loading...

Selasa, 10 Mei 2016

Tiada ulasan

Terima Padah, Kerana Mahu Pung-gung Besar Akhirnya Perut Yang Dibedah

Terima Padah, Kerana Mahu Punggung Besar Akhirnya Perut Yang Dibedah | Inilah akibatnya bila mengubah diri dari ciptaan Tuhan. Tidak perlu ubah diri untuk kelihatan cantik, yang sebenarnya kita semua cantik. Bila anda mengubah diri dari segi fizikal seperti pembedahan plastik peratusan untuk cantik memang ada tetapi risiko kerosakan atau kesakitan jangka masa panjang amat tinggi.

Mahu punggung besar, perut pula dibedah
Luka pembedahan di perut Crystal Heath.
FLORIDA - AMERIKA SYARIKAT. Seorang wanita menyesal tak berkesudahan selepas keinginan berpunggung besar berakhir dengan jangkitan pada buah pinggangnya.

Laporan Dailymail mengatakan Crystal Heath terpaksa menghabiskan masa di hospital selepas buang pinggangnya gagal berfungsi selepas pembedahan memindahkan lemak di perut ke bahagian punggung.

"Saya hampir kehilangan nyawa, saya betul-betul menyesal," kata Crystal.
Crystal telah menjalani pembedahan oleh Dr. Osakatukei Omulepu selepas terpikat dengan iklan pembedahan kosmetik di laman sosial.

Selepas tersedar dari pembedahan, Crystal menyedari terdapat lubang sedalam 7 inci dan perutnya mempunyai luka pembedahan.

Rupa-rupanya, Dr. Osakatukei telah mengambil lemak dari perut crystal untuk dimasukkan ke bahagian punggungnya.

Tindakan Dr, Osakatukei yang tidak mendapat kebenaran Crystal tersebut menyebabkan Crystal bersama empat pelanggan lain membuat aduan.

Berdasarkan laporan pelanggan terdahulu, mereka juga telah dibedah dengan cara yang sama tanpa kebenaran.

Baru-baru ini, lesen Dr. Osakatukei telah ditarik balik oleh Jabatan kesihatan Florida selepas membaca aduan Crystal dan pelanggan lain.

"Selepas menyedari kesilapan saya kerana tidak berhati-hati, saya tidak akan membenarkan sesiapa menjalani pembedahan sebegini walaupun diberikan percuma," kata Crystal.

Sesal kemudian tidak berguna lagi, Renungkanlah fikirkanlah sebelum bertindak.

sumber : sinar harian
Tiada ulasan

JANGAN PENING !! Dengan Adanya Daun AJAIB Ini Karang atau Plak Gigi Anda Akan Langsung Hilang, Mohon Share

JANGAN PENING !! Dengan Adanya Daun AJAIB Ini Karang Gigi Anda Akan Langsung Hilang, Mohon Share | Tahukah anda selama ini ada kajian yang dibuat air rebusan daun sirih dapat hilangkan karang atau plak gigi. Tak percaya?? Baca sampai habis dan cuba lakukan. Yang penting murah,jimat masa dan selamat serta berkesan.


Sama kesannya pada kumur dengan mouthwash, namun bezanya air rebusan sirih mudah disediakan dan murah kosnya.

Semakin terjaga kebersihan rongga mulut, makin sihat rongga mulut anda.

Rongga mulut dan gigi yangg sihat senantiasa bersih dari plak atau karang gigi, awek sebelah pun senang dengan anda.

Pembentukkan plak atau karang gigi disebabkan sisa makanan yang tidak dicuci dengan bersih.

Dan plak iaitu penyebab timbulnya radang pada gusi (gingivitis) serta rangkaian penyokong gigi lain.

Jika dibiarkan lebih lanjut, akan menyebabkan gigi berlubang dan rosak.

Lalu bagaimana daun sirih boleh membantu mencegah serta mengurangkan pembentukan plak?

Tahukah anda, ada laporan dari penyelidikan terakhir bahawa air rebusan daun sirih boleh membantu anda menyingkirkan plak?

Sama kesannya pada kumur dengan mouthwash, tetapi bezanya air rebusan sirih boleh sangat murah serta mudah didapati.

