loading...

Rabu, 5 Oktober 2016

Tiada ulasan

Senarai Peserta Gegar Vaganza Musim Ke 3 - 2016

Senarai Peserta Gegar Vaganza Musim Ke 3 - 2016 | Gegar vaganza kini kembali...dah macam iklan TORA pula.. bagi peminat artis 90 pasti menantikan program ini,apa tak nya dapat tengok artis kesayangan mereka bergegar kembali di atas pentas.
Hari ini bertempat di  Trec KL, Jalan Tun Razak, pihak Astro telah mengadakan satu sidang akhbar untuk mengumumkan senarai penuh peserta Gegar Vaganza 3.
Seramai 6 orang penyanyi lelaki dan 6 penyanyi perempuan telah pun dipilih melalui satu sesi ujibakat.
Berikut senarai peserta Gegar Vaganza 3 : –
  1. Ameng Spring
  2. G-Mee Screen
  3. Razis Ismail
  4. Rem
  5. Shidee Data
  6. Zarul Umbrella
  7. Azharina
  8. Elly Mazlein
  9. Intan Sarafina
  10. Nora
  11. Siti Sarah
  12. Zur Eda
Nabil Ahmad dan Jihan Muse masih lagi dikekalkan sebagai pengacara dan Dato Haji Ramli MS dan Dato Khadijah Ibrahim juga masih kekal sebagai juri tetap.
Gegar Vaganza kali ini bakal bersiaran secara langsung dari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) di saluran Astro Ria dan Ria HD pada setiap hari Ahad, jam 9.00 malam bermula 16 Oktober ini.

sumber : beautifulnara

Isnin, 5 September 2016

Tiada ulasan

‘Bertaubat’ Tidak Mahu Menjadi Lelaki, Kembali Ke ‘Fitrah’, Anda Pasti Kenal Ini Siapa

‘Bertaubat’ Tidak Mahu Menjadi Lelaki, Kembali Ke ‘Fitrah’, Anda Pasti Kenal Ini Siapa ? Siapa tak kenal dengan wajah ini dahulunya dia pondan siap bedah bagai berubah menjadi yang asli dan fitrah kejadiaan tetapi sedih apabila ia kembali ke jalan yang dia ingini KERANA... korang bacalah sendiri...

Pasti korang lihat gambar ini korang akan kenal siapa dia pengasas produk PERLAKING ini.

