PERHATIAN UNTUK ISTERI!! Jika Mahukan Suami Sayang Anda Ketat-ketat Lakukan Tip Ini
| Artikel kali ini dipetik dari Majalah PAMA tentang pikat hati suami agar suami lebih dan bertambah sayang pada isteri. Isu ini nampak simple dan remeh hakikatnya isteri zaman sekarang lupa akan perkara ini. Salah satu penceraian berlaku adalah daripada kesilapan kita sendiri,jangan asyik menunding jari kepada suami sahaja. Bukan nak berat sebelah tetapi berpada-pada,berusahalah untuk membina masjib dari masjib kampung biasa-biasa jadi macam masjib besi,masjib putrjaya dan sebagainya. Jika si isteri inginkan suami bertambah-tambah love dengan anda harus lakukan perkara ini... Baru suami tak pasang dua,hehehe gurau jer..
Setiap ini inginkan perhatian belaian suami dan sebagainya,adakah anda perasan si suami pun perlukan anda melakukan seperti itu, cuma suami ini kebanyakkan bersikap cool dan seperti tiada apa-apa berlaku.Isteri perlu bijak menarik perhatian suami supaya diri terus menjadi
fokus utama biarpun suami sibuk bekerja mencari nafkah untuk keluarga.
Gunakan tip berikut sebagai senjata ampuh anda bergelar isteri untuk
memastikan kasih dan perhatian suami tidak berkurangan sepanjang
kehidupan berumah tangga.
loading...
Jumaat, 24 Jun 2016
(VIDEO) Leka Membawa Padah - Budak disambar api di stesen minyak
Posted by
Unknown,
on
3:34:00 PG
Astaqfirullah... Kesiannya,jika leka distesen minyak,jika ambil mudah ini terjadinya..padah menunggu anda mahu pun keluarga anda. Lihat video..
KOTA BHARU: Tindakan dipercayai bermain pemetik api dalam kereta ketika ibunya mengisi minyak menyebabkan seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun melecur 15 peratus di muka, badan dan kaki akibat disambar api. Dalam kejadian di stesen pam minyak Guchil, Kuala Krai, dekat sini, semalam, Saifuddin Ismail Din bersama ibunya, Zakiah Mohd Det, 31, baru menghantar bekalan cendol di pasar pagi Guchil dan singgah di stesen minyak berkenaan pada jam 9 pagi untuk mengisi minyak. Bapa mangsa, Ismail Din Awang Nor, 36, seorang mekanik, berada di rumah di Sungai PAS ketika dimaklumkan isterinya mengenai kejadian itu. Beliau berkata, isterinya sedang mengisi petrol ke dalam tangki sebelum api menyambar ke dalam kereta secara tiba-tiba. "Isteri saya berlari membawa anak keluar dari tempat duduk penumpang di belakang. "Anak saya melecur di muka dan kakinya. Mujurlah api dapat dipadamkan oleh pembantu stesen minyak," katanya ketika ditemui di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), di sini, hari ini. Ismail Din berkata, isterinya terus membawa Saifuddin, anak ketiga daripada empat beradik itu ke Hospital Kuala Krai (HKK) sebelum dihantar ke Unit Rawatan Rapi (ICU) di HRPZ II, di sini untuk rawatan lanjut. "Saya hairan bagaimana dia bermain dengan pemetik api sedangkan saya tidak merokok. "Mungkin dia mengambil pemetik api di rumah," katanya. SAIFUDDIN melecur 15 peratus di muka, badan dan kaki akibat disambar api. - Foto ihsan pembaca
Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/167893

Isnin, 20 Jun 2016
KECOH DI MEDIA SOSIAL - Bila umat Islam berbuka di gereja menjadi isu hangat dan viral
Posted by
Unknown,
on
10:00:00 PTG
Rabu, 8 Jun 2016
PERHATIAN UNTUK ISTERI!! Jika Mahukan Suami Sayang Anda Ketat-ketat Lakukan Tip Ini
Posted by
Unknown,
on
9:46:00 PTG
| Gambar Hiasan |
artikel berkaitan : PERHATIAN!! Jangan Ambil Mudah Cara Basuh Najis Bayi..
artikel berkaitan : JANGAN PENING !! Dengan Adanya Daun AJAIB Ini Karang atau Plak Gigi
Anda Akan Langsung Hilang, Mohon Share
1.Sentiasa nampak cantik di mata suami sepanjang masa
Isteri mesti rajin bersiap dan berhias untuk suami. Jangan bila hendak keluar rumah sahaja bersiap cantik tetapi di rumah selekeh dan kusam. Ini macam nak cantik untuk orang lain. Alasan sebab sibuk menguruskan anak-anak dan rumah tangga. Bila isteri cantik sepanjang masa, suami rasa seronok ada di rumah. Bahkan salah satu ciri isteri yang baik adalah yang menyenangkan suami ketika dipandang. Ia termasuk hal menjaga kebersihan badan, menyikat rambut, memakai wangian, memakai pakaian yang menarik dan lain-lain lagi. Perasan tak? Nampak kan...Simple
2. Pandai bergurau senda dengan suami
Suami mesti bahagia kalau ada isteri yang pandai menggembirakan hatinya. Sikap bergurau senda & selalu tersenyum pada suami dapat mengurangkan kepenatan suami pulang dari kerja.
