loading...

Ahad, 2 Ogos 2015

AISKRIM - Cara Buat AISKRIM SANTAN

1 ulasan
Haaaa hari ini put nak kongsikan cara buat aiskrim, aiskrim ni memang special. Nama aiskrim ni aiskrim Santan. Kalau anda buat sendiri jadi aiskrim santan special. Yang mana ada anak-anak tu tak payahlah sibuk duk beli jer,kekandang membazir,baik buat sendiri jimat. Tak nak cerita panjang-panjang jom kita belajar cara buat aiskrim santan yang sememang nyum nyum... licin kalau anak-anak makan, air tangan ibu-ibu sememangnya terbukti sedap.

Aiskrim santan special


Bahan-Bahannya:

1 tin susu cair
2 cawan gula
4 cawan santan pekat
1 1/2 cawan air
6 sudu besar tepung ubi
6 sudu besar susu tepung
- Perasa dan pewarna seperti:
- Choclate paste
- Strawberry paste
- Jagung krim dan lain2,ikut selera anda nk pilih perisa apa-apa pun


Cara Membuatnya:

1- Masak 4 cawan santan dimasak sampai mendidih,tapi jangan sampai pecah minyak dan sejukan.
2- Tepung ubi dimasak dengan air hingga pekat dan sejukkan.
3- Pukul susu,gula,susu sejat dengan gula hingga gula hancur.
4- Masukkan santan dan adunan tepung berselang seli sambil dipukul sebati.
5- Bubuh susu tepung dan pukul terus hingga rata.
6- Masukkan adunan kedalam sebuah bekas dan simpan didalam freezer hingga beku.
7- Keluarkan adunan yang telah beku dan pukul lagi kali ke2 hingga kelihatan kembang.
8- Pada tahap ini bolehlah diisikan dengan perisa dan pewarna kesukaan dan terus pukul hingga sebati.
9- Tuangkan semula adunan aiskerim kedalam bekastdan tutup,simpan didalam freezer hingga beku.
10- Keluarkan aiskrim dan bolehlah dihidangkan,jika suka boleh juga dihias dengan choc cair,choc chip,atau apa-apa saja mengikut selera masing-masing.

Kesimpulannya, memang sedap dan teramat sedap,selamat mencuba.
loading...

1 ulasan :

LIKE PAGE KAMI UNTUK BERITA TERKINI Button Close