loading...

Ahad, 15 Mei 2016

Zikir Fatimah Amalan Yang Baik Untuk Redakan Kepenatan Wanita Mengurus Rumahtangga

Tiada ulasan

Zikir Fatimah Amalan Yang Baik Untuk Redakan Kepenatan Wanita Mengurus Rumahtangga | Zaman sekarang bukan seperti zaman dahulu,ramai isteri pada zaman sekarang berkerjaya dan bekerja, jadi mereka terlalu penat dan letih apabila pulang kerumah untuk mengurus anak-anak dan makan minum suami lagi.






Bagi wanita moden mereka menghilangkan penat hanya bercuti, pergi spa dan sebagainya. Hakikatnya dalam Islam sendiri telah tersedia penawar kepenatan dan lelah ini melalui amalan Zikir atau Tasbih Fatimah yang diajarkan sendiri oleh Rasululullah s.a.w kepada puterinya Saidatina Fatimah r.a. Haaa... Mesti ramai isteri diluar sana tidak tahu dan tak pernah ambil tahu.

Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Muslim, satu hari puteri Rasulullah s.a.w, Saidatina Fatimah r.a mengadu kepada suaminya, Saidina Ali bin Abu Talib r.a tentang tangannya berasa sakit dan keletihan kerana terlalu banyak kerja rumah yang perlu dilakukannya.

Saidatina Fatimah kemudian datang menemui ayahandanya baginda Rasulullah s.a.w untuk meminta seorang pembantu. Akan tetapi dia tidak berjaya menemui Rasulullah s.a.w dan hanya bertemu dengan Saidatina Aisyah.

Kemudian Saidatina Fatimah meninggalkan permintaannya kepada Saidatina Aisyah untuk disampaikan kepada Rasulullah. Apabila Rasulullah tiba di rumah, Saidatina Aisyah pun memberitahu Baginda tentang permintaan puterinya.

Lalu Baginda telah pergi menemui puteri serta menantunya yang ketika itu telah berbaring di tempat tidur. Keduanya mahu berganjak bangun ingin menghampiri baginda akan tetapi Rasulullah meminta mereka tetap di tempat perbaringan.

Lalu baginda bersabda; "Mahukah kamu berdua aku ajarkan sesuatu yang lebih baik daripada apa yang kamu berdua minta? Ketika kalian  berbaring hendak tidur, maka bacalah takbir (Allahu Akbar) 34 kali, tasbih (Subhanallah) 33 kali dan tahmid (Alhamdulillah) 33 kali. Sesungguhnya yang demikian itu lebih baik bagi kalian daripada seorang pembantu.” (HR. Muslim, no: 4906)

Maka disaran kepada ibu-ibu dan isteri-isteri yang berasa penat setelah melakukan tugas-tugas harian supaya mengamalkan Zikir/Tasbih Fatimah ini setiap malam sebelum melelapkan mata.

ZIKIR/ TASBIH FATIMAH

Allahu Akbar    - 34 kali
Subhanallah    - 33 kali
Alhamdulillah  - 33 kali



Kesimpulannya si isteri haruslah bersyukur, ikhlaskan hati dan tidak berkira melakukan kerja-kerja yang amat memenatkan anda, bila anda ikhlas dan bersyukur pasti percaya keluarga anda akan mendapat barakah dan kedamaian dalam rumahtangga.
loading...

Tiada ulasan :

Catat Ulasan

LIKE PAGE KAMI UNTUK BERITA TERKINI Button Close