3. Sentiasa utamakan suami & menghormati pandangannya
Yang ni isteri mesti ambil perhatian. Ramai isteri di luar sana ambil mudah. Sebagai pemimpin rumah tangga, suami mesti diberi keutamaan oleh isteri. Dalam apa jua perkara, utamakan suami terlebih dahulu. Hormati juga pandangannya terhadap sesuatu perkara. Jangan cepat melenting jika suami beri pandangan walaupun dalam hati tak bersetuju dengan pandangannya.
4. Jangan lupa minta izin
Isteri perlu meminta izin daripada suami untuk pergi ke mana-mana atau melakukan apa sahaja. Jangan sesekali membelakangkan suami kerana ia hanya akan membuatkan anda berdosa. Malah derhaka kepada suami, nak jadi isteri solehahkan..kene ikutlah,mudah jer..
5. Bersikap sederhana
Jadilah isteri yang bersikap sederhana dalam apa jua perkara. Jangan keterlaluan meminta itu & ini kepada suami apatah lagi jika melebihi kemampuan suami.
6. Memanjakan suami
Suami amat suka dimanjakan oleh orang yang dia cintai,anda kene tahu suami pun suka dimanja. Jadilah isteri yang suka memanjakan suami. Pasti anda terus disayangi dan dicintai. Melayan suami seperti menyediakan hidangan makan minumnya, mengurut badan suami, memotong kukunya, membersihkan tubuh badannya dan mencuci rambutnya ketika mandi dan sebagainya.
7. Boleh memberi pendapat dan bertukar pandangan
Komunikasi sangat penting untuk menngekalkan kebahagiaan rumah tangga. Oleh itu sebagai isteri, anda perlu bijak memberikan pendapat atau pandangan dalam apa jua isu.
8. Hormat hak peribadi suami
Jangan terlalu busybody seperti banyak bertanya jika dia ingin keluar berjumpa kawan, memeriksa telefon suami, facebook, e-mel dan sebagainya. Ini kerja isteri, si suami jarang dan tak pernah buka whatsapp,fb, tel dll yang isteri punya tapi isteri buat sedemikian. Jangan terlalu curiga,entah-entah si isteri yang sebaliknya.
9. Jangan bandingkan suami anda dengan lelaki lain
Lelaki paling rasa tercabar kalau isterinya suka membandingkan dirinya dengan lelaki lain. Awas ya!
10. Sentiasa menjaga maruah suami
Tidak kira di mana anda berada atau dengan siapa anda bersama pastikan maruah suami sentiasa terpelihara.
11. Menyokong suami
Tidak kira di waktu susah atau senangnya isteri mesti memberikan semangat kepada suami sewaktu dia dalam kesusahan dan bersama mengharungi kehidupan sukar tanpa sebarang keluhan.
12. Mencintai suami sepenuh hati
Hanya suami yang sentiasa bertakhta di hati anda. Curahkan sepenuh cinta kepada suami kerana Allah supaya kasih sayang anda berdua sampai ke syurga.
Cukuplah rasanya tip hari ini, Ingat inginkan rumahtangga bahagia jangan mengharapkan suami sahaja, isteri pun main peranan penting kerana isteri adalah tulang rusuk suami yang tak cukup tu,kalau anda tak support,mana suami nak pergi,nak maju.. InsyaAllah berkat doa,iman dan usaha keluarga akan bahagia ke jannah!! Amin.. Sayang uosll ketat-ketat!! Mohon Share.
sumber : http://www.majalahpama.my
Isnin, 6 Jun 2016
TUTORIAL : Cara Buat iklan Terapung Di tepi BLOG anda
Posted by
Unknown,
on
12:54:00 PG
![]() |
| Nuffnang Malaysia |
TUTORIAL : Cara Buat iklan Terapung Di tepi BLOG anda | Salam Sayang untuk semua pembaca blog putrashar.. Kali ni putra nak kongsikan tutorial buat float (floating ) iklan nuffnang dan sebagainya. bagi yang baru nak jinak-jinak dalam dunia blogger ni pasti tercari-cari cara buat float terutama float iklan dari nuffnang. Yang sebenarnya korang tahu tak float tu apa?? float tu macam iklan terapunglah.. tengok foto di bawah sebagai contoh
Ok, tak payah panjang cerita meh copy and paste script di bawah...ikuti langkah-langkah berikut:
1. Log in -> Dashboard -> Design -> Add A Gadget -> Html/JavaScript
2. Copy kod ni :
<div style="position: fixed; top: 50px; right:0px;">
KOD IKLAN TERSEBUT
</div>
3. Paste di bahagian Html/JavaScript tadi ..
* Warna Merah tu korang boleh ubah ikut selera korang nak tinggi atau rendah mana.
