BONGKAR!! Misteri Mall Shopping Dipenuhi Ikan Eksotik,Lihat 4 Foto | Ceritanya, dulu bangunan shopping mall di sebuah daerah di Bangkok,
Thailand ini punyai ketinggian 11 tingkat. Tetapi pada tahun 1997, 7
tingkat atas bangunan ini terpaksa dirobohkan atas sebab undang-undang
tidak membenarkan mana-mana bangunan tinggi melebihi 4 tingat hanya
kerna ada istana di kawasan tersebut. Pada tahun 1999 pula, berlaku
kebakaran yang mengakibatkan kematian. Dan sejak dari itu, bangunan itu
dibiarkan begitu sahaja tanpa bumbung. Malah nampak seram dan misteri.
Hujan turun hari demi hari & mengakibatkan air bertakung & di
bahagian ground floor pula menjadi kolam. Kesannya? 2003-2004 nyamuk
membiak dengan bermaharajalela di kawasan itu & menyebabkan
ketidakselesaan pada penduduk sekitar. Bagi mengatasi masalah berkenaan,
penduduk sekitar meletak beberapa ekor ikan dalam kolam itu untuk
mengawal pembiakan nyamuk. Hasilnya? Berkesan!
Sejak dari itu, ikan-ikan mula membiak. Namun kisah kolam ini hanya diketahui oleh penduduk kawasan itu sahaja. Entah bagaimana ia boleh tersebar di Facebook. Semenjak perkhabaran mengenai kolam itu tersebar di laman sosial, ramai orang luar datang dan hal ini sampai ke pengetahuan pihak berkuasa tempatan. Pihak berkuasa tempatan terpaksa menutup kawasan terbabit atas faktor keselamatan.
Sumber: KisahBest
loading...
Tiada ulasan :
Catat Ulasan