loading...
Ahad, 6 September 2015
RESEPI SIZZLING YEE MEE - Jangan makan kat JUSCO jer...
Posted by
Unknown,
on
9:36:00 PTG
RESEPI SIZZLING YEE MEE - Jangan makan kat JUSCO jer... | selalu pi shopping mall pasti terasa lapar carilah kedai-kedai makan kat dalam tu,bila tengok sizzling yee mee ni terus nak oder. Apa kata jangan oder beli bahan-bahan dia buat sendiri, bila masak sendiri ni boleh buat lebih sikit,nak lebihlak lauk ke sayur ke rasa ke... Jom masak Sizzling yee mee...
BAHAN-BAHAN :-
- 9 ulas bawang putih ( ketuk atau hiris)
- 2-3 inci halia ( hiris nipis)
- 5-6 tangkai Cili kering ( potong 2 atau 3) nak pedas boleh lebihkan..
- sebelah dada ayam
- sebungkus cendawan shitake
- sos tiram
- kicap pekat dan kicap cair
- serbuk lada hitam
- sesudu kecil minyak bijan
- 4-5 cawan air (ikut suka pun boleh)
- 3-4 sudu besar tepung jagung untuk pemekat ( harus di bancuh dengan air)
- sayur sawi
- yee mee
CARA-CARANYA :-
- tumis bawang putih, halia dan cili kering bila hingga kekuningan.
- masukkan ayam kemudian sedikit air..
- masukkan cendawan..
- masukkan air, biarkan seketika hingga ayam masak..
- Masukkan semua perasa (kicap, sos tiram,lada hitam)
- masukkan minyak bijan
- tutup seketika.. pastikan cendawan dan ayam betul2 masak
- masukkan cecair tepung jagung untuk memekatkan kuah..
- bila rasa dah ok... dah boleh la mulakan proses membuat yee mee atas hot plate tu...
UPDATE :-
- mula mula masukkan mee atas hot plate, letakkan sayur di atasnya, kemudian curahkan kuahnya sesenduk di atas mee tersebut, pecahkan telur jika mahu, dan teruskan mencurahkan kuah beserta lauk dan cendawan secukupnya... kacau kacau mee untuk serasakan kelembutannya
- kalau takda hot plate.. boleh je satukan.. masukkan yee mee bersama kuah dalam kuali..
UNTUK YEE MEE :-
- rendam seketika dengan air masak, dalam 5-10 minit, kemudian buang airnya dan biarkan seketika. air tu perlu dibuang untuk mengelakkan mee terlalu lembut, anda akan dapati mee masih lagi keras ketika air telah dibuang, namun jangan risau, mee itu akan cepat lembut bila dibiarkan seketika.. lagipun nanti kita akan masak mee itu sekali lagi bersama kuahnya. mee itu akan lembut juga nanti, so tak perlu la rendam lelama..
Sudah masak apa lagi jom hidang untuk dimakan dengan seleranya...
RESEPI NASI AYAM MADU BUKAN KITA BERMADU YA
Posted by
Unknown,
on
9:31:00 PTG

RESEPI NASI AYAM MADU BUKAN KITA BERMADU YA | hahahha admin hanya bergurau sahaja. Bila lihat sahaja pada rupanya membuat anda meleleh air liur, nak bermadu takut dikejar dimarah oleh isteri,jadi dapat bermadu dengan ayam madu jadilah,kihkihkih.
BAHAN-BAHAN :-
- 4 cawan beras
- 1 ekor ayam - dipotong 6
- 2 paket sup bunjut
- 1 ½ inci halia
- 4 ulas bawang merah
- 4 ulas bawang putih
- 5 sudu besar madu
- 4 sudu besar kicap manis
- 3 liter air
- sedikit garam dan serbuk perasa
- Tumis bawang merah, bawang putih dan halia. Setelah kuning, masukkan air, sup bunjut dan ayam. Tambahkan garam dan serbuk perasa dan masak hingga ayam empuk.
- Setelah masak, keluarkan ayam dan perap bersama madu dan kicap manis. Sebahagian dari sup tadi dicampurkan bersama beras yang telah dibersihkan lalu dimasak seperti biasa.
- Kemudian goreng ayam yang telah diperap tadi di dalam minyak yang sedikit. Setelah masak, potong ayam kepada bahagian yang kecil.
Sedia untuk dihidangkan. Selamat mencuba.Makan dengan bersama family tau..