Semakin terjaga kebersihan rongga mulut, semakin sihat rongga mulut.

Rongga mulut dan gigi yg sihat senantiasa bersih dari plak.

Plak sendiri munculnya dari sisa makanan yg tidak dibersihkan.

Dan plak iaitu penyebab timbulnya radang pada gusi (gingivitis) serta rangkaian penyokong gigi lain.
Jika dibiarkan lebih lanjut, bakal menyebabkan gigi berlubang.

Lantas bagaimanakah daun sirih boleh menolong mencegah serta mengurangkan pembentukan plak?

1. Pembersihan Plak Pakai Ubat Kumur
Kadang-kadang membersihkan gigi dari plak dengan memberus gigi tidaklah cukup.
Itulah mengapa di ciptakan product mouthwash.

Di mana mouthwash boleh membantu kebersihan rongga mulut secara maksimum dengan cara berkumur.
Penggunaan ubat kumur boleh menghalang pembentukan plak dengan menghalang perlekatan bakteria serta menghalang pertumbuhannya sekaligus.

Nah, bila anda akrab dengan produk mouthwash yang banyak di pasaran, kini telah tiba masanya anda mengenal mouthwash ala alami dengan air rebusan sirih.

2. Ubat Kumur dari Rebusan Daun Sirih
Pelbagai ubat kumur buatan kilang boleh ditemui dengan mudah di market, serta ubat kumur buatan kilang itu mempunyai fungsi, petunjuk serta kesan sampingan masing-masing.
Ubat kumur alternatif yang mempunyai manfaat yang baik terhadap plak gigi adalah air rebusan daun sirih.
Berdasarkan hasil penyelidikan bahawa air rebusan daun sirih ini terbukti menurunkan skor plak dalam rongga mulut.

Daun sirih yang boleh dengan mudah dijumpai serta murah diharapkan boleh menjadi penyelesaian kesihatan gigi serta mulut orang-orang, serta diperlukan juga penyelidikan lebih lanjut tentang hal ini. Anda perlu mencuba jika inginkan gigi yang sihat dan kuat,orang zaman dahulu makan sirih pinang dan gigi mereka sememangnya kuat dan teguh.

sumber : http://www.syifa.info/
Tiada ulasan

Berita Dunia : Pelajar Wanita Islam digelar 'Isis' dalam majalah sekolah

Berita Dunia : Pelajar Wanita Islam digelar 'Isis' dalam majalah sekolah | Itulah pandangan dunia pada umat islam zaman sekarang, sudah sampai akhir zaman. Fitnah dan tidak sengaja atau disengajakan itu sudah jadi mainan mereka. Tidak sewenang-wenang wanita ini digelar "ISIS".


Pelajar Islam digelar 'Isis' dalam majalah sekolah
Foto dan nama Bayan Zehlif yang disalah cetak


CALIFORNIA - AMERIKA SYARIKAT. Seorang pelajar wanita beragama Islam kecewa selepas namanya diubah menjadi 'Isis' di dalam majalah tahunan sekolahnya.

Menurut laporan CNN, Bayan Zehlif didakwa 'ditukar nama dengan sengaja' dengan seorang pelajar lain yang bernama 'Isis Philips'.

Pengetua sekolah tinggi Los Osos, Susan Petrocelli memohon maaf dan berjanji akan menyiasat insiden tersebut.

Lembaga Hubungan Islam-Amerika juga memberitahu peguamnya sedang menyiasat perkara tersebut.
"Kami faham perasaan mangsa terhadap insiden ini yang telah dilabel sebagai anggota kumpulan pengganas," kata Kata pengarah esekutif lembaga tersebut, Hussam Aylosh.

Sementara itu, Bayan yang memuatnaik fotonya yang telah 'disalah cetak' mendapat simpati di laman sosial Twitter.

"Saya tak kenal awak, tapi menjijikkan kerana mereka (sekolah) melayan awak seperti ini," Kata Boosh di Twitter.

"Kurang ajar. Saya juga kena kecaman anti-arab dalam majalah tahunan sekolah saya," kata Ric Fouad.

