loading...

Sabtu, 9 Julai 2016

Aqil Enggan Tanggalkan Baju Yang Dipakaikan Arwah Ibu - Kemalangan Ragut 7 Sekeluarga

Tiada ulasan

Aqil Enggan Tanggalkan Baju Yang Dipakaikan Arwah Ibu - Kemalangan Ragut 7 Sekeluarga | Muhammad Aqil Aliuddin Mohammad Amin Firdaus, 3, yang merupakan satu-satunya mangsa terselamat dalam kelangan maut yang meragut 7 nyawa sekeluarga di Gua Musang sebelum raya lalu nampaknya begitu tabah dan kuat... Memadang sahaja raut wajah si kecil ini sayu dihati dan jika berlaku ke atas kita adakah kita mampu menghadapinya.. Doakan si kecil ini menjadi seorang lelaki yang soleh dan dimurahkan rezeki. Aamin...

Memetik laporan Astro Awani, kanak-kanak ini dilihat langsung tidak memanggil nama ayah atau ibunya seolah-olah mengerti dia kini sudah bergelar yatim piatu...

Beliau seolah-olah mengerti dengan apa yang terjadi di mana anak kepada pasangan Allahyarham Mursyida Ahmad Latfi, 29 dan Mohamed Amin Firdaus Zakaria, 29,  terselamat dalam kemalangan yang meragut kesemua ahli keluarganya termasuk adiknya  Nurhana Jannati yang berusia lima bulan dua hari sebelum raya.

Apa yang lebih menyedihkan, Aqil yang mesra disapa Abe Long tidak mahu ‘berpisah’ dengan baju yang dipakainya semasa kemalangan seolah-olah menyatakan rindu kepada keluarganya.

Dia dikatakan enggan menanggalkan baju itu untuk memakai baju baru untuk Hari Raya Aidilfitri sehingga menyebabkan bapa saudaranya terpaksa bertindak menggunting baju berkenaan.

"Cuma baju dia tak mahu pakai lagi, semalam suami saya terpaksa gunting baju yang dipakai dari hari kejadian sebab dia tak mahu tanggalkan.

"Baju itu kami gunting dan tanggalkan semasa dia tidur. Bila dia bangun dia sudah tidak mahu baju itu. Seluar pun dia tak izinkan kami tanggalkan, cuma masa nak tukar lampin, dia bagi juga," katanya ibu saudaranya Anis Arifah Ahmad Latfi, 25.

****************************************************************************

BACA: Sedih dan Tragis (VIDEO) "Dik bangun la.. Jangan tinggal Abah & Mama.. Bagun la adik... !!" Kisah sayu Ramadhan apabila Anaknya 8 bulan dirempuh lori dengan Tragis!!

BACA: PERHATIAN! Inilah Akibat Suka Kencing Berdiri Terutama Lelaki

*****************************************************************************

Menurut beliau lagi, anak saudaranya ini sudah mula menunjukkan perkembangan positif dan sudah mahu bercakap dengan ahli keluarga.

Aqil kini dijaga oleh datuknya, Ahmad Latfi Mat bertekad memegang amanah menjaga cucu tunggalnya itu dan memastikan Aqil mendapat kasih sayang seperti yang diberi ibu bapanya.

"Kesanggupan saya dia anak yatim, kalau Allah bagi kesihatan (yang baik), saya boleh jaga dia … insyaAllah.

Aqil Enggan Tanggalkan Baju Yang Dipakaikan Arwah Ibu - Kemalangan Ragut 7 Sekeluarga || "Dia akan duduk rumah ini selagi dia tidak sembuh sepenuhnya. Saya tak akan hantar dia ke pusat penjagaan kecuali, sekolah dan tadika. Jabatan Kebajikan Masyrakat ada datang beri bantuan," katanya Ahmad Latfi...



Dalam kemalangan 4 Julai itu, tujuh terkorban dalam satu kemalangan jalan raya melibatkan empat buah kenderaan di KM 11, Jalan Gua Musang-Kuala Krai ketika dalam perjalanan pulang menyambut hari lebaran.

Setibanya di tempat kejadian, kereta mereka dirempuh oleh sebuah lori dari arah bertentangan. - Siakapkeli.my
loading...

Tiada ulasan :

Catat Ulasan

LIKE PAGE KAMI UNTUK BERITA TERKINI Button Close