Jom Hasilkan Sendiri Ubat Batuk Menggunakan Buah Nanas, 5 Kali Ganda Lebih Berkesan Dari Ubat Batuk Biasa Tanpa Bahan Kimia, InsyaAllah Mujarab | Ramai kita diluar sana akan tercari-cari ubat batuk di farmasi
atau di kedai jika di jangkiti batuk,apatah si anak kecil yang batuk, ada di antara kita memilih ubat yang
diperbuat daripada bahan semula jadi & ada antara kita memilih ubatan
kimia.. Terpulang pada anda.
Bagi mereka yang mahu menggunakan ubat batuk bebas bahan kimia atau
ubatan moden, ubat batuk yang dibeli di kedai dipercayai menggunakan
bahan tradisional pun kita tidak tahu adakah ianya 100% bahan
tradisional bebas kimia atau tidak, jadi alangkah baiknya jika kita hasilkan
sendiri ubat batuk di rumah yang sudah pasti bebas dari bahan kimia dan terjamin grenti 100% tak da bahan kimia, anda yang buat anda akan tahu,hehehe
Dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook bernama
Norashikin Bt Hasan di mana beliau berkongsikan cara-cara untuk menghasilkan ubat batuk organik menggunakan buah Nanas.
Jom kita baca perkongsian dan cara-cara menghasilkan ubat batuk berkenaan.
Ada 3 jenis nanas yang sering didapati di pasaran Malaysia. Nanas madu,
nanas sarawak/paun dan nanas moris. Boleh guna mana-mana jenis nanas.
Saya guna nanas madu kerana kualiti dan khasiatnya. Ia juga lebih
nusantara..
1. Buang kulit nanas dan durinya. Ini biasa dibuat oleh semua orang jika nak makan nanas kan...
2. Potong cube, senang nak blend. Kalau ada fruit processor lagi senang.
:-) saya guna blender biasa sahaja. Bahagian tengah nanas saya tidak
blend sekali. Sebab niat nak beri jus ni sekali dgn madu. :-) Nak blend
juga boleh kerana ada khasiatnya. Potong sedikit bahagian tengah dan join
sekali dalam blender.
3. Blend sampai halus danTapis.
Ini hasilnya.' Walai...
4. Tapis lagi dengan penapis yang lebih halus. Buih-buih jus nanas ini
juga adalah hampas yang halus, bila lalu di tekak rasa nak terbatuk.
Jadi tapis molek deh. Ingat tu.. Lagi-lagi nak si anak kecil.
5. Masukkan dalam botol yang kedap udara untuk disimpan di dalam peti
sejuk. Saya pakai botol jem. Pastikan tiada karat di penutup botol ye'
6. Siap dimasukkan dalam botol. Ini tanpa madu. Nak beri pada anak barulah
beri dengan madu. Gunakan jus ini untuk 3 ke 4 hari berturut turut.
Kemudian tak perlu simpan lagi, boleh dibuang. Almaklumlah ubat
semulajadi tiada bahan pengawet, ia boleh rosak. Sebaik sahaja anak
pulih dari batuk dan selsema, jus ini tidak diperlukan lagi. Jangan
sayang dan simpan lama ya, kot-kot anak batuk lagi boleh guna.
Jangan! Jika
anak batuk untuk masa akan datang, sila buat jus yang baru lagi fresh.
7. Guna picagari untuk beri pada si manja. Sinergikan dgn madu supaya ia
balance. Tidak bersifat panas dan tidak bersifat sejuk. Madu tidak
dicampur di dlm botol jus tadi sebaliknya ia hanya masuk dlm picagari
ketika ingin diberikan kepada anak.
8. Berikan pada si kecil. Untuk bayi, dosnya beginilah mcm dalam gambar.
Untuk kanak-kanak boleh double dos. Untuk dewasa boleh minum 1 cawan jus
nenas letak madu. Nenas makan terus cicah madu pun boleh kalau org
dewasa. Disamping bau nanas yang sedap, rasanya juga sedap.
Berdasarkan kajian yang dilakukan, buah nanas berupaya menyembuhkan
batuk 5 kali ganda lebih berkesan daripada uabt batuk biasa yang di beli
di kedai.
Memetik laporan
preventdisease,
para saintis membandingkan keberkesanan nanas dan ubat batuk dalam
merawat batuk, ternyata pesakit yang mengambil jus nanas 4.8 kali ganda
lebih cepat sembuh berbanding mereka yang mengambil ubat batuk biasa.
**Namun kerana sifatnya yang agak tajam, disyorkan hanya diberikan kepada
bayi berumur setahun dan ke atas, namun menurut puan Norashikin, jika
risau untuk berikan nenas kepada anak bawah setahun, madu dan
habatussauda sesuai digunakan untuk merawat batuk.
sumber -
Siakapkeli.my
loading...