Cara Nak jimatkan bateri smartphone Android Anda
Posted by
Unknown,
on
9:28:00 PTG
Cara Nak jimatkan bateri smartphone Android Anda | Zaman sudah moden,pelbagai peranti telah dibangunkan seperti telefon pintar atau smartphone. Bagi pengguna smartphone android pasti anda agar kurang mesra kerana bateri terlalu cepat kehabisan dek kerana melayari internet,bermain game dan sebagainya. jangka hayat bateri bagi pengguna amat-amatlah penting paling kurang pun 24jam, 48 jam pula tanpa online internet atau game.
Gambar : google.com
Dibawah ini adalah beberapa tips ataupun cara untuk jimatkan bateri korang :
1. Gunakan wallpaper yang gelap
Jika smartphone korang menggunakan skrin AMOLED ( kebanyakan telefon
Samsung menggunakan skrin ini ), gunakan wallpaper atau background yang
gelap kerana skrin AMOLED hanya menerangi piksel yang berwarna sahaja.
2. Jangan gunakan fungsi Auto-Brightness
Menggunakan fungsi Auto-Brightness kedengaran seperti bagus tetapi perlu
diingat, kebiasaannya fungsi ini akan memaparkan cahaya yang cerah
lebih daripada apa yang korang perlukan. Sebaiknya korang gunalah
paparan kecerahan cahaya secara manual sahaja.
3. Matikan Vibrate ( Getaran )
Penggunaan vibrate pada smartphone juga boleh mengakibatkan bateri cepat
drain kerana ia memerlukan kuasa yang lebih untuk bergetar. Selain itu
korang juga perlu mematikan fungsi haptic feedback.
4. Kurangkan masa "timeout" skrin. ( sleep )
Kebanyakan smartphone android mempunyai "timeout" untuk memadamkan
cahaya ataupun sleep adalah 15 saat. Gunakan seminimum mungkin untuk
penjimatan bateri korang.
5. Matikan notifikasi
Matikan segala notifikasi pada smartphone korang, lebih-lebih lagi jika waktu tidur.
6. Gunakan fungsi Saving Mode
Jika smartphone korang mempunyai fungsi penjimatan bateri atau Saving
Mode atau lain-lain aplikasi pengurusan bateri, gunakan ia.
7. Pilih jenis Sync aplikasi
Matikan ataupun pilih jenis Sync pada smartphone korang. Contohnya
seperti Google Account, pilih sync yang perlu sahaja seperti sync email,
kenalan dan sebagainya atau korang juga boleh menetapkan masa sync
tersebut, contohnya setiap 15 minit sekali sync. Mematikan fungsi sync
ini juga dapat menjimatkan penggunaan data internet korang.
8. Matikan GPS
8. Matikan GPS
Matikan fungsi GPS jika anda tidak menggunakannya.
Selamat mencuba!!
Cara Buat Roti Canai Yang Sedap Di Makan
Posted by
Unknown,
on
8:45:00 PTG
![]() |
| roti canai sedap |
Haaa kakak-kakak makcik makcik diluar sana tu, kalau nak laki lekat melekat dekat rumah selalu, meh belajar masak benda ni.. Selalunya kaum adam ni aka suami kakak-kakak makcik-makcik ni lepak kedai kopi akan oder benda ni. Apa lagi roti canailah. Meh sini nak habaq sikit, roti canai ni umpama skandal suami-suami tau. Benda wajib kene makan tiap-tiap pagi. Jadi kakak-kakak makcik-makcik tak nak laki layan skandal mereka belajar cara buat benda ni iaitu roti canai. Nak habaq sikit ni roti canai kat kedai mamak tu bukan sedap oiii,kekadang roti jer lebih,kuah tak sedap langsung. Apa kat kakak makcik masak sendiri,bila pekene air tangan isteri ni memang sedap,tambah pula dengan kasih sayang terhadap suami rasa ikhlas lagi pasti membuatkan roti tu menjadi empuk dan enak di makan. Nercaya suami kakak makcik mintak selalu. bertambah sayang suami dekat kakak-kakak makcik-makcik. tak nak cita panjang jom belajar.
Bahan-bahan ( 12-16 biji )
- 550 gm tepung gandum
- *250 gm air
- *1 egg-50gm
- *3 Tbsp susu pekat manis-60gm
- *1 tsp garam-6gm
- *1 tsp butter/margerin-15gm
- 1-2 Tbsp tepung gandum-untuk di tambah kalau terlebih lembik semasa menguli
Cara-cara
- masukkan bahan * kedalam bekas, kacau hingga sebati
- masukkan bancuhan air tadi kedalam tepung.
