengubah diri dari segi fizikal seperti pembedahan plastik peratusan untuk cantik memang ada tetapi risiko kerosakan atau kesakitan jangka masa panjang amat tinggi.
Luka pembedahan di perut Crystal Heath.
Berita Dunia : Pelajar Wanita Islam digelar 'Isis' dalam majalah sekolah
Posted by
Unknown,
on
8:02:00 PG
Berita Dunia : Pelajar Wanita Islam digelar 'Isis' dalam majalah sekolah | Itulah pandangan dunia pada umat islam zaman sekarang, sudah sampai akhir zaman. Fitnah dan tidak sengaja atau disengajakan itu sudah jadi mainan mereka. Tidak sewenang-wenang wanita ini digelar "ISIS".
CALIFORNIA - AMERIKA SYARIKAT. Seorang pelajar wanita beragama Islam kecewa selepas namanya diubah menjadi 'Isis' di dalam majalah tahunan sekolahnya.
Menurut laporan CNN, Bayan Zehlif didakwa 'ditukar nama dengan sengaja' dengan seorang pelajar lain yang bernama 'Isis Philips'.
Pengetua sekolah tinggi Los Osos, Susan Petrocelli memohon maaf dan berjanji akan menyiasat insiden tersebut.
Lembaga Hubungan Islam-Amerika juga memberitahu peguamnya sedang menyiasat perkara tersebut.
"Kami faham perasaan mangsa terhadap insiden ini yang telah dilabel sebagai anggota kumpulan pengganas," kata Kata pengarah esekutif lembaga tersebut, Hussam Aylosh.
Sementara itu, Bayan yang memuatnaik fotonya yang telah 'disalah cetak' mendapat simpati di laman sosial Twitter.
"Saya tak kenal awak, tapi menjijikkan kerana mereka (sekolah) melayan awak seperti ini," Kata Boosh di Twitter.
"Kurang ajar. Saya juga kena kecaman anti-arab dalam majalah tahunan sekolah saya," kata Ric Fouad.
Sumber : Sinar Harian
Foto dan nama Bayan Zehlif yang disalah cetak
CALIFORNIA - AMERIKA SYARIKAT. Seorang pelajar wanita beragama Islam kecewa selepas namanya diubah menjadi 'Isis' di dalam majalah tahunan sekolahnya.
Menurut laporan CNN, Bayan Zehlif didakwa 'ditukar nama dengan sengaja' dengan seorang pelajar lain yang bernama 'Isis Philips'.
Pengetua sekolah tinggi Los Osos, Susan Petrocelli memohon maaf dan berjanji akan menyiasat insiden tersebut.
Lembaga Hubungan Islam-Amerika juga memberitahu peguamnya sedang menyiasat perkara tersebut.
"Kami faham perasaan mangsa terhadap insiden ini yang telah dilabel sebagai anggota kumpulan pengganas," kata Kata pengarah esekutif lembaga tersebut, Hussam Aylosh.
Sementara itu, Bayan yang memuatnaik fotonya yang telah 'disalah cetak' mendapat simpati di laman sosial Twitter.
"Saya tak kenal awak, tapi menjijikkan kerana mereka (sekolah) melayan awak seperti ini," Kata Boosh di Twitter.
"Kurang ajar. Saya juga kena kecaman anti-arab dalam majalah tahunan sekolah saya," kata Ric Fouad.
Sumber : Sinar Harian
Nana Mahazan Dikritik Netizen Kerana Berpakaian Tidak Manis di ABPBH 29
Posted by
Unknown,
on
7:09:00 PG
Kemeriahan ABPBH 29 ( Anugerah Bintang Popular Berita harian 29 ) baru-baru ini mendapat perhatian netizen dengan gaya dan fesyen artis-artis, pengacara, dan lain-lainnya. Ada seorang artis bernama Nana AF1 telah mendapat kritikan yang hebat dari peminat.
Yang sebenarnya gaun rekaan Nizam Zamil direka khas buat Nana untuk majlis pembukaan ABPBH 29. Ada yang mempersoalkan apakah motif Nana AF1 untuk mengenakan busana tersebut sedangkan beliau boleh memilih rekaan lain. Busana ini jelas menampakkan sesuatu yang tidak elok di mata umum.
Berikut antara komen netizen :-

Pada pendapat admin, Nana seorang wanita yang cantik cuma tidak manis kita sebagai orang Melayu,budaya melayu dan kita sebagai orang islam baik berpakaian elok di mata umum agar kita dapat mengelak dari kontroversi-kontroversi yang tidak elok, semoga maju jaya buat Nana AF1.
Sumber Berita : MYNEWSHUB
Yang sebenarnya gaun rekaan Nizam Zamil direka khas buat Nana untuk majlis pembukaan ABPBH 29. Ada yang mempersoalkan apakah motif Nana AF1 untuk mengenakan busana tersebut sedangkan beliau boleh memilih rekaan lain. Busana ini jelas menampakkan sesuatu yang tidak elok di mata umum.
Berikut antara komen netizen :-
Pada pendapat admin, Nana seorang wanita yang cantik cuma tidak manis kita sebagai orang Melayu,budaya melayu dan kita sebagai orang islam baik berpakaian elok di mata umum agar kita dapat mengelak dari kontroversi-kontroversi yang tidak elok, semoga maju jaya buat Nana AF1.
