loading...

Rabu, 18 November 2015

Petua - Rawatan Tradisional Untuk Buang Kahak Bayi

Tiada ulasan

Petua - Rawatan Tradisional Untuk Buang Kahak Bayi | Banyak yang kita dengar cerita dan petua apabila bayi dibawah umur 1 tahun mempunyai kahak dan hidung berair dan cara nak buang kahaknya. Ada ibu bapa sampai gelabah dan tak tentu arah bila anak mereka didapati selsema dan kahak yang banyak. Sedia maklum bayi dibawah 1 tahun tidak boleh mudah-mudah atau diberi ubat, jadi disyorkan berjumpa doktor dahulu untuk mengetahui keputusannya. Ada 1 petua yang bagus dan berguna untuk menyelamatkan atau melegakan bayi anda dari dipenuhi kahak dan menyeksakan bayi anda untuk tidur dan sebagainya. Cara ini amat-amat mujarat dan menjadi. Ini adalah cara tradisional untuk buang kahak bayi untuk melegakan bayi anda. Ibu bapa mana sanggup melihat anaknya berkahak dan susah nak tidur malah minum susu lagilah.

 


Cara-cara tradisional buang kahak bayi
  1. Bawang Putih
  • Bawang putih adalah antara makanan anti-bakteria yang sangat baik untuk membunuh sel-sel bakteria. Kalau anak kita yang sakit tu masih menyusu, ibu bolehlah makan bawang putih (letak lebih sedikit dalam masakan ataupun makan begitu sahaja bagi siapa yang berani :p ). Sel bawang putih itu akan menjadi sebahagian dari susu dan membantu untuk membunuh kuman.
  • Ibu boleh juga membuat minyak bawang putih untuk disapu pada dada, belakang, dan betis baby
minyak bawang putih

Cara-cara membuat minyak bawang putih

  1. Ambil seulas bawang putih dan bakar atas api sehingga terbuka kulitnya. Jangan sampai hangus ye.

  2. Cincang halus bawang putih tersebut dan masukkan ke dalam bekas kecil. Cari bekas yang bertutup supaya boleh simpan lama.

  3. Masukkan minyak zaitun (kalau takde, minyak masak pun boleh yang belum guna pun boleh) ke dalam bekas yang mempunyai bawang putih.

  4. Ramas minyak bersama bawang putih sehingga minyak tu pun berbau bawang putih. 

  5. Sapukan pada bayi dengan kerap di bahagian dada, belakang, dan betis. 

*Tapi, sebelum mula sapukan pada baby, buat patch test dulu untuk melihat sama ada kulit baby kita allergik ke tak pada bawang putih itu. Sapu di bahagian pilipat dan biarkan selama setengah ke 1 jam. Kalau tiada kesan merah-merah atau bintik-bintik, kira OK la tu. Bolehlah sapukan kepada anak.
     2. Steam N Purcussion

Picture taken from butikgebugebu.blogspot.com


             
*Steam and percussion adalah teknik menepuk belakang bayi untuk mengeluarkan kahak.

Langkah-langkah:

  1. Hiris 2-3 ulas bawang putih dan dimasukkan ke dalam bekas berisi air panas. 

  2. Terbalikkan bayi (seperti dalam gambar) dan pastikan muka bayi berada di atas mangkuk tersebut. Tapi, hati-hati dengan tangan anak ye sebab air tu panas. Kalau nak anak kita sedut lebih banyak wap bawang putih, tutup kepala mereka dengan kain. Wap itu akan terperangkap di dalam kain itu sahaja. Cumanya, salah seorang perlulah berada di bawah kain bersama anak untuk memantau keadaan anak kita.

hand percussion

3. Buat tangan seperti dalam gambar di atas dan tepuk belakang bayi perlahan-lahan. Pada masa ini, bayi kita memang akan menangis tapi biarkan sahaja. Lagi banyak mereka menangis, lagi banyaklah wap yang mereka sedut :) Wap bawang putih akan meresap masuk ke dalam rongga-rongga untuk membunuh sel-sel bakteria dan pada masa yang sama untuk mencairkan kahak supaya boleh keluar  dengan mudah.

4. Lakukan teknik ini 2 kali sehari (selepas mandi pagi dan juga selepas mandi petang) untuk memudahkan anak kita bernafas dan juga tidur dengan lebih lena. 


Ibu bapa akan mencuba sedaya upaya untuk melegakan sakit anak, InsyaAllah petua ini akan berguna untuk anda semua.
loading...

Tiada ulasan :

Catat Ulasan

LIKE PAGE KAMI UNTUK BERITA TERKINI Button Close