- uli hingga jadi doh
- rehatkan doh selama 10min
- uli lagi selama 5min
- **ulang step 4&5 sebanyak 3 kali.** Noticed-lepas kali ke 3 process uli&rehat, doh bertambah kenyal n tak melekat. so jgn risau kalau 1st process terasa doh melekat di tangan. kalau ranya lembik lg selepas 2nd time uli&rehat, tambah sedikit tepung(1 tbsp)
- advisable uli guna tangan-tp nak pakai bread machine pun boleh. Utk bread machine. follow step 1,2,3 diatas. masukkan dlm machine: program basic bread..biarkan process selama 1hr 15min. selalunya doh lembik skit sebab temp bread maker. masa machine pause, kluarkan doh, uli kekejap dengan sedikit tepung. dan masukkan balik dlm machine.
- bentuk bulat2. produce 12-16 biji depending on the size.perap selama 3jam atau lebih Dan boleh di kibar atau di tarik2.
- *nb:jika tak habis kebar, bole simpan dalam fridge up to 2 day
- *tips: terlebih uli, dought akan kenyal, dan susah nak kebar. bila masak roti akan kenyal. that's why process uli , rest, di ulang 3 kali.
- *NB: refer to komen from skyblue&yani:I dah update jumlah air to 250gm. nak clarify ,Dough roti canai ni memang keras berbanding dengan dought roti bun biasa. tetapi, jangan risau, selepas diperap , dough akan lembut. coz kalau terlalu lembik, nanti bila nak kibar, akan koyak. kalau tak tau kibar, bole la tarik, nipis2...
- lupa nak cakap. masa lepas dibulat2kan, hendakklah disapu dengan magerin, then baru simpan..and masa nak kibar pulak, hendaklah di penyek2 dulu sebesar tapak tangan, and restkan selama 10 min, bole buat byk2, then barulah di penyek besar2 utk proses kibar.
Selamat mencuba ya!!
Rabu, 2 September 2015
Gadget - Peralatan Digunakan Pencuri Untuk Mencuri Gadget
Posted by
Unknown,
on
2:52:00 PG
Gadget - Peralatan Digunakan Pencuri Untuk Mencuri Gadget | Selalu kita dengari kereta dipecahkan cermin dan dicuri segala handbag dan barang-barang berharga di dalam kereta terutamanya gadget seperti telefon pintar, walkman, laptop, iphone, ipad, tab dan sebagainya
Disini put kongsikan peralatan seperti gadget juga yang digunakan Pencuri yang dipanggil alat Inductive Amplifier (rujuk gambar yang disertakan) yang dapat mengesan medan elektrik dari notebook/laptop tersebut.
Alat ini senang di dapati dikedai-kedai terpilih dan harganya murah malah senang dibawa.
Sekiranya BATERI pada laptop dicabut dan diletak di tempat lain, masih juga tidak selamat kerana di dalam komponen laptop@notebook itu sendiri mempunyai BATERI didalamnya (CMOS).
UNTUK MENGELAKKAN RISIKO KECURIAN, SILA BAWA LAPTOP DAN LAIN-LAIN GAJET SEPERTI TABLET, SMART PHONE , IPHONE DLL.
Jangan sekali-kali tinggalkannya didalam kereta!!
Semoga anda beringat dan selamat..
Disini put kongsikan peralatan seperti gadget juga yang digunakan Pencuri yang dipanggil alat Inductive Amplifier (rujuk gambar yang disertakan) yang dapat mengesan medan elektrik dari notebook/laptop tersebut.
Alat ini senang di dapati dikedai-kedai terpilih dan harganya murah malah senang dibawa.
Sekiranya BATERI pada laptop dicabut dan diletak di tempat lain, masih juga tidak selamat kerana di dalam komponen laptop@notebook itu sendiri mempunyai BATERI didalamnya (CMOS).
UNTUK MENGELAKKAN RISIKO KECURIAN, SILA BAWA LAPTOP DAN LAIN-LAIN GAJET SEPERTI TABLET, SMART PHONE , IPHONE DLL.
Jangan sekali-kali tinggalkannya didalam kereta!!
Semoga anda beringat dan selamat..
