loading...

Sabtu, 9 Julai 2016

Jom Hasilkan Sendiri Ubat Batuk Menggunakan Buah Nanas, 5 Kali Ganda Lebih Berkesan Dari Ubat Batuk Biasa Tanpa Bahan Kimia, InsyaAllah Mujarab

Tiada ulasan

Jom Hasilkan Sendiri Ubat Batuk Menggunakan Buah Nanas, 5 Kali Ganda Lebih Berkesan Dari Ubat Batuk Biasa Tanpa Bahan Kimia, InsyaAllah Mujarab | Ramai kita diluar sana akan tercari-cari ubat batuk di farmasi atau di kedai jika di jangkiti batuk,apatah si anak kecil yang batuk, ada di antara kita memilih ubat yang diperbuat daripada bahan semula jadi & ada antara kita memilih ubatan kimia.. Terpulang pada anda.

Bagi mereka yang mahu menggunakan ubat batuk bebas bahan kimia atau ubatan moden, ubat batuk yang dibeli di kedai dipercayai menggunakan bahan tradisional pun kita tidak tahu adakah ianya 100% bahan tradisional bebas kimia atau tidak, jadi alangkah baiknya jika kita hasilkan sendiri ubat batuk di rumah yang sudah pasti bebas dari bahan kimia dan terjamin grenti 100% tak da bahan kimia, anda yang buat anda akan tahu,hehehe

Dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook bernama Norashikin Bt Hasan di mana beliau berkongsikan cara-cara untuk menghasilkan ubat batuk organik menggunakan buah Nanas.

Jom kita baca perkongsian dan cara-cara menghasilkan ubat batuk berkenaan.

Ada 3 jenis nanas yang sering didapati di pasaran Malaysia. Nanas madu, nanas sarawak/paun dan nanas moris. Boleh guna mana-mana jenis nanas. Saya guna nanas madu kerana kualiti dan khasiatnya. Ia juga lebih nusantara..

1. Buang kulit nanas dan durinya. Ini biasa dibuat oleh semua orang jika nak makan nanas kan...


2. Potong cube, senang nak blend. Kalau ada fruit processor lagi senang. :-) saya guna blender biasa sahaja. Bahagian tengah nanas saya tidak blend sekali. Sebab niat nak beri jus ni sekali dgn madu. :-) Nak blend juga boleh kerana ada khasiatnya. Potong sedikit bahagian tengah dan join sekali dalam blender.


3. Blend sampai halus danTapis.


Ini hasilnya.' Walai...


4. Tapis lagi dengan penapis yang lebih halus. Buih-buih jus nanas ini juga adalah hampas yang halus, bila lalu di tekak rasa nak terbatuk. Jadi tapis molek deh. Ingat tu.. Lagi-lagi nak si anak kecil.


5. Masukkan dalam botol yang kedap udara untuk disimpan di dalam peti sejuk. Saya pakai botol jem. Pastikan tiada karat di penutup botol ye'


6. Siap dimasukkan dalam botol. Ini tanpa madu. Nak beri pada anak barulah beri dengan madu. Gunakan jus ini untuk 3 ke 4 hari berturut turut. Kemudian tak perlu simpan lagi, boleh dibuang. Almaklumlah ubat semulajadi tiada bahan pengawet, ia boleh rosak. Sebaik sahaja anak pulih dari batuk dan selsema, jus ini tidak diperlukan lagi. Jangan sayang dan simpan lama ya, kot-kot anak batuk lagi boleh guna. Jangan! Jika anak batuk untuk masa akan datang, sila buat jus yang baru lagi fresh.


7. Guna picagari untuk beri pada si manja. Sinergikan dgn madu supaya ia balance. Tidak bersifat panas dan tidak bersifat sejuk. Madu tidak dicampur di dlm botol jus tadi sebaliknya ia hanya masuk dlm picagari ketika ingin diberikan kepada anak.


8. Berikan pada si kecil. Untuk bayi, dosnya beginilah mcm dalam gambar. Untuk kanak-kanak boleh double dos. Untuk dewasa boleh minum 1 cawan jus nenas letak madu. Nenas makan terus cicah madu pun boleh kalau org dewasa. Disamping bau nanas yang sedap, rasanya juga sedap.


Berdasarkan kajian yang dilakukan, buah nanas berupaya menyembuhkan batuk 5 kali ganda lebih berkesan daripada uabt batuk biasa yang di beli di kedai.

Memetik laporan preventdisease, para saintis membandingkan keberkesanan nanas dan ubat batuk dalam merawat batuk, ternyata pesakit yang mengambil jus nanas 4.8 kali ganda lebih cepat sembuh berbanding mereka yang mengambil ubat batuk biasa.

**Namun kerana sifatnya yang agak tajam, disyorkan hanya diberikan kepada bayi berumur setahun dan ke atas, namun menurut puan Norashikin, jika risau untuk berikan nenas kepada anak bawah setahun, madu dan habatussauda sesuai digunakan untuk merawat batuk. 

sumber - Siakapkeli.my


loading...

Tiada ulasan :

Catat Ulasan

LIKE PAGE KAMI UNTUK BERITA TERKINI Button Close