loading...

Rabu, 30 September 2015

Widget : 10 widget Terbaik Untuk cantikkan Blog Anda

Tiada ulasan




  Widget : 10 widget Terbaik Untuk cantikkan Blog Anda | sekarang anda sudah ada blog tetapi blog tak cantik tak menarik tak menawan hati kita mahupun pengunjung. Nah!! put kongsikan 10 widget terbaik untuk cantikan blog anda yang pasti mesra pengunjung. Apa tunggu lagi pasanglah widget ini sekarang.


1) LinkWithin - Memaparkan post berkaitan di dalam blog anda

2) ShareThis - Social sharing widget yang menarik dan pelbagai, sesuai diletakkan di bawah post
 

3) Feedjit - Memaparkan data trafik masa sebenar blog anda hanya di letakkan di sidebar blog 

4) CBox - Dapatkan Cbox dan menambah satu dimensi baru interaksi ke laman web atau blog anda. Cbox adalah chat unik dan aplikasi mesej yang membawa ciri-ciri terbaik daripada sistem chat dan tagging tradisional kepada web sosial. Dan ianya percuma untuk CBox asas

5) Button Terapung Google +1, Facebook, Twitter Buttons Untuk Blogger

6) jQuery image slider - Versi menarik yang lebih ringan, laju dan berbeza daripada segi pilihan kawalan dan navigasi

7) Addthis - Social sharing widget yang dapat menaikkan traffik blog

8) whos.amung.us - mengetahui berapa ramai pelawat di laman web anda? Mengetahui di mana mereka berasal. Semua ini dan banyak lagi boleh didapati

9) Alexa - pembekal terkemuka metrik, free web global. Gunakan analisis ini untuk analisis kompetitif, penandaaras, penyelidikan pasaran, atau pembangunan perniagaan

10) Waktu solat - Memaparkan waktu solat untuk kawasan anda


 Put harap perkongsian artikel 10 widget terbaik ini berguna untuk anda.
loading...

PETUA : Petua Hilangkan Sakit Gigi

Tiada ulasan





Siapa tak pernah sakit gigi memang dia penipu,boleh dikatakan 99.9% manusia di dunia ini mengalami sakit gigi. Dikatakan sakit gigi adalah sakit yang amat-amat teruk boleh membuatkan si pesakit hilang kawalan, jadi pemarah serta merta. Ini satu hari yang teruk bagi mereka mengalami sakit gigi. Dikatakan juga sakit gigi adalah sakit yang paling sakit di antara sakit-sakit lain. Betul ke?? tepuk pipi anda akan rasa sendiri. Kali ini put ingin kongsikan petua turun temurun untuk kurangkan sakit gigi atau sembuhkan sakit gigi anda. Belum cuba belum tahukan..


  • Campurkan sedikit cuka dalam segelas air suam. Gunakan air ini untuk berkumur. Amalkan tiga kali sehari sehingga rasa sakit hilang. Cybalah ya
  • Kunyah sedikit kapur sirih pada gigi yang sakit sehingga lumat. Amalkan sehingga rasa sakit gigi hilang.
  • Makan buah belimbing buluh bersama sedikit garam.
  • Gigit 3 kuntum bunga cengkih pada gigi yang sakit. Jika gigi berlubang, tumbuk bunga cengkih dan isikan ke dalam lubang gigi dan tutup dengan kapas.
  • Untuk gigi berlubang, ambil getah pada tampuk buah betik muda dan sapukan pada gigi yang sakit dengan putik kapas.
  • Untuk gigi geraham berlubang, tumbuk seulas bawang putih hingga lumat dan masukkan sedikit cuka. Masukkan bahan tadi ke dalam lubang gigi.
  • Sapukan getah pokok kemboja pada gigi yang sakit.


Ok tak, kalau ok jangan lupa share ya,agar artikal ini sangat berguna untuk anda semua.






loading...

Selasa, 29 September 2015

Tahukah anda biji Kurma ada Kelebihannya

2 ulasan



Sahabat pencinta Makanan Sunnah! Tahukah anda biji Kurma ada Kelebihannya?? Jika tahu tak baca tak apa,jika tak tahu dan nak tahu baca artikal ini sampai habis. Biji kurma sebenarnya banyak kelebihan yang tersirat yang anda tidak tahu.
Tak semsetinya bulan ramdhan baharu kita nak makan kurma tercari-cari buah kurma. Sebenarnya kurma bila-bila masa boleh makan tak kira bulan ramadhan.
Ironinya bulan Ramadan akan dikaitkan dengan makanan baik untuk berbuka puasa iaitu KURMA atau TAMAR.
Kurma adalah buah ajaib, kecil pada saiznya namun jika diambil secara konsisten setiap hari, ianya adalah makanan terbaik buat kita umat manusia.
Kaya dengan Glukos kerana itu ianya amat sempurna untuk tenaga berpanjangan sepanjang hari.
Langkah demi langkah memproses biji kurma, saya menggunakan biji kurma Ajwa
Namun pada post kali ini saya ingin berkongsi ilmu  dengan biji kurma. Biji kurma sangat banyak khasiatnya, untuk kulit dan juga boleh dibuat minuman seperti kopi
jika anda makan kurma, jangan terus membuang bijinya. Simpan dan kumpul.
Cara cara memproses biji kurma;
  • Basuh biji kurma dan tos kering
  • Taburkan di atas dulang atau penutup periuk dan jemurkan seharian
  • Gorengkan biji kurma tanpa menggunakan minyak , goreng sehingga hangus pastikan biji kurma hitam legam, pada ketika ini biji kurma akan mengeluarkan bau harum dan sangat wangi persis biji kopi!
  • Tumbuk dengan batu lesung atau kisar dengan menggunakan pengisar kering (jangan risau kerana tekstur biji kurma sudah garing dan tidak keras) 
  • Simpan di dalam botol kaca dan boleh digunakan dengan jangkamasa yang lama

Buku Islamic Medicine The Key To A Better Life hasil tulisan dan kajian Yusuf Al Hajj Ahmad membicarakan secara terperinci mengenai KURMA
Kebaikannya? 
1) Sebagai minuman penganti kopi, warnanya tidak segelap kopi tapi rasanya seakan akan kopi. Ianya memberi tenaga baik pada peminum
2) Anda juga boleh menggunakan serbuk biji kopi untuk membuat perapan daging dicampur dengan pelbagai rempah ratus dan Subhanallah perapan daging amat amat lembut
3) Digunakan sebagai scrub badan (saya akan kongsikan tips scrubbing dengan anda pada post yang lain) . Gabungan scrub biji kurma dengan #pevoo dan #madu akan membuatkan kulit badan anda selembut baby!. Natural? yes and safe!
4) Jika anda mengalami masalah keguguran rambut yang serius dan kronik sehingga menyebabkan anda BOTAK!!! maka inilah natural remedy atau cara semulajadi untuk mengaktifkan sel kulit kepala yang sudah mati. Amalan menyapu biji kurma dicampur dengan Minyak Zaitun Ramallah Extra Virgin PEVOO , maka hasilnya adalah TERBAIK. Penggunaan secara Konsisten setiap hari sebelum tidur اِ Ù†ْ Ø´َØ¢ Ø¡َ اللّÙ‡ُ  akan membuatkan sel kulit kepala yang bermasalah kembali sihat dan anak anak rambut kembali keluar dengan sihat!!!
Masya ALLAH, tidaklah ALLAH SWT menyebut sesuatu yang baik di dalam AL QURAN jika tidak mendatangkan kebaikan dan barakah pada semua Umat Manusia
Apa yang penting, YAKIN, TAWAKAL dan ISTIQOMAH
Live and Love Sunnah
Kredit : Munirah

Jika anda rasa artikel ini bermanfaat, anda dibenarkan untuk share dengan rakan-rakan anda. Tekan butang share di bawah. Terima kasih.

PERINGATAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
loading...

Isnin, 28 September 2015

Kelebihan Lelaki Berjanggut dan Kebaikan Untuk Wanita

3 ulasan

 

Anda tahu simpan janggut adalah sunnah Rasulullah s.a.w. tapi anda tahu tak kelebihan lelaki berjanggut dan khasiat untuk wanita...??? Pasti anda tidak tahu kan.. nak tahu baca artikel ini sampai habis, beruntunglah si isteri jika dapat lelaki yang berjanggut.


