loading...

Sabtu, 5 Disember 2015

#TERKINI SKUAD THE RED WORRIOR ( TRW ) 2016 K DEVAN JURULATIH BAHARU TRW 3 DIGUGUR

Tiada ulasan
#TERKINI SKUAD THE RED WORRIOR ( TRW ) 2016 K DEVAN JURULATIH BAHARU TRW 3 DIGUGUR



SHAH ALAM, 3 pemain baharu menandatangani kontrak untuk bersama-sama pasukan Kelantan bagi menghadapi musim 2016 saingan Liga Malaysia (Liga M). Turut sama menandatangani kontrak sebagai jurulatih & pengurus pasukan The Red Warrior (TRW), adalah K Devan. Nampaknya Kelantan mengambil langkak kanan. Terbaik TRW.

Tiga pemain baharu itu adalah Abdul Manaf Mamat, Mohd Faizal Abu Bakar dan Mohd Muslim Ahmad. Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa, berkata hanya tiga pemain yang tidak ditawarkan tempat dalam pasukan itu bagi musim hadapan.

Mereka adalah Ahmad Fakri Saarani, Amar Rohidan dan Mohd Fitri Omar. Katanya, beliau memberi cabaran kepada Devan untuk membawa pasukan Kelantan menjuarai sekurang-kurangnya satu liga yang disertai pasukan berkenaan.

Kalau Kelantan nak masuk, kita sasarkan kejuaraan. Sasaran saya Kelantan tiap-tiap tahun masuk Stadium Nasional, kena masuk peringkat akhir.

Tidak dapat tiga, paling tidak satu (kejuaraan). Tahun ini juga, buruk-buruk pun mesti satu ke peringkat akhir, katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Berikut adalah senarai penuh pemain Kelantan bagi musim depan.

KELANTAN 2016:

1. Khairul Fahmi Che Mat;
2. Shahrizan Ismail;
3. Mohd Syazwan Yusof;
4. Norhafiz Zamani Misbah;
5. Nik Shahrul Azim Abd Halim;
6. Farisham Ismail;
7. Mohd Noor Hazrul Mahd Mustafa;
8. Zairul Fitree Ishak;
9. Jonathan Mc Kain;
10. Brendan Gan;
11. Wan Zack Haikal Wan Nor;
12. Wan Zaharulnizam Wan Zakaria;
13. Mohd Nor Farhan Muhammad;
14. Khairul Izuan Rosli
15. Mohd Badhri Mohd Radzi.
16. Tuan Faim Tuan Zainal Abidin

PEMAIN BAHARU:

1. Abdul Manaf Mamat,
2. Mohd Faizal Abu Bakar
3. Mohd Muslim Ahmad.

HARIMAU MUDA (DISERAP):

1. Syahrul Azwari Ibrahim;
2. Mohd Faris Shah Rosli
3. Mohd Ramadhan Abd Hamid.

PEMAIN PIALA PRESIDEN (DISERAP):

1. Fakhrulzaman Wan Abdullah Zawawi;
2. Mohd Qayyum Marjoni Sabil;
3. Mohd Shahrul Hakim Rahim;
4. Mohd Zafran Akramin Abd Razak
5. Mohammad Amir Zikri Pauzi

DIGUGUR:

1. Ahmad Fakri Saarani,
2. Amar Rohidan
3. Mohd Fitri Omar

Admin harap, penyokong KELANTAN terus kekal menyokong dan memberi komitmen sokongan anda 200% agar KELANTAN menjadi pasukan digeruni pihak lawan setiap musim. ANOK-ANOK KELATE JANGAN LUPE SHARE ARTIKEL NIH...

BHarian Online
loading...

Tiada ulasan :

Catat Ulasan

LIKE PAGE KAMI UNTUK BERITA TERKINI Button Close