****************************************************************************

Status Fb beliau

Assalammualaikum semua . Sebelum tu saya nk mintak maaf andai posting ni panjang lebar . Cuma ini luahan saya .
.
Saya sebenarnya dah terlampau penat untuk menjadi baik dengan kembali kepada fitrah . Sebab apa jua yg saya buat masih ada org tetap tak puas hati dan mempertikai . Saya jadi pondan org hina , saya jadi lelaki pun org hina dan org pertikai . Ada yg kata saya tunggang agama , ada yg kata saya gunakan agama untuk bisnes dan bermacam lagi sejak penghijrahan saya tempoh hari . 1-2 kali tohmahan mungkin saya boleh tahan tp kalau beratus kali ia beri efek pada mental dan emosi saya . Saya dh jadi lelaki pun org tanya mana misai dan janggut saya . Entah lah . Saya fedup .
.
Terus terang cakap saya penat sgt2 dan tak tahu nk tuju kemana lagi untuk bawak diri . Setiap apa yg saya lakukan semua org masih tak puas hati . Dah tak ada gunanya saya menjadi baik kalau saya terus dilemparkan dgn pelbagai kata2 hinaan . Saya pun ada perasaan tipu kalau saya kata saya tak sedih dengan semua ni . Sumpah saya penat sgt2 . Sana sini org fitnah , dan org tak habis2 kaitkan penghijrahan saya dengan bisnes . Memang agaknya korg tak boleh pisahkan dua benda ni drpd saya . Maaf tapi bisnes saya dh meletops 3 tahun lalu sejak saya menjadi pondan lagi . Tak perlu nk ckp saya berhijrah sebab bisnes saya tengah down , nak bayar Hummer tak boleh bayar , saya jual kereta mini Cooper sebab bisnes tengah lingkup , dan bermacam lagi dakwaan lain . Saya penat lah dengan semua ni . Saya tak penah ada masalah kewangan !
.
Saat ni , hari ni , saya betul2 nak mintak maaf dkt semua followers saya yg mengkagumi saya tak kesah lah atas apa jua sebab sama ada pghijrahan saya mahupun kejayaan bisnes saya , saya ambik keputusan untuk jadi pondan semula sebab saya dh terlalu penat melalui dugaan yg tak pernah putus2 . Saya dh penat nak layan dan hadap tohmahan korg semua bila saya jadi baik pun org bercakap . Biarlah saya menjadi diri sendiri dan happykan diri saya ikut cara saya .
.
To all my family , saya mintak maaf sgt2 sebab kecewakan harapan akak2 saya dan mak ayah saya . Tak perlu lah nk libatkan mereka dalam keputusan yg saya ambik hari ini sebab mereka pun sedih dan kecewa . Tak perlu libatkan mereka apa2 dan tak perlu nak blame mereka mcm korg blame saya . Keputusan saya ni biarlah saya yg tanggung dan biarlah saya yg hadap . Hanya family yg tahu apa yg saya lalui .
.
Kepada kawan2 saya terutama Harry Zulkifli , aku harap ko terus tabah dan istiqomah dalam penghijrahan yg berliku dan pedih ni . Maafkan aku sebab tarik ko berhijrah dlu tp aku yg terkandas dlu . Aku dh pnat sgt2 dan ko sendiri yg tahu apa aku lalui . Teruskan melangkah dan doakan aku .
.
Kepada Sheikh Sulaiman , Azie Shaziana dan Syarifah Furaiha , maafkan saya tau sebab saya telah mengalah dan tewas kali ni . Korg baik sgt2 dan sentiasa beri moral support pada saya . Thanks u jugak kepada org kuat Al Hijrah yg mesej saya tadi dan siap doakan saya di depan Kaabah tadi . Thanks u juga pada ustaz2 dan Daie Wan Dazrin sebab whatsapp saya tadi . Maafkan saya buat anda semua kcewa .
.
Akhir kata , doakan saya semoga penamat hidup saya dikembalikan dalam keadaan yg sebaik baiknya . Thanks u sangat2 sebab korg sentiasa mendoakan saye . Harap Allah beri ruang untuk saya .
.
So sorry sahabat2 semua . Saya penat . Lepasni korg nk cakap apa korg cakap lah saya dah tak kesah . Now saya buktikan kpd korg semua saya tak kisah bisnes saya lingkup atas keputusan saya ni sebab saya tak pentingkan bisnes dah ! Stop cakap saya berubah itu ini sebab bisnes dan duit . Perlaking saya meletops dlu sebelum saya berhijrah lagi . Biarlah saya menjadi diri saya sendiri . Kalau nk viralkan pun saya tak kisah dan saya tak akan jawab apa2 dah pasal isu ni . Org dh jadi jahat dan jahil , nk ckp apa pun cakap lah dh memang kita jadi jahat .
.
Ig ni ig betul saya . Ada pihak siap buat akaun fake dah nak tambah followers . Pelik2 korang ni . Saya give up . Sorry again . Wasalam . Nite.






*****************************************************************************

Antara komen-komen dari followernya



Apa-apa pun saya buat artikel ini sebagai tauladan dan mengajak anda semua sama-sama kita doakan kebaikan dan diberikan HIDAYAH sebaiknya dan tidak Mempersendakan agama. Taubat bukan main-main,agama bukan dimain-mainkan..inilah Akhir zaman. Manusia tidak boleh menerima fitrah diatas dirinya sendiri,semoga saudara dapat kembali ke jalan yang di REDHAINYA dan berkekalan. Amin..

Jumaat, 2 September 2016

5 ulasan

TERKEJUT!! VIRAL VIDEO UFO MUNCUL DI KUALA KRAI 2016



TERKEJUT!! VIRAL VIDEO UFO MUNCUL DI KUALA KRAI 2016



Amat terkejut sekali apabila menonton video ini,dikatakan dirakam oleh penduduk setempat, kejadian berlaku di kuala kelantan baru- baru ini. Malah, berita di RTM dan AWANI juga memaparkan kisah ini...

Anda Tonton Sendiri



** Palsu atau benar itu kita tidak tahu yang tahu segalanya apa terjadi di seluruh alam hanyalah ALLAH s.w.t yang penting kita kena yakin dan wajib percaya kepada alam Ghaib.