Sumber Berita : MYNEWSHUB
Isnin, 2 Mei 2016
Jadi Bualan Lucu Bila Ahmad Maslan Ni, Join Group Whatsapp "Kami Anti Ahmad Maslan"
Posted by
Unknown,
on
12:22:00 PG

Jadi Bualan Lucu Bila Ahmad Maslan Ni, Join Group Whatsapp "Kami Anti Ahmad Maslan" | Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa & Industri iaitu Datuk Ahmad Maslan sekali lagi mencuri perhatian yang agak melucukan seluruh rakyat Malaysia.
Beliau telah mendedahkan turut menyertai & berada di dalam satu group Whatsapp "Kami Anti Ahmad Maslan". Siapa yang ada di dalam group itu pasti kene cop apa-apa. Pandai dia jadi spy diri sendiri.
Malahan, Ahmad Maslan bertekad tidak mahu keluar dari group tersebut dan berkata dengan cara itu dia boleh mengetahui apa yang rakyat tidak suka mengenainya.
Ini komennya:
"Saya mempunyai cabaran iaitu 350 WhatsApp group yang selalu memenuhi telefon bimbit saya.
"Macam-macam kumpulan ada dalam itu termasuk satu kumpulan 'Kami Anti Ahmad Maslan'. Tetapi saya tidak keluar dari kumpulan itu.
"Saya mahu mengetahui apa yang mereka tidak suka tentang saya,"
"Selain itu, Ahmad Maslan turut sertai group Jom Sertai PAS"
Ini namanya menteri berjiwa kental. Hehehe. sumber : http://sembangterbang.blogspot.my
Ahad, 1 Mei 2016
Ingat Lagi Tak Mangsa Toreh Muka? Jom Lihat Gambar Terkini Nur Shafiqa Yang Cun Melencun
Posted by
Unknown,
on
11:04:00 PTG

Ingat Lagi Tak Mangsa Toreh Muka? Jo Lihat Gambar Terkini Nur Shafiqa Yang Cun Melencun | Tak lama dulu, satu kes jenayah toreh muka yang amat mengejutkan telah berlaku di kelantan lantas menjadi viral dan tumpuan orang ramai. Si gadis cantik yang cun ini ditoreh mukanya dengan begitu kejam sekali oleh perompak berkenaan.
Seorang gadis bernama Nur Shafiqa menjadi kekejaman penjenayah yang cuba menghancurkan maruahnya dan menoreh wajah Shafiqa.
Setelah 2 tahun, kini Shafiqa telah pun berkahwin dengan jejaka pilihannya malah wajahnya semakin pulih.
Parut dan calar akibat luka torehan di wajah wanita ini semakin pulih & sembuh sepenuhnya walaupun masih ada sedikit kesan parut.
Bagaikan ada hikmah, kini Shafiqa telah mula menjadi duta produk kecantikkan dan mempunya ramai follower di laman sosial. Sudah cantik, selepas kejadian beliau menjadi seorang yang lagi cun yang tabah, kuat serta berdedikasi.
Jom lihat wajahnya yang terkini:




Isnin, 18 April 2016
Foto - Kejohanan Bola Sepak 9 Sebelah Piala Pengarah Perpustakawan Kali-2 UPNM
Posted by
Unknown,
on
9:58:00 PTG
Foto - Kejohanan Bola Sepak 9 Sebelah Piala Pengarah Perpustakawan Kali-2 UPNM | Kali ni saja nak kongsi sikit pengalaman main bola Sepak 9 sebelah piala pustakawan Kali ke 2. Nak di ceritakan team kami ni di anggap underdog. Tapi mereka lupa, team kami ni sebenarnya boleh tahan juga. Nama team kami ptmk fc.
Kejohanan Kali ni kami Memang sedia.. falsafah kami adalah "biar kalah janji bergaya" . Mengikut pandangan.kami, group kami tidaklah group bahaya, kami diundi satu group Alk b, jpp Dan.resat. team kami naib johan kumpulan layak ke suku.akhir tapi kami tidak layak disqualified kerana kami masukkan pemain Tak ada nama Dalam senarai.
Tujuan utama kami adalah untuk buktikan Dan memberi kesedaran kepada Tuan pengarah kami, jangan anggap kami tidak hebat dalam bidang ko kurikulum, Dan jangan terlalu ramai memilih staf berbadan besar Dan ramai wanita. Bukan tidak boleh memilih staf berbadan besar Dan wanita, bayangkan jika staf berbadan besar 3/10 belum lagi staf berbadan biasa Tak minat sukan. Selepas Itu, staf wanita terlampau ramai dari lelaki.. Bukan Tak boleh,Kalau nisbah 7:10 tujuh Itu staf wanita,bayangkan jika semua mengadung..
Apa-apa pun kami Memang boleh tahan..Tujuan Dan impian kami tercapai juga, pengarah terkejut tiba-tiba kami Ada baju keluar modal sendiri, lepas tu layak ke suku akhir, terus sponser makan.. Doa kan pengarah kami dapat membuka mata. Jom layan foto kami...