Kenapa saya suka lelaki berjanggut? sebab perempuan tak boleh ada janggut...hahahaha... dan lelaki yang membela janggut sebenarnya ada kemanisan dia...hihihi

Antara kebaikan dan kelebihan lelaki yang ada membela janggut ialah :

  • Menampakkan kelakiannya
  • Lebih hensem dan berkarisma
  • Penampilan lebih soleh
  • Lebih diminati perempuan ( tengok kaum adam, perempuan cair dengan lelaki ada janggut..hihi)
  • Mencontohi fizikal tokoh-tokoh terdahulu
  • Janggut ini sunnah & Nabi Muhammad sangat sukakan lelaki berjanggut
  • Mempunyai kelebihan dari segi kesihatan
Mari tengok antara gambar membuktikan lelaki berjanggut hensem dan bergaya,hehehe
Hensemkan... senyuman menawan

perghh terbaik ni
Kelebihan dari segi kesihatan bagi yang memelihara janggut:
  • Janggut melindungi kulit, juga melindungi kelenjar sebum dari dijangkiti oleh bakteria jerawat, Vulgaris, sekaligus mencegah jerawat/bintik hitam!
  • Memastikan wajah anda sentiasa hangat dan melindungi dagu anda dari bahaya (jatuh dan sebagainya) 
  • Mencegah dari mendapat risiko penyakit berkaitan tekak dan gusi. 
  • Kebanyakan masalah pernafasan dapat dicegah dengan memelihara janggut.
  • Janggut berupaya meningkatkan kesuburan lelaki dengan cara menghasilkan hormon testosteron yang amat diperlukan bagi kesuburan wanita. ia mampu menstabilkan kitaran haid selain menggalakkan pertumbuhan telur wanita.Malah, untuk isteri-isteri di luar sana, rebutlah peluang ini dengan membelai dan menyentuh janggut suami anda dengan penuh kasih sayang.
  • Untuk para isteri,  rebutlah peluang ini. Celik mata dari tidur jangan terus bangun. Tengok muka suami usap janggut dia dari dagu sampai ke hujung. Nak buat banyak kali pun takper. MasyaAllah.. pahalanya sangat2 hebat ganjarannya.
Kepada suami yang berjanggut pendek, mulai sekarang belalah sedikit panjang agar senang isteri membelai-belai janggut suami tercinta. Itulah hadiah yang paling AWESOME dari suami kepada isteri tercinta. Boleh tak Baby Boo? nati kawin saya nak belai-belai? sekarang tak boleh, tak kawen, dosa...hihihi

Kepada yang tak pernah bela janggut maka belalah. Yang berjanggut pendek, simpan sedikit panjang atau ikutlah panjang mana yang selesa. Wuduk yang diambil setiap kali disapu kemuka akan mengalir dosa-dosa melalui helaian janggut-janggut.


Antara hadith berkenaan janggut :
  •  "Tipiskan misai kamu, dan peliharalah janggut kamu" (Hadith Riwayat Bukhari)
  • "Janganlah kamu menyerupai orang-orang Musyrikin dan peliharalah janggut kamu" (Hadith Riwayat Bukhari & Muslim)
Niatkan memelihara janggut kerana sunnah Rasullullh SAW nescaya anda akan melihat kelebihan dan merasai kebaikan berjanggut. Walaupun pada pandangan anda atau orang lain ianya nampak tidak cantik namun di sisi Allah SWT ianya sudahpun kelihatan elok dan sempurna.

Wahai lelaki, berjanggutlah... Mulai hari ini,apabila si gadis baca artikel ini sudah pasti mereka mencari bakal suami berjanggut,kehkehkeh..
loading...

Khamis, 24 September 2015

Tempahan setting template atau tukar template

Tiada ulasan

Hari ni put nak cerita sikit pasal service member  buat iaitu service setting template atau buat blog untuk customer mengikut citarasa pelanggang.

Harga memang murah gila,jika sudah ada template sendiri tapi tak reti setting cas hanya rm20 jer.. Jika tiada template pakai template dia cas rm80 sekali ngan setting rm100.. Domain pun dia ada sediakan...

Jika korang berminat bolehlah roger put..nanti pun cakap kat tuan tanah.. Nak tengok hasil blog dia buat.. tengok gambar di bawah..

Berminat boleh hantar email ke beritaonlin9@gmail.com nanti dalam email tu bagi tahu suggestion dari " che shariff "...

loading...

Khamis, 17 September 2015

INFO : ANDA PASTI SUKAN SIMPAN 10 JENIS MAKANAN INI DI DALAM PETI AIS TETAPI BERBAHAYA

2 ulasan
INFO : ANDA PASTI SUKAN SIMPAN 10 JENIS MAKANAN INI DI DALAM PETI AIS TETAPI BERBAHAYA | Anda sedar tak bahawa 10 jenis makanan ini tidak sesuai disimpan di dalam peti ais, tak percaya?? baca artikel ini pasti anda percaya dan baru perasan bahawa 10 jenis makanan ini tidak sesuai di simpan dalam peti ais.
1. Ubi Kentang

Ubi kentang akan merasa “gembira” jika anda menyimpan ia di tempat yang kering, dan gelap…. Menyimpan di dalam peti sejuk akan menukar kanji dalam kentang kepada gula, dan ini akan mengakibatkan satu rasa yang kurang enak pada kentang….
2. Tomato
Simpan sahaja tomato di luar peti sejuk di tempat yang kering…. Menyimpan di dalam peti sejuk akan menyebabkan tomat0 kehilangan kesegaran dengan lebih cepat…
3. Madu
Simpan madu di dalam suhu bilik dan jauhkan dari matahari….Menyimpan di dalam peti ais akan menyebabkan madu berbuah bentuk seakan kristal dan mengeras….
4. Tembikai
Menyimpan tembikai di dalam peti sejuk akan mengakibatkan ia kehilangan pengantioksida. Biarkan ia di luar untuk mengelakkan ia kehilangan nutrien yang sepatutnya kita ambil….
5. Bawang
Ramai yang tersilap bahagian ini.Menyimpan bawang dalam peti sejuk akan menyebabkan makanan lain di dalam peti sejuk terkena bau dari bawang. Simpan sahaja bawang di dalam almari makanan….

6. Roti
Ya, ramai yang lakukan ini. Anda menyimpannya di dalam peti sejuk kerana menyangka ianya dapat menghalang pembentukan kulat. Ya, memang ianya menghalang, tetapi ianya akan menjadi sedikit keras dan kering…. Ya, b0leh menyimpannya, tetapi masukkan di dalam bekas khas kontena dan jangan biarkan ia terbuka….
7. Kopi
Ianya akan menyebarkan bau kepada makanan yang berada dalam peti sejuk. Maka, barkan ia di dalam suhu bilik bagi mengekalkan kesegarannya….

8. Bawang putih
Simpan bawang putih di dalam tempat yang gelap, kering an masukkan di dalam beg kertas. Ia akan terus kekal segar. Menyimpan di dalam pet sejuk menggalakkan pertumbuhan kulat pada bawang putih….

9. Sos
Semua sos boleh kekal segar dengan hanya meyimpannya di dalam suhu bilik dalam keadaan kering….

10. Tumbuhan herba
Menyimpan tumbuhan herba di dalam peti ais akan menyebbakan ianya hilang kesegaran dengan lebih cepat. Simpan tumbuhan herba dalam bentuk jambangan bunga, dan letakkan dan biarkan separuh dari herba itu di dalam air…. Biarkan sahaja di dalam suhu bilik….

Moga selepas ini, anda tidak lagi membuat kesilapan menyimpan makanan yang tidak sepatutnya di dalam peti sejuk.KREDIT
loading...

Rabu, 16 September 2015

Kisah Menyayat Hati Arwah Kes kren jatuh di tanah Suci

Tiada ulasan

Ini adalah cerita dari rakan salah seorang arwah yang meninggal dunia di tanah suci ketika kejadian kren tumbang. Hayati dan renungkan.. sesiapa baca pasti cemburu...

