loading...

Selasa, 10 Mei 2016

Berita Dunia : Pelajar Wanita Islam digelar 'Isis' dalam majalah sekolah

Tiada ulasan
Berita Dunia : Pelajar Wanita Islam digelar 'Isis' dalam majalah sekolah | Itulah pandangan dunia pada umat islam zaman sekarang, sudah sampai akhir zaman. Fitnah dan tidak sengaja atau disengajakan itu sudah jadi mainan mereka. Tidak sewenang-wenang wanita ini digelar "ISIS".


Pelajar Islam digelar 'Isis' dalam majalah sekolah
Foto dan nama Bayan Zehlif yang disalah cetak


CALIFORNIA - AMERIKA SYARIKAT. Seorang pelajar wanita beragama Islam kecewa selepas namanya diubah menjadi 'Isis' di dalam majalah tahunan sekolahnya.

Menurut laporan CNN, Bayan Zehlif didakwa 'ditukar nama dengan sengaja' dengan seorang pelajar lain yang bernama 'Isis Philips'.

Pengetua sekolah tinggi Los Osos, Susan Petrocelli memohon maaf dan berjanji akan menyiasat insiden tersebut.

Lembaga Hubungan Islam-Amerika juga memberitahu peguamnya sedang menyiasat perkara tersebut.
"Kami faham perasaan mangsa terhadap insiden ini yang telah dilabel sebagai anggota kumpulan pengganas," kata Kata pengarah esekutif lembaga tersebut, Hussam Aylosh.

Sementara itu, Bayan yang memuatnaik fotonya yang telah 'disalah cetak' mendapat simpati di laman sosial Twitter.

"Saya tak kenal awak, tapi menjijikkan kerana mereka (sekolah) melayan awak seperti ini," Kata Boosh di Twitter.

"Kurang ajar. Saya juga kena kecaman anti-arab dalam majalah tahunan sekolah saya," kata Ric Fouad.

Sumber : Sinar Harian
loading...

Tiada ulasan :

Catat Ulasan

LIKE PAGE KAMI UNTUK BERITA TERKINI Button Close