loading...

Khamis, 8 Oktober 2015

Petua : Petua Untuk Sakit Mata

Tiada ulasan

Petua : Petua Untuk Sakit Mata   |  Sejak akhir-akhir ini negara kita dilanda jerebu, jerebu ini adalah disebabkan punca kebakaran yang besar. Asap kebakaran menyebabkan jerebu, di dalam jerebu itu mengadungi bahan-bahan kimia yang berbahaya menyebabkan kita yang menghidu udara yang tidak sihat, kerana jerebu badan kita lemah teruma mata. Mata kita akan mengalami kelitihan dan asap kimia ini memasuki mata menyebabkan anda sakit mata. Mata kita mula gatal-gatal dan tidak selesa

Cara ubat sakit mata:

Pilihan 1:
1. Ambil beberapa helai daun bunga Melati (Melur).
2. Bersihkan daun tersebut dan tumbuk ia sampai lumat.
3. Setelah lumat, tampalkannya pada bahagian kening anda.
4. Lakukannya setiap hari. Pastikan anda menggantikannya dengan daun melati yang baru setiap kali mengulangi proses no.1 hingga 3.


Pilihan 2:
1. Ambil beberapa helai daun sirih yang masih muda.
2. Bersihkannya dan ramas daun sirih tersebut sampai hancur.
3. Rendamkan daun yang telah hancur tadi ke dalam bekas berisi air panas.
4. Kemudian, biarkan ia terendam sehingga air panas tadi bertukar menjadi suam-suam kuku.
5. Setelah itu, tapiskan air rendaman tersebut dengan menggunakan sehelai kain bersih ke dalam satu bekas yang lain.
6. Akhir sekali, rendamkan mata anda ke dalam bekas tersebut sambil mengelipkan mata berulang kali. Petua ini boleh diamalkan setiap hari sehinggalah mata anda sihat.
Pilihan 3:
1. Ambil beberapa helai daun sirih.
2. Bersihkan ia dan kemudian rebus daun sirih tadi sampai mendidih. Jangan lupa tambahkan sedikit garam ketika anda merebusnya.
3. Setelah mendidih, dinginkan air rebusan tersebut terlebih dahulu.
4. Seterusnya, tapiskan air rebusan yang telah dingin ke dalam sebuah bekas lain dengan menggunakan kain putih.
5. Akhir sekali, kelip-kelipkan kelopak mata anda ke dalam bekas berisi air rebusan daun sirih yang telah ditapis.

jika memudaratkan cepat-cepat dapatkan nasihat doktor. Sayangi mata anda.
loading...

Tiada ulasan :

Catat Ulasan

LIKE PAGE KAMI UNTUK BERITA TERKINI Button Close