Khamis, 7 April 2016
Berhati-hati!! Perangai Ayah Terhadap Isterinya Mempengaruhi Tingkah Laku dan Emosi Bayi, Jaga-jaga Ya Suami
Posted by
Unknown,
on
10:37:00 PG
Berhati-hati!! Perangai Ayah Terhadap Isterinya Mempengaruhi Tingkah Laku Bayi, Jaga-jaga Ya Suami | Lama tak buat entri kali ni nak kongsi kisah dan ilmu berguna kepada para pembaca teruma bakal-bakal ayahy dan ibu. Tahukah kamu wahai ayah taua bapa atau bakal menjadi ayah tingkah laku kamu dan layanan kamu terhadap isteri kamu tengah sarat mengadung mempengaruhi tingkah laku dan emosi bayi anda? Meh saya kongsikan ilmu berguna saya dapatkan dari facebook.
Pernah tak anda perasan si kecil yang baru menginjak usia setahun sudah semakin bijak dan adakalanya menunjukkan kelakuan seperti orang dewasa. Kadang kala perangainya saling tak tumpah seperti si ayah!
Si kecil sudah pandai bersuara garang dan meninggi suara, padahal tak pernah pula kita mengajar dia berkelakuan sedemikian. Dalam fikiran mulalah terbayang ini mesti pengaruh kawan-kawan yang sama tinggal di taska atau rumah pengasuh.
Sebenarnya tanpa kita sedari, tindak tanduk kita sendiri yang telah mempengaruhi dan membentuk karektor si anak. Sebab itu orang selalu pesan kalau tengah mengandung, ibu perlulah menjaga kelakuan dan kata-kata. Takut nanti anak dalam kandungan ikut perangai yang tak elok.
Tetapi kita lupa bahawa bukan ibu sahaja yang perlu menjaga perilaku sebaliknya bakal ayah juga perlu menjaga perangai dan tindak-tanduknya terhadap isteri yang sedang hamil.
Perkongsian daripada Dr.Suriyakhatun, seorang pakar homeopati sangat menarik untuk dijadikan panduan kepada bakal ibu dan ayah sekalian.
Menurut beliau perangai dan tindak-tanduk ayah terhadap isterinya dan perasaan serta emosi ayah semasa ibu sedang mengandung akan mempengaruhi bayi yang dikandung! Emosi ayah semasa ibu mengandung mempengaruhi perkembangan anak yang dikandung.
Beliau yang menghadiri bengkel Homeopathy di Cyberjaya University College of Medical Sciences turut tertarik dengan perkongsian daripada salah seorang pensyarah jemputan iaitu Professor Dr Parinaz Humranwala.
Dr Parinaz telah menghasilkan sebuah software yang boleh menganalisa 'temperament' seseorang dan dikaitkan dengan ubat homeopati yang serasi.
Dr. Suriyakhatun memberitahu pengalamannya menemui ramai ibu hamil yang tertekan dengan suami mereka dan mengadu tentang perbuatan suami sepanjang mereka mengandung.
"Ada kalanya saya akan panggil suami mereka untuk terangkan kepadanya supaya lebih prihatin dan berikan perhatian yang lebih kepada isteri serta sabar melayan kerenah isteri yang sedang mengandung namun tidak semua suami boleh terima apa yang saya katakan."
Kongsinya lagi, Dr Parinaz turut menceritakan sebuah kisah seorang suami yang pemabuk (di India) dan sering memukul isterinya setiap malam setelah balik dari 'bar' . Keesokan paginya dia amat menyesal dan berjanji tidak akan buat namun tetap mengulanginya juga.
Semasa isterinya mengandung, isterinya membuat keputusan untuk lari dari rumah maka semasa tujuh bulan mengandung dia berpindah ke bandar lain dan mengutus email kepada suaminya memberitahu untuk menuntut cerai dan tidak akan balik lagi.
Semasa anak lelakinya berumur 5 tahun, anaknya telah memukul ibunya pada waktu tengah malam dan keesokan pagi, apabila ibunya bertanya dia menjawab betapa dia sayang sangat kepada ibunya dan tidak pernah dan tidak akan memukul ibunya.
Nyata perbuatan memukul si ibu di tengah malam tidak disedarinya. Mujurlah Dr Parinaz berjaya merawat emosi pelik anak ini dan bagi anak ini. Perangai pelik ini mungkin telah diturunkan kepadanya oleh si ayah semasa ibunya mengandung dahulu.
Apa jua pengaruh buruk yang berlaku semasa ibu mengandung mempengaruhi kandungan dan jangan ingat hanya emosi sahaja yang boleh terjejas, mungkin ada juga fizikal yang akan terjejas!
Sumber: Facebook Dr.Suriyakhatun https://www.facebook.com/Dr.Suriyakhatun/?fref=ts
Khamis, 31 Mac 2016
Detik-detik Sangat Mengejutkan Selepas Diceraikan Talak 3
Posted by
Unknown,
on
2:29:00 PG
Sejak akhir-akhir ini, kecoh gila di media sosial tentang wang hantaran berikutan viral hantaran RM15k tidak cukup. Memalukan sudahlah majlis akad nikah dibuat di masjid,Rumah Allah s.w.t kita pula buat kecoh di tempat tidak sepatutnya. Hal ini terjadi bila tiada sifat bertolak ansur, sifat pemurah, sifat bersangka baik malah iman di dada langsung tiada. Baca kisah di bawah sebagai pengajaran.