Dalam ramai-ramai mangsa jemaah haji yang menjadi korban kren di Tanah Suci, kisah wanita ini yang paling mencuit jiwa saya, dan mungkin anda juga.

Betapa beliau adalah insan yang terpilih di antara yang terpilih. Dipilih menjadi tetamu Allah untuk menunaikan haji pada usia 37 tahun, yg bagi saya sangat istimewa sebab tak ramai yg tunaikan haji pada usia 30-an. Kebiasaannya lewat usia memasuki angka emas. Kemudian, beliau terpilih untuk bertemu Tuhan di tempat suci, tempat yg baik dan dalam ibadat yang sangat besar ganjaran pahalanya. Bukan hanya saat beliau masih bernyawa, malah saat beliau mengakhiri nafasnya juga.
Walaupun meninggal dalam keadaan yang tidak dijangka, dalam keadaan yg mengerikan penuh berlumuran darah dan mayat bergelimpangan, beliau terpilih kerana jasadnya adalah jasad yang paling sempurna. Sempurna, bersih dan indah seperti saat hayatnya di dunia. Dan, jenazahnya dimakamkan di perkuburan kekal Ma'la yang mana tidak semua jemaah yang meninggal di Tanah Suci akan dikuburkan di sana. Perkuburan itu hanyalah untuk para syuhada' sahaja! MasyaAllah indahnya wanita ini dijemput Tuhan.. 

Lihatlah senyumannya saat ingin berlepas ke Tanah Suci. Riang gembira. Seingat saya, antara pengalaman saya menghantar sanak saudara ke dewan pelepasan, suasana yg sering saya lihat penuh dengan linangan air mata dan pelukan erat ahli keluarga. Tapi wanita ini, bahkan ahli keluarganya, tersenyum indah seolah-olah mengerti bahawa wanita kesayangan mereka ini bakal dihantar ke syurga. Wajah wanita ini bersih memancar seri, mungkin tidak sabar bertemu bidadari di sana. Allahu Allah.

Dan saya tidak pernah mengenali wanita ini. Hanya 2 persamaan antara kami berdua: kami rakyat Kelantan dan bergelar seorang guru. Di saat saya mengeluh tentang kerjaya seorang guru dan mengomel tentang anak murid pelbagai ragam, hari ini saya terbayangkan wanita ini saat dia di sekolahnya. Pasti beliau seorang pendidik penyanyang, sabar dan mendidik dengan penuh hikmah. Pasti beliau sentiasa tenang dan tersenyum di sebalik segala ujian. Pasti seluruh rakan sejawat dan anak didik menyenanginya. Dan saya, jauh sekali sepertinya. Allah..

Tadi terbaca nukilan dari adik wanita ini yang menceritakan perihal beliau yang tak pernah meninggalkan solat sunat dhuha dan qiamullail setiap hari. Bagaimana beliau seorang yang berkerjaya mampu mencuri masa untuk menghadap Tuhan di saat guru-guru lain terkejar-kejar ke kelas atau mungkin sedang santai lepak di bilik guru. Dan saya di sini, seringkali punya banyak alasan untuk 2 rakaat dhuha. Sibuk, takde masa, malas nak berwuduk, malas nak mekap banyak kali dan seribu macam alasan lagi. Itu belum masuk soal qiamullail lagi. Astaghfirullah.. 

Dengar kisah wanita ini, mengingatkan saya pada allahyarham Ammar yang syahid di Turki dan juga salah seorang krew pesawat MH17. Keduanya juga terlibat dalam kemalangan yang tidak ingin kita lihat, namun jasad mereka sempurna tanpa cela. Dan kepulangan mereka juga diiringi jutaan doa dari seluruh rakyat dunia, walhal ketika hayat mereka, tidak ramai yang mengenali.
Cikgu, semoga kematian cikgu dapat menghidupkan jiwa-jiwa yang telah 'mati'.
Saya cemburu dengan Cikgu. 

Semoga Cikgu damai di sana bersama para bidadari jelita di taman syurga.
"Maka segeralah kembali kepada mentaati Allah. Sungguh, aku seorang pemberi peringatan yang jelas dari Allah untukmu." [Az-Zariyat:50]
Alfatihah untuk Allahyarhamah Cikgu Siti Nuroshlizan Zulkifli.

-insan hina-
Nur Fadhliah

loading...

Jumaat, 11 September 2015

Update : Video crane jatuh di masjidil haram dan berita terkini...

Tiada ulasan
Inilah adalah berita terkini tentang kejadian crane jatuh di masjidil haram dan ramai cedera parah serta dikatakan ada jemaah haji meninggal dunia.
MAKKAH: Enam jemaah haji Malaysia disahkan cedera dalam kejadian kren tumbang di Masjidil Haram, Makkah.



Menurut pihak berkuasa Arab Saudi setakat ini sekurang-kurangnya 87 meninggal dunia manakala 184 mengalami kecederaan dalam kejadian semasa hujan lebat dan ribut pasir pada Jumaat petang.

Ketua Rombongan Haji Malaysia, Datuk Syed Saleh Syed Abdul Rahman berkata dalam kejadian kira-kira 5 petang waktu tempatan (Jumaat 10 malam waktu Malaysia), seorang jemaah haji lelaki Malaysia dilaporkan patah kaki, manakala lima lagi cedera ringan.
"Empat jemaah lelaki dan dua jemaah wanita cedera, termasuk seorang patah kaki, dia (patah kaki) kini dirawat di Pusat Perubatan Tabung Haji Syisya," katanya kepada pemberita di sini.

lagi video



Beliau berkata pihak Tabung Haji (TH) akan membuat pemeriksaan dari bilik ke bilik bagi pengesahan selanjutnya berkenaan jumlah jemaah haji Malaysia yang terbabit.
"Selepas solat Isyak, bermula 11 malam ini (Sabtu 4 pagi waktu Malaysia), kita akan membuat pemeriksaan bilik ke bilik, untuk mengesahkan jemaah kita yang pergi bersolat di Masjidil Haram, pulang ke bilik masing-masing," katanya.

Beliau berkata keluarga dan waris jemaah haji di tanah air yang terbabit dalam kejadian itu telah dimaklumkan.

Syed Saleh berkata kejadian itu berlaku selepas solat Asar selepas umat Islam selesai mengerjakan solat berkenaan.

"Sebuah kren tumbang dalam kejadian ribut pasir dan hujan lebat selepas waktu Asar itu, kren itu dipercayai menghempap kawasan saie, dan sebahagiannya runtuh di kawasan tawaf.

Semua pasukan TH yang terdiri dari pasukan perubatan, kebajikan dan unit peronda sedang berada di kawasan Masjidil Haram bagi menyelia keadaan jemaah Malaysia.
Syed Saleh berkata ketika ini, kawasan kejadian dikawal sepenuhnya oleh pihak berkuasa Arab Saudi.

Beliau berkata pihak TH sebelum ini turut memberikan nasihat kepada jemaah Malaysia supaya berada di hotel penginapan sekiranya hujan atau berlaku ribut pasir.
Hujan di Makkah itu dilaporkan berlaku kali keempat dalam tempoh sebulan, dan hujan pada hari ini dilaporkan paling lebat, berlaku kira-kira setengah jam.

Waris atau keluarga jemaah haji di tanah air boleh menghubungi Pusat Panggilan Tabung Haji di Damansara, Kuala Lumpur di talian 03-62071919 untuk sebarang maklumat lanjut.
 
Ø¥ِÙ†َّااللهِ ÙˆَØ¥ِÙ†َّا Ø¥ِÙ„َÙŠْÙ‡ِ Ùˆَاجِغونَ
loading...

Berita Terkini di Masjidil Haram, Crane Jatuh, Sejumlah Jemaah Haji Jadi Terkorban

1 ulasan

Khabar dukacita datang dari Masjidil Haram, Mekkah, Arab Saudi. Al-fatihah kepada arwah dan doakan semoga semua selamat dan yang meninggal mendapat mati syahid. Amin...

