loading...

Khamis, 31 Mac 2016

2 ulasan

Detik-detik Sangat Mengejutkan Selepas Diceraikan Talak 3



Mas Kahwin RM 22,222.22


Lama juga aku jadi photographer wedding. Macam-macam aku dah tempuh. Ni aku nak share sikit cetira yang pernah terjadi depan aku dulu.


Mas hantaran kahwin mak ayah perempuan ni letak #RM22,222.22. Memang mahal gila...tapi si lelaki ni setuju. Aku tengok pun lelaki ni bukan calang-calang orang juga.


Akad Nikah Selesai Sekali Lafaz


So sampai la hari akad nikah, happy je dua-dua belah pihak. Pengantin muka dah tak sabar meng*w*n. Ye la, musim hujan masa tu. Tok kadi sampai maka berlangsung la acara akad nikah dan selamba dengan senafas je si lelaki lafazkan akad.


Baru Sedar Duit Hantaran Tak Cukup Seribu


Hantaran pun bertukar tangan begitu juga dengan mas khawin. Masa lelaki tu nak baca lafaz takliq, tiba-tiba sedara dari pihak perempuan bising "duit hantaran tak cukup seribu ni"


Terus bangun pengantin perempuan dari tempat duduk. Tinggikan suara kat pengantin lelaki bertanyakan pasal apa tak cukup seribu...siap pihak perempuan perli-perli "dah tahu tak cukup duit tapi gatal sangat nak kahwin tu kenape"


"Baru jadi isteri tak sampai setengah jam dah macam ini..."


Yang pengantin lelaki walaupon mata berkaca, dia senyum je. Dia ambil microphone lepas itu dia cakap.


"Baru jadi isteri tak sampai setengah jam dah macam ni. Saja saya tak cukupkan seribu sebab nak tengok kamu macam mana. Ni ade saya bawa wang yang tak cukup tu" sambil buka bag yang berkepok-kepok duit 50 dengan 100.

Cerai Terus


"Takpa la...alang-alang semua ada kat sini, boleh jadi saksi saya. Saya ceraikan awak dengan talak tiga.


Assalamualaikum"


Drop microphone


Salam-salam terus gerak.


Tu la...Dah ada orang nak tu kira nasib baik la bai. Perempuan bersepah sekarang. Tepi-tepi bustop pun boleh petik. Kau bukak wechat. Berapa ramai yang serah diri free? Kau ingat lelaki-lelaki dalam drama jam 7 tu wujud ke?


Ingat jangan sesekali kita mengetepikan hal-hal syariat agama islam,islam itu mudah,kenapa kita perlu susahkan. Cuba anda fikir, Duit itu lebih banyak diperlukan selepas kahwin daripada hari kenduri. Renungkan. Jangan jual anak.

Sumber: siakapkeli
5 ulasan

Masih ingat Nur Amalina Che Bakri pelajar Cemerlang 17A1 tahun 2007 Dulu dan Kini

Masih ingat Nur Amalina Che Bakri pelajar Cemerlang 17A1 tahun 2007, inilah pencapaian terbarunya di luar negara yang pasti mengejutkan ramai pihak





Masih ingat Nur Amalina Che Bakri pelajar Cemerlang 17A1 tahun 2007 Dulu dan Kini | Ingat lagi tentang pelajar cemerlang Malaysia? Tengok gambar pasti korang ingat,dahulu pakai tudung sekarang tidak lagi. Nur Amalina Che Bakri nama beliau.
Tahniah Nur Amalina Che Bakri. Pencapaian terbaru & terkini Nur Amalina Che Bakri terus menutup cakap-cakap dan kritikan yang dilemparkan terhadapnya 3 tahun lalu iaitu sekitar awal tahun 2012 yang lalu.


Berdasarkan maklumat yang Berita Semasa terima, sepanjang berkelana di luar negara, di negara orang, Dr. Amalina lebih fokus kepada “hak asasi manusia, kerja sosial dengan masyarakat UK dan di luar), & buat internship di hospital terkemuka (Harvard, Imperial).