Seorang juru foto gambar pernikahan yang menggunakan nama Facebook Boii Amani Hashim, menceritakan satu kisah "jadi suami hanya setengah jam" yang dikatakan terjadi di depan matanya sendiri.

Mas Kahwin RM 22,222.22
Lama juga aku jadi photographer wedding. Macam-macam aku dah tempuh. Ni aku nak share sikit cetira yang pernah terjadi depan aku dulu.
Mas hantaran kahwin mak ayah perempuan ni letak #RM22,222.22. Memang mahal gila...tapi si lelaki ni setuju. Aku tengok pun lelaki ni bukan calang-calang orang juga.
Akad Nikah Selesai Sekali Lafaz
So sampai la hari akad nikah, happy je dua-dua belah pihak. Pengantin muka dah tak sabar meng*w*n. Ye la, musim hujan masa tu. Tok kadi sampai maka berlangsung la acara akad nikah dan selamba dengan senafas je si lelaki lafazkan akad.
Baru Sedar Duit Hantaran Tak Cukup Seribu
Hantaran pun bertukar tangan begitu juga dengan mas khawin. Masa lelaki tu nak baca lafaz takliq, tiba-tiba sedara dari pihak perempuan bising "duit hantaran tak cukup seribu ni"
Terus bangun pengantin perempuan dari tempat duduk. Tinggikan suara kat pengantin lelaki bertanyakan pasal apa tak cukup seribu...siap pihak perempuan perli-perli "dah tahu tak cukup duit tapi gatal sangat nak kahwin tu kenape"
"Baru jadi isteri tak sampai setengah jam dah macam ini..."
Yang pengantin lelaki walaupon mata berkaca, dia senyum je. Dia ambil microphone lepas itu dia cakap.
"Baru jadi isteri tak sampai setengah jam dah macam ni. Saja saya tak cukupkan seribu sebab nak tengok kamu macam mana. Ni ade saya bawa wang yang tak cukup tu" sambil buka bag yang berkepok-kepok duit 50 dengan 100.
Cerai Terus
"Takpa la...alang-alang semua ada kat sini, boleh jadi saksi saya. Saya ceraikan awak dengan talak tiga.
Assalamualaikum"
Drop microphone
Salam-salam terus gerak.
Tu la...Dah ada orang nak tu kira nasib baik la bai. Perempuan bersepah sekarang. Tepi-tepi bustop pun boleh petik. Kau bukak wechat. Berapa ramai yang serah diri free? Kau ingat lelaki-lelaki dalam drama jam 7 tu wujud ke?
Ingat jangan sesekali kita mengetepikan hal-hal syariat agama islam,islam itu mudah,kenapa kita perlu susahkan. Cuba anda fikir, Duit itu lebih banyak diperlukan selepas kahwin daripada hari kenduri. Renungkan. Jangan jual anak.
Sumber: siakapkeli
Masih ingat Nur Amalina Che Bakri pelajar Cemerlang 17A1 tahun 2007 Dulu dan Kini
Posted by
Unknown,
on
12:08:00 PG
Masih ingat Nur Amalina Che Bakri pelajar Cemerlang
17A1 tahun 2007, inilah pencapaian terbarunya di luar negara yang pasti
mengejutkan ramai pihak
Masih ingat Nur Amalina Che Bakri pelajar Cemerlang 17A1 tahun 2007 Dulu dan Kini | Ingat lagi tentang pelajar cemerlang Malaysia? Tengok gambar pasti korang ingat,dahulu pakai tudung sekarang tidak lagi. Nur Amalina Che Bakri nama beliau.

Masih ingat Nur Amalina Che Bakri pelajar Cemerlang 17A1 tahun 2007 Dulu dan Kini | Ingat lagi tentang pelajar cemerlang Malaysia? Tengok gambar pasti korang ingat,dahulu pakai tudung sekarang tidak lagi. Nur Amalina Che Bakri nama beliau.
Tahniah Nur
Amalina Che Bakri. Pencapaian terbaru & terkini Nur Amalina Che Bakri
terus menutup cakap-cakap dan kritikan yang dilemparkan terhadapnya 3
tahun lalu iaitu sekitar awal tahun 2012 yang lalu.
Berdasarkan maklumat yang Berita Semasa terima, sepanjang berkelana di luar negara, di negara orang, Dr. Amalina lebih fokus kepada “hak asasi manusia, kerja sosial dengan masyarakat UK dan di luar), & buat internship di hospital terkemuka (Harvard, Imperial).
Keputusan dan Pencapaian Terkini Nur Amalina Che Bakri 2015?
-Keputusan SPM 2004 dengan 17A
-Pelajar Tajaan Bank Negara Malaysia BNM
-Ijazah Universiti Edinburg Scotland (Ijazah Sains Biomedik dalam Farmakologi dan Ijazah perubatan). Double degree.
