loading...

Rabu, 18 November 2015

Tiada ulasan

Petua - Rawatan Tradisional Untuk Buang Kahak Bayi

Petua - Rawatan Tradisional Untuk Buang Kahak Bayi | Banyak yang kita dengar cerita dan petua apabila bayi dibawah umur 1 tahun mempunyai kahak dan hidung berair dan cara nak buang kahaknya. Ada ibu bapa sampai gelabah dan tak tentu arah bila anak mereka didapati selsema dan kahak yang banyak. Sedia maklum bayi dibawah 1 tahun tidak boleh mudah-mudah atau diberi ubat, jadi disyorkan berjumpa doktor dahulu untuk mengetahui keputusannya. Ada 1 petua yang bagus dan berguna untuk menyelamatkan atau melegakan bayi anda dari dipenuhi kahak dan menyeksakan bayi anda untuk tidur dan sebagainya. Cara ini amat-amat mujarat dan menjadi. Ini adalah cara tradisional untuk buang kahak bayi untuk melegakan bayi anda. Ibu bapa mana sanggup melihat anaknya berkahak dan susah nak tidur malah minum susu lagilah.

 


Cara-cara tradisional buang kahak bayi
  1. Bawang Putih
  • Bawang putih adalah antara makanan anti-bakteria yang sangat baik untuk membunuh sel-sel bakteria. Kalau anak kita yang sakit tu masih menyusu, ibu bolehlah makan bawang putih (letak lebih sedikit dalam masakan ataupun makan begitu sahaja bagi siapa yang berani :p ). Sel bawang putih itu akan menjadi sebahagian dari susu dan membantu untuk membunuh kuman.
  • Ibu boleh juga membuat minyak bawang putih untuk disapu pada dada, belakang, dan betis baby
minyak bawang putih

Cara-cara membuat minyak bawang putih

  1. Ambil seulas bawang putih dan bakar atas api sehingga terbuka kulitnya. Jangan sampai hangus ye.

  2. Cincang halus bawang putih tersebut dan masukkan ke dalam bekas kecil. Cari bekas yang bertutup supaya boleh simpan lama.

  3. Masukkan minyak zaitun (kalau takde, minyak masak pun boleh yang belum guna pun boleh) ke dalam bekas yang mempunyai bawang putih.

  4. Ramas minyak bersama bawang putih sehingga minyak tu pun berbau bawang putih. 

  5. Sapukan pada bayi dengan kerap di bahagian dada, belakang, dan betis. 

*Tapi, sebelum mula sapukan pada baby, buat patch test dulu untuk melihat sama ada kulit baby kita allergik ke tak pada bawang putih itu. Sapu di bahagian pilipat dan biarkan selama setengah ke 1 jam. Kalau tiada kesan merah-merah atau bintik-bintik, kira OK la tu. Bolehlah sapukan kepada anak.
     2. Steam N Purcussion

Picture taken from butikgebugebu.blogspot.com


             
*Steam and percussion adalah teknik menepuk belakang bayi untuk mengeluarkan kahak.

Langkah-langkah:

  1. Hiris 2-3 ulas bawang putih dan dimasukkan ke dalam bekas berisi air panas. 

  2. Terbalikkan bayi (seperti dalam gambar) dan pastikan muka bayi berada di atas mangkuk tersebut. Tapi, hati-hati dengan tangan anak ye sebab air tu panas. Kalau nak anak kita sedut lebih banyak wap bawang putih, tutup kepala mereka dengan kain. Wap itu akan terperangkap di dalam kain itu sahaja. Cumanya, salah seorang perlulah berada di bawah kain bersama anak untuk memantau keadaan anak kita.

hand percussion

3. Buat tangan seperti dalam gambar di atas dan tepuk belakang bayi perlahan-lahan. Pada masa ini, bayi kita memang akan menangis tapi biarkan sahaja. Lagi banyak mereka menangis, lagi banyaklah wap yang mereka sedut :) Wap bawang putih akan meresap masuk ke dalam rongga-rongga untuk membunuh sel-sel bakteria dan pada masa yang sama untuk mencairkan kahak supaya boleh keluar  dengan mudah.

4. Lakukan teknik ini 2 kali sehari (selepas mandi pagi dan juga selepas mandi petang) untuk memudahkan anak kita bernafas dan juga tidur dengan lebih lena. 


Ibu bapa akan mencuba sedaya upaya untuk melegakan sakit anak, InsyaAllah petua ini akan berguna untuk anda semua.
Tiada ulasan

RESEPI KITA - Resepi Kek Batik

hahahah kali ni kita kongsikan sedikit respi kek batik.. tahu doh kek batik ni macam mana?? rasa macam mana??? kalau tengok gambar di bawah pasti anda pernah merasa kek berbatik-batik ni.. Ermmm memang sedap sangat, mudah jer nak buat tak payah nak beli-beli membazir jer... Nak tahu cara buat kek batik ni adalah cara paling mudah nak buat.



Bahan-bahan buat kek batik:
– 2 cawan milo
– 2 sudu besar serbuk koko
– 1 tin susu pekat manis
– 1 buku buttercup
– 1 paket biskut Marie
Cara buat kek batik:
  1. Cairkan dulu butter dalam periuk yang dipanaskan dengan api kecil. Bila sudah cair, masukkan susu pekat dan gaul lagi hingga sebati.
  2. Lepas itu, masukkan Milo dan serbuk koko ke dalam periuk. Masukkan sedikit demi sedikit sambil digaul sehingga sebati. Jangan tinggalkan sebatian ini berketul-ketul.
  3. Masukkan biskut Merrie yang telah dipatahkan (tidak sampai hancur) sebelumnya ke dalam periuk, dan gaul hingga rata.
  4. Lepas itu, masukkan adonan ke dalam loyang yang telah dialas dengan plastic biar mudah nak dikeluarkan.
  5. Padatkan kek batik tadu dengan tekan-tekan menggunakan sudu.
  6. Bila dah padat, simpan loyang ke dalam peti sejuk sekira 3 jam
  7. Kalau nak makan, keluarkan dahulu kek batik kira-kira 30 menit karena pasti sudah keras sebab masuk di peti sejuk.
  8. Kek batik siap di hidangkan.
Apa macam?? sedap tak? pasti anda nak buat selalu.. Selamat mencuba!!

Selasa, 17 November 2015

Tiada ulasan

Cara Menjaga Membela Kucing



Haaa... pasti ramai dekat sini yang suka akan kucing, jangan suka dan minat jer tetapi nak jaga tak pandai,last-last kucing kurus kurang makan,bulu kotor pastu mati macam tu jer. Kucing adalah seekor haiwan yang cantik dan comel, terdapat beberapa jenis kacukan dan baka kucing ni tahu.. yang paling comel kucing kacukan parsi, bulu lebat ekor macam ekor tupai. Kalau kucing buat muka memang nampak comel dan kesian, tengoklah time kita makan dekat restoren tepi jalan, ya Allah comelnya cara dia mintak nak ayam..hehehe

Kucing ni tak kira baka apa yang penting tahu nak jaganya kalau malas dan malas nak buang najis baik reject awal-awal jaga kucing ni. Kucing adalah haiwan yang istemewa antara haiwan yang baik dan jinak serta mudah untuk dijaga sebenarnya.

Cara nak jaga kucing ni senang jer mengikut baka, jika anda beli baka parsi atau baka-baka mahal ni pasti nak makan best-best pastu kene sediakan tempat yang elok,mandi dengan shampoo khaslah apa lah.



kalau kucing yang terbiar pulang senang anda nak jaga. Senang jer jaga kucing setiap 2-3 jam bagi makan. Mandikan kucing sekali atau dua kali sehari. Sediakan tempat tinggal yang elok. Kucing ni kalau betul-betul di ajar dia akan ikut arahan. Atok saya ajar kucing setiap kali nak buang air besar buang dekat luar rumah,lama kelamaan kucing akan tahu setiap kali nak buang air besar dia sendiri akan keluar rumah. tapi tengok pada keadaanlah kalau rumah flat atau apartment baik tak payah nanti marah dekat penghuni lain.

Sebanarnya jaga kucing ni senang lagi-lagi kalau kita jaga dari dia dilahirkan, macam kitalah apa yang kita makan adalah apa yang mak kita ajar dari kecil. Kalau mak kita suka ajar kita dari kecil makan makanan segera seperti Mcd Kfc Pizza memang sampai besar kita suka makan benda tu.

K lah tak nak cerita panjang-panjang sudah ngatuk dan penat. Sebenarnya banyak lagi cara nak jaga kucing ni, google jer...
Tiada ulasan

