loading...

Jumaat, 4 Disember 2015

Cara Menghalau Tikus Dari Rumah Kita

Tiada ulasan

Tikus sejenis haiwan yang selalu kita agak kotor dan pengotor, ada juga tikus ini menjadi mangsa bahan kajian untuk para saintis mencuba vajsin-vaksin baru untuk mengetahui kebersanannya sebelum digunakan kepada manusia. Al maklum yang kita tahu tikus adalah sejenis haiwan pengotor dan berbahaya dari segi kesihatan. Jika tidak di jaga elok-elok kawasan rumah bila tikus membiak tinggalkan kesan air kencing dan sebagainya boleh membuat anda sakit, kencing tikus membawa MAUT!! Jiran put juga meninggal tahun ini kerana terkene jangkitan kencing tikus.

Ingat tikus suka di kawasan kotor,dapur-dapur kotor terutama di kedai makan,mesti banyak di dapur atau longkang. Tikus suka bermain di tempat buangan sampah. Jika rumah anda terdapat banyak tikus umpama rumah anda macam tempat buang sampah,hehehe put bergurau jer. Bermacam-macam cara yang kita tahu nak menghalau tikus dari menghuni rumah kita dan merosakan barang-barang dirumah ada yang bela kucing, ada yang letak racun dll.

Tetapi kita juga boleh menggunakan cara semulajadi untuk membasmi dan mengusir tikus ini. Berikut beberapa cara yang boleh anda cuba:

1. Daun Pandan
Daun pandan memiliki aroma wangi bukan sahaja boleh menyedapkan bau ruang kediamanan. Keharumannya itu tidak disukai oleh tikus.

2. Kucing
Peliharalah kucing di rumah, terutama kucing jenis tertentu yang dapat membunuh tikus.Kucing merupakan musuh utama bagi tikus!

3. Buah Mengkudu
Ambil dua atau tiga biji buah mengkudu. Potonglah mengkudu tersebut menjadi beberapa bahagian. Letakkan ia dalam sebuah mangkuk di kawasan yang sering dilalui tikus. Bau buah mengkudu yang menyengat membuatkan tikus pergi dari rumah.

4. Minyak Mint
Sapukan minyak yang diperbuat daripada daun mint (MenthaCodifolia) pada sehelai kain dan letakkan di tempat-tempat yang sering menjadi laluan tikus. Sudah pasti tikus tidak akan datang lagi kerana tikus tidak menggemari bau mint.

5. Kapur Barus (DryobalanopsAromatica)
Hancurkan beberapa kapur barus (kasar-kasar), kemudian taburkan di kawasan-kawasan yang menjadi ‘lubuk’ tikus itu. Cara ini cukup efektif kerana tikus sememangnya tidak suka dengan bau kapur barus yang cukup menyengat!

6. Cat Badan Tikus
Tangkap seekor tikus, kemudian lumurkan badannya dengan cat berwarna terang seperti warna merah, kemudian lepaskan. Tikus tersebut tidak akan datang lagi, malahan turut membuat kawan-kawan tikusnya yang lain berasa takut untuk mengganggu kediaman anda.

7. Buah Durian
Sediakan dua atau tiga biji buah durian. Mana-mana bahagian isinya yang sedap itu, anda makanlah. Kemudian, letakkan potongan kulit durian tersebut di tempat-tempat yang selalu dilalui oleh tikus. Tentunya bau durian yang menusuk hidung dan kulitnya yang berduri membuatkan tikus berasa gerun untuk singgah di kediamanan anda.

Sebenarnya bergantung kepada beberapa faktor juga seperti ruang, kawasan dll. Yang penting kebersihan perlu di ambil berat dan dijaga rapi,dalam islam pun menyuruh umatnya berjaga kebersihan.

JANGAN LUPA SHARE YA...
loading...

Tiada ulasan :

Catat Ulasan

LIKE PAGE KAMI UNTUK BERITA TERKINI Button Close