Semalam punya cerita,duk pushing-pushing dekat IOI City Mall Terasa lapar pula. Nak cari makan tengok kebanyakkan makanan apa-apa barat semua. Ermmm memang tak jadi nak makan sebab seharian tak jumpa nasi.
Pusing punya Pusing ternampak satu restoran ala-ala masakan Kampung,memang kene dengan perutlah nak makan nasi. Bila duduk jer tengok menu Perghhh harga boleh tahan tapi tengok gambar makanan memang tak tertahan kakak oiii. Memang menarik,dalam hati berkata " selalau gambar jer menarik tapi bila dapat oder,makanan Entah ke mana rasa entah kemana." Apa lagi perut dah kempis kempos dah rogerlah cepat, put ambil Nasi ikan masak tomato, my girlfriend aka si cantik oder Nasi ayam berempah dan last kuew tiew goreng. Air sirap laici selasih dengan oren selasih.
Bila sampai jer memang terbaik restoran rasa utara ni,memang sama dalam gambar menu. Air dia rasa secukupnya..memang terbaiklah. Yang paling sedap bila rasa sos tomato yang dimasak dengan ikan Perghhh memang licin dijilatnya. Ikan tak hanyer bab ang. Sedap gila. Ayam rempah dia terasa cukup rempah dia. Nasi pula memang berkualiti. Memang nikmatlah memang tak cukup sepinggang nasi. Rugi Korang tak pi merasa memang Terbaik rasa utara. Menu wajib dalam masakan dia Mesti ada sambal belacan dengan gulai lemak kacang panjang. Tempat memang bersih gred A.
Kesimpulannya memang rasa utara betul tak payah nak pi utara setakat nak rasa masakan utara. Memang Terbaik. Jom lihat gambar dah buat anda terliur .
Tiada ulasan :
Catat Ulasan