Petua dalam Islam : Cara Menangani Bayi Selalu Nangis Malam
Posted by
Unknown,
on
1:51:00 PG
![]() |
| bila bayi menangis |
Tangisan biasa selalunya ada kaitan dengan punca yang jelas seperti tercucuk pin pakaian, pakaian terlalu ketat menyebabkan bayi terasa tidak selesa, lampin basah, rasa terlalu panas, sakit perut, dahaga, lapar, rasa kesepian dan sebagainya. Sesetengah bayi atau anak kecil akan menangis apabila berubah tempat tidur, dari tempat gelap yang biasa dia tidur, berpindah ke tempat terang atau sebaliknya. Anak-anak yang dibawa balik kampung menghadiri majlis kenduri mungkin akan menangis kerana suasana tempat tidur yang berubah atau sebaliknya. Walaupun demikian, tangisan yang memanjang dan kuat tidak semestinya mempunyai sebab atau punca yang jelas. Tidak semestinya kerana lapar, dahaga, kesejukan, panas atau kehilangan orang yang selama ini berada di sampingnya, iaitu si ibu. Ada orang yang mengaitkan keadaan sedemikian rupa, yang dikenali sebagai sawan tangis, akibat gangguan makhluk-makhluk halus, tidak kira sama ada gangguan tersebut akibat perbuatan makhluk halus yang dilibatkan dengan perbuatan manusia, ataupun akibat gangguan jin yang menggemari manusia, sejak seseorang itu dilahirkan. Ini dikenali sebagai qarin atau makhluk halus yang datang menumpang bersama manusia.
Perkataan “qarin” berasal daripada bahasa Arab, bermaksud teman atau pasangan. Istilah qarin bererti roh-roh jahat, yang terdiri daripada makhluk-makhluk halus yang sentiasa mendampingi manusia, sejak seseorang itu dilahirkan sehinggalah dia meninggal dunia. Kewujudan qarin di samping manusia ialah untuk membiasakan, iaitu untuk menggoda atau menyesatkan, sehingga manusia itu tunduk kepada nafsu, yang akhirnya melakukan dosa, tidak kira sama ada dosa itu dosa kecil berpanjangan atau dosa besar seperti membunuh, berzina, makan harta anak yatim dan sebagainya. Cara lain ialah dengan memesongkan iktikad mereka sehingga membawa kepada perbuatan syirik atau murtad. Selain itu, qarin juga berusaha untuk mencederakan fizikal dan roh manusia secara bersendirian ataupun dengan perantaraan manusia, menyebabkan manusia menggunakan jin-jin untuk melakukan perbuatan tertentu seperti untuk menyakiti orang lain dan sebagainya. Apabila ini berlaku, maka dari sini terjadilah kegiatan sihir.
Sawan Tangis itu ada 2 punca utama:
1. Ia bersifat fizikal seperti kerana lapar, haus dan sejuk, rasa hilang keselamatan diri seperti kehilangan orang yang selalu berada di sampingnya, biarpun buat sementara. Sakit seperti kembung perut atau selesema. Termasuk dalam kategori ini ialah sakit akibat jangkitan kuman dan juga kecacatan anggota seperti terhantuk, terjatuh dan sebagainya.
2. Ia akibat gangguan makhluk-makhluk halus. Allah s.w.t. menjadikan manusia itu daripada dua unsur utama, iaitu jasad dan roh. Islam mengajar agar anak yang baru dilahirkan diazankan di telinga kanan dan diiqamatkan di telinga kirinya. Itulah ajaran terawal yang mesti diperhatikan dan dilakukan dengan tujuan agar bayi itu mendengar kalimah Allah sebaik-baik sahaja dilahirkan. Pencipta yang melahirkan bayi yang baru dilahirkan, yang memberi rezeki dan membesarkannya, dan akhirnya akan mematikannya untuk menemui-Nya.
Sekiranya diamalkan sedemikian, Insya-Allah, bayi berkenaan tidak akan diganggu oleh ummu`s-sibyan, iaitu sejenis makhluk jin yang sering mengganggu bayi, yang boleh menyebabkan timbul pelbagai masalah termasuk gangguan tidur pada waktu malam, yang akhirnya boleh menyebabkan demam panas ataupun sawan. Ini juga membuktikan bahawa roh bayi atau anak kecil boleh terganggu akibat gangguan yang tidak dapat dilihat oleh mata kasar, ataupun melalui eksperimen teknologi moden. Dalam masa tertentu, anak itu kadang-kadang memperlihatkan reaksi luar biasa dengan wajah yang ketakutan seolah-olah sedang melihat satu objek yang menggerunkan di hadapannya. Mungkin sukar untuk menjelaskan bagaimana gangguan yang tidak dapat dilihat itu boleh mengganggu bayi menyebabkan dia tidak berhenti-henti menangis, terkujat-kujat dan terketar mulut sehingga tidak terdengar suara tangisannya menyebabkan ibu dan juga bapanya menggelabah.