Rabu, 31 Ogos 2016

1 ulasan

Alhamdulillah.. Harga RON95, RON97 turun 5 sen, Lega..

minyak

Alhamdulillah, lega bagi saya dan lega bagi rakyat Malaysia buat sementara yang kos hidup semakin tinggi lag-lagi di bandar, apa tak nya harga minyak ron95 dan ron 97 turun 5 sen sempena Hari Merdeka. Terima Kasih PM terima Kasih Malaysia.



**KUALA LUMPUR - Harga runcit petrol RON95 dan RON97 turun sebanyak 5 sen manakala harga runcit diesel kekal pada harga RM1.70 sen seliter bagi September ini.

Presiden Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Petron Malaysia Nor Manshor Abdul Ghafar berkata harga runcit bagi RON95 adalah RM1.70 seliter manakala RON97 berharga RM2.05 seliter.
"Harga runcit bagi diesel untuk September kekal seperti Ogos," katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Harga runcit petrol sepanjang Ogos bagi RON95 ialah RM1.75 seliter manakala RON97 berharga RM2.10 seliter. - Bernama
3 ulasan

Inilah Permintaan Yang Terakhir Dari Banduan Yang Akan Dihukum Mati




Inilah Permintaan Yang Terakhir Dari Banduan Yang Akan Dihukum Mati | Sekiranya terdapat LEBIH keadilan di dunia ini, kita berdualah yang seharusnya dihukum bunuh, & bukan hanya saya seorang. Ibu juga bersalah ke atas liku kehidupan yang saya jalani... Teruskan membaca untuk tahu isi sepenuhnya...



INGATKAH IBU ketika saya mencuri basikal milik seorang budak lelaki yang sebaya saya?? Ibu yang membantu saya menyorokkan basikal itu dari pengetahuan ayah. ( kasihnya ibu kepada anak tetapi mengapa?? )

INGATKAH IBU ketika saya mencuri wang dari dompet jiran kita?? Ibu juga yang pergi bersama saya ke sebuah pasaraya untuk membelanjakannya...

INGATKAH IBU ketika saya bertengkar dengan ayah dan kemudian ayah pergi meninggalkan kita? Ayah sekadar mahu memperbetulkan diri saya kerana perbuatan saya mencuri keputusan akhir sebuah pertandingan yang menyebabkan saya dibuang sekolah...

IBU….....

KETIKA ITU saya hanyalah seorang kanak-kanak, yang tidak lama selepas itu saya menjadi seorang remaja yang bermasalah. Dan sekarang, saya hanyalah seorang lelaki yang rosak....

KETIKA ITU saya hanyalah seorang kanak-kanak yang memerlukan pembetulan, bukannya keizinan (untuk berbuat kerosakan)...

TETAPI, SAYA TETAP MEMAAFKAN IBU…...

Saya mohon agar surat ini sampai kepada seberapa banyak ibubapa di dunia ini, agar mereka tahu yang menjadikan seorang anak itu baik atau jahat adalah… PENDIDIKAN IBUNYA!!!....

Terima kasih ibu kerana MEMBERIKAN ‘nyawa’ kepada saya dan juga menyebabkan saya KEHILANGANNYA...

Dari anakmu,
(Seorang Banduan Hukuman Mati)


***********************************************

PELAJARAN BUAT IBUBAPA

Perkara yang paling sukar dalam usaha memperbetulkan masyarakat sekarang ini ialah untuk membuatkan seorang ibu SEDAR bahawa akan kesilapan diri mendidik anaknya. Lebih sukar lagi untuk menerima teguran tentang tabiat buruk yang telah berlaku pada anaknya sekalipun bukti terang nyata di depan mata. MaysaAllah..

Apa lagi jika adanya ayah yang tegas & bijaksana sebagai ketua keluarga jika si ibu tidak telus dan tulus merujuk dan berkongsi maklumat mengenai perkembangan anak-anaknya. Apabila sedar, keadaan sudah terlambat…. “Rebung sudah menjadi buluh”...

Lebih sulit lagi jika si Ayah juga jenis yang tidak ambil kisah. Hal ehwal keluarga dan urusan anak-anak diserahkan kepada isteri semata-mata. Urusan mencari rezeki dan persekolahan anak semuanya si ibu uruskan. Apabila anak bermasalah, mencuri, merempit, merogol, hisap dadah bahkan dilokap polis pun minta isteri juga yang uruskan...

