loading...

Khamis, 8 Oktober 2015

Petua : Petua Untuk Elakkan Rambut Selalu Gugur

Tiada ulasan
Farit Ismeth Emir's photo.


Petua : Petua Untuk Elakkan Rambut Selalu Gugur | Rambut adalah mahkota bagi lelaki dan wanita, apatah lagi bagi wanita yang free hair. Rambut yang cantik hitam lebat dan segar menjadi pilihan utama setiap wanita. Rambut yang bermasalah akan mula gugur menyebabkan rambut kelihatan tidak segar, nampak kulit kepala menyebabkan anda kurang keyakinan diri. Kali ini put kongsikan petua cara nak bagi rambut anda segar dan lebat tidak akan gugur yang banyak lagi.


Bagi mengatasi rambut selalu gugur, ambil lendir daun lidah buaya, lendir pokok bunga raya dan lendir pokok litup bumi. Semuanya dimasukkan dalam satu bekas. Kemudian, campurkan sedikit minyak zaitun. Sapukan ke seluruh rambut selepas mandi malam dan bungkus kepala dengan tuala selama 30 minit. Bangun pagi baharulah dicuci. Amalkan seminggu sekali. Selain rambut tidak gugur, rambut juga akan lambat beruban.


Selamat mencuba petua ini...
loading...

Tiada ulasan :

Catat Ulasan

LIKE PAGE KAMI UNTUK BERITA TERKINI Button Close