Korang pernah tak bila nak beli tembikai,peniaga tembikai tu kata" adik manis,ini manis punya tembikai,ambil rasa sikit" kita pun try rasa, wahhhh errrmmm sedap maniskan, tapi bila beli buka dekat rumah hampeh!! tawar tak da rasa. Sebenanrnya ada cara nak pilih tembikai manis dan sedap di makan.
Cara memilih buah tembikai yang manis dan enak
Siapa yang tak kenal tembikai yang sedap dimakan begitu sahaja atau dibuat jus? memang rugi hidup kat dunia ni. Tembikai yang kaya dengan vitamin A dan C, asid folik, magnesium, zink dan pelbagai jenis galian yang lain adalah bermutu tinggi dalam perubatan dan terbaik untuk badan anda.
Tembikai dikenali sebagai Citrullus vulgaris amat mujarab untuk menyembuhkan pelbagai jenis penyakit antaranya sakit kepala, penyakit paru-paru dan masalah kulit. Jus tembikai juga memberi tenaga dan kekuatan dikalangan orang-orang tua serta memulihkan sistem tubuh yang lemah bagi mereka yang baru sahaja sembuh daripada penyakit atau menjalani pembedahan.
Penyakit artritis, gout serta keracunan uremik berlaku akibat kehadiran asid urik yang berlebihan. Jus tembikai boleh membantu menyembuhkan penyakit-penyakit ini dengan menghapuskan kesan-kesan toksik dalam tubuh. Kehadiran asid yang berlebihan dalam darah dapat diatasi dengan mengamalkan pengambilan jus tembikai kerana ia dapat bertindak membantu melancarkan pengaliran darah.
Tembikai sebenarnya boleh menjadi jantan dan betina, bukan manusia dan binatang sahaja, haaaa ambil tahu. TEMBIKAI BETINA LEBIH BESAR DARIPADA TEMBIKAI JANTAN. Cara mengenal jantan atau betina senang je, anda perlu MELIHAT JALUR YANG TERDAPAT PADA BUAH TEMBIKAI tersebut. JIKA JALURNYA KECIL MAKA JANTANLAH TU, DAN KALAU LEBAR BETINALAH TU.
Jadi petuanya, PILIHLAH YANG BETINA, sebab yang betina, manis dan kurang biji benih. Tak macam jantan, benih je banyak, tapi tak manis pun.
CARA-CARA LAIN YANG BIASA DIPRAKTIKAN SEMASA MEMILIH TEMBIKAI :
1. Pastikan kulit buah tembikai yang dipilih tadi licin
2. Pilih tembikai yang berat berbanding dengan saiznya
3 .Buah yang masak permukaan kulitnya licin seakan berkilat menunjukkan ia dah matang, buah yang permukaan yang agak kasar menunjukkan buah tersebut masih mentah
4. Pastikan juga pangkalnya gemuk dan semakin ke hujung semakin warnanya bertukar ke warna putih kuning air. Warna buahnya hijau yang menarik dan bentuk buahnya sekata kiri dan kanan (simetri)
5. Tompok di bawah buah berwarna kekuningan, bukannya warna putih
6. Jalur hijau di kulit buah kelihatan putus-putus atau tidak bersambung terus.Tepuk-tepuk atau jentik-jentik dengan jari sedikit buah tembikai itu, sekiranya ia mengeluarkan bunyi yang seakan-akan kosong, insyaallah ia sudah masak dan elok isinya.
Jadi bila dah dapat tips dan petua pilih tembikai manis, apa lagi share ler...
SELAMAT MENCUBA....
loading...
Hai.. Cakk..
BalasPadamdone follow sini no ..14
Jom berkenal kenalan kita..
Sudilah kiranya follow teman yea..
http://tengkubutang.blogspot.my/
kalau minat kucen.. boleh follow sini juga
http://kucenkucenbelog.blogspot.my/
boleh aje..lama tak blogwalking,sebab ni blog baru jadi x famous sgt..
Padamwahhh.. macam tau2 je teman memang nak tahu sangat cara pilih tembikai..
BalasPadamyup!! byk lg ilmu kita perlu terokai..kalau tak asyik kene tipu jer
Padam