Ribut kuat yang melanda Mekah sebentar tadi mengakibatkan sebuah crane terjatuh di atas Masjidil Haram sehingga menyebabkan atapnya roboh.

Berdasarkan perkongsian dari laman Facebook dilaporkan ramai cedera parah dan maut.

Video kejadian telah dimuat naik oleh portal berita Arabnews.com

Saat ratusan ribu jemaah calon haji Indonesia malaysia dan negara lain telah memasuki Mekkah, sebuah kejadian naas terjadi.

Informasi yang diterima Tribunnews.com, Jumat (11/9/2015), malam, terjadi sebuah kecelakaan di Masjidil Haram.

Sekitar pukul 5.30 sore waktu Mekkah, terjatuh alat berat (crane) di tempat thowaf Masjidil Haram akibat badai angin disertai hujan deras yang melanda wilayah itu.

Seorang jemaah mengabarkan ada calon jemaah haji yang meninggal dan terluka akibat kejadian itu.

Korban crane jatuh [Foto;Istimewa]

Diberitakan sebelumnya, cuaca ekstrem melanda Mekkah, Arab Saudi.  Di wilayah yang biasanya panas terik matahari kini justru turun hujan es.

Kejadian tersebut terjadi sekitar pukul 17.00 waktu setempat. Seorang WNI yang berada di Mekkah sempat mengabadikan foto hujan es melalui akun twitternya.

"Butiran es diatas mobil sedang diambil warga di kota Mekkah yang diguyur hujan angin dan petir," tulis Eko Suwantono di akun twitternya, Jumat(11/9/2015) dengan disertai gambar seorang yang sedang membersihkan atap mobil.

Pesanan put,marilah sama-sama berdoa akan keselamatan jemaah haji seluruh dunia dan disedekahkan Al-fatihah kepada arwah. Amin

Sumber : http://m.tribunnews.com/internasional/2015/09/11/breaking-news-badai-di-masjidil-haram-crane-jatuh-sejumlah-jemaah-haji-jadi-korban

loading...

Khamis, 10 September 2015

Petua Kunci Pagar Rumah Supaya Pencuri Tak Dapat Masuk Dll.

1 ulasan

Petua Kunci Pagar Rumah Supaya Pencuri Tak Dapat Masuk Dll. | Pagi Jumaat yang indah ni put nak kongsikan petua kunci pagar mengikut cara islam semasa kita nak keluar rumah. Petua ini untuk kita memohon kepada Allah s.w.t agar rumah kita dijauhkan dari pencuri/perompak dan perkara musibah yang tidak diingini

Petua 'PAGAR' dgn ayat suci Al-Quran selepas kunci rumah. Berdiri hadapan pintu terkunci, baca:

1) astagfirullah 3x
2) bismillah...
3) tahmid (Alhamdulillah hi robil a lamin)
4) selawat
5) baca ayat 9 dari surah yasin:
" Wa ja`alnaa mim baini aidiihim saddaw wa min khalfihim saddan fa aghsyainaahum fa hum laa yubshiruun "
.
Maksud ayat:
.
"Dan Kami jadikan sekatan di hadapan mereka, dan di belakang mereka. Lalu Kami tutup pandangan mereka; maka mereka tidak dapat melihat"
.
6) selawat
7) tahmid
.
Mari kita amalkan.. semoga dijauhkan dari sebarang musibah seperti perompak dan sebarang perkara buruk berlaku pada ahli keluarga. Insyaallah. Kita Ikhtiarkan...


p/s : Semoga dapat membantu dan semoga bermanfaat, silakan LiKe & SHARE
loading...

Rabu, 9 September 2015

Cara Membuat Artikel Mesra SEO di Blog

Tiada ulasan

Anda pening memikirkan cara buat artikel yang mesra SEO, saya sendiri pun masih tercari-cari cara yang betul mengikut kehendak google.  Anda tahu apa itu SEO? SEO (search engine optimization),nama penuhnya. Saya akan ulaskan sendikit tentang membuat artikel mesra seo yang saya baca di Internet.

Artikel sangat terkait rapat dengan bentuk-bentuk teknik optimasi blog yang akan Anda lakukan. Perlu dicatat bahawa untuk menjadikan blog Anda terkenal  artikel berkualiti sangat menentukan hasil akhirnya. Artikel harus ditulis dengan kandungan yang baik, deskriptif, dan dapat difahami oleh pembaca. Meskipun search engine notabene adalah sebuah mesin, akan tetapi search engine dapat mengenali mutu sebuah artikel dengan algoritma yang didesign sedemikian kompleks oleh para programmer search engine bersangkutan.

Untuk kita mencari pengunjung yang ramai ke blog Anda, modal awal yang dibutuhkan adalah artikel berkualiti. Apabila blog Anda berisikan kumpulan artikel berkualiti, kedepannya proses optimasi blog akan berjalan dengan lebih mudah, keranna pada dasarnya artikel adalah tonggak dari trafik blog. Semaksima apapun emplementasi optimasi yang Anda lakukan, hasilnya tetap tidak akan sesuai espektasi Anda jika mutu artikel di blog Anda tidak memenuhi standard google.


Bagaimana ciri-ciri artikel berkualiti itu?

Artikel berkualiti dalam konteks blogging adalah sebuah artikel yang ditulis menggunakan teori blogging yang dalam hal ini merujuk pada teknik SEO. Dalam fahaman sederhana, teknik SEO terbagi menjadi dua. Pertama, teknik SEO on-page, dan yang kedua teknik SEO off-page. Menulis artikel adalah bentuk kegiatan yang dilakukan dalam lingkup blog, sehingga ia tergolong sebagai on-page.

Artikel yang dianggap memenuhi standar SEO (SEO friendly) adalah artikel yang setidaknya memenuhi beberapa kriteria sebagai berikut :

– Akurat
– Original (bukan hasil copy-paste)
– Jumlah kata tidak kurang dari 500 kata/artikel
– Artikel terdiri dari beberapa paragraf
– Terdapat frasa keyword (kata kunci )
– Terdapat attribute tertentu pada text atau gambar
– Struktur permalink sesuai title post
– Judul mewakili isi artikel

Buatlah artikel dengan tingkat akurasi yang baik, dan jangan menulis artikel untuk search engine. Search engine seperti Google Search dapat menganalisa tingkat kecenderungan pengunjung saat berada di blog Anda, dan hal tersebut dapat dijadikan sebagai  materi pengukur bagi Google untuk pemeringkatan  blog Anda di SERPs (search engine result positions).

Hindari melakukan duplikat (copy-paste) artikel dalam kondisi apapun. Anda tidak akan mendapatkan hasil apa-apa dengan bermodalkan artikel hasil duplikasi. Bahkan, jika Anda memblog menggunakan platform Blogger, blog Anda bisa terancam dihapus oleh tim Blogger apabila didapati banyak melakukan pelanggaran hak cipta.

Menulis artikel memang bukan bahagian yang sulit dalam rutinitas blogging, namun untuk menulis artikel dengan kandungan kata sebanyak 500 kata/artikel terkadang membuat kita merasa jenuh lantas mengabaikan sejumlah hal yang sebenarnya sangat prioritas. Kepadatan kata dalam menulis artikel sangat penting, dan Anda tidak boleh mengabaikannya, karena kepadatan artikel berdampak pada hasil akhir penerapan suatu metode optimasi.

Pada saat Anda hendak menulis artikel, buatlah paragraf awal yang deskriptif (mewakili isi artikel secara keseluruhan). Selain itu, pastikan setiap paragraf mengandung keyword utama. Ini akan membantu artikel Anda untuk dimunculkan pada halaman pertama mesin pencari (Google Search, Bing, Ask, dll).

Memperhatikan tata cara penempatan keyword sangat penting. Penempatan keyword harus dilakukan dengan cara-cara yang tepat; frasa keyword, kepadatan keyword (keyword density) <5 %, keyword harus mewakili isi artikel secara keseluruhan.

