loading...

Isnin, 30 November 2015

Cerita Benar - Keajaiban Berlaku Ketika Menghantar Jenazah Arwah Yus Jambu Ke Perlis

9 ulasan
on 4:34 PG




Cerita Benar - Keajaiban Berlaku Ketika Menghantar Jenazah Arwah Yus Jambu Ke Perlis | Sedikit intro tentang arwah

Nama Sebenar: Yusryy Edoo
Nama Popular: Yus Jambu atau Pak Yus
Umur: 39 Tahun
Tarikh Lahir: 15 Mac 1976
Status: Bujang Belum Berkahwin
Pekerjaan: Pelawak dan Pelakon
Asal: Kangar Perlis
Punca Kematian: Mati Mengejut (Sakit Jantung) susulan sesak nafas
Masa Kematian: 12.15 pagi Isnin 30 November 2015 di Hospital Selayang

Rupanya banyak keajaiban yang berlaku semasa proses pengembumian Pak yus. Semoga Rohnya dicucuri Rahmat olehNYA. Al-fatihah

artikal berkaitan :

Video & Foto Di Sekitar Pemakaman Arwah Yus Jambu





sumber : http://mestigempakdotcom.blogspot.my

loading...

Ahad, 29 November 2015

Video konsert Gegar Vaganza minggu ke 7 secara live

Tiada ulasan

Video konsert Gegar Vaganza minggu ke 7 secara live, malah ada yang terlepas boleh tonton disini. Pada minggu ke 6 Nizam Laksamana tersingkir minggu ke 7 kita tak tahu lagi. Konsert Gegar Vaganza menyajikan artis-artis otai tanah air, memang terbaik konsert gegar vaganza ni. Dtayangkan di Astro Ria setiap hari ahad jam 9.00 malam. jangan ketinggalan untuk menonton penyanyi anda mneyanyi.






Video Konsert Gegar Vaganza 2015 Minggu 7 Online
Sumber: Video Konsert Gegar Vaganza 2015 Minggu 7 Online | melvister.com 
loading...

Sabtu, 28 November 2015

Ketahui 11 Makna Garisan Di Tapak Tangan Kita Yang Ramai Tak Tahu!!

Tiada ulasan


Ketahui 11 Makna Garisan Di Tapak Tangan Kita Yang Ramai Tak Tahu!! | Kali ni kita pakat-pakat tengok tapak tangan ya sebab put nak kongsikan makna-makan atau maksud garis di tapak tangan kita. Dikata garis yang terdapat di tapak tangan kita membawa maksdu yang tersirat, haaaa ramai yang tak tahu kan, jom kita terjah....
1. Garis Kehidupan
Garis bertanda nombor 1 ini adalah berkaitan dengan kehidupan kamu. Semakin ia panjang dan terang garisnya, semakin baik maksudnya. Dikatakan seseorang itu akan panjang jangka hayatnya jika mempunyai garis yang sedemikian lebih-lebih lagi jika garisnya mencecah hingga ke penghujung...
2. Garis kecergasan
Garis bertanda nombor 2 ini pula bersangkutan dengan tahap pemikiran dan keupayaan kamu untuk berjaya ke peringkat tinggi. Misalnya seorang pelajar, jika ia jelas, terang dan lurus, ia memperlihatkan bahawa kamu seorang yang bekerja keras untuk berjaya dalam pelajaran dan kamu berupaya untuk belajar dengan lebih gigih.. Bagi kamu, setiap kejayaan perlu disertakan dengan usaha yang gigih. Tidak hairanlah orang yang mempunyai garis ini mampu menjejakkan kaki ke menara gading tanpa sebarang masalah.
3. Garis hati atau cinta
Garisan ini melambangkan perasaan dan percintaan kamu. Sekiranya kamu mempunyai satu garis yang panjang dan lurus, ia menunjukkan bahawa kamu setia dalam percintaan dan mungkin hanya mengalami satu episod cinta saja. Manakala sekiranya garis itu putus-putus dan terdapat cabang-cabang lain, ini menunjukkan kamu mungkin mempunyai beberapa pengalaman gagal dalam bercinta sebelum menemui cinta yang sejati. Malah jangan terkejut, ada di antara kamu yang mempