loading...

Khamis, 8 Oktober 2015

Petua : Petua Untuk Badan Ramping dan Kelihatan Cantik

Tiada ulasan
 
sekadar gambar hiasan
 
Petua : Petua Untuk Badan Ramping dan Kelihatan Cantik | jangan tipulah setiap wanita mengindamkan badan yang ramping cantik dan menawan. Wanita gemuk pun nak ramping apatah lagi wanita yang sememang menawan. Lelaki mana tak suka wanita cantik dan ramping,malah lelaki ini akan berasa hebat dan bangga bila berdampingan dengan wanita sedemikian. Tak nak cakap banyak ni petua nak jaga badan dan buat badan anda jadi ramping.

1. Berjalan kaki, sekurang-kurangnya 15 minit setiap hari. Jika asyik naik lif di pejabat atau rumah. Cubalah naik dan turun dengan tangga.

2. Minum air kosong 8 gelas sehari. Ia membantu membuang toksin daripada badan. Segelas air kosong juga boleh diambil sebelum makan kerana ia memberikan rasa kenyang sekali gus menghindarkan diri daripada rasa lapar berlebihan.

3. Sarapan setiap pagi jangan diabaikan. Mereka yang tidak bersarapan cepat lapar dan mendorong diri untuk makan lebih banyak pada waktu tengah hari.

4. Banyakkan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran kerana ia baik untuk sistem pencernaan serta dapat menurunkan kadar kolesterol badan.

5. Jangan makan hingga perut sudah kenyang. Jika sayang makanan berlebihan, ia boleh disimpan.

6. Kawal diri supaya tidak makan makanan berlemak dan bergoreng secara berlebihan. Makanan dikukus atau direbus lebih elok untuk kesihatan.

7. Tidur dapat mempercepatkan kadar metabolisme badan sebanyak 40 peratus. Oleh itu, pastikan anda mendapat tidur secukupnya setiap hari.

8. Senaman yang sesuai mengikut bahagian badan elok dilakukan setiap kali bangun di waktu pagi. Apabila bangun pagi, rajinkan tangan membersihkan rumah. Mungkin ia tidak sehebat senaman di luar tetapi aktiviti berkenaan tetap membantu dari segi pembakaran kalori dalam badan.

Selamat mencuba Petua : Petua Untuk Badan Ramping dan Kelihatan Cantik!

loading...

Tiada ulasan :

Catat Ulasan

LIKE PAGE KAMI UNTUK BERITA TERKINI Button Close