VIRUS SHORTCUT - Cara Bunag Virus Shortcut Pakai CMD


Hi, ramai masih tidak mengerti konsep sebenar virus shortcut dan masih terlalu ramai pengguna atau pemilik dekstop atau pc dan notebook tidak tahu nak delete atau buang virus shortcut ni. Virus ni memang menyakitkan mata memang dan menyusahkan kita, serabut sudahlah file-file kita dia copy dan shortcutkan pastu dia hidden file asal. Bagi yang tahu komputer meraka tahu cara nak buang virus ni tapi bagi yang tak tahu apa-apa memang hantar kedailah. Hantar kedai pula cas mahal-mahal memang melampau tapi anda nak benda ni setelkan, nak tak nak bagi jugalah. Nah!! tak payah sebenanya senang jer buang virus shortcut ni. Meh baca sampai habis buat tak sampai 1minit dah hilang virus shortcut ni hanya pakai CMD jer..
  1. Buka Command Prompt. Start- All Program- Accessories- Command Prompt. Kalau nak cepat, klik Run, taip cmd dan klik ok. Perisian Command Prompt akan muncul. Sebelum itu, Scan terlebih dahulu pendrive anda menggunakan anti-virus. Pastikananda buang virus yang dikesan oleh anti-virus tersebut.
  2. Seterusnya, lihat nama drive pada pendrive anda samaada F,C,T dan sebagainya. Cuma jangan taip abjad C atau D kerana C dengan D adalah hak milik cakera keras dan komputer anda. Taip attrib -h-r-s/s/d f :\*.* dan klik enter. Yang admin boldkan (f) tu adalah nama drive pada pendrive.
  3. Selepas beberapa minit (dalam 2 minit macam tu) pergi ke lokasi pendrive anda dan anda akan dapati folder yang telah disorok oleh virus tadi akan muncul semula dan folder yang mengandungi virus akan menunjukkan anak panah. Jadi, delete / buang folder itu. Ingat! anda mestilah membuang folder yang mempunyai anak panah sahaja dan biarkan folder yang tiada anak panah.
  4. Tutup kembali pendrive anda dan buka kembali. Anda dapat melihat kesemua folder yang disimpan boleh digunakan semula.
  5. Siap. Buka file pasti sudah hilang,hehehe
* ada software yang dapat delete cara senang virus shortcut anda taip dekat uncel google " software virus shortcut uitm" software ni memang menjadi.

Selamat mentry-try ya...
P/s: Kalau nak lebih selamat, scan kembali pendrive anda selepas membuang virus shortcut dari pendrive anda.

Sabtu, 14 November 2015

Tiada ulasan

Doa untuk isteri - Doa mudah bersalin

Assalamualaikum semua.. kali ni put nak kongsikan doa yang Terbaik untuk Bakal-Bakal ibu atau isteri yang tak lama lagi nak bersalin...Doa mudah bersalin ni mudah di hafal.

Doa ini ibu-ibu atau Bakal ibu amalkan semoga mudah untuk anda bersalin nanti,InsyaAllah dengan IzinNYA.

Jangan lupa share ya..

Khamis, 5 November 2015

Tiada ulasan

Pereka Laman Web/Blog Harga Murah

Terima kasih kerana melawati blog kami, kami bukanlah profesional dalam membina laman web atau blog tetapi kami ada kemahiran dalam membina laman web dan blog. Kami menyediakan khidmat service membina blog dari blog peribadi sehingga laman web. Harga service dari kami tidaklah mahal, sangat-sangat murah di pasaran.

Kenapa anda perlu Web/Blog??

Soalan yang selalunya ditanyakan kepada kami, anda perlu web site atau blog untuk tujuan tertentu seperti blog personel, web site/blog perniagaan anda,web site syarikat anda dll. Dengan adanya web site/blog anda dapat memperkenalkan produk anda, syarikat anda, sekolah anda, service anda dll.

Dengan adanya web site/blog ini anda dapat mempromosikan produk-produk anda seperti tudung,pakaian,ubat-ubatan,produk kecantikkan dll ke serata dunia hanya dengan bermodalkan blog.

Dengan adanya blog senang untuk pengguna lain mengenali produk anda,service anda, syarikat anda dll dengan mudah hanya dihujung jari sahaja dengan hanya " ONLINE "

Apa Tunggu lagi tempahlah sekarang!!

Kami menyediakan 3 pakej :

Pakej A : Harga RM 300 + Domain blogspot.com *jika nak domain .com,.info,.net dll tertakluk kepada harga domain tersebut + Design standard , permasangan untuk blog personel. 
Contoh:

Link Demo : Kilik DISINI

Pakej B : Harga RM 500 + Domain blogspot.com *jika nak domain .com,.info,.net dll tertakluk kepada harga domain tersebut + Design Full
 Contoh :


Link Demo: Klik DISINI



Pakej C : Harga RM 2000.00 - RM 5000 +  sekali dengan domain .com,.info,.net *tertakluk harga domain.
Design Full
Contoh:


Link Demo: Klik DISINI


PENTING!! Template Kami Sediakan Atau Guna Template Anda tertakluk kepada persetujuan pihak kami.

Untuk Info lanjut boleh Whatsapp/sms/call admin : 
017-3212556 =shariff
012-9053040 =edzhan







LIKE PAGE KAMI UNTUK BERITA TERKINI Button Close