Memberikan attribute (tanda khusus) pada keyword atau objek gambar dapat membantu meningkatkan kuantitas SEO artikel Anda. Attribute-attribute yang dimaksud bisa berupa attribute bold (cetak tebal), italic (cetak miring), underline (cetak bergaris bawah), coloring (pewarnaan). Untuk attribute pada objek gambar, Anda dapat menggunakan perintah “tag”. Setiap search engine tidak bisa membaca objek gambar, oleh karena itu jika Anda ingin gambar yang ada di blog Anda dapat dibaca oleh search engine Anda harus memberikan tag pada gambar tersebut.

Struktur permalink juga turut membantu menambah kuantitas SEO pada artikel yang akan Anda publish. Permalink hendaknya tidak berbeda jauh dengan judul posting. Contoh: Judul “Tips menulis artikel SEO friendly“, maka idealnya permalink untuk title tersebut adalah “http://bloggerlamongan.com/tips-menulis-artikel-seo-friendly“, dan jika Anda ngeblog menggunakan platform Blogger, maka permalink-nya menjadi “http://bloggerlamongan.com/2014/01/tips-menulis-artikel-seo-friendly.html

Sebelum menerbitkan artikel, pastikan Anda memilih judul posting yang tepat. Sama seperti keyword,  memilih judul yang tepat yakni menggunakan judul yang mewakili isi artikel. Baru artikel akan mesra seo.
loading...

Selasa, 8 September 2015

JOM MASAK - RESEPI DAGING BLACK PEPPER YANG LAZAT

Tiada ulasan


JOM MASAK - RESEPI DAGING BLACK PEPPER YANG LAZAT | anda bosan dengan masakan sama atau husband mendagu masakan tak sedap dan asyik menu sama jer. sama juga anak-anak anda, apa kata tengahari ini anda masak daging black pepper yang pasti lazat membuat mereka bertambah nasi di dalam pinggang. Heheheh pasti cik husband cakap thanks ayang,sedap!!!

** Untuk 4 - 5 org makan **


BAHAN-BAHAN :



  • 500gm daging batang pinang
  • 1 sb serbuk lada hitam - ditumbuk kasar, lebihkan utk lebih pedas
  • 1 biji lada benggala hijau
  • 1 biji lada merah
  • 3 sb kicap manis
  • 2 sb sos tiram
  • 1 cawan air
  • 1 sb tepung jagung yg dibancuh dgn 2 sb air
  • 1/2 sudu garam halus dan 1 sb gula
  • minyak utk menggoreng


CARA-CARA :



  1. Potong daging nipis2 dengan cara melawan urat supaya daging tidak liat. Bersihkan dan toskan selama 1 jam atau lebih supaya daging tidak mengeluarkan air yg banyak ketika menggoreng.
  2. Potong panjang kedua2 lada. Sebelum itu hendaklah dibuang dulu butir2 lada.
  3. Panaskan minyak. Sebolehnya digunakan minyak yg banyak dan menggunakan api yg kuat supaya daging itu tak perlu digoreng dgn lama. Goreng daging lebih kurang 3 - 4 minit sambil dikacau supaya rata masaknya dan angkat.
  4. Keluarkan minyak dan tinggalkan lebih kurang 3 sudu besar shj. Masukkan serbuk lada hitam dan kacau hingga berbau wangi dan masukkan lada merah. Lepas itu masukkan kicap manis, sos tiram, garam dan gula. Kacau sebati. Garam letak sedikit kerana dah pun masin - dari kicap dan sos tiram
  5. Masukkan daging dan kacau sebati dan masukkan air. Sekiranya ingin lebih berkuah, lebihkan sukatan air. Biarkan mendidih, barulah dimasukkan lada benggala dan bancuhan air tepung jagung. Biarkan mendidih. Bila dah agak pekat boleh lah di padamkan api dan sedia untuk dihidangkan.

Selamat mencuba!!
loading...

Tutorial Cara Install Linux Control Daemon untuk Centova Cast

Tiada ulasan
Tutorial Cara Install Linux Control Daemon untuk Centova Cast  | Kali ini put akan tunjukkan bagaimana cara terbaik untuk install Linux Control Daemon Centova Cast v3 pada CentOS 6 x64.
Bagi user yany familiar guna linux atau server pasti mereka akan tahu apa Control Daemon dan apa Centova Cast.

Sebelum itu, baca Apa itu Control Daemon untuk Centova Cast?




System Requirements :

1. Centova Cast Full Installation  ( rujuk Cara Install Centova Cast Full )

2. Lesen Key Centova Cast Linux ( layari laman web Centova Cast atau beli disini )
- Anda boleh memilih untuk membeli lesen key bagi 1 radio hingga tanpa had radio dengan langganan bulanan, tahunan, sekali bayaran ataupun trial.
3. Server Linux yang stabil sama ada RHEL/CentOS 4/5/6 atau Debian. 
Cara-cara :

1. Download script installation Centova Cast dan jadikan ia executable. 
 wget -O install.sh install.centova.com/LICENSEKEY
 chmod a+x ./install.sh

Gantikan LICENSEKEY dengan lesen key Centova Cast v3 yang telah anda beli.

2. Seterusnya pilih software streaming server untuk dipasang oleh Centova Cast. Centova Cast menyokong installation automatik seperti dibawah :

  • ShoutCast DNAS v2: letakkan --shoutcast2 pada arahan installation
  • ShoutCast DNAS v1: letakkan --shoutcast1 pada arahan installation
  • IceCast: letakkan --icecast pada arahan installation
  • ices-cc: letakkan --icescc pada arahan installation
  • sctrans v2: letakkan --sctrans2 pada arahan installation
3. Pastikan anda tahu alamat IP dan password admin web antara muka ataupun Web Interface Centova Cast ( rujuk sini )
4. Jalankan script install.sh seperti berikut : 
 ./install.sh control <ip> <password> <options>

<ip> = alamat IP
<password> = password admin Centova Cast Web Interface
<options> = pilih apa-apa atau semua software streaming seperti nombor 2.

Contohnya :

 ./install.sh control 10.3.4.5 rahsia --shoutcast2 --sctrans2 --shoutcast1 --icescc

Setelah selesai, jika anda login pada Web Interface Centova Cast, anda dapat lihat senarai server baru pada menu HOSTS dan anda boleh create akaun pengguna baru pada server baru ini.

* Jika anda menggunakan sistem 64bit , sila rujuk nota tambahan disini . Biasanya akan ada sedikit error pada Shoutcast v1 apabila start server.

semoga artikal ini bermafaat untuk anda.
loading...

WhatsApp - WhatsAppCall Hadir Untuk Pengguna iOS pasti menyeronokkan

Tiada ulasan
Setelah melancarkan kemudahan panggilan suara untuk pengguna Android, WhatsApp kini memperkenalkan fungsi yang sama untuk pengguna versi iOS.

Dalam versi Android, panggilan dapat dibuat kepada senarai contact ketika bersembang. Jika pengguna tidak memiliki aplikasi yang menyokong fungsi WhatsApp call ini, pemanggil akan diberitahu bahawa penerima tidak mempunyai fungsi ini. Selain itu setiap panggilan boleh menggunakan loudspeaker, mode bisu serta log durasi panggilan.




WhatsApp -  WhatsAppCall Hadir Untuk Pengguna iOS pasti menyeronokkan | Menurut laman iTunes, untuk WhatsApp Versi 2.12.1, "fungsi ini akan diwujudkan secara berperingkat selama beberapa minggu akan datang". Fungsi ini memang tidak dapat tersedia bagi semua pengguna Apple secara segera, meskipun prosesnya mungkin akan lebih cepat daripada dengan Android. Sedar tak sedar baru tersedar yang whatsapp boleh buat call. Rupanya sudah lama.

Tetapi kelemahannya apabila line internet anda slow akan membuat panggilan anda itu buffer atau ada gangguan.


Penggunaan whatsapp call boleh menjimatkan kredit telefon anda. Tak percaya?? anda kene percaya kerana call whatsapp menggunakkan line internet telefon anda sahaja.Jika telefon pintar anda ada line internet maka whatsapp call dapat diguna.


Fungsi terbaru WhatsApp for iPhone :

Update terbaru yang diberikan semalam membuatkan pengguna lebih mudah untuk berkongsi gambar dan video melalui aplikasi ini. Fungsi "chatting" sekarang memiliki butang shortcut kamera yang membolehkan pengguna untuk berkongsi gambar dan video melalui WhatsApp ini. Selain itu pengguna juga boleh melalukan cropping atau rotation gambar dan video sebelum dikirimkan kepada penerima.