-Sarjana di Universiti Cambridge (Kepujian Kelas Pertama) bagi kursus translasi perubatan & terapeutik
-Sekarang sedang menjalani latihan sebagai doktor pelatih
-Bakal sambung belajar ke peringkat PHD atau Doktor Falsafah dalam bidang kanser payudara & onkoplastik di Kolej Imperial, London
-Sedang berusaha ke arah menjadi perunding dan pakar bedah kanser payudara tidak lagi
-Bakal membuat pembentangan kertas Thesis di Persidangan Kanser Antarabangsa di Houston Texas, USA

Nur Amalina Che Bakri juga sudah bentangkan 6 kertas kajian beliau di peringkat dunia untuk kajian perubatan dan ada antara kajian Amalina Che Bakri adalah yang terbaik
Jikalau anda mahu lihat contoh resume Aamalina Bakri, bleh semak di profil Linkedin miliknya di sini, uk.linkedin.com/pub/amalina-bakri
Apa yang boleh Berita Semasa dengan satu kata, Impressive.
Jikalau Universiti Berita Semasa tidak ambil pusing tetapi master dari Universiti Cambridge. Salute her.
Semoga kehadiran anda pulang ke Malaysia bakal mampu menyelamat lebih ramai lagi mangsa kanser payudara berdasarkan pengalaman dan kepakaran anda pada ketika berkelana di luar negara sana. Insyaallah.
Dan semakan Berita Semasa menunjukkan, Amalina Che Bakri juga ada menyumbang hasil tulisan dalam buku bertajuk ABC of Medically Unexplained Symptoms dan tulisan Amalina Bakri boleh anda baca dan amati pada bab 36 yang memfokuskan terhadap Pelvic and Reproductive System Symptoms pada Bab 10 di muka surat 36.

Sambung PHD. Boleh pula menulis pula lagi. Tahniah adik Amalina.
Amalina jikalau balik Malaysia terus dapat jadi pensyarah atau pun buat klinikal. Paling kurang nanti boleh bermula dengan gred UD54 kelak.
Ahhh adik-adik yang nak berjaya kaya dengan ilmu,bolehlah ikut jejak langkah akak ni,tapi ingat yang perempuan jangan pulak ikut cara penampilannya,dari bertudung tak bertudung!!.
Ahad, 27 Mac 2016
Pelajar Ini Potong Lidah Sendiri Kerana Di Buli
Posted by
Unknown,
on
8:23:00 PTG
Gambar yang menjadi viral di laman sosial.
Pelajar Ini Potong Lidah Sendiri Kerana Di Buli | Kes buli semakin menjadi-jadi dikalangan pelajar sekolah, adakah perkara ini dapat dibanteraskan atau sekadar angan-angan tahi itik?? Tepuk dada tanya yang bertanggungjawab. Ibu bapa mana tidak risau dan sedih lihat perkara ini terjadi dekat anak mereka.
| Gambar yang menjadi viral di laman sosial. |
KLANG - Ibu kepada murid yang mendakwa dipaksa memotong lidahnya
sendiri dalam kejadian buli di sebuah sekolah di sini, Khamis lepas,
mahu anaknya itu ditukarkan ke sekolah lain dengan segera.
Siti Nurhuda Ibrahim, 29, berkata dia serik dan mahu kejadian hitam yang menimpa anaknya Muhammaf Alif Shukran Alias, 8, tidak berulang.
"Saya mahu menukarkan dia (Muhammad Alif Shukran) ke sekolah lain kerana tidak mahu dia dibuli lagi," katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini
Siti Nurhuda berkata polis juga telah mengambil semula keterangannya hari ini, berhubung siasatan kes berkenaan.
Beliau berharap polis dapat menyelesaikan segera kes tersebut supaya ia tidak berlaku ke atas murid lain.
Sementara itu, Jabatan Pendidikan Negeri Selangor akan memberi khidmat kaunseling kepada Muhammad Alif Shukran.
Pengarahnya Zainureen Mohd Noor berkata ia bagi memulihkan semangat murid tahun dua itu untuk terus bersekolah dan belajar.
"Di samping itu, pihak jabatan pendidikan juga sedang giat melakukan siasatan terperinci bagi mengenal pasti murid yang terlibat dan akan mengambil tindakan sewajarnya terhadap mereka," katanya ketika dihubungi hari ini.
Pada Khamis lepas, Muhammad Alif Shukran mendakwa dipaksa memotong lidahnya sendiri oleh sekumpulan lima murid tahun tiga dari sekolah yang sama.
Berikutan kejadian itu, lidah mangsa putus sedikit di bahagian hujung dan menerima satu jahitan. - Bernama
sumber - http://www.sinarharian.com.my
Siti Nurhuda Ibrahim, 29, berkata dia serik dan mahu kejadian hitam yang menimpa anaknya Muhammaf Alif Shukran Alias, 8, tidak berulang.
"Saya mahu menukarkan dia (Muhammad Alif Shukran) ke sekolah lain kerana tidak mahu dia dibuli lagi," katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini
Siti Nurhuda berkata polis juga telah mengambil semula keterangannya hari ini, berhubung siasatan kes berkenaan.
Beliau berharap polis dapat menyelesaikan segera kes tersebut supaya ia tidak berlaku ke atas murid lain.
Sementara itu, Jabatan Pendidikan Negeri Selangor akan memberi khidmat kaunseling kepada Muhammad Alif Shukran.
Pengarahnya Zainureen Mohd Noor berkata ia bagi memulihkan semangat murid tahun dua itu untuk terus bersekolah dan belajar.
"Di samping itu, pihak jabatan pendidikan juga sedang giat melakukan siasatan terperinci bagi mengenal pasti murid yang terlibat dan akan mengambil tindakan sewajarnya terhadap mereka," katanya ketika dihubungi hari ini.
