loading...

Khamis, 2 Jun 2016

5 PERKARA RIAK YANG DILAKUKAN DALAM MEDIA SOSIAL, JOM SKODENG

Tiada ulasan
5 PERKARA RIAK YANG DILAKUKAN DALAM MEDIA SOSIAL, JOM SKODENG | perangai riak di kalangan manusia pada zaman moden semakin teruk dan semakin menjadi-jadi, inilah penyakit yang paling busuk... Tahukah anda Allah tidak suka seseorang itu riak dan takbur. Sifat riak ni suka menunjuk-nunjuk secara sengaja atau tak sengaja.. Meh putra ulas pengertian RIAK yang kamu semua tidak faham...



Pengertian

Menurut imam al-Ghazali: riak adalah mencari kedudukan pada hati manusia dengan memperlihatkan kepada mereka hal-hal kebajikan.
 
Menurut Habib Abdullah Haddad: riak adalah menuntut kedudukan atau minta dihormati dari kalangan orang ramai dengan amalan yang ditujukan untuk akhirat.
 
Menurut pendapat ulama: riak bermaksud mempamerkan atau menunjukkan amalannya yang baik dengan tujuan supaya dipuji sama ada dengan pangkat, wang atau harta, isteri, suami dan sebagainya.

Riak dari segi bahasa maksudnya memperlihatkan, manakala dari segi istilah ialah melakukan sesuatu bukan kerana Allah. Riak ini adalah sesuatu yang bahaya, maksudnya amatlah kronik sehinggakan ia menjadi kebimbangan Rasulullah SAW, di dalam hadis yang marhumnya,

“Yang paling takuti aku atas kalian adalah syirik kecil” Para sahabat bertanya, “wahai Rasulullah, apakah syirik kecil itu?” Baginda menjawab, “Riak” (HR Ahmad).

Syirik maknanya mensekutukan Allah dengan sesuatu yang lain.


Ok kali ni putra kongsikan 5 perkara riak yang selalu dilakukan oleh kita di media sosial,sebenarnya banyak tapi ini contoh sahaja.


1 ) Riak Duit




- sengaja tunjuk-tunjuk foto dan status tentang banyak duit anda dapat, alasan untuk mengajak orang ramai join biz atau sebaliknya.


2) Riak Kereta




- Woooowowowow Baru beli kereta, lagi-lagi kereta mewah seperti BMW, Ferrari dan sebagainya.


3) Riak Sambut Birthday atau ulang Tahun perkahwinan atau Majlis Perkahwinan dll.




- Kalau boleh biar semua tahu kita sambut sesuatu majlis terlalu glamour dan berkelas tinggi.


4) Riak Menunjuk-nunjuk Check in atau Bercuti di tempat mewah, beli pakaian mewah dll.


- ini riak yang selalu kita nampak di Facebook, Instagram dll. Kenapa nak tunjuk dekat orang kita berada di mana.. Check in di hotel 5 bintanglah, ada jakuzi di bilik mandilah dll.


5) Riak Status Di Media Sosial


- yang ni pun ramai, suka post gambar baru dapat anak, sudahlah anak baru sahaja keluar nampak dunia,lepas tu si ibu baru lepas bersalin dengan keadaan kusut masai, tak bertudung dan sebagainya.. Jangan riak saudara,orang lain pun ada anak. Ada juga bagitahu anak dapat 10 A1 SPM, anak pandai mengaji, anak pandai merempit,ekkk tak da pulakkan...


Kesimpulannya penyakit riak ini amat-amat tidak disukai oleh Allah s.w.t, jauhi amalan dan ikutan syaitan ini, semoga kita semua terhindar dari riak dunia... Sebarkan ya..
loading...

Tiada ulasan :

Catat Ulasan

LIKE PAGE KAMI UNTUK BERITA TERKINI Button Close