loading...

Khamis, 7 April 2016

Berhati-hati!! Perangai Ayah Terhadap Isterinya Mempengaruhi Tingkah Laku dan Emosi Bayi, Jaga-jaga Ya Suami

3 ulasan





Berhati-hati!! Perangai Ayah Terhadap Isterinya Mempengaruhi Tingkah Laku Bayi, Jaga-jaga Ya Suami | Lama tak buat entri kali ni nak kongsi kisah dan ilmu berguna kepada para pembaca teruma bakal-bakal ayahy dan ibu. Tahukah kamu wahai ayah taua bapa atau bakal menjadi ayah tingkah laku kamu dan layanan kamu terhadap isteri kamu tengah sarat mengadung mempengaruhi tingkah laku dan emosi bayi anda? Meh saya kongsikan ilmu berguna saya dapatkan dari facebook.


Pernah tak anda perasan si kecil yang baru menginjak usia setahun sudah semakin bijak dan adakalanya menunjukkan kelakuan seperti orang dewasa. Kadang kala perangainya saling tak tumpah seperti si ayah!

Si kecil sudah pandai bersuara garang dan meninggi suara, padahal tak pernah pula kita mengajar dia berkelakuan sedemikian. Dalam fikiran mulalah terbayang ini mesti pengaruh kawan-kawan yang sama tinggal di taska atau rumah pengasuh.

Sebenarnya tanpa kita sedari, tindak tanduk kita sendiri yang telah mempengaruhi dan membentuk karektor si anak. Sebab itu orang selalu pesan kalau tengah mengandung, ibu perlulah menjaga kelakuan dan kata-kata. Takut nanti anak dalam kandungan ikut perangai yang tak elok.

Tetapi kita lupa bahawa bukan ibu sahaja yang perlu menjaga perilaku sebaliknya bakal ayah juga perlu menjaga perangai dan tindak-tanduknya terhadap isteri yang sedang hamil.

Perkongsian daripada Dr.Suriyakhatun, seorang pakar homeopati sangat menarik untuk dijadikan panduan kepada bakal ibu dan ayah sekalian.

Menurut beliau perangai dan tindak-tanduk ayah terhadap isterinya dan perasaan serta emosi ayah semasa ibu sedang mengandung akan mempengaruhi bayi yang dikandung! Emosi ayah semasa ibu mengandung mempengaruhi perkembangan anak yang dikandung.

Beliau yang menghadiri bengkel Homeopathy di Cyberjaya University College of Medical Sciences turut tertarik dengan perkongsian daripada salah seorang pensyarah jemputan iaitu Professor Dr Parinaz Humranwala.

Dr Parinaz telah menghasilkan sebuah software yang boleh menganalisa 'temperament' seseorang dan dikaitkan dengan ubat homeopati yang serasi.

Dr. Suriyakhatun memberitahu pengalamannya menemui ramai ibu hamil yang tertekan dengan suami mereka dan mengadu tentang perbuatan suami sepanjang mereka mengandung.

"Ada kalanya saya akan panggil suami mereka untuk terangkan kepadanya supaya lebih prihatin dan berikan perhatian yang lebih kepada isteri serta sabar melayan kerenah isteri yang sedang mengandung namun tidak semua suami boleh terima apa yang saya katakan."

Kongsinya lagi, Dr Parinaz turut menceritakan sebuah kisah seorang suami yang pemabuk (di India) dan sering memukul isterinya setiap malam setelah balik dari 'bar' . Keesokan paginya dia amat menyesal dan berjanji tidak akan buat namun tetap mengulanginya juga.

Semasa isterinya mengandung, isterinya membuat keputusan untuk lari dari rumah maka semasa tujuh bulan mengandung dia berpindah ke bandar lain dan mengutus email kepada suaminya memberitahu untuk menuntut cerai dan tidak akan balik lagi.
Semasa anak lelakinya berumur 5 tahun, anaknya telah memukul ibunya pada waktu tengah malam dan keesokan pagi, apabila ibunya bertanya dia menjawab betapa dia sayang sangat kepada ibunya dan tidak pernah dan tidak akan memukul ibunya.

Nyata perbuatan memukul si ibu di tengah malam tidak disedarinya. Mujurlah Dr Parinaz berjaya merawat emosi pelik anak ini dan bagi anak ini. Perangai pelik ini mungkin telah diturunkan kepadanya oleh si ayah semasa ibunya mengandung dahulu.

Apa jua pengaruh buruk yang berlaku semasa ibu mengandung mempengaruhi kandungan dan jangan ingat hanya emosi sahaja yang boleh terjejas, mungkin ada juga fizikal yang akan terjejas!



Sumber: Facebook Dr.Suriyakhatun https://www.facebook.com/Dr.Suriyakhatun/?fref=ts
loading...

3 ulasan :

  1. Hello, Adakah anda memerlukan pinjaman dari syarikat yang paling dipercayai dan boleh dipercayai
    dalam dunia? jika ya maka hubungi kami sekarang untuk kami menawarkan pinjaman kepada semua
    kategori pencari sama ada syarikat atau untuk kegunaan kakitangan. kami menawarkan
    pinjaman pada kadar faedah 3%, Hubungi kami melalui e-mel:
    fundsking@gmail.com

    (1) Nama Penuh
    (2) Alamat Penuh
    (3) Negara
    (4) Umur
    (5) Pekerjaan
    (6) Beritahu nombor telefon
    (7) Seks:
    (8) Jumlah Pinjaman yang diperlukan:
    (9) Tempoh Pinjaman

    Email kami di: fundsking@gmail.com

    BalasPadam
  2. Adakah anda memerlukan pinjaman segera kami menawarkan pinjaman di seluruh dunia untuk yang memerlukan pinjaman peluang perniagaan yang anda mempunyai yang cari adalah di sini lagi. e-mel kami di: mrwilliam751@gmail.com
    BORANG PERMOHONAN PINJAMAN
    1) Nama Penuh:
    2) Jenis Kelamin:
    3) Jumlah Pinjaman Diperlukan :.
    4) Tempoh Pinjaman:
    5) Negara:
    6) Alamat Rumah:
    7) Nombor Telefon:
    8) Pendapatan Bulanan:
    9) Pekerjaan:
    ) Yang anda mengetahui mengenai kami.
    Selamat sejahtera.

    BalasPadam
  3. Perhatian !!! Perhatian !!!!
    Adakah anda memerlukan pinjaman? Adakah anda memerlukan pinjaman segera untuk membersihkan hutang anda atau anda memerlukan pinjaman modal untuk meningkatkan perniagaan anda? Adakah anda pernah ditolak oleh bank dan agensi kewangan yang lain? Cuma perlu, kerana kita berada di sini untuk semua masalah kewangan anda. Kami memberi pinjaman pada kadar faedah sebanyak 2% kepada orang ramai, syarikat dan masyarakat dengan cara yang jelas dan mudah difahami, terma dan syarat ini.
    Tiada pemeriksaan kredit diperlukan, 100% dijamin. Sila memohon sekarang melalui e-mel kami dan anda akan gembira anda lakukan kerana kami akan membuat semua masalah kewangan anda satu perkara yang telah lalu.
     
    Emel kami di: (Caroljonesloanfirm@gmail.com)

    BalasPadam

LIKE PAGE KAMI UNTUK BERITA TERKINI Button Close