Pada Khamis lepas, Muhammad Alif Shukran mendakwa dipaksa memotong lidahnya sendiri oleh sekumpulan lima murid tahun tiga dari sekolah yang sama.
Berikutan kejadian itu, lidah mangsa putus sedikit di bahagian hujung dan menerima satu jahitan. - Bernama
sumber - http://www.sinarharian.com.my
Ingat lagi DRAMA Sutun yang amat popular satu masa dulu, 3 Gambar TERKINI Ku Yusry pelakon drama SUTUN
Posted by
Unknown,
on
9:51:00 PG
MENGEJUTKAN !!! Anda masih ingat lagi DRAMA Sutun yang amat popular satu
masa dulu..Jom LIHAT 3 Gambar TERKINI Ku Yusry pelakon drama SUTUN yang
amat MENGEJUTKAN..!!
Siapa yang pernah menonton drama Sutun sudah pasti kenal dengan pelakon utamanya yang amat menarik perhatian ramai ketika itu. Dengan gaya tingkah lakunya memang menjadi seakan-akan betul.
Daram Sutun ini sememangnya amat popular satu masa dulu yang mula ditayangkan di RTM dan kemudiannya kerana permintaan yang amat tinggi, ditayang pula di Astro.
Drama ini mengisahkan kisah suka duka seorang lelaki berjiwa lembut di sebuah kampung. Pelakon utamanya bernama Ku Yusry.
Kini setelah beberapa tahun drama ini ditayangkan, jom lihat gambar terkini Ku Yusry.

Siapa yang pernah menonton drama Sutun sudah pasti kenal dengan pelakon utamanya yang amat menarik perhatian ramai ketika itu. Dengan gaya tingkah lakunya memang menjadi seakan-akan betul.
Daram Sutun ini sememangnya amat popular satu masa dulu yang mula ditayangkan di RTM dan kemudiannya kerana permintaan yang amat tinggi, ditayang pula di Astro.
Drama ini mengisahkan kisah suka duka seorang lelaki berjiwa lembut di sebuah kampung. Pelakon utamanya bernama Ku Yusry.
Kini setelah beberapa tahun drama ini ditayangkan, jom lihat gambar terkini Ku Yusry.



Selasa, 8 Disember 2015
Warkah Buat Anakanda 'Daku pulangkan anakku Jalil kepadaMU Ya ALLAH'
Posted by
Unknown,
on
2:17:00 PG
Warkah Buat Anakanda 'Daku pulangkan anakku Jalil kepadaMU Ya ALLAH' | Pasti anda akan berlinangan air mata bila membaca warkah si ibu kepada anaknya iaitu RAJA ZARITH SOFIAH Permaisuri JOHOR kepada Anakandanya Almarhum Tengku Jalil. Sebelum baca sediakn tisu banyak-banyak.
RAJA ZARITH SOFIAH SULTAN IDRIS SHAH
PERMAISURI JOHOR
PERMAISURI JOHOR
WARKAH buat anakku, Jalil:
Mama tahu, satu-satunya sebab Lil pergi ke hospital adalah kerana Lil menanggung kesakitan yang amat sangat. Lil sebenarnya hendak kekal tinggal di rumah: Lil telah terlalu kerap ke hospital.
Namun ALLAH S.W.T., Yang Maha Mengetahui, menempatkan Lil di sana agar kami, keluarga Lil, dapat meluangkan sebanyak masa bersama Lil.
Mama menyimpan seribu satu kenangan tentang Lil ketika Lil menghabiskan hari-hari terakhir Lil di dunia ini.
Mama terkenang satu ketika sewaktu Lil memejam mata dan air mata menitis di pipi Lil, semasa Lil cuba melawan kesakitan yang ditanggung.
Mama memegang tangan kiri Lil dan menangis. Mama mencuba sedaya upaya untuk menahan sedu sedan Mama dari kedengaran.
Mama fikir, Lil tidak nampak Mama menangis kerana mata Lil pejam. Tapi Lil tahu. Lil meletak tangan kanan Lil di atas tangan Mama dan menepuk-nepuk dengan perlahan, seolah berkata "Jangan menangis, Lil tidak apa-apa."
Mama ingat semua mesej pesanan ringkas yang Lil hantar kepada Mama. Bila Mama mengatakan bahawa Mama telah berdoa untuk Lil, Lil membalas dengan mengatakan bahawa Lil juga telah berdoa dan memohon kepada ALLAH S.W.T. biarlah Lil yang menanggung semua kebimbangan Mama.
Bila Mama melihat makam Lil, hati mama dipenuhi keperitan. Mama masih terbayangkan detik ketika Babah, abang dan adik Lil memenuhkan kubur dengan tanah sementara Boo dan Inah berdiri di sisi Mama. Mama memandang ke arah abang dan adik Lil, dan membilang hanya tiga anak lelaki.
Boo di sisi Mama. Anak lelaki Mama lima orang. Di mana anak mama yang lagi seorang? Dan Mama baru tersedar bahawa Lil yang tiada. Lil kini berada di bawah timbunan tanah itu.