TANDA-TANDA
Ada beberapa tanda lumrah yang boleh diperhatikan oleh mata kasar sekiranya bayi atau kanak-kanak itu menangis akibat gangguan seperti yang dijelaskan, bukan disebabkan akibat luaran.
1. Tangisan biasa selalunya disertai dengan air mata. Keadaan ini jarang berlaku pada mereka yang menangis akibat gangguan, manakala suara tangisannya juga berlainan daripada tangisan biasa. Dalam keadaan tertentu tangisan ini mungkin disertai dengan air mata yang amat sangat.
2. Kanak-kanak ini kadang-kadang berhenti menangis sebentar, kemudian menangis semula. Mata yang pejam ketika berhenti menangis itu akan melahirkan ombak pada kelopak mata, seolah-olah kedua-dua biji matanya itu sedang memerhatikan sesuatu di bahagian kanan dan kiri.
3. Tangisan akibat gangguan selalunya mengeluarkan suara yang mendayu-dayu dan berpanjangan. Mata bayi kelihatan pejam. Tangisan terjadi seumpama dalam keadaan tidak sedarkan diri (tidur).
4. Dahi atau bahagian tengah, antara dua alis kadang-kadang berkerut, seolah-olah ada sebiji mata di bahagian tersebut yang sedang memerhatikan sesuatu.
5. Sering terjadi pada anak-anak kecil yang terganggu, mereka menangis dan menjerit dalam keadaan ketakutan dan menggigil seolah-olah disergah oleh sesuatu yang menakutkan. Anak ini setelah puas menangis, akan tidur sebentar, lalu menangis lagi dalam keadaan teresak-esak yang disertai dengan tarikan nafas yang tersekat-sekat.
PETUA
Terlalu banyak kaedah atau usaha boleh dilakukan yang diajar oleh Rasulullah s.a.w. dalam usaha mengatasi masalah seperti ini. Di antaranya ialah:
Dengan membacakan surah al-Fatihah, ayat al-Kursi, surah an-Nas dan surah al-Falaq, kemudian hembuskan pada ubun-ubun anak. Lakukan sebanyak 3 kali. Sekiranya anak-anak ini masih juga menangis, bacakan azan di telinga kanannya dan iqamah di telinga kiri. Lakukan sekali ataupun 3 kali.
Dalam sebuah hadis riwayat oleh Abu Isa at-Tarmizi, katanya telah diriwayatkan oleh Aqabah bin Amir al-Juhani, daripada Nabi sabdanya: Sesungguhnya Allah telah menurunkan kepada aku beberapa ayat yang tidak diperlihatkan seumpamanya, iaitu Qul a'uzu bi rabbinnas dan Qul a'uzu bi rabbilfalaq sehingga akhirnya. Hadis ini bermaksud bahawa Allah telah menurunkan dua ayat tersebut kepada Rasulullah yang mempunyai fadhilat yang amat besar, iaitu untuk melindungi diri daripada bahaya teguran hasad dan pandangan mata jahat. Termasuk dalam kategori pandangan mata jahat ialah manusia yang dibantu oleh jin-jin untuk melakukan perbuatan sihir, yang memancarkan pandangan jahatnya kepada mangsa melalui pandangan mata, termasuk bayi atau anak-anak yang menyebabkan berlakunya gangguan roh. Mudarat akibat daripada pandangan mata jahat memang boleh berlaku. Dalam menghadapi masalah seperti ini Rasulullah membenarkan Asma' Binti Umays (isteri seorang sahabat) untuk meminta pertolongan kepada orang yang tahu menjampi dalam usaha untuk menolong merawat anak Jaafar, iaitu saudara kepada Ali Abu Talib.
Petua dalam Islam : Cara Menangani Bayi Selalu Nangis Malam, apa-apa pun kita sebagai umat dan beragama islam harus percaya dan mengikut petua amala-amalan islam sememangnya mujarat dan berkesan,jangan sampai jadi kurafat.
Langgan:
Catatan
(
Atom
)




