loading...

Selasa, 25 Ogos 2015

Inilah Sebabnya Kenapa Baby Anda Selalu Menangis dan Cara Untuk Memujuknya

Tiada ulasan




Inilah Sebabnya Kenapa Baby Anda Selalu Menangis dan Cara Untuk Memujuknya | Anda yang sudah mempunyai anak atau sedang mengadung atau masih anak 1 tahun kebawah pasti anda pernah merasa pengalaman serba salah tak tahu nak buat apa dengan baby anda yang kerap menangis di kala waktu magrib dan tengah malam. Ada orang lama cakap kembar dia yang kacau,ada orang cakap benda halus yang kacau, terpulanglah pada anda untuk menilainya.

Menangis bagi seorang bayi adalah normal. Bayi akan menangis tanpa mengira masa & tempat. Disebabkan bayi masih kecil dan tidak mampu untuk berbuat apa-apa untuk dirinya, bayi hanya bergantung kepada orang lain untuk memahami akan dirinya. Menangis adalah CARA bagi seorang bayi memberitahu sesuatu kepada orang sekelilingnya.

Sebagai seorang ibu atau bapa yang baru sahaja melangkah ke dunia keibubapaan, pasti sukar untuk menentukan apa yang bayi mahukan jika mereka menangis. Samada mereka lapar, sakit, panas atau sejuk. ia pasti membuatkan anda resah dan bimbang kerana masih tidak mengetahui akan keperluan dan kemahuan bayi. Namun, lama-kelamaan anda akan mula mengecam akan corak tangisan bayi anda. Mengenali anak dengan lebih dekat lagi akan membuatkan anda faham akan keperluannya.

Kenapa bayi menangis ?

Berikut adalah antara sebab-sebab bayi anda menangis. Ia mungkin DAPAT membantu anda memujuknya atau memenuhi keperluannya.

1. Saya lapar!

Bayi anda mungkin lapar dan inginkan susu. Ada beberapa tanda menunjukkan bahawa bayi ingin minum susu seperti menghisap jari dan menggerak-gerakkan mulutnya ke kiri dan ke kanan kerana mencari susu ibunya. Perut bayi bukan seperti perut orang dewasa. Mereka hanya boleh mengisi susu dalam kuantiti yang sedikit sahaja dalam satu-satu masa. Ini menyebabkan bayi akan kerap menyusu bagi memenuhi keperluannya. Berikanlah dia susu selagi dia mahu. Jika dia kenyang dia akan berhenti dan mungkin akan tertidur.

2. Lampin saya penuh!

Bayi menangis mungkin kerana lampinnya sudah kotor dan dipenuhi najis. Periksa lampinnya dan segera cuci dan tukar lampin baru jika anda mendapati lampinya sudah penuh. Bayi akan kembali selesa jika lampinnya kering.

3. Saya tidak sihat!

Bayi anda mungkin ingin memberitahu bahawa dia tidak sihat seperti demam, selsema, batuk atau kolik. Cuba periksa suhu badannya. Jika benar dia tidak sihat, bawalah bayi anda berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan rawatan.

4. Saya sangat sejuk/ sangat panas!

Seorang bayi masih tidak mampu menyesuaikan diri dengan cuaca yang terlalu sejuk atau terlalu panas. Mereka akan rasa tidak selesa dan akan menunjukkan reaksi seperti menangis bagi memberitahu orang sekelilingnya. Bedunglah atau selimutlah jika bayi anda terlalu sejuk atau pakaikanlah dia baju yang nipis jika dia terlalu panas.

5. Saya mahu tidur!

Bayi bukan pelik atau mengada-ngada. Namun itulah fitrah seorang bayi. Walaupun dia mahu tidur, kadangkala dia akan menangis untuk memberitahu ibu yang dia mahu tidur. Cuba baringkan dia, atau dodoikan lembur bayi anda. ada juga bayi tidur ketika menyusu susu ibunya. Tepuk-tepuk lembut dan alunkan ritma yang harmoni. Jika benar dia mengantuk, pasti dia akan terlena jua.

6. Saya mahu dipeluk!

Jika bayi anda sudah kenyang atau lampinnya kering dan dia masih menangis, cuba peluk dan manjainya. Bawa bayi anda rapat ke badan. Mungkin itu yang dia mahukan!

7. Saya mahu bermain!

Cuba anda bermain dengannya. Permainan ringan tetapi menghiburkan seperti peek-a-boo, pasti menyeronokkan.

8. Saya mahu berehat!

Bayi anda mungkin mahu memberitahu anda bahawa dia mahu berehat dan letakkannya di bawah. Dia mungkin mahu bebaskan kai dan tangannya dari pelukan atau bedungan.

9. Saya mahu selesa!

Jika anda pergi ke tempat baru atau berjalan-jalan terlalu lama, ini juga akan membuatkan bayi rasa tidak selesa dan menangis. Dia akan resah jika persekitarannya berbeza dengan keadaan rumahnya. Cuma hadkan waktu melawat anda ketika ziarah atau berjalan-jalan.

10. Saya tidak tahu apa yang saya mahu!

Di dalam Islam, kita percaya bahawa ada makhluk lain yang ghaib yang mungkin akan menganggu bayi. Perbanyakkanlah membaca al-Qur’an dan zikir bagi mengelakkan gangguan makhluk halus. Kita percaya bahawa setiap penyakit ada penawarnya dan kita digalakkan berusaha untuk memberikan kesembuhan.

Selamat mencuba & sentiasalah bersabar menghadapi kerenah bayi anda.Semoga bayi anda membesar dengan baik.
loading...

Tiada ulasan :

Catat Ulasan

LIKE PAGE KAMI UNTUK BERITA TERKINI Button Close