Dan pada ketika itu, Mama menadah kedua tangan mama dan berbisik, "sesungguhnya dariMu kami datang, dan kepadaMu jua kami kembali. Daku memulangkan kepadaMU, Ya ALLAH, anakku."
Moga Lil ditempatkan bersama mereka yang soleh
sumber :sinar harian
.
.
Jumaat, 4 Disember 2015
( Foto ) Jon Ekzos Rajalawak Kongsi Gambar Anak Angkat Arwah Pak Yus atau Jambu
Posted by
Unknown,
on
8:30:00 PG

artikal berkaitan:
Cerita Benar - Keajaiban Berlaku Ketika Menghantar Jenazah Arwah Yus Jambu Ke Perlis
Mengenali arwah sepanjang 19 tahun, terlalu banyak pengalaman yang dikongsi arwah & Jon. Nyata Jon masih lagi merindui arwah.
Isnin, 30 November 2015
Cerita Benar - Keajaiban Berlaku Ketika Menghantar Jenazah Arwah Yus Jambu Ke Perlis
Posted by
Unknown,
on
5:16:00 PG
on 4:34 PG
Cerita Benar - Keajaiban Berlaku Ketika Menghantar Jenazah Arwah Yus Jambu Ke Perlis | Sedikit intro tentang arwah
sumber : http://mestigempakdotcom.blogspot.my
Cerita Benar - Keajaiban Berlaku Ketika Menghantar Jenazah Arwah Yus Jambu Ke Perlis | Sedikit intro tentang arwah
Nama Sebenar: Yusryy Edoo
Nama Popular: Yus Jambu atau Pak Yus
Umur: 39 Tahun
Tarikh Lahir: 15 Mac 1976
Status: Bujang Belum Berkahwin
Pekerjaan: Pelawak dan Pelakon
Asal: Kangar Perlis
Punca Kematian: Mati Mengejut (Sakit Jantung) susulan sesak nafas
Masa Kematian: 12.15 pagi Isnin 30 November 2015 di Hospital Selayang
Rupanya banyak keajaiban yang berlaku semasa proses pengembumian Pak yus. Semoga Rohnya dicucuri Rahmat olehNYA. Al-fatihah
artikal berkaitan :


artikal berkaitan :
Video & Foto Di Sekitar Pemakaman Arwah Yus Jambu


sumber : http://mestigempakdotcom.blogspot.my
Ahad, 29 November 2015
Video konsert Gegar Vaganza minggu ke 7 secara live
Posted by
Unknown,
on
8:03:00 PG
Video konsert Gegar Vaganza minggu ke 7 secara live, malah ada yang terlepas boleh tonton disini. Pada minggu ke 6 Nizam Laksamana tersingkir minggu ke 7 kita tak tahu lagi. Konsert Gegar Vaganza menyajikan artis-artis otai tanah air, memang terbaik konsert gegar vaganza ni. Dtayangkan di Astro Ria setiap hari ahad jam 9.00 malam. jangan ketinggalan untuk menonton penyanyi anda mneyanyi.
Video Konsert Gegar Vaganza 2015 Minggu 7 Online
- Konsert Pembukaan
- Part 1 Ezad Lazim
- Part 2 Azian Mazwan
- Part 3 Nassier Wahab
- Part 4 Haiza
- Part 5 Siti NorDiana
- Part 6 Acong SweetChild
- Part 7 FaraDhiya
- Keputusan Penyingkiran– Tiada Penyingkiran. Acong SweetChild telah dapat immuniti dari tersingkir Minggu 7. Maka Acong terselamat daripada tersingkir.
Selasa, 24 November 2015
5 PERKARA ANDA PERLU TAHU TENTANG WANITA KELANTAN
Posted by
Unknown,
on
6:22:00 PTG
![]() |
| sekadar gambar hiasan |
Nak cerita sedikit, put pun dari kelantan, tapi artikel ni tak payah sangatlah guna bahasa kelantan nanti ramai tak reti nak baca,kihkihkih.. Kali ni nak kongsikan 5 perkara yang anda perlu tahu pasal wanita kelantan, baru-baru ini viralnya video gadis pukul kawan,memang nampak ganas tetapi bersebab, mungkin mereka yang tahu kita jangan cepat menunding jari ke atas mereka dan kes buli atau pukul seeloknya diselesaikan dengan cara baik. Gadis kelantan ni korang nampak jer mereka macam-macam perangai,put pernah merata tinggal di negeri lain,banyak perempuan luar tak berapa nak suka dengan wanita kelantan,macam-macam diorang cerita,kebanyakkannya perkara buruk,betul ke tidak put tak tahu,bagi put wanita mana-mana negeri pun ada baik ada tak berapa baik.
Tapi kita tak boleh nafikan yang lelaki dari negeri lain suka sangat dengan gadis kelantan,nak tahu kenapa?? baca sampai habis.
1. Jangan tipu bab berniaga – wanita Kelantan memang pandai bisnes. Tengok saja Pasar Siti Khadijah di Kota Bharu penuh dengan peniaga perempuan. Pengasas kosmetik Dnars dan Qu Puteh pun dari sana, orang lelaki mereka tak tahu lah di mana. Jadi jangan lah nak tipu bab berniaga ni dengan mereka.
