loading...

Ahad, 27 Mac 2016

Pelajar Ini Potong Lidah Sendiri Kerana Di Buli

Tiada ulasan
Gambar yang menjadi viral di laman sosial.
Pelajar Ini Potong Lidah Sendiri Kerana Di Buli | Kes buli semakin menjadi-jadi dikalangan pelajar sekolah, adakah perkara ini dapat dibanteraskan atau sekadar angan-angan tahi itik?? Tepuk dada tanya yang bertanggungjawab. Ibu bapa mana tidak risau dan sedih lihat perkara ini terjadi dekat anak mereka.
buli
Gambar yang menjadi viral di laman sosial.
KLANG - Ibu kepada murid yang mendakwa dipaksa memotong lidahnya sendiri dalam kejadian buli di sebuah sekolah di sini, Khamis lepas, mahu anaknya itu ditukarkan ke sekolah lain dengan segera.

Siti Nurhuda Ibrahim, 29, berkata dia serik dan mahu kejadian hitam yang menimpa anaknya Muhammaf Alif Shukran Alias, 8, tidak berulang.

"Saya mahu menukarkan dia (Muhammad Alif Shukran) ke sekolah lain kerana tidak mahu dia dibuli lagi," katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini

Siti Nurhuda berkata polis juga telah mengambil semula keterangannya hari ini, berhubung siasatan kes berkenaan.

Beliau berharap polis dapat menyelesaikan segera kes tersebut supaya ia tidak berlaku ke atas murid lain.
Sementara itu, Jabatan Pendidikan Negeri Selangor akan memberi khidmat kaunseling kepada Muhammad Alif Shukran.

Pengarahnya Zainureen Mohd Noor berkata ia bagi memulihkan semangat murid tahun dua itu untuk terus bersekolah dan belajar.

"Di samping itu, pihak jabatan pendidikan juga sedang giat melakukan siasatan terperinci bagi mengenal pasti murid yang terlibat dan akan mengambil tindakan sewajarnya terhadap mereka," katanya ketika dihubungi hari ini.

Pada Khamis lepas, Muhammad Alif Shukran mendakwa dipaksa memotong lidahnya sendiri oleh sekumpulan lima murid tahun tiga dari sekolah yang sama.
Berikutan kejadian itu, lidah mangsa putus sedikit di bahagian hujung dan menerima satu jahitan. - Bernama

sumber - http://www.sinarharian.com.my
loading...

Tiada ulasan :

Catat Ulasan

LIKE PAGE KAMI UNTUK BERITA TERKINI Button Close