loading...

Selasa, 8 September 2015

WhatsApp - WhatsAppCall Hadir Untuk Pengguna iOS pasti menyeronokkan

Tiada ulasan
Setelah melancarkan kemudahan panggilan suara untuk pengguna Android, WhatsApp kini memperkenalkan fungsi yang sama untuk pengguna versi iOS.

Dalam versi Android, panggilan dapat dibuat kepada senarai contact ketika bersembang. Jika pengguna tidak memiliki aplikasi yang menyokong fungsi WhatsApp call ini, pemanggil akan diberitahu bahawa penerima tidak mempunyai fungsi ini. Selain itu setiap panggilan boleh menggunakan loudspeaker, mode bisu serta log durasi panggilan.




WhatsApp -  WhatsAppCall Hadir Untuk Pengguna iOS pasti menyeronokkan | Menurut laman iTunes, untuk WhatsApp Versi 2.12.1, "fungsi ini akan diwujudkan secara berperingkat selama beberapa minggu akan datang". Fungsi ini memang tidak dapat tersedia bagi semua pengguna Apple secara segera, meskipun prosesnya mungkin akan lebih cepat daripada dengan Android. Sedar tak sedar baru tersedar yang whatsapp boleh buat call. Rupanya sudah lama.

Tetapi kelemahannya apabila line internet anda slow akan membuat panggilan anda itu buffer atau ada gangguan.


Penggunaan whatsapp call boleh menjimatkan kredit telefon anda. Tak percaya?? anda kene percaya kerana call whatsapp menggunakkan line internet telefon anda sahaja.Jika telefon pintar anda ada line internet maka whatsapp call dapat diguna.


Fungsi terbaru WhatsApp for iPhone :

Update terbaru yang diberikan semalam membuatkan pengguna lebih mudah untuk berkongsi gambar dan video melalui aplikasi ini. Fungsi "chatting" sekarang memiliki butang shortcut kamera yang membolehkan pengguna untuk berkongsi gambar dan video melalui WhatsApp ini. Selain itu pengguna juga boleh melalukan cropping atau rotation gambar dan video sebelum dikirimkan kepada penerima.

Selamat mencuba!!
loading...

Tiada ulasan :

Catat Ulasan

LIKE PAGE KAMI UNTUK BERITA TERKINI Button Close