2. Awas tergoda – selalu kita dengar orang kata orang perempuan Kelantan terutama dari Pasir Mas cantik-cantik. Tak tahulah kebenarannya. Sebab cantik nilah ramai lelaki cair, tak caya tengok Neelofar.
3. Mulut manis - tengok saja kalau berniaga macam mana mereka pujuk untuk pelanggan beli. Walau guna loghat Kelantan tapi kedengaran lembut saja, sebab tu ramai yang terjerat nak beli. Ini lagi satu faktor orang lelaki cair.
4. Berdikari - kalau dah lebih ramai perempuan di sana berniaga, orang lelaki tak nampak di mana tak cukup berdikari lagi kah.
5. Berani dan cekal – contohnya boleh tengok yang dalam video viral itu lah. Rasanya perempuan penakut takkan buat macam tu.
Mek-mek Kelate yang baca ni mesti setuju kan. Giler tak setuju!
petikan dari Sinar Harian
Selasa, 17 November 2015
drama
,
info
,
Petua
Tiada ulasan
Cara Menjaga Membela Kucing
Posted by
Unknown,
on
8:15:00 PG
Haaa... pasti ramai dekat sini yang suka akan kucing, jangan suka dan minat jer tetapi nak jaga tak pandai,last-last kucing kurus kurang makan,bulu kotor pastu mati macam tu jer. Kucing adalah seekor haiwan yang cantik dan comel, terdapat beberapa jenis kacukan dan baka kucing ni tahu.. yang paling comel kucing kacukan parsi, bulu lebat ekor macam ekor tupai. Kalau kucing buat muka memang nampak comel dan kesian, tengoklah time kita makan dekat restoren tepi jalan, ya Allah comelnya cara dia mintak nak ayam..hehehe
Kucing ni tak kira baka apa yang penting tahu nak jaganya kalau malas dan malas nak buang najis baik reject awal-awal jaga kucing ni. Kucing adalah haiwan yang istemewa antara haiwan yang baik dan jinak serta mudah untuk dijaga sebenarnya.
Cara nak jaga kucing ni senang jer mengikut baka, jika anda beli baka parsi atau baka-baka mahal ni pasti nak makan best-best pastu kene sediakan tempat yang elok,mandi dengan shampoo khaslah apa lah.
kalau kucing yang terbiar pulang senang anda nak jaga. Senang jer jaga kucing setiap 2-3 jam bagi makan. Mandikan kucing sekali atau dua kali sehari. Sediakan tempat tinggal yang elok. Kucing ni kalau betul-betul di ajar dia akan ikut arahan. Atok saya ajar kucing setiap kali nak buang air besar buang dekat luar rumah,lama kelamaan kucing akan tahu setiap kali nak buang air besar dia sendiri akan keluar rumah. tapi tengok pada keadaanlah kalau rumah flat atau apartment baik tak payah nanti marah dekat penghuni lain.
Sebanarnya jaga kucing ni senang lagi-lagi kalau kita jaga dari dia dilahirkan, macam kitalah apa yang kita makan adalah apa yang mak kita ajar dari kecil. Kalau mak kita suka ajar kita dari kecil makan makanan segera seperti Mcd Kfc Pizza memang sampai besar kita suka makan benda tu.
K lah tak nak cerita panjang-panjang sudah ngatuk dan penat. Sebenarnya banyak lagi cara nak jaga kucing ni, google jer...
Sabtu, 10 Oktober 2015
Temubual ringkas ini dikongsikan oleh adik Noreen yang agak keletihan. Jika benar seperti yang dikongsi adakah 'seseorang' itu...? Tak dapat bayangkan macam mana mereka lalui sepanjang hilang 47 hari...
Posted by
Unknown,
on
9:24:00 PTG

Kita selalu mendengar kes kehilangan kanak-kanak atau orang dewasa yang disembunyikan orang-orang bunian atau alam ghaid. Kes ini memang menarik dan seram. Kita sebagai orang islam wajib bercaya kepada benda ghaid yang tak nampak dengan mata kasar kita. Ini cerita yang diceritakan oleh seorang kanak-kanak menjadi mangsa tersebut. Kes kehilangan kanak-kanak orang asli di Pos Tohoi, Gua Musang sejak Ogos lalu akhirnya terjawab.
Salah seorang kanak-kanak tersebut yang ditemui berkata, hanya mereka sahaja yang hidup. Yang lain sudah meninggal dunia.
Yang pertama mati ialah Juvida David, 7, diikuti Haikal Yacoob, 8, Sasa Sobrie, 8, Ika Ayel, 9, dan Linda Rosli, 8Rakan-rakan yang lain mati kerana kelaparan, manakala Haikal mati lemas ketika menyeberangi Sungai Perias.
Noreen Yaakob juga memberitahu yang ada seseorang yang memberikan mereka makan dan sebab itulah mereka hidup sehingga hari ini.
kami berada disatu perkampungan yg indah, dikelilingi wanita2 cantik dengan kemewahan makanan dan buah-buahan,air sungai yg amat jernih..Andai benar seperti yang digambarkan oleh Noreen dan Misurdiar, mungkinkah mereka berada bersama orang bunian.
Bagaimanapun, perkara tersebut tidak dapat dipastikan kerana kanak-kanak tersebut terlalu lemah dan keletihan.
Langgan:
Catatan
(
Atom
)




