Selamat mencuba!!
loading...

Isnin, 7 September 2015

6 Jenis Nama Yang Glamour Digunakan Tetapi Nama Itu Kesukaan JIN

Tiada ulasan

6 Jenis Nama Yang Glamour Digunakan Tetapi Nama Itu Kesukaan JIN | Nama adalah suatu ganti nama pada diri seseorang. Jika tiada nama seperti tiada identiti. Bila dinamakan pelbagai nama yang ada dalam tak sedar nama itu tidak sesuai untuk anak-anak kita.
Dalam program Tanyalah Ustaz, di TV9, Ustaz Sharhan Shafie seorang pengamal perubatan Islam menyatakan nama-nama berikut merupakan antara nama-nama anak Jin.
Walaupun sebutan nama-nama ini sedap didengar dan maknanya elok, menurut pengalaman beliau yang banyak mengubat pesakit-pesakit berkaitan sihir dan gangguan makhluk halus, nama-nama ini boleh mendatangkan penyakit misteri kepada seseorang.
Seeloknya elakkanlah daripada mengambil nama-nama di bawah ini untuk dinamakan kepada anak-anak anda. Dikhuatiri anak-anak ini diganggu oleh jin dan sebagainya.
Balqis
Qistina/Kistina
Najwa
Zaquan/Zakuan
Batrisya
Erisya
Peringatan daripada Ustaz Sharhan Shafie, kepada mereka yang mempunyai nama-nama seperti di atas TIDAK perlu menukar nama, tetapi cukuplah dengan menukar nama panggilan sahaja. Contohnya nama NUR NAJWA. Jika sebelum ini nama panggilan adalah NAJWA, lebih elok ditukarkan kepada panggilan NUR sahaja.
Cuma apa yang Ustaz Sharhan mahu sampaikan ialah, banyak kes pesakit yang datang untuk mendapatkan rawatan, pesakit itu namanya sama seperti nama-nama anak jin di atas.
Sebab itulah Ustaz Sharhan menasihatkan, elakkan memberi nama anak seperti nama anak yang selalu ‘dipakai’ jin. Walau bagaimanapun, tidaklah salah atau berdosa sekiranya menggunakan nama tersebut.
loading...

Ahad, 6 September 2015

RESEPI SIZZLING YEE MEE - Jangan makan kat JUSCO jer...

Tiada ulasan

RESEPI SIZZLING YEE MEE - Jangan makan kat JUSCO jer... | selalu pi shopping mall pasti terasa lapar carilah kedai-kedai makan kat dalam tu,bila tengok sizzling yee mee ni terus nak oder. Apa kata jangan oder beli bahan-bahan dia buat sendiri, bila masak sendiri ni boleh buat lebih sikit,nak lebihlak lauk ke sayur ke rasa ke... Jom masak Sizzling yee mee...

BAHAN-BAHAN :-


  • 9 ulas bawang putih ( ketuk atau hiris)
  • 2-3 inci halia ( hiris nipis)
  • 5-6 tangkai Cili kering ( potong 2 atau 3) nak pedas boleh lebihkan..
  • sebelah dada ayam
  • sebungkus cendawan shitake
  • sos tiram
  • kicap pekat dan kicap cair
  • serbuk lada hitam
  • sesudu kecil minyak bijan
  • 4-5 cawan air (ikut suka pun boleh)
  • 3-4 sudu besar tepung jagung untuk pemekat ( harus di bancuh dengan air)
  • sayur sawi
  • yee mee

CARA-CARANYA :-


  1. tumis bawang putih, halia dan cili kering bila hingga kekuningan.
  2. masukkan ayam kemudian sedikit air..
  3. masukkan cendawan..
  4. masukkan air, biarkan seketika hingga ayam masak.. 
  5. Masukkan semua perasa (kicap, sos tiram,lada hitam)
  6. masukkan minyak bijan
  7. tutup seketika.. pastikan cendawan dan ayam betul2 masak
  8. masukkan cecair tepung jagung untuk memekatkan kuah..
  9. bila rasa dah ok... dah boleh la mulakan proses membuat yee mee atas hot plate tu...

UPDATE :-


  • mula mula masukkan mee atas hot plate, letakkan sayur di atasnya, kemudian curahkan kuahnya sesenduk di atas mee tersebut, pecahkan telur jika mahu, dan teruskan mencurahkan kuah beserta lauk dan cendawan secukupnya... kacau kacau mee untuk serasakan kelembutannya
  • kalau takda hot plate.. boleh je satukan.. masukkan yee mee bersama kuah dalam kuali..

UNTUK YEE MEE :-


  • rendam seketika dengan air masak, dalam 5-10 minit, kemudian buang airnya dan biarkan seketika. air tu perlu dibuang untuk mengelakkan mee terlalu lembut, anda akan dapati mee masih lagi keras ketika air telah dibuang, namun jangan risau, mee itu akan cepat lembut bila dibiarkan seketika.. lagipun nanti kita akan masak mee itu sekali lagi bersama kuahnya. mee itu akan lembut juga nanti, so tak perlu la rendam lelama..

Sudah masak apa lagi jom hidang untuk dimakan dengan seleranya...
loading...

RESEPI NASI AYAM MADU BUKAN KITA BERMADU YA

Tiada ulasan

RESEPI NASI AYAM MADU BUKAN KITA BERMADU YA | hahahha admin hanya bergurau sahaja. Bila lihat sahaja pada rupanya membuat anda meleleh air liur, nak bermadu takut dikejar dimarah oleh isteri,jadi dapat bermadu dengan ayam madu jadilah,kihkihkih.


BAHAN-BAHAN :-

  • 4 cawan beras
  • 1 ekor ayam - dipotong 6
  • 2 paket sup bunjut
  • 1 ½ inci halia
  • 4 ulas bawang merah 
  • 4 ulas bawang putih
  • 5 sudu besar madu
  • 4 sudu besar kicap manis
  • 3 liter air
  • sedikit garam dan serbuk perasa
CARA-CARANYA :-
  1. Tumis bawang merah, bawang putih dan halia. Setelah kuning, masukkan air, sup bunjut dan ayam. Tambahkan garam dan serbuk perasa dan masak hingga ayam empuk.
  2. Setelah masak, keluarkan ayam dan perap bersama madu dan kicap manis. Sebahagian dari sup tadi dicampurkan bersama beras yang telah dibersihkan lalu dimasak seperti biasa.
  3. Kemudian goreng ayam yang telah diperap tadi di dalam minyak yang sedikit. Setelah masak, potong ayam kepada bahagian yang kecil.


Sedia untuk dihidangkan. Selamat mencuba.Makan dengan bersama family tau..
loading...

Cara Nak jimatkan bateri smartphone Android Anda

2 ulasan
Cara Nak jimatkan bateri smartphone Android Anda |  Zaman sudah moden,pelbagai peranti telah dibangunkan seperti telefon pintar atau smartphone. Bagi pengguna smartphone android pasti anda agar kurang mesra kerana bateri terlalu cepat kehabisan dek kerana melayari internet,bermain game dan sebagainya. jangka hayat bateri bagi pengguna amat-amatlah penting paling kurang pun 24jam, 48 jam pula tanpa online internet atau game.

