loading...

Isnin, 7 September 2015

6 Jenis Nama Yang Glamour Digunakan Tetapi Nama Itu Kesukaan JIN

Tiada ulasan

6 Jenis Nama Yang Glamour Digunakan Tetapi Nama Itu Kesukaan JIN | Nama adalah suatu ganti nama pada diri seseorang. Jika tiada nama seperti tiada identiti. Bila dinamakan pelbagai nama yang ada dalam tak sedar nama itu tidak sesuai untuk anak-anak kita.
Dalam program Tanyalah Ustaz, di TV9, Ustaz Sharhan Shafie seorang pengamal perubatan Islam menyatakan nama-nama berikut merupakan antara nama-nama anak Jin.
Walaupun sebutan nama-nama ini sedap didengar dan maknanya elok, menurut pengalaman beliau yang banyak mengubat pesakit-pesakit berkaitan sihir dan gangguan makhluk halus, nama-nama ini boleh mendatangkan penyakit misteri kepada seseorang.
Seeloknya elakkanlah daripada mengambil nama-nama di bawah ini untuk dinamakan kepada anak-anak anda. Dikhuatiri anak-anak ini diganggu oleh jin dan sebagainya.
Balqis
Qistina/Kistina
Najwa
Zaquan/Zakuan
Batrisya
Erisya
Peringatan daripada Ustaz Sharhan Shafie, kepada mereka yang mempunyai nama-nama seperti di atas TIDAK perlu menukar nama, tetapi cukuplah dengan menukar nama panggilan sahaja. Contohnya nama NUR NAJWA. Jika sebelum ini nama panggilan adalah NAJWA, lebih elok ditukarkan kepada panggilan NUR sahaja.
Cuma apa yang Ustaz Sharhan mahu sampaikan ialah, banyak kes pesakit yang datang untuk mendapatkan rawatan, pesakit itu namanya sama seperti nama-nama anak jin di atas.
Sebab itulah Ustaz Sharhan menasihatkan, elakkan memberi nama anak seperti nama anak yang selalu ‘dipakai’ jin. Walau bagaimanapun, tidaklah salah atau berdosa sekiranya menggunakan nama tersebut.
loading...

Tiada ulasan :

Catat Ulasan

LIKE PAGE KAMI UNTUK BERITA TERKINI Button Close