4. Save and testing blog anda, jika kuar seperti foto di atas bermakna anda berjaya.
Terima kasih sudi membaca semoga bermaafat tutorial ini untuk anda.
Ahad, 5 Jun 2016
MAFAAT AIR NABEEZ DI BULAN RAMADHAN, RAMUANNYA AIR MASAK DAN KURMA
Posted by
Unknown,
on
11:32:00 PTG
MAFAAT AIR NABEEZ DI BULAN RAMADHAN, RAMUANNYA AIR MASAK DAN KURMA | Belum terlambat untuk ucapan selamat perpuasa kepada seluruh umat islam,puasa penuh bagi yang mampu ya,terawih perbanyakkan. Banyakkan amalan yang mulia di bulan ramadhan. Anda selalu tidak lalu makan bila bangun sahur atau sudah makan tapi masih tidak dapat tahan sampai berbuka. Meh baca petua atau sunnah dari Rasul kita iaitu Rasulullah s.a.w cara bersahur. Malah cara ini juga boleh dilakukan bila-bila masa tak semestinya time bulan puasa sahaja. Yang penting bagi mereka yang nak diet cara ini lagi berkesan.
artikel berkaitan :
1. Inilah Punca Sebenar Bibir Kering Bukan Kerana Kurang Minum Air Masak,Sebenarnya
2. Jika anda mendapat petanda sakit kaki dan kebas, Sila baca artikel ini
Air nabeez adalah pemakanan Nabi Muhammad s.a.w. Rendam kurma dengan air masak malam ini. Sahur esok minum jer. Insyaallah, perut mampu bertahan... Buat ni untuk sekali minum sahaja. Jangan simpan lama-lama sangat. Ingat Sekali buat sekali minum sahaja. Nanti masam dah tak boleh minum.
Cara2:
1. Ambil kurma dalam bilangan ganjil contohnya 3, 5,7. Anggaran air dlm 500ml ke 1liter. Ambil 3 biji kurma & buang bijinya. Carik2 isi kurma. Ada juga yang guna kismis tapi jangan campur ya. Kalau buat kurma, kurma sahaja. Kalau kismis, kismis sahaja.
2. Rendam isi kurma dalam air masak biasa malam sebelum tidur. Letak di luar sahaja. Tak perlu simpan dalam peti sejuk tau. Tutup bekas air tu jangan biarkan terbuka nanti syaitan ludah hehehe.
3. Sahur esok air tu dah boleh diminum.
4. Air ni boleh juga diamalkan sebelum sarapan pagi bila hari-hari lain walaupun bukan di bulan ramadhan. Amalkan masa perut kosong.
Jika artikel ini bermakna tolong sebarkan... Jangan Lupa Like Page PutraShar
sumber Facebook

Sabtu, 4 Jun 2016
Politik Kita : 'Kelantan nak hudud kerana banyak jenayah' - Datuk Seri Nazri Aziz
Posted by
Unknown,
on
11:59:00 PG
Politik Kita : 'Kelantan nak hudud kerana banyak jenayah' - Datuk Seri Nazri Aziz | Renung dan fikirkan ini satu penghinaan kepada rakyat KELANTAN dan AGAMA ISLAM...
*******************************************************************************
Petikan dari Malaysikini.com
Kelantan mahu melaksanakan undang-undang syariah lebih tegas kerana penganut Islam di negeri itu tidak takut dengan hukuman sedia ada, kata Datuk Seri Nazri Aziz.
Menteri pelancongan dan kebudayaan itu berkata muslim di negeri lain - seperti di Selangor - lebih taat mengikut ajaran Islam dan ia tidak memerlukan pindaan enakmen syariah.
"Kelantan (digelar) Serambi Mekah (tetapi) berlaku banyak (maksiat), sebab itu (PAS) nak buat (undang-undang syariah).
"Orang Kelantan kena denda RM5,000 mereka tak takut, tetap nak buat (kesalahan) juga. Kenakan (penjara) 5 tahun pun tak takut, sebat enam kali lagi tak takut," katanya kepada media di Sungai Besar hari ini.
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dibenarkan membawa usul pindaan Akta 355 di Dewan Rakyat pada 26 Mei lalu selepas dicadangkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said.
Menurut PAS usul berkenaan - yang dibawa melalui rang undang-undang persendirian - adalah untuk memperkasa mahkamah syariah terutama di Kelantan.
Bagaimanapun Abdul Hadi memohon rang undang-undang itu dibentangkan dan dibahas pada sesi parlimen akan datang.
Kata Nazri PAS perlu dibiarkan melaksanakan undang-undang syariah lebih ketat di Kelantan yang ditadbir mereka.
"Dia (PAS) nak buat di negeri dia, lantak dialah," katanya.
Tonton Video klik DISINI
Anda boleh baca dekat sumber asal http://www.malaysiakini.com/news/344077
sumber : https://www.malaysiakini.com/

Langgan:
Catatan
(
Atom
)