hahahah kali ni kita kongsikan sedikit respi kek batik.. tahu doh kek batik ni macam mana?? rasa macam mana??? kalau tengok gambar di bawah pasti anda pernah merasa kek berbatik-batik ni.. Ermmm memang sedap sangat, mudah jer nak buat tak payah nak beli-beli membazir jer... Nak tahu cara buat kek batik ni adalah cara paling mudah nak buat.
Bahan-bahan buat kek batik:
– 2 cawan milo
– 2 sudu besar serbuk koko
– 1 tin susu pekat manis
– 1 buku buttercup
– 1 paket biskut Marie
– 2 cawan milo
– 2 sudu besar serbuk koko
– 1 tin susu pekat manis
– 1 buku buttercup
– 1 paket biskut Marie
Cara buat kek batik:
- Cairkan dulu butter dalam periuk yang dipanaskan dengan api kecil. Bila sudah cair, masukkan susu pekat dan gaul lagi hingga sebati.
- Lepas itu, masukkan Milo dan serbuk koko ke dalam periuk. Masukkan sedikit demi sedikit sambil digaul sehingga sebati. Jangan tinggalkan sebatian ini berketul-ketul.
- Masukkan biskut Merrie yang telah dipatahkan (tidak sampai hancur) sebelumnya ke dalam periuk, dan gaul hingga rata.
- Lepas itu, masukkan adonan ke dalam loyang yang telah dialas dengan plastic biar mudah nak dikeluarkan.
- Padatkan kek batik tadu dengan tekan-tekan menggunakan sudu.
- Bila dah padat, simpan loyang ke dalam peti sejuk sekira 3 jam
- Kalau nak makan, keluarkan dahulu kek batik kira-kira 30 menit karena pasti sudah keras sebab masuk di peti sejuk.
- Kek batik siap di hidangkan.
loading...
Tiada ulasan :
Catat Ulasan