loading...

Selasa, 26 Januari 2016

Kenapa Anda Takut kahwin?? Adakah Anda Sedia Untuk Kahwin??

Tiada ulasan

Kenapa Anda Takut kahwin?? Adakah Anda Sedia Untuk Kahwin?? || Kenapa dan kenapa??? persoalan dan pertanyaan bermain di benak fikiran lelaki bujang atau gadis-gadis lara,hehehe. Tahukah anda kahwin adalah sunnah Rasul,  malah sesebuah perkahwinan membawa beribu-ribu pengertian. Kenapa anda perlu takut untuk kahwin?? dan juga bila anda berkahwin adakah anda bersedia hadapi segala dugaan dan rintangan bersama-sama yang tersayang. Meh put ulaskan mengikut pengalaman dan pendapat put, jangan marah ini pendapat dan pengalaman peribadi,setiap insan berbeza,anda mesti dan patut faham.


Kita lihat pada hari ini,ramai anak-anak muda yang tak tahan dan kahwin awal disebabkan rasa cinta yang membuak-buak dan lebih islamik sikit pasal takut terlanjur. Adakah niat anda itu betul?? tepuk dada tanya pasangan anda sendiri. Kahwin ni tak boleh main-main kene serius, bagi put sebagai lelaki, bila kita akad jer bermulalah episod baru iaitu bergelar suami, tanggungjawab kita sebagai lelaki adalah besar. Pasal tanggujawab tu kita ulas lain kali ya.

Kita straight the point,perghhh write english you!! Ok, Kenapa kita takut kahwin? ada sesetengah individu yang put tanya,al maklum put ramai kawan yang masih tak kahwin walau dah masuk 3 siri, ada diantara mereka risau untuk menjaga anak dara orang dari segi tanggungjawab seperti pakai minum,tempat tinggal dan sebagainya, masalah ini hadir disebabkan diri sendiri yang kurang yakin,ada faktor-faktor lain juga seperti sara hidup zaman sekarang yang semakin tinggi. pengalaman put sendiri sejak ada anak 2, lepas tolak hutang kelinling kepala, bersih mesti ada dalam poket 1.5k ke atas jika tinggal di KL,kalau tak memang tak cukup. Bukan Takut tak mampu kahwin tapi takut awak tak mahu kahwin, yang ni kes gadis tak mahu kahwin lagi. Ada sesetengah individu tak mahu kahwin kerana ingin enjoy dan berseronok. Dunia akhir zaman.



Adakah anda sedia untuk kahwin?? Bagi put nak jadi suami atau isteri kita banyak kene sediakan diri dari segi agama dan sebagainya. Dalam sesebuah perkahwinan agama amat penting, selain itu faktor kewangan itu sendiri,dahulu sewa bilik jer sekarang sewa rumah. Dahulu makan sorang-sorang sekarang makan berdua,bertiga berempat dan banyak lagi. Jadi kos dan kewangan amat penting, nasihat put ** JANGAN BAZIRKAN DUIT ANDA UNTUK MAJLIS PERKAHWINAN YANG PENTING PERKARA WAJIB SAHAJA,INGATLAH DUIT ANDA LAGI DIPERLUKAN SELEPAS KAHWIN,PERCAYALAH!!



Sedia tak sedia,mampu tak mampu anda sahaja yang tahu jawapannya,jangan takut kahwin, seronok kahwin,benda halal, biasalah asam garam dalam dunia berkeluarga sendiri,ikutlah fitrah manusia, jangan anda lupa kita ni hamba Allah dan Muhammad s.a.w adalah pesuruhNYA. Kita ikut sunnah dan alquran. Belajar terima hakikat dan kene belajar berdikari.



loading...

Ahad, 24 Januari 2016

Tips dan Cara Jimatkan Bil Elektrik Rumah Anda Dengan Cabut Plug Sahaja

Tiada ulasan


Tips dan Cara Jimatkan Bil Elektrik Rumah Anda Dengan Cabut Plug Sahaja | Kita seringkali mengeluh tentang bil elektrik, tarif elektrik makin lama makin naik. Tinggal dekat bandar dengan cuaca yang semakin tak menentu dengan penggunaan air con yang terlalu kerap, pasang kipas syinling lagi,tv on astro lagi,komputer lagi dan banyak lagi membuatkan bil anda setiap bulan makin meningkat. Pening dan terus pening, merungut tak guna,bil eletrik kene bayar juga,tak bayar nanti eletrik kene potong.

Kali ini put nak tunjukkan bukti dan put pun tengah praktik benda ni dekat rumah sendiri, anda tak payah lepas ni merungut sangat. Lihat gambar di bawah

Bukti Bila Anda Cabut Plug, Bil Elektrik Rumah Anda Menurun Dari RM205 Sehingga RM39.89



Read caj semasa only.
June – RM205.00
Jul – RM163.41
Aug – RM126.21
Sep – missing *scratching head*
Oct – RM63.64
Nov – RM84.00
Dec – RM39.89

Meh kita belajar teori dan cara senang nak kurangkan bil elektrik, secara asasnya elektrik tetap mengalir jika anda tutup semua plug yang ada kerana harus elektrik still mengalir ke setiap barangan elektrik anda, kalau tak percaya anda buka tv di bahagian dalam kekadang tak buka pun masih ada terasa elektrostatik.

Saya candangan kepada anda, setiap kali pergi kerja atau selesai menggunakan barangan elektrik anda tutup dan cabut plug seperti gambar di bawah





semuanya k, bila anda keluar rumah balik kg, ke mana sahaja mesti cabut semua plug kecuali peti sejuk, ingat tu,peti sejuk jangan nanti busuk makanan anda lauk-lauk basah semua.

Lepas anda lakukan apa put cakap cuba lihat bulan-bulan akan datang bil anda makin kurang atau tidak, yang penting DISPLIN!!


SELAMAT MENCUBA JANGAN LUPA SHARE TIP NAK JIMATKAN ELEKTRIK RUMAH ANDA.

SUMBER
loading...

Sabtu, 23 Januari 2016

Live Streaming Ajl - Layan Live Streaming AJL 30 Anugerah Juara Lagu 2016 TV3

2 ulasan
Live Streaming Ajl - Layan Live Streaming AJL 30 Anugerah Juara Lagu 2016 TV3 | Debaran semakin, AJL atau Anugerah Juara Lagu adalah anugerah legend dari dulu sampai sekarang menjadi satu anugerah berprestij dan bermakna bagi setiap artis dan komposer dalam memartabatkan industri hiburan tanah air.
 
Bagi put semua yang layak di Final AJL30 adalah yang terbaik ketika 2015 dan masa kini. Tak tahu nak sokong mana.
 
AJL 30 Konsert akhir akan kembali lagi. Kemuncak Anugerah Juara Lagu 30 (Final AJL30) bakal berlangsung pada Ahad, 24 Januari 2016 secara langsung jam 9 malam dari Stadium Melawati, Shah Alam. Penaja utama adalah Pamoga Qu Puteh dan 12 finalis lagu akan bersaing untuk dinobatkan sebagai Juara Lagu AJL, anugerah muzik berprestij yang memertabatkan penyanyi, penulis lirik dan komposer di Malaysia. Juara tahun lepas adalah lagu Apa Khabar nyanyian Joe Flizzow ft. SonaOne.

SIARAN LANGSUNG ANUGERAH JUARA LAGU 30 (AJL30) 24 JANUARI 2016

Berikut adalah maklumat penting mengenai Live Streaming AJL30 yang bakal dipancarkan oleh TV3 :-
  • Hos AJL30 - AG dan Fara Fauzana
  • Tema - "Celebrating 30 years AJL" 
  • Konsep ‘Kegemilangan dan Kemeriahan 30 Tahun AJL’
  • Penaja Utama - Pamoga Qu Puteh
  • Link Live Streaming - klik Anugerah Juara Lagu 30
  • Masa : 830 malam hingga 1200
  • Tempat : Stadium Melawati, Shah Alam
  • Keputusan Pemenang Juara AJL30 - Klik Juara  

siaran langsung AJL 30 Anugerah Juara Lagu 2016

SENARAI HADIAH PEMENANG AJL 30

Berikut adalah senarai hadiah yang akan dimenangi oleh pemenang AJL 30 kali ini :-
* Senarai akan dikemaskini dari masa kesemasa 
  • Juara AJL30 : trofi, hadiah wang tunai sebanyak RM50,000
  • Naib juara : Wang tunai RM35,000 
  • Tempat ketiga : Wang tunai RM20,000. 
  • Kategori vokal terbaik - Wang tunai RM12,000
  • Persembahan terbaik - RM12,000. 
  • Anugerah Qu Puteh Diva

SENARAI FINALIS AJL30

Berikut adalah senarai finalis AJL 30 yang akan bertanding di pentas Anugerah Juara Lagu ke 30 pada tarikh 24 Januari 2016:-
  1.     Hazama : Sampai Mati
  2.     Akim & The Majistret : Potret
  3.     Noh Salleh : Angin Kencang
  4.     Stacy : Not For Sale
  5.     Drama Band : Biarkanlah
  6.     Faizal Tahir : Assalamualaikum
  7.     Elizabeth Tan : Knock Knock
  8.     Caliph Buskers : Hanya Namamu
  9.     Bunkface : Malam Ini Kita Punya
  10.     Kaka Azraff & Aliff : Bukan Hal Aku 
  11.     Black : Mana Mungkin
  12.     Dayang : Tak Pernah Menyerah
Semoga mereka berjaya dalam menghiburkan kita semua,memang kalah tak berapa penting, yang penting menang dalam hati peminat. Tahniah kepada mereka yang terlibat.
loading...

Ahad, 10 Januari 2016

WADUH!! Nak Ke Masjid Wajib pakai topi keledar, songkok tak boleh...

Tiada ulasan

 
WADUH!! Nak Ke Masjid Wajib pakai topi keledar, songkok tak boleh...| Ini berul-betul bukan main-main, arahan dari orang atasan,jika nak ke masjid tak kira buat apa terutama nak solat jumaat pasti kene pakai topi keledar atas dasar keselamatan,no songkok,no kopiah k.


ALOR SETAR: Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) meminta orang ramai yang bermotosikal ke masjid untuk bersolat terutama solat Jumaat agar memakai topi keledar.

Ketua Pengarahnya, Abd Ghafar Yusof, berkata ramai penunggang dan pembonceng motosikal yang tidak memakai topi keledar ketika hendak ke masjid. #"Kalau mereka hendak ke tempat kerja atau sebagainya, mereka akan memakai topi keledar, tetapi jarang jika hendak ke masjid," katanya kepada pemberita pada majlis perasmian Program Perjalanan Selamat 'Long Short Walk 2016' peringkat negeri di sini, hari ini.

Beliau berkata #statistik menunjukkan 3,223 penunggang dan pembonceng motosikal maut bagi tempoh Januari hingga September 2014 dan 3,098 kematian bagi tempoh sama tahun 2015. "Di Kedah misalnya hampir 80 peratus kemalangan membabitkan motosikal dan antara puncanya ialah langgar lampu isyarat," katanya.

Abd Ghafar #menasihati orang ramai agar lebih menggunakan kereta atau pengangkutan awam untuk ke tempat kerja atau lokasi lain kerana ia lebih selamat. Beliau turut menasihati pejalan kaki agar menggunakan jejantas dan 'zebra crossing' sekiranya mahu melintas jalan. - BERNAMA
loading...

Sabtu, 9 Januari 2016

Tahukah anda Dosa Disebalik Trend Tudung Terkini Tanpa Anda Sedari

Tiada ulasan
sekadar hiasan

Tahukah anda Dosa Disebalik Trend Tudung Terkini Tanpa Anda Sedari | Sekarang sudah menjadi trend dan mengikut peredaran masa katanya,cara bertudung cara mengayakan tudung dan design tudung itu sendiri. Tahukah anda walaupun bertudung tetapi hakikatnya tampak mengoda?? dan menghairahkan si lelaki bila memandangnya.

Mereka bertudung bukan atas dasar ketakutan atas seksa api neraka sebagai mana yang di jelaskan dalam hadis yang sahih tentang Aurat wanita,mereka wanita mengenakan tudung hanya sekedar trend masa kini agar terlihat islamik.

Persoalannya benarkah cara bertudung mengikut gaya sekarang? dan apa hukumnya?


Apabila wanita Islam dilihat oleh lelaki-lelaki yang bukan mahram, dua perkara mesti ada.

Pertama, kalau wanita menutup aurat, hendaklah menutup dengan kemas. Jangan aurat ditutup tapi masih nampak aurat-aurat yang lain. Kalau pakaian yang dipakai wanita kelihatan jarang (translucent), maka hukumnya ialah HARAM.

sekadar hiasan


Contohnya baju kebaya yang mempunyai kain yang nipis sehingga menampakkan coli. Ini boleh menyebabkan tergugatnya iman mana-mana lelaki dan akan timbullah fitnah.

Laki-laki yang tahu hadith pun terus lupa hadith. Maka balasan bagi wanita-wanita yang membuka aurat ini, Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wassalam berkata bahawa, mereka akan diberi azab oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala di akhirat nanti kerana merosakkan akhlak orang ramai.

~Kedua, janganlah pakaian seorang wanita itu mensifatkan bentuk tubuh, melainkan 'illa mazaharo minha' (tidak dapat ditutup). Maka janganlah pakai seluar yang ketat dan nampak bentuk punggung. Hukumnya HARAM dan berDOSA. Tapi bagi pakaian yang menampakkan bentuk bahu, tidak mengapa, kerana pakaian jatuh atas bahu.

Dan bila ia jatuh atas bahu, nampaklah bentuk bahu. Jadi ini bererti 'mazaharo minha', ia dimaafkan pada syara'. Wanita memakai baju yang menampakkan dada mereka? Tidak nampak, TAPI bentuk dada nampak. Hukumnya ialah HARAM.

jatuh
Sebagai contoh


Semoga para wanita yang menghadapi perkara sebegini akan terus bertaubat kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala. Banyakkan beristighfar 'Astaghfirullahal'azim' kerana Allah Maha Pengampun.
Bersukan untuk wanita Islam tidak salah, tapi biarlah baju itu labuh. Jangan sampai nampak bentuk punggung. Memakai seluar memang boleh, tapi seluar itu mestilah besar dan baju itu labuh daripada punggung.
Ada orang kata wanita yang memakai seluar hukumnya haram. TIDAKlah HARAM. Yang HARAM ialah BUKA AURAT. Kalau pakai jubah pun, tapi bahagian punggung ada lobang (pesen baru, kalau ada), haramlah.
Firman Allah Subhanahu Wa Ta'ala yang bermaksud: "Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya." [An-Nur:Ayat 31]
Sabda Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wassalam kepada Asma' binti Abu Bakar, "Wahai Asma' sesungguhnya seorang wanita itu apabila telah baligh (haidh) maka tidak boleh baginya menampakkan tubuhnya kecuali ini dan ini, seraya menunjukkan wajah dan telapak tangannya."
[HR Abu Dawud].

Jadi saya berpesan pada diri dan kepada wanita-wanita di luar sana, ikutlah trend terkini bertudung tiada masalah sebabnya itu fitrah manusia sebagai wanita yang ingin cantik dan lawa di mata setiap orang tetapi ikutlah syariat yang telah ditetapkan oleh islam. Berfesyen fesyen juga tetapi ada batasnya jangan sampai memakai tudung nampak itu nampak ini, kesian bapa menanggung dosa anak gadisnya kesian si suami menanggung dosa isteri..

Selamat beramal...jangan lupa share
loading...

Mangsa dera, Nur Zuliana Zaara Zulkifli, 6 tahun,Ingat Lagi Tak??

Tiada ulasan

 

INGAT lagi tak anak kecil mangsa dera yang heboh diperkatakan suatu masa dulu?? Tak sangka, begini kesudahan nasib si Yaya..................| Kesian si anak kecil ini...

Kota Bharu: Mangsa dera, Nur Zuliana Zaara Zulkifli, 6, atau lebih dikenali sebagai Yaya yang dipercayai didera ibu tiri & bapa kandungnya, Julai tahun lalu, bersemangat untuk memulakan sesi pra-sekolah tahun ini di sekolah swasta, Brainy Bunch Islamic Monntessori, Telipot, di sini, semalam.

Ibunya, Sana Abdul Malek,29, berkata, anak perempuannya itu kelihatan gembira untuk pergi ke sekolah dan tidak sabar bertemu dengan rakannya yang lain.

“Sejak Yaya dimasukkan ke sekolah ini pada Ogos lalu, dia sudah boleh menghafal beberapa bacaan asas dalam solat dengan baik.

“Alhamdulillah, ini satu perubahan yang positif dan kini dia mampu menjalani kehidupan seperti kanak-kanak lain,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Menurut Sana, sejak pulih daripada trauma yang dilalui, Yaya kerap menceritakan kejadian hitam yang menimpanya.

“Dia menceritakan 3kepada saya segala apa yang berlaku ke atas dirinya pada ketika itu dengan penuh semangat.

“Kini Yaya juga 3masih lagi perlu mendapatkan rawatan susulan di Hospital Raja Perempuan Zainab II,” katanya.

Harian Metro sebelum ini #melaporkan kanak-kanak malang itu dipercayai didera bapa kandung dan ibu tirinya selama enam bulan sehingga patah 13 tulang termasuk tulang belakang serta retak tempurung kepala.

Pemeriksaan terhadap 3mangsa mendapati kesan parut akibat kesan luka lama hampir di seluruh badan dan cedera di kepala serta 13 tulang belakang, rusuk dan bahu patah selain kesan melecur di bahagian kemaluan.

Kejadian itu hanya diketahui ibu kandungnya selepas Yaya yang sebelum ini dijaga pasangan terbabit diserahkan semula kepadanya.

Sementara itu, Presiden Persatuan Orang Kota Bharu (POKB) Datuk Sheikh Ahmad Dusuki Sheikh Mohamad berkata, dia berterima kasih kepada Pengerusi #Eksekutif Brainy Bunch Islamic Monntessori Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed kerana menanggung yuran pembelajaran Yaya sebanyak RM700 sebulan.

“Sejak Yaya ditempatkan di situ, saya melihat sudah banyak perubahan ke atas dirinya dan kini sudah mula dapat bergaul dan bermesra dengan sesiapa sahaja.

“Daripada didikan yang diterima dan juga asuhan daripada tenaga pengajar di sini, Yaya kini menjadi seorang kanak-kanak yang ceria dan pintar seperti kanak-kanak lain.

“Yaya adalah anak angkat ketiga POKB dan kami akan terus menjaga kebajikannya sehinggalah dia melanjutkan pelajaran ke peringkat universiti,” katanya.

Semoga adik Yaya hidup lebih gembira dan damai..
loading...

Jumaat, 8 Januari 2016

Mulut Anda Berbau?? 7 Tips Untuk Hilangkan Mulut Berbau

Tiada ulasan


Mulut Anda Berbau?? 7 Tips Untuk Hilangkan Mulut Berbau | Setiap insan inginkan mulut berbau wangi harum, tetapi tidak mudah untuk menjaga mulut agak sentiasa harum,bila mulut berbau busuk semua kawaj-kawan tak nak dekat dengan kita apatah lagi yang tersayang,nak kucup pun tak bagi kan..hehehhe.. Apa nak hairan,sekarang banyak tip dan petua menjaga mulut agak berbau harum.

Cara untuk menghilangkan masalah nafas berbau adalah dengan :
(1) Bersihkan lidah- Untuk menghilangkan masalah nafas berbau, anda bukan sahaja perlu menggosok gigi setiap hari, tetapi juga perlu untuk menggosok lidah.

Ini kerana lidah anda terutamanya bahagian belakang atas, adalah punca utama yang menyebabkan masalah nafas berbau yang serius. Ia terjadi kerana lidah anda mempunyai berjuta-juta filamen yang boleh memerangkap sisa makanan dan bakteria, jika dibiarkan akan membawa kepada masalah nafas berbau.

(2) Mengunyah gula-gula getah- Air liur merupakan pertahanan terbaik untuk menghilangkan masalah nafas berbau. Gula-gula getah sebenarnya dapat membantu untuk merangsang penghasilan air liur lebih banyak. Sebab itulah nafas kita berbau apabila bangun dari tidur, ini adalah kerana aliran air liur rendah ketika seseorang berbaring/ tidur.

(3) Menghisap kulit kayu manis- Kulit kayu manis mengandungi sebatian yang dapat membantu untuk menghilangkan masalah nafas berbau. Selain daripada itu, ia juga mampu untuk mengurangkan bakteria yang menjadi punca masalah nafas berbau. Seorang yang menghisap kulit kayu manis setiap hari dapat mengurangkan kehadiran bakteria punca nafas berbau sebanyak 50% berbanding orang yang tidak menghisapnya.

(4) Pastikan mulut sentiasa lembap- Minum lebih banyak air juga dapat membantu untuk menghilangkan bakteria ‘jahat’ yang menyebabkan masalah nafas berbau. Selain daripada itu, kajian juga menunjukkan dengan mengamalkan peminuman teh, ia turut dapat membantu menghilangkan masalah nafas berbau kerana teh mengandungipoleypehnols, iaitu sejenis ‘bahan kimia’ tumbuhan yang dapat menyekat pertumbuhan bakteria punca nafas berbau.

(5) Pemakanan- Kesan sampingan seseorang yang mengurangkan pengambilan karbohidrat dalam pemakanan mereka adalah masalah nafas berbau. Selain daripada itu, makanan yang dimakan juga mungkin punca masalah nafas berbau seperti bawang putih, kopi dan sebagainya.

(6) Ubat kumur- Ubat kumur berfungsi untuk menghilangkan bakteria di dalam mulut yang menyebabkan masalah nafas berbau. Anda dinasihatkan untuk mengamalkan ubat kumur ini sekurang-kurangnya sekali sehari.

(7) Masalah perubatan- Hasil daripada kajian, 90% masalah nafas berbau adalah berpunca daripada kesan sampingan terhadap penyakit lain seperti penyakit gusi, kanser mulut, kaviti dan sebagainya. Anda dinasihatkan untuk mengelakkan pengambilan rokok dan alkohol yang merupakan punca utama terhadap penyakit mulut.

Mulut berbau harum mesti disukai ramai... jangan lupa share ya..
loading...

Khamis, 7 Januari 2016

INGAT!! WANITA MUSLIMAH HARUS BACA, 6 DANDANAN HARAM UNTUK WANITA ISLAM

Tiada ulasan
sekadar hiasan
INGAT!!  WANITA MUSLIMAH HARUS BACA, 6 DANDANAN HARAM UNTUK WANITA ISLAM | tahukah anda islam itu mudah bagi setiap wanita?? dandanan pun ada islam menceritkan bagaiaman wanita muslim untuk berhias diri untuk nampak cantik lagi-lagi di mata si suami.

Tidak semua dandanan dan hiasan bagi suami itu halal, ada cara dandan yang haram dan bertentangan dengan Islam. Misalnya mengikuti cara berdandan wanita kafir yang tidak pernas shalat, wudhu, dan tidak menjalankan hukum syariat.
 
Wanita muslimah yang menghormati dirinya sendiri pasti takkan sudi menyerupai wanita-wanita kafir dan fasik. Dia akan konsisten menjaga agama dan dirinya yang telah dimuliakan oleh Islam. Wanita muslimah wajahnya akan terlihat bersinar dengan air wudhu yang digunakannya untuk beribadah.


Oleh karena itu, dia akan memilih dandanan dengan hiasan yang dibolehkan dan sesuai dengan sosoknya sebagai seorang muslimah. 

fadah.jpg

Berikut beberapa dandanan dan hiasan yang haram:
1. berlebihan dalam berhias dengan menghabiskan waktu yang cukup lama dan uang yang tidak sedikit untuk mencari kosmetik, pakaian, serta ornamen hiasan terbaru yang diluncurkan ke pasaran.
Sesungguhnya pemborosan itu adalah saudar setan dan setan itu adalah sangat ingkar kepada Tuhannya, (QS. Al-Israa ayat 27).
 
2. menghabiskan banyak waktu di depan
cermin guna memoleskan berbagai macam kosmetik. Sebab segala sesuatu yang berlebihan dan melampaui batas, akan menjadikan hal yang negatif.
 
3.Rasulullah SAW bersabda, Allah melaknat wanita yang membuat tato dan meminta ditato, yang mencabut bulu alis dan meminta dicabut, yang merenggangkan gigi dan memperindahnya, serta wanita-wanita yang mengubah ciptaan Allah. (HR. Al-Jami ash-Shaghir).
 
4.Rasulullah SAW bersabda, Allah melaknat wanita yang menyambung rambut dan meminta disambungkan rambutnya. (HR. Al-Jami ash-Shaghir).
 
5.Rasulullah SAW bersabda, Allah melaknat wanita yang menyerupai laki-laki. (HR. Al-Jami ash-Shaghir).
 
6.Rasulullah SAW bersabda, Laki-laki tidak boleh melihat aurat laki-laki lain, dan wanita tidak bboleh melihat aurat wanita yang lain, (HR. Muslim).
 
Sudah jelas bukan bahwa berdandan dengan berlebihan hanya akan membuatmu melanggar aturan-aturan Allah, untuk itu taatilah perintah Allah dan berdoalah supaya hati tetap istiqomah di jalan-Nya. Dan Allah menjadikan kita wanita muslimah yang seutuhnya. Wanita adalah lambat kelembutan,kecantikan dan kedamaian, jadi jagalah diri hiaslah diri dengan seeloknya mengikut syariat islam.
loading...

Jika anda mendapat petanda sakit kaki dan kebas, Sila baca artikel ini

Tiada ulasan
Petanda jika rasa kebas kaki dan tangan, sakit di bahagian tertentu.




Jika anda mendapat petanda sakit kaki dan kebas, Sila baca artikel ini | Apakah petanda sekiranya anda kebas kaki dan tangan, sakit di bahagian tertentu? Kita seringkali terasa seperti itu,jangan bohong!! anda pasti pernah merasa sakit kaki,kebas-kebas dan sebagainyakan...

Menerusi Facebook, Hani Sofia kongsikan petanda-petanda penyakit yang mungkin anda hidapi tanpa anda sedari.

1. Sakit di bahagian bahu.
-Menandakan saluran darah telah menjadi keras dan fungsi metabolisme tidak seimbang.

2. Kebas tangan :
-Pengaliran darah di bahagian atas badan tidak lancar.

3. Kebas tangan kiri dan lengan :
-Tanda-tanda lemah atau sakit jantung.
Jika rasa kebas menjadi sakit di bahagian lengan dan kekal di sana, ini menandakan serangan sakit jantung mungkin berlaku.

4. Kebas kaki :
-Pengaliran darah di bahagian bawah badan tidak lancar.

5. Sakit tapak kaki :
-Menandakan buah pinggang lemah.
Biasanya disebabkan oleh kekurangan senaman dan duduk terlalu lama.

6. Sakit tumit kaki :
-Menunjukkan kelemahan fungsi alat kelamin.

7. Rasa panas di tapak kaki :
– Penyeimbangan fungsi buah pinggang akibat lemah tenaga batin.

8. Gatal di celah-celah jari kaki :
– Menunjukkan tanda awal penyakit kaki busuk (Hong Kong Foot).

TANDA-TANDA DALAMAN KEPALA.

Secara amnya, segala tindak balas yang berlaku di bahagian kepala mempunyai kaitan dengan sistem pengaliran darah, jantung dan saraf otak.

1. Pening / sakit di bahagian depan kepala :
-Menandakan sakit tekanan jiwa (neurosis) akibat bebanan mental dan banyak berfikir.

2. Pening /sakit di bahagian belakang kepala
-Bahagian atas : Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi.
-Bahagian bawah (tengkuk). :Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi atau tekanan darah.

3. Sakit kepala dan rasa gas keluar dari telinga :
-Menandakan penyakit migrain.

4. Bisul terjadi di kepala:
-Tanda pembuangan toksin sedang berlaku. Kadang-kadang dikaitkan dengan penyakit migrain.

5. Rasa pening yang memusing
– Tanda kurang darah atau pengaliran darah tidak lancar.

6. Mulut / kerongkong / lidah loya / muntah.
-Tanda penyakit lelah. Pembuangan bahan toksik dari bahagian perut.

7. Muntah darah
-Darah merah :
Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian kerongkong dan
– Darah hitam:
Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian perut; misalnya penyakit ulser.

8. Lidah rasa tegang dan pendek :
-Tanda sakit jantung.

9. Keluar air liur yang pekat :
-Proses pembuangan toksin dari kerongkong akibat jangkitan kuman

10. Kerap kencing :
-Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran

11. Air kencing berkapur :
-Menunjukkan penyakit batu karang dalam buah pinggang.

12. Air kencing berminyak :
– Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran berlemak.

13. Air kencing pekat berwarna coklat :
– Menandakan proses pembuangan toksin sedang berlaku.

14. Air kencing berdarah :
-Penyakit batu karang atau buah pinggang luka.

 BUANG AIR BESAR

1. Cirit -birit / kerap buang air besar :
-Membersihkan kotoran/keracunan dari usus besar
. Cirit-birit dengan serta merta selepas memakan RG, menandakan penyakit barah di bahagian usus besar.

2. Sembelit:
-Membersihkan toksin dari usus kecil.

3. Najis berdarah
– Darah merah : Masalah penyakit buasir atau barah di bahagian usus.
– Darah hitam: Masalah penyakit ulser perut.

4. Najis berwarna hitam :
– Menunjukkan proses pembuangan toksin di bahagian usus sedang berlaku.

5. Badan:
-Secara amnya, segala kesakitan badan adalah disebabkan saluran darah.

6. Sakit menyucuk :
– Proses menyeimbangkan urat saraf.

7. Sakit sengal:
– Menandakan luka di dalam badan.

8. Sakit menyentap:
– Proses menyeimbangkan urat saraf yang berkaitan dengan organ-organ badan.

9. Sakit menegang :
– Proses melancarkan pengaliran darah.

10. Badan terasa berat/ malas/ lenguh .
-Badan mengandungi asid yang berlebihan. Proses penyeimbangan

11. Badan terasa panas .
-Badan mengandungi asid yang berlebihan. Ini menandakan badan memerlukan banyak air untuk menjalankan proses pembuangan toksin.

12. Badan terasa ringan :
– Menandakan badan segar dan proses awet muda sedang berlaku.

13. Rasa takut mengejut.
– Lemah fungsi buah pinggang. Tenaga batin lemah.

14. Cepat naik darah / marah :
– Fungsi hati lemah. Tekanan darah tinggi.

15. Rasa bimbang dan takut :
-Sistem paru-paru yang lemah.

16. Rasa seronok atau bimbang tanpa sebab :
– Sistem jantung yang lemah.
– Sistem saraf otak yang lemah.
– Masalah pengaliran darah.

”Semoga Bermanfaat.”
loading...
LIKE PAGE KAMI UNTUK BERITA TERKINI Button Close