Gambar : google.com
Dibawah ini adalah beberapa tips ataupun cara untuk jimatkan bateri korang :
1. Gunakan wallpaper yang gelap
Jika smartphone korang menggunakan skrin AMOLED ( kebanyakan telefon
Samsung menggunakan skrin ini ), gunakan wallpaper atau background yang
gelap kerana skrin AMOLED hanya menerangi piksel yang berwarna sahaja.
2. Jangan gunakan fungsi Auto-Brightness
Menggunakan fungsi Auto-Brightness kedengaran seperti bagus tetapi perlu
diingat, kebiasaannya fungsi ini akan memaparkan cahaya yang cerah
lebih daripada apa yang korang perlukan. Sebaiknya korang gunalah
paparan kecerahan cahaya secara manual sahaja.
3. Matikan Vibrate ( Getaran )
Penggunaan vibrate pada smartphone juga boleh mengakibatkan bateri cepat
drain kerana ia memerlukan kuasa yang lebih untuk bergetar. Selain itu
korang juga perlu mematikan fungsi haptic feedback.
4. Kurangkan masa "timeout" skrin. ( sleep )
Kebanyakan smartphone android mempunyai "timeout" untuk memadamkan
cahaya ataupun sleep adalah 15 saat. Gunakan seminimum mungkin untuk
penjimatan bateri korang.
5. Matikan notifikasi
Matikan segala notifikasi pada smartphone korang, lebih-lebih lagi jika waktu tidur.
6. Gunakan fungsi Saving Mode
Jika smartphone korang mempunyai fungsi penjimatan bateri atau Saving
Mode atau lain-lain aplikasi pengurusan bateri, gunakan ia.
7. Pilih jenis Sync aplikasi
Matikan ataupun pilih jenis Sync pada smartphone korang. Contohnya
seperti Google Account, pilih sync yang perlu sahaja seperti sync email,
kenalan dan sebagainya atau korang juga boleh menetapkan masa sync
tersebut, contohnya setiap 15 minit sekali sync. Mematikan fungsi sync
ini juga dapat menjimatkan penggunaan data internet korang.
8. Matikan GPS
8. Matikan GPS
Matikan fungsi GPS jika anda tidak menggunakannya.
Selamat mencuba!!
loading...
Info yang bermanfaat
BalasPadamOk baik.. Terima kasih aras maklumat
BalasPadam