loading...

Selasa, 26 Januari 2016

Kenapa Anda Takut kahwin?? Adakah Anda Sedia Untuk Kahwin??

Tiada ulasan

Kenapa Anda Takut kahwin?? Adakah Anda Sedia Untuk Kahwin?? || Kenapa dan kenapa??? persoalan dan pertanyaan bermain di benak fikiran lelaki bujang atau gadis-gadis lara,hehehe. Tahukah anda kahwin adalah sunnah Rasul,  malah sesebuah perkahwinan membawa beribu-ribu pengertian. Kenapa anda perlu takut untuk kahwin?? dan juga bila anda berkahwin adakah anda bersedia hadapi segala dugaan dan rintangan bersama-sama yang tersayang. Meh put ulaskan mengikut pengalaman dan pendapat put, jangan marah ini pendapat dan pengalaman peribadi,setiap insan berbeza,anda mesti dan patut faham.


Kita lihat pada hari ini,ramai anak-anak muda yang tak tahan dan kahwin awal disebabkan rasa cinta yang membuak-buak dan lebih islamik sikit pasal takut terlanjur. Adakah niat anda itu betul?? tepuk dada tanya pasangan anda sendiri. Kahwin ni tak boleh main-main kene serius, bagi put sebagai lelaki, bila kita akad jer bermulalah episod baru iaitu bergelar suami, tanggungjawab kita sebagai lelaki adalah besar. Pasal tanggujawab tu kita ulas lain kali ya.

Kita straight the point,perghhh write english you!! Ok, Kenapa kita takut kahwin? ada sesetengah individu yang put tanya,al maklum put ramai kawan yang masih tak kahwin walau dah masuk 3 siri, ada diantara mereka risau untuk menjaga anak dara orang dari segi tanggungjawab seperti pakai minum,tempat tinggal dan sebagainya, masalah ini hadir disebabkan diri sendiri yang kurang yakin,ada faktor-faktor lain juga seperti sara hidup zaman sekarang yang semakin tinggi. pengalaman put sendiri sejak ada anak 2, lepas tolak hutang kelinling kepala, bersih mesti ada dalam poket 1.5k ke atas jika tinggal di KL,kalau tak memang tak cukup. Bukan Takut tak mampu kahwin tapi takut awak tak mahu kahwin, yang ni kes gadis tak mahu kahwin lagi. Ada sesetengah individu tak mahu kahwin kerana ingin enjoy dan berseronok. Dunia akhir zaman.



Adakah anda sedia untuk kahwin?? Bagi put nak jadi suami atau isteri kita banyak kene sediakan diri dari segi agama dan sebagainya. Dalam sesebuah perkahwinan agama amat penting, selain itu faktor kewangan itu sendiri,dahulu sewa bilik jer sekarang sewa rumah. Dahulu makan sorang-sorang sekarang makan berdua,bertiga berempat dan banyak lagi. Jadi kos dan kewangan amat penting, nasihat put ** JANGAN BAZIRKAN DUIT ANDA UNTUK MAJLIS PERKAHWINAN YANG PENTING PERKARA WAJIB SAHAJA,INGATLAH DUIT ANDA LAGI DIPERLUKAN SELEPAS KAHWIN,PERCAYALAH!!



Sedia tak sedia,mampu tak mampu anda sahaja yang tahu jawapannya,jangan takut kahwin, seronok kahwin,benda halal, biasalah asam garam dalam dunia berkeluarga sendiri,ikutlah fitrah manusia, jangan anda lupa kita ni hamba Allah dan Muhammad s.a.w adalah pesuruhNYA. Kita ikut sunnah dan alquran. Belajar terima hakikat dan kene belajar berdikari.



loading...

Tiada ulasan :

Catat Ulasan

LIKE PAGE KAMI UNTUK BERITA TERKINI Button Close