Gambar : google.com

Dibawah ini adalah beberapa tips ataupun cara untuk jimatkan bateri korang : 
1. Gunakan wallpaper yang gelap
Jika smartphone korang menggunakan skrin AMOLED ( kebanyakan telefon Samsung menggunakan skrin ini ), gunakan wallpaper atau background yang gelap kerana skrin AMOLED hanya menerangi piksel yang berwarna sahaja.
2. Jangan gunakan fungsi Auto-Brightness
Menggunakan fungsi Auto-Brightness kedengaran seperti bagus tetapi perlu diingat, kebiasaannya fungsi ini akan memaparkan cahaya yang cerah lebih daripada apa yang korang perlukan. Sebaiknya korang gunalah paparan kecerahan cahaya secara manual sahaja.
3. Matikan Vibrate ( Getaran )

Penggunaan vibrate pada smartphone juga boleh mengakibatkan bateri cepat drain kerana ia memerlukan kuasa yang lebih untuk bergetar. Selain itu korang juga perlu mematikan fungsi haptic feedback.
4. Kurangkan masa "timeout" skrin. ( sleep )
Kebanyakan smartphone android mempunyai "timeout" untuk memadamkan cahaya ataupun sleep adalah 15 saat. Gunakan seminimum mungkin untuk penjimatan bateri korang.
5. Matikan notifikasi
Matikan segala notifikasi pada smartphone korang, lebih-lebih lagi jika waktu tidur.
6. Gunakan fungsi Saving Mode
Jika smartphone korang mempunyai fungsi penjimatan bateri atau Saving Mode atau lain-lain aplikasi pengurusan bateri, gunakan ia.
7. Pilih jenis Sync aplikasi

Matikan ataupun pilih jenis Sync pada smartphone korang. Contohnya seperti Google Account, pilih sync yang perlu sahaja seperti sync email, kenalan dan sebagainya atau korang juga boleh menetapkan masa sync tersebut, contohnya setiap 15 minit sekali sync. Mematikan fungsi sync ini juga dapat menjimatkan penggunaan data internet korang.

8. Matikan GPS
Matikan fungsi GPS jika anda tidak menggunakannya.
 
 
Selamat mencuba!!
loading...

Cara Buat Roti Canai Yang Sedap Di Makan

1 ulasan
roti canai sedap

Haaa kakak-kakak makcik makcik diluar sana tu, kalau nak laki lekat melekat dekat rumah selalu, meh belajar masak benda ni.. Selalunya kaum adam ni aka suami kakak-kakak makcik-makcik ni lepak kedai kopi akan oder benda ni. Apa lagi roti canailah. Meh sini nak habaq sikit, roti canai ni umpama skandal suami-suami tau. Benda wajib kene makan tiap-tiap pagi. Jadi kakak-kakak makcik-makcik tak nak laki layan skandal mereka belajar cara buat benda ni iaitu roti canai. Nak habaq sikit ni roti canai kat kedai mamak tu bukan sedap oiii,kekadang roti jer lebih,kuah tak sedap langsung. Apa kat kakak makcik masak sendiri,bila pekene air tangan isteri ni memang sedap,tambah pula dengan kasih sayang terhadap suami rasa ikhlas lagi pasti membuatkan roti tu menjadi empuk dan enak di makan. Nercaya suami kakak makcik mintak selalu. bertambah sayang suami dekat kakak-kakak makcik-makcik. tak nak cita panjang jom belajar.

Bahan-bahan ( 12-16 biji )

  • 550 gm tepung gandum
  • *250 gm air
  • *1 egg-50gm
  • *3 Tbsp susu pekat manis-60gm
  • *1 tsp garam-6gm
  • *1 tsp butter/margerin-15gm
  • 1-2 Tbsp tepung gandum-untuk di tambah kalau terlebih lembik semasa menguli

Cara-cara

  1. masukkan bahan * kedalam bekas, kacau hingga sebati
  2. masukkan bancuhan air tadi kedalam tepung.
  3. uli hingga jadi doh
  4. rehatkan doh selama 10min
  5. uli lagi selama 5min
  6. **ulang step 4&5 sebanyak 3 kali.** Noticed-lepas kali ke 3 process uli&rehat, doh bertambah kenyal n tak melekat. so jgn risau kalau 1st process terasa doh melekat di tangan. kalau ranya lembik lg selepas 2nd time uli&rehat, tambah sedikit tepung(1 tbsp)
  7. advisable uli guna tangan-tp nak pakai bread machine pun boleh. Utk bread machine. follow step 1,2,3 diatas. masukkan dlm machine: program basic bread..biarkan process selama 1hr 15min. selalunya doh lembik skit sebab temp bread maker. masa machine pause, kluarkan doh, uli kekejap dengan sedikit tepung. dan masukkan balik dlm machine.
  8. bentuk bulat2. produce 12-16 biji depending on the size.perap selama 3jam atau lebih Dan boleh di kibar atau di tarik2.
  9. *nb:jika tak habis kebar, bole simpan dalam fridge up to 2 day
  10. *tips: terlebih uli, dought akan kenyal, dan susah nak kebar. bila masak roti akan kenyal. that's why process uli , rest, di ulang 3 kali.
  11. *NB: refer to komen from skyblue&yani:I dah update jumlah air to 250gm. nak clarify ,Dough roti canai ni memang keras berbanding dengan dought roti bun biasa. tetapi, jangan risau, selepas diperap , dough akan lembut. coz kalau terlalu lembik, nanti bila nak kibar, akan koyak. kalau tak tau kibar, bole la tarik, nipis2...
  12. lupa nak cakap. masa lepas dibulat2kan, hendakklah disapu dengan magerin, then baru simpan..and masa nak kibar pulak, hendaklah di penyek2 dulu sebesar tapak tangan, and restkan selama 10 min, bole buat byk2, then barulah di penyek besar2 utk proses kibar.

Selamat mencuba ya!!
loading...

Rabu, 2 September 2015

Gadget - Peralatan Digunakan Pencuri Untuk Mencuri Gadget

Tiada ulasan
Gadget - Peralatan Digunakan Pencuri Untuk Mencuri Gadget | Selalu kita dengari kereta dipecahkan cermin dan dicuri segala handbag dan barang-barang berharga di dalam kereta terutamanya gadget seperti telefon pintar, walkman, laptop, iphone, ipad, tab dan sebagainya

Disini put kongsikan peralatan seperti gadget juga yang digunakan Pencuri yang dipanggil alat Inductive Amplifier (rujuk gambar yang disertakan) yang dapat mengesan medan elektrik dari notebook/laptop tersebut.


Image result for inductive amplifier

Alat ini senang di dapati dikedai-kedai terpilih dan harganya murah malah senang dibawa.

Sekiranya BATERI pada laptop dicabut dan diletak di tempat lain, masih juga tidak selamat kerana di dalam komponen laptop@notebook itu sendiri mempunyai BATERI didalamnya (CMOS).

UNTUK MENGELAKKAN RISIKO KECURIAN, SILA BAWA LAPTOP DAN LAIN-LAIN GAJET SEPERTI TABLET, SMART PHONE , IPHONE DLL.

Jangan sekali-kali tinggalkannya didalam kereta!!

Semoga anda beringat dan selamat..
loading...

Petua dalam Islam : Cara Menangani Bayi Selalu Nangis Malam

Tiada ulasan
bila bayi menangis

Petua dalam Islam : Cara Menangani Bayi Selalu Nangis Malam | Selalunya bayi akan menangis dan itu perkara biasa adakalanya bukan kecuaian ibu bapa. Malah, bayi menangis merupakan suatu pernyataan atau kanak-kanak sebagai ganti kepada pertuturan yang tidak dapat diluahkan terhadap sesuatu yang berlaku, ye la bayi selalunya tidak dapat bertutur kata lagi. Ada bayi tidur nyenyak di siang hari, tetapi mulai menangis bila masuk magrid atau tengah malam, petang ataupun bila-bila masa tanpa sebab yang jelas. Terdapat juga bayi yang mula menangis apabila tidurnya terganggu, biarpun oleh suara yang perlahan seperti bunyi benda jatuh, bunyi tapak kaki, bunyi pintu tertutup dan sebagainya. Pada kebiasaannya, tangisan akibat gangguan tersebut berlaku dalam tempoh yang singkat.

