loading...

Ahad, 6 September 2015

RESEPI NASI AYAM MADU BUKAN KITA BERMADU YA

Tiada ulasan

RESEPI NASI AYAM MADU BUKAN KITA BERMADU YA | hahahha admin hanya bergurau sahaja. Bila lihat sahaja pada rupanya membuat anda meleleh air liur, nak bermadu takut dikejar dimarah oleh isteri,jadi dapat bermadu dengan ayam madu jadilah,kihkihkih.


BAHAN-BAHAN :-

  • 4 cawan beras
  • 1 ekor ayam - dipotong 6
  • 2 paket sup bunjut
  • 1 ½ inci halia
  • 4 ulas bawang merah 
  • 4 ulas bawang putih
  • 5 sudu besar madu
  • 4 sudu besar kicap manis
  • 3 liter air
  • sedikit garam dan serbuk perasa
CARA-CARANYA :-
  1. Tumis bawang merah, bawang putih dan halia. Setelah kuning, masukkan air, sup bunjut dan ayam. Tambahkan garam dan serbuk perasa dan masak hingga ayam empuk.
  2. Setelah masak, keluarkan ayam dan perap bersama madu dan kicap manis. Sebahagian dari sup tadi dicampurkan bersama beras yang telah dibersihkan lalu dimasak seperti biasa.
  3. Kemudian goreng ayam yang telah diperap tadi di dalam minyak yang sedikit. Setelah masak, potong ayam kepada bahagian yang kecil.


Sedia untuk dihidangkan. Selamat mencuba.Makan dengan bersama family tau..
loading...

Tiada ulasan :

Catat Ulasan

LIKE PAGE KAMI UNTUK BERITA TERKINI Button Close