Ramai sekali suami yang hanya tahu meniduri isteri sahaja. Lebih berat lagi jenis yang hari-hari minta duit isteri dan asyik keluar bersama rakan-rakan sampai ke tua. Ada pula yang kaki joli, ketagihan dadah, arak dan judi. Ada pula yang hanya mahu mencukupkan quota poligami sahaja. Kemudian dikuda pula semua isteri yang ada untuk turut ‘membaiayai’ dirinya. Hidup tidak ubah seperti ‘jantan sewaan’ sahaja.

Ada ibu yang berjaya melepasi ujian ini. Ada pula yang terpaksa membiarkan bukan sahaja anak, malah diri sendiri untuk ikut mencuri. Mungkin dia ‘terpaksa’ kerana itu sahaja punca nafkah buat mereka.

Apapun, perlu diingat bahawa tugas utama ibu adalah mendidik anak. Jika berjaya ibu melangkah ke syurga, maka jejak yang sama jugalah bakal diikuti oleh anaknya. JEJAK KAKI IBU itulah yang menjadi hakikat di sebalik ungkapan, “syurga itu di telapak kaki ibu”. Kisah Siti Hajar dan Ismail a.s. adalah antara contohnya.

Jika ibu sampai bersikap degil dan mungkar, maka jejak yang sama jugalah bakal ditiru oleh anak-anaknya. Kisah isteri dan anak-anak Nabi Noh a.s. adalah rujukannya.

Sabtu, 16 Julai 2016

2 ulasan

Nak Tunjuk Gentle, Beri Ciuman Perpisahan, Bibir Lelaki Digigit Penyu.. Ambil Kau!!


Nak Tunjuk Gentle, Beri Ciuman Perpisahan, Bibir Lelaki Digigit Penyu.. Ambil Kau!! | Korang tengok jer bibir lelaki ini pasti korang akan ingat cerita Kungfu Hunstle.. Bila si hero kene gigit Ular..hahaha memang kelakarkan..

**BEIJING – Rasa cinta dan kasih sayang yang ditunjukkan oleh manusia kepada sesuatu haiwan mungkin tidak semuanya dapat difahami oleh haiwan tersebut sendiri.

-Salah satu contohnya ialah insiden lucu yang dialami oleh seorang pemuda tempatan dari wilayah Fujian, China yang dilaporkan telah digigit oleh penyu peliharaannya sendiri...
-Peristiwa tidak dijangka itu terjadi ketika pemuda tersebut ingin mengucapkan salam perpisahan kepada haiwan marin berkenaan yang akan dilepaskannya ke alam bebas.

-Pemuda itu dikatakan melepaskannya dengan ciuman, tetapi tanpa disangka-sangka penyu tersebut malah membalasnya dengan gigitan yang cukup menyakitkan...



-Menurut pemuda itu, bibir bahagian atas pemuda yang digigit penyu tersebut juga sukar untuk dilepaskan oleh seorang lelaki yang sedang merakamkan gambar mangsa terebut...

-Pemuda itu akhirnya berjaya diselamatkan oleh seorang lelaki yang kemudian segera membawanya ke sebuah hospital di Dongguan, selatan China...

-Bibir lelaki yang digigit penyu ini masih boleh diselamatkan, walaupun memerlukan usaha yang keras untuk melepaskan daripada gigitan penyu itu...

-Bagaimanapun akibat gigitan kuat oleh penyu tersebut, bibir pemuda itu bengkak hingga membuatkan rupa parasnya menjadi hodoh pula...



-Seorang lelaki yang menganggap kejadian tersebut sebagai kelakar kemudian memuat naik gambar wajah mangsa itu ke media sosial tempatan ‘Weibo’...

-Ramai netizen di China dilaporkan tersentak dengan gambar itu, bahkan terdapat respons yang lucu daripada ramai pengguna media sosial...

“Saya hanya berfikir dia sangat beruntung bahawa penyu itu tidak memutuskan untuk menyimpan sepotong bibir sebagai hadiah perpisahan,” kata salah seorang netizen...

***Nasihat - Jangan Cuba nak buat benda pelik jika kita tidak tahu akan akibatnya..

Sumber – MYNEWSHUB.CC
LIKE PAGE KAMI UNTUK BERITA TERKINI Button Close