Tangisan biasa selalunya ada kaitan dengan punca yang jelas seperti tercucuk pin pakaian, pakaian terlalu ketat menyebabkan bayi terasa tidak selesa, lampin basah, rasa terlalu panas, sakit perut, dahaga, lapar, rasa kesepian dan sebagainya. Sesetengah bayi atau anak kecil akan menangis apabila berubah tempat tidur, dari tempat gelap yang biasa dia tidur, berpindah ke tempat terang atau sebaliknya. Anak-anak yang dibawa balik kampung menghadiri majlis kenduri mungkin akan menangis kerana suasana tempat tidur yang berubah atau sebaliknya. Walaupun demikian, tangisan yang memanjang dan kuat tidak semestinya mempunyai sebab atau punca yang jelas. Tidak semestinya kerana lapar, dahaga, kesejukan, panas atau kehilangan orang yang selama ini berada di sampingnya, iaitu si ibu. Ada orang yang mengaitkan keadaan sedemikian rupa, yang dikenali sebagai sawan tangis, akibat gangguan makhluk-makhluk halus, tidak kira sama ada gangguan tersebut akibat perbuatan makhluk halus yang dilibatkan dengan perbuatan manusia, ataupun akibat gangguan jin yang menggemari manusia, sejak seseorang itu dilahirkan. Ini dikenali sebagai qarin atau makhluk halus yang datang menumpang bersama manusia.

Perkataan “qarin” berasal daripada bahasa Arab, bermaksud teman atau pasangan. Istilah qarin bererti roh-roh jahat, yang terdiri daripada makhluk-makhluk halus yang sentiasa mendampingi manusia, sejak seseorang itu dilahirkan sehinggalah dia meninggal dunia. Kewujudan qarin di samping manusia ialah untuk membiasakan, iaitu untuk menggoda atau menyesatkan, sehingga manusia itu tunduk kepada nafsu, yang akhirnya melakukan dosa, tidak kira sama ada dosa itu dosa kecil berpanjangan atau dosa besar seperti membunuh, berzina, makan harta anak yatim dan sebagainya. Cara lain ialah dengan memesongkan iktikad mereka sehingga membawa kepada perbuatan syirik atau murtad. Selain itu, qarin juga berusaha untuk mencederakan fizikal dan roh manusia secara bersendirian ataupun dengan perantaraan manusia, menyebabkan manusia menggunakan jin-jin untuk melakukan perbuatan tertentu seperti untuk menyakiti orang lain dan sebagainya. Apabila ini berlaku, maka dari sini terjadilah kegiatan sihir.

Sawan Tangis itu ada 2 punca utama:

1. Ia bersifat fizikal seperti kerana lapar, haus dan sejuk, rasa hilang keselamatan diri seperti kehilangan orang yang selalu berada di sampingnya, biarpun buat sementara. Sakit seperti kembung perut atau selesema. Termasuk dalam kategori ini ialah sakit akibat jangkitan kuman dan juga kecacatan anggota seperti terhantuk, terjatuh dan sebagainya.

2. Ia akibat gangguan makhluk-makhluk halus. Allah s.w.t.  menjadikan manusia itu daripada dua unsur utama, iaitu jasad dan roh. Islam mengajar agar anak yang baru dilahirkan diazankan di telinga kanan dan diiqamatkan di telinga kirinya. Itulah ajaran terawal yang mesti diperhatikan dan dilakukan dengan tujuan agar bayi itu mendengar kalimah Allah sebaik-baik sahaja dilahirkan. Pencipta yang melahirkan bayi yang baru dilahirkan, yang memberi rezeki dan membesarkannya, dan akhirnya akan mematikannya untuk menemui-Nya.

Sekiranya diamalkan sedemikian, Insya-Allah, bayi berkenaan tidak akan diganggu oleh ummu`s-sibyan, iaitu sejenis makhluk jin yang sering mengganggu bayi, yang boleh menyebabkan timbul pelbagai masalah termasuk gangguan tidur pada waktu malam, yang akhirnya boleh menyebabkan demam panas ataupun sawan. Ini juga membuktikan bahawa roh bayi atau anak kecil boleh terganggu akibat gangguan yang tidak dapat dilihat oleh mata kasar, ataupun melalui eksperimen teknologi moden. Dalam masa tertentu, anak itu kadang-kadang memperlihatkan reaksi luar biasa dengan wajah yang ketakutan seolah-olah sedang melihat satu objek yang menggerunkan di hadapannya. Mungkin sukar untuk menjelaskan bagaimana gangguan yang tidak dapat dilihat itu boleh mengganggu bayi menyebabkan dia tidak berhenti-henti menangis, terkujat-kujat dan terketar mulut sehingga tidak terdengar suara tangisannya menyebabkan ibu dan juga bapanya menggelabah.

TANDA-TANDA
Ada beberapa tanda lumrah yang boleh diperhatikan oleh mata kasar sekiranya bayi atau kanak-kanak itu menangis akibat gangguan seperti yang dijelaskan, bukan disebabkan akibat luaran.

1. Tangisan biasa selalunya disertai dengan air mata. Keadaan ini jarang berlaku pada mereka yang menangis akibat gangguan, manakala suara tangisannya juga berlainan daripada tangisan biasa. Dalam keadaan tertentu tangisan ini mungkin disertai dengan air mata yang amat sangat.

2. Kanak-kanak ini kadang-kadang berhenti menangis sebentar, kemudian menangis semula. Mata yang pejam ketika berhenti menangis itu akan melahirkan ombak pada kelopak mata, seolah-olah kedua-dua biji matanya itu sedang memerhatikan sesuatu di bahagian kanan dan kiri.

3. Tangisan akibat gangguan selalunya mengeluarkan suara yang mendayu-dayu dan berpanjangan. Mata bayi kelihatan pejam. Tangisan terjadi seumpama dalam keadaan tidak sedarkan diri (tidur).

4. Dahi atau bahagian tengah, antara dua alis kadang-kadang berkerut, seolah-olah ada sebiji mata di bahagian tersebut yang sedang memerhatikan sesuatu.

5. Sering terjadi pada anak-anak kecil yang terganggu, mereka menangis dan menjerit dalam keadaan ketakutan dan menggigil seolah-olah disergah oleh sesuatu yang menakutkan. Anak ini setelah puas menangis, akan tidur sebentar, lalu menangis lagi dalam keadaan teresak-esak yang disertai dengan tarikan nafas yang tersekat-sekat.

PETUA
Terlalu banyak kaedah atau usaha boleh dilakukan yang diajar oleh Rasulullah s.a.w. dalam usaha mengatasi masalah seperti ini. Di antaranya ialah:

Dengan membacakan surah al-Fatihah, ayat al-Kursi, surah an-Nas dan surah al-Falaq, kemudian hembuskan pada ubun-ubun anak. Lakukan sebanyak 3 kali. Sekiranya anak-anak ini masih juga menangis, bacakan azan di telinga kanannya dan iqamah di telinga kiri. Lakukan sekali ataupun 3 kali.

Dalam sebuah hadis riwayat oleh Abu Isa at-Tarmizi, katanya telah diriwayatkan oleh Aqabah bin Amir al-Juhani, daripada Nabi sabdanya: Sesungguhnya Allah telah menurunkan kepada aku beberapa ayat yang tidak diperlihatkan seumpamanya, iaitu Qul a'uzu bi rabbinnas dan Qul a'uzu bi rabbilfalaq sehingga akhirnya. Hadis ini bermaksud bahawa Allah telah menurunkan dua ayat tersebut kepada Rasulullah yang mempunyai fadhilat yang amat besar, iaitu untuk melindungi diri daripada bahaya teguran hasad dan pandangan mata jahat. Termasuk dalam kategori pandangan mata jahat ialah manusia yang dibantu oleh jin-jin untuk melakukan perbuatan sihir, yang memancarkan pandangan jahatnya kepada mangsa melalui pandangan mata, termasuk bayi atau anak-anak yang menyebabkan berlakunya gangguan roh. Mudarat akibat daripada pandangan mata jahat memang boleh berlaku. Dalam menghadapi masalah seperti ini Rasulullah membenarkan Asma' Binti Umays (isteri seorang sahabat) untuk meminta pertolongan kepada orang yang tahu menjampi dalam usaha untuk menolong merawat anak Jaafar, iaitu saudara kepada Ali Abu Talib.

Petua dalam Islam : Cara Menangani Bayi Selalu Nangis Malam, apa-apa pun kita sebagai umat dan beragama islam harus percaya dan mengikut petua amala-amalan islam sememangnya mujarat dan berkesan,jangan sampai jadi kurafat.
loading...
LIKE PAGE KAMI UNTUK BERITA TERKINI Button Close