loading...

Isnin, 5 Oktober 2015

Cara Buat Donut

Tiada ulasan
 
 
 
Assalamualaikum, kali ni put nak kongsikan resepi Donut bukan donut yang lembut sotong tu, sesuai di makan waktu sarapan pagi atau minum petang,memang berbaloi-baloi.  Donat ni memang famous di mana-mana sahaja,malah macam-macam adunan di campur,direncah dihias. tak percaya tengok gambar di atas. Nak buat kuih donut yang lembut dan lazat ni banyak petuanya banyak caranya, terpulang pada anda nak macam mana,yang peting resipi asas donut mesti ada,wajib kalau tak,tak jadi donut jadi do no jer.. Put tak nak cerita panjang-panjang pasal donut sebab put dah terliur, jom belajar buat sendiri donat yang lazat lembut dan gebu disukai ramai..
 
bahan-bahan:
2 sudu besar mentega
 1 biji telur
 1 cawan air suam
6 sudu besar gula pasir
 3 sudu besar susu pekat manis
1 paket yis (mauripan)
3 cawan tepung gandum
cara-caranya:
1. cairkan mentega & letak tepi dulu (saya cairkan sekejap dalam microwave)
2. larutkan gula dengan air suam dalam mangkuk besar
3. masukkan susu pekat & kacau sebati
4. masukkan yis, kacau sekali lagi & biarkan selama 10 minit 
5. pukul telur & campurkan dalam mentega cair tadi  
6.lepas 10 minit campuran yis tadi akan berbuih2..masukkan campuran telur ke dalam yis & kacau sebati 
7. masukkan semua campuran ke dalam tepung (masuk sedikit demi sedikit)
8. gaul adunan perlahan2 dengan senduk kayu
9. biarkan selama 45 minit
10. lepas 45 minit doh akan kembang & gebu gitu..da boleh bentukkan donut...takda acuan pun takpa..ikut kita nak bulat2kan ke nak jadikan dia bentuk donut jugak ke...terpulang^^
 (guna tepung kat tangan if doh melekat2) 

*rehatkan doh sekejap bagi kembang kiambang sikit baru mula goreng
*masa goreng pula kena sentiasa balik-balik kan donut untuk dapat colour yang cantik..makesure api kecik jangan terlalu besar nanti hangus.
*sejukkan donut dulu baru salut dengan gula (saya guna gula kastor) tapi kalo nak salut dengan coklat pun boleh..ikut selera masing2^^ 
 
Dah siap,selamat mencuba memasak,menghias,memakan donut sedap lazat anda.
loading...

Tiada ulasan :

Catat Ulasan

LIKE PAGE KAMI UNTUK BERITA TERKINI Button Close