Sumber : Sinar Harian
Tiada ulasan

Nana Mahazan Dikritik Netizen Kerana Berpakaian Tidak Manis di ABPBH 29

Kemeriahan ABPBH 29 ( Anugerah Bintang Popular Berita harian 29 ) baru-baru ini mendapat perhatian netizen dengan gaya dan fesyen artis-artis, pengacara, dan lain-lainnya. Ada seorang artis bernama Nana AF1 telah mendapat kritikan yang hebat dari peminat.


Yang sebenarnya gaun rekaan Nizam Zamil direka khas buat Nana untuk majlis pembukaan ABPBH 29.  Ada yang mempersoalkan apakah motif Nana AF1 untuk mengenakan busana tersebut sedangkan beliau boleh memilih rekaan lain. Busana ini jelas menampakkan sesuatu yang tidak elok di mata umum.




Berikut antara komen netizen :-


Pada pendapat admin, Nana seorang wanita yang cantik cuma tidak manis kita sebagai orang Melayu,budaya melayu dan kita sebagai orang islam baik berpakaian elok di mata umum agar kita dapat mengelak dari kontroversi-kontroversi yang tidak elok, semoga maju jaya buat Nana AF1.

Sumber Berita : MYNEWSHUB

Isnin, 2 Mei 2016

Tiada ulasan

Jadi Bualan Lucu Bila Ahmad Maslan Ni, Join Group Whatsapp "Kami Anti Ahmad Maslan"


Jadi Bualan Lucu Bila Ahmad Maslan Ni, Join Group Whatsapp "Kami Anti Ahmad Maslan" | Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa & Industri iaitu Datuk Ahmad Maslan sekali lagi mencuri perhatian yang agak melucukan seluruh rakyat Malaysia.

Beliau telah mendedahkan turut menyertai & berada di dalam satu group Whatsapp "Kami Anti Ahmad Maslan". Siapa yang ada di dalam group itu pasti kene cop apa-apa. Pandai dia jadi spy diri sendiri.

Malahan, Ahmad Maslan bertekad tidak mahu keluar dari group tersebut dan berkata dengan cara itu dia boleh mengetahui apa yang rakyat tidak suka mengenainya.

Ini komennya:

"Saya mempunyai cabaran iaitu 350 WhatsApp group yang selalu memenuhi telefon bimbit saya.

"Macam-macam kumpulan ada dalam itu termasuk satu kumpulan 'Kami Anti Ahmad Maslan'. Tetapi saya tidak keluar dari kumpulan itu.

"Saya mahu mengetahui apa yang mereka tidak suka tentang saya," 

"Selain itu, Ahmad Maslan turut sertai group Jom Sertai PAS"

Ini namanya menteri berjiwa kental. Hehehe. sumber : http://sembangterbang.blogspot.my

Ahad, 1 Mei 2016

Tiada ulasan

Ingat Lagi Tak Mangsa Toreh Muka? Jom Lihat Gambar Terkini Nur Shafiqa Yang Cun Melencun


Ingat Lagi Tak Mangsa Toreh Muka? Jo Lihat Gambar Terkini Nur Shafiqa Yang Cun Melencun | Tak lama dulu, satu kes jenayah toreh muka yang amat mengejutkan telah berlaku di kelantan lantas menjadi viral dan tumpuan orang ramai. Si gadis cantik yang cun ini ditoreh mukanya dengan begitu kejam sekali oleh perompak berkenaan.

Seorang gadis bernama Nur Shafiqa menjadi kekejaman penjenayah yang cuba menghancurkan maruahnya dan menoreh wajah Shafiqa.

Setelah 2 tahun, kini Shafiqa telah pun berkahwin dengan jejaka pilihannya malah wajahnya semakin pulih.

Parut dan calar akibat luka torehan di wajah wanita ini semakin pulih & sembuh sepenuhnya walaupun masih ada sedikit kesan parut.

Bagaikan ada hikmah, kini Shafiqa telah mula menjadi duta produk kecantikkan dan mempunya ramai follower di laman sosial. Sudah cantik, selepas kejadian beliau menjadi seorang yang lagi cun yang tabah, kuat serta berdedikasi.

Jom lihat wajahnya yang terkini:




LIKE PAGE KAMI UNTUK BERITA TERKINI Button Close