Jika melihat si kecil ini kita akan berasa sungguh kesian, dan menyentuh hati. Ibu mana tak sayangkan anaknya melainkan si ibu kekurangan kasih sayang atau iman. Sudahlah buang anak sendiri,tikam lagi.. Astaqfirullah..
KHON KAEN -THAILAND. Bayi ajaib! walaupun ditikam 14 kali oleh ibunya dan dikebumikan dalam sebuah lubang sedalam 8 inci, seorang bayi lelaki ditemui masih hidup..
Kejadian yang berlaku di Daerah Khon Kaen, pada bulan Februari lepas, telah mengejutkan Thailand petik laporan Mail Online..
Bayi lelaki bernama Aidin ini akhirnya berjaya diselamatkan oleh seorang pengembala lembu tatkala mendengar suara tangisannya daripada sebuah kubur di bawah sepohon pokok...
"Saya mencari-cari dari mana datangnya arah suara itu, dan saya rasa suara itu datang dari arah pokok itu, saya menggali tanah dibawah pohon itu dan akhirnya saya melihat seorang bayi yang comel tertimbus," tutur Kachit Krongyut...
Selepas berjaya menyelamatkannya, Aidin dibawa ke sebuah hospital...
"Tanah yang terkena Aidin, berjaya memberhentikan pengaliran darah dari luka yang dialaminya," ujar seorang doktor yang menyelamatkan Aidin...
Si pelaku iaitu ibunya, yang berusia 42 tahun telah ditahan polis berdasarkan bukti kesan tayar motor dan tapak kasut di lokasi kejadian...
Dia akan didakwa di atas tuduhan cubaan membunuh dan mengabaikan anak sendiri.
Kini selepas dijaga dengan baik oleh sebuah pusat penjagaan anak yatim tempatan, Aidin dijangka memulakan hidup baharu bersama pasangan dari Sweden yang akan mengambilnya sebagai anak angkat mereka...
Kejam sungguh seorang ibu memperlakukan anaknya sendiri seperti itu.
sumber
loading...