Keputusan dan Pencapaian Terkini Nur Amalina Che Bakri 2015?
-Keputusan SPM 2004 dengan 17A
-Pelajar Tajaan Bank Negara Malaysia BNM
-Ijazah Universiti Edinburg Scotland (Ijazah Sains Biomedik dalam Farmakologi dan Ijazah perubatan). Double degree.
-Sarjana di Universiti Cambridge (Kepujian Kelas Pertama) bagi kursus translasi perubatan & terapeutik
-Sekarang sedang menjalani latihan sebagai doktor pelatih
-Bakal sambung belajar ke peringkat PHD atau Doktor Falsafah dalam bidang kanser payudara & onkoplastik di Kolej Imperial, London
-Sedang berusaha ke arah menjadi perunding dan pakar bedah kanser payudara tidak lagi
-Bakal membuat pembentangan kertas Thesis di Persidangan Kanser Antarabangsa di Houston Texas, USA




Nur Amalina Che Bakri juga sudah bentangkan 6 kertas kajian beliau di peringkat dunia untuk kajian perubatan dan ada antara kajian Amalina Che Bakri adalah yang terbaik
Jikalau anda mahu lihat contoh resume Aamalina Bakri, bleh semak di profil Linkedin miliknya di sini, uk.linkedin.com/pub/amalina-bakri
Apa yang boleh Berita Semasa dengan satu kata, Impressive.
Jikalau Universiti Berita Semasa tidak ambil pusing tetapi master dari Universiti Cambridge. Salute her.


Semoga kehadiran anda pulang ke Malaysia bakal mampu menyelamat lebih ramai lagi mangsa kanser payudara berdasarkan pengalaman dan kepakaran anda pada ketika berkelana di luar negara sana. Insyaallah.

Dan semakan Berita Semasa menunjukkan, Amalina Che Bakri juga ada menyumbang hasil tulisan dalam buku bertajuk ABC of Medically Unexplained Symptoms dan tulisan Amalina Bakri boleh anda baca dan amati pada bab 36 yang memfokuskan terhadap Pelvic and Reproductive System Symptoms pada Bab 10 di muka surat 36.




Sambung PHD. Boleh pula menulis pula lagi. Tahniah adik Amalina.

Amalina jikalau balik Malaysia terus dapat jadi pensyarah atau pun buat klinikal. Paling kurang nanti boleh bermula dengan gred UD54 kelak.


 

Ahhh adik-adik yang nak berjaya kaya dengan ilmu,bolehlah ikut jejak langkah akak ni,tapi ingat yang perempuan jangan pulak ikut cara penampilannya,dari bertudung tak bertudung!!.

Rabu, 30 Mac 2016

Tiada ulasan

SIAPA?? '22 tahun kita pertahan dia, sekarang mana maruahnya?'

Kita sebagai rakyat sudah pening dengan permainan politik di Malaysia, mana kita nak percaya,mana kita nak sokong, kebanyakkan rakyat sudah keliru dek kerana politik. Kembalilah kepada Islam, Al-Quran dan Sunnah, InsyaAllah ada cahaya di situ yang pasti ada.

Najib Mahathir

Petikan dari Sinar Harian

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengingatkan kepimpinan dan ahli Umno supaya tidak mengkhianati perjuangan parti demi kepentingan agenda peribadi sehingga menggadai maruah diri.

Najib yang juga Presiden Umno berkata, perjuangan politik yang berlandaskan moral dan prinsip perlu dipertahankan bagi menghadapi pelbagai cabaran dan isu dalam negara.

"Dalam politik, kita mesti ada moral dan prinsip...kalau buat apa-apa pun mesti berpegang kepada Perlembagaan negara, kalau tidak, negara akan huru-hara.

"Kalau huru-hara, apa yang kita perjuangkan sekarang akan hancur lebur...apa nak kita tinggalkan pada anak-anak dan cucu-cucu kita," katanya ketika merasmikan Perhimpunan Anggota Persatuan Bekas Anggota Kemas Malaysia (PBAKM) dan pelancaran Kelab Waris PBAKM di sini, hari ini.

Turut hadir Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Presiden PBAKM, Datuk Melati Ali.

Najib turut membidas pemimpin yang dilihat beralih pendirian dan bertukar perjuangan.
"Bukan ke setengah orang dahulu cakap lain...dahulu suruh sokong parti, dahulu nasihat jangan kalau dah bersara jangan lupa (parti). Waktu kita jadi pemimpin, orang lain sokong kita, bila kita berhenti (jadi pemimpin) kita wajib sokong parti.

"Di mana duduknya orang itu sekarang...dia tidak duduk sebaris Umno lagi, dia tidak duduk dengan pejuang yang setia dengan perjuangan.

"Dia duduk dengan orang yang dahulu dia cakap rasis, cauvanis, komunis, anti-Islam dan anti-Melayu. Apa kita nak kata dia sekarang. Kita pertahankan dia selama 22 tahun. Orang kata dia maha zalim, maha firaun...bukan saya kata, mereka kata. Saya menyambung apa yang mereka kata.

"Sekarang, dia duduk sebaris (dengan mereka)...di mana letak maruah diri. Kalau kita tidak ada apa-apa, sekurang-kurangnya kita ada maruah," kata perdana menteri sambil menegaskan bahawa rakyat tidak lagi terpengaruh dengan usaha menjatuhkan kerajaan tanpa melalui pilihan raya umum.
Najib berkata, rakyat tidak akan membiarkan orang luar menentukan kepimpinan negara sebaliknya, menyokong usaha kerajaan dalam merencanakan pembangunan negara.

"(Oleh itu) jangan layan karenah puak-puak ini kerana kita ada banyak lagi kerja dan agenda untuk rakyat dan negara. Kita mesti istiqamah, fokus sebagai pemimpin kerajaan, kita mesti pastikan negara terus berjaya di bawah kepimpinan Barisan Nasional dan Umno," katanya.

Beliau mengingatkan tentang tanggungjawab pemimpin untuk mewariskan sebuah negara yang lebih kukuh kepada rakyat.

"Kalau ada kesilapan, kita betulkan sesama kita, jangan hancurkan negara kita, jangan hancurkan parti yang kita sayangkan. Kalau parti hancur, tiada lagi perjuangan. Sebab itulah, kita perlu kasihkan parti, kasihkan negara," katanya.

Terdahulu, kira-kira 5,000 anggota PBAKM yang diketuai Melati membaca ikrar taat setia dan menyatakan sokongan padu terhadap kepimpinan Najib. - Bernama
Tiada ulasan

8 Jenis Makanan Yang Buat Bahagian Mis V BERBAU!





MAAF SEBAGAI GAMBAR HIASAN SAHAJA


Setiap wanita inginkan kedamaian dan keselesaan ketika bersama suami tercinta,itu adalah saat-saat indah di dalam kehidupan berumah tangga. Tahukah anda apabila Mis V ( Kemaluan wanita ) berbau menyebabkan ketidakselesaan apabila bersama suami? Dan tahukah anda apakah sebab-sebab Mis V anda berbau tidak menyenangkan?? Baca sampai habis, blog ini akan BONGKARKAN SEGALANYA..

Makanan adalah salah satu faktor utama yang mempengaruhi bau badan dan Mis V anda. Termasuk bau organ paling rahasia dari seorang isteri, yang semestinya harus dijaga demi keharmonisan keluarga anda.


Walaupun hanya sedikit sahaja memakan makanan ini  “organ wanita” tetap akan berbau tidak sedap atau menyenangkan. Jenis makanan yang telah dibuat kajian oleh Womenshealthmag dari Montefiore Medical Center New York adalah:


1. rempah-rempah

2. bawang
3. bawang putih
4. daging merah
5. susu
6. asparagus
7. brokoli
8. alkohol

Anda juga apabila memakan petai membuatkan Mis V berbau tak elok. Kedelapan jenis makanan itu mempengaruhi pH organ tersebut sehingga menghasilkan bau tak sedap. Terutama alko.*hol, yang merupakan barang haram jika dikonsumsi.


Cara agar organ tersebut tidak berbau tidak menyenangkan adalah meminimalisir memakan 7 jenis makanan tersebut dan tidak mengkonsumsi alkohol yang jelas-jelas diharamkan oleh Islam.


Rempah-rempah, bawang, bawang putih, daging merah, susu, asparagus dan brokoli bukan berarti dihindari sama sekali. Namun dijaga agar porsinya tidak banyak. Selain itu, imbangi dengan banyak mengkonsumsi air, buah dan sayuran. Sebab air, buah dan sayuran mampu meminimalisir bahkan menghilangkan bau tidak sedap tersebut. Jadi, perbanyak minum air putih ya. Minimal dua liter per hari. Jangan lupa share ya.

Selasa, 29 Mac 2016

Tiada ulasan

15 JENIS TANDA-TANDA SESEORANG TERKENA SANTAU!!


Santau amat berleluasa di negara kita,santau adalah perkara khurafat. Santau amat berbahaya, hanya perubatan islam sahaja dapat mengubatinya. Orang melakukan santau ini kerana dengki,dendam dan sebagainya terhadap individu-individu tertentu.

Jika seseorang mempunyai ciri-ciri berikut maka beliau disyaki telah terkena santau:

1. Batuk yang berlarutan, kadang-kadang batuk berdarah dan bernanah dan keluar debu-debu
    kecil seperti serbuk kaca.
2. Istihadah yang berpanjangan bagi wanita sehingga satu hingga tiga bulan atau lebih.
3. Sakit tulang belakang terutamanya pada waktu Maghrib dan malam Jumaat. Kadang-kala sakit
   menjadi-jadi semasa hendak masuk waktu solat Jumaat.
4. Sakit sesak nafas terutaman waktu Maghrib.
5. Lenguh seluruh anggota badan.
6. Kuku menjadi hitam dan nafas menjadi busuk.
7. Mimpi jatuh dari tempat tinggi.
8. Mimpi bahan-bahan yang miang seperti buluh dan ulat bulu.
9. Mimpi bermain dengan benda tajam seperti pisau dan sembilu.
10. Mimpi kanak-kanak kecil seperti menyusu kanak-kanak tersebut.
11. Mimpi binatang yang menakutkan seperti ular.
12. Mimpi makan makanan kotor seperti bangkai dan babi.
13. Mimpi paderi Kristian, sami Budha atau mimpi pergi ke tempat-tempat ibadat agama bukan
     Islam.
14. Sentiasa sakit pada tulang belakang
15. Bawah matanya biru (Seperti orang tak cukup tidur)
 
Nasihat kami, segeralah berubat dengan perubatan islam seperti di Darul Syifa dan banyak tempat lagi..  Yang penting solat jangan tinggal.

Isnin, 28 Mac 2016

Tiada ulasan

Pencinta kereta Flock ke-37 Bangkok International Motor Show


Models pose beside a Mitsubishi Mirage during a media presentation at the 37th Bangkok International Motor
Models pose beside a Mitsubishi Mirage during a media presentation at the 37th Bangkok International Motor
.
BANGKOK - pencinta kereta berpusu-pusu pada hujung minggu untuk ke-37 Bangkok International Motor Show di Thailand untuk melihat model kereta baru & inovasi dalam industri automotif.

Beberapa kereta baru dan teknologi bersih telah dipamerkan pada majlis itu. Dalam tempoh enam hari pertama pameran itu, lebih 4,500 kenderaan telah dikhaskan untuk bakal pembeli.


A model poses beside a Mazda MX-5 during a media presentation at the 37th Bangkok International Motor Show in Bangkok, Thailand, March 22, 2016. (Photo by Chaiwat Subprasom/Reuters)
A model poses beside a Mazda MX-5 during a media presentation at the 37th Bangkok International Motor Show in Bangkok
.
Ketiga-tiga pengeluar utama dengan nombor tertinggi tempahan dilaporkan adalah Isuzu, Honda dan Toyota. Ia dijangka bahawa 40,000 kenderaan akan telah terpelihara oleh akhir acara itu pada 3 April.
 
Penganjur juga dijangka bahawa membeli kereta akan kekal meriah tahun ini walaupun berlaku kenaikan cukai eksais ke tahun sebelumnya, kerana orang menunjukkan minat yang mendalam terhadap kenderaan mesra alam.

 
Ke-37 Pameran Motor Antarabangsa Bangkok terletak di IMPACT, Muang Thong Thani, Challenger Hall 1-3. Acara ini akan berterusan sehingga Ahad pada minggu lalu.
LIKE PAGE KAMI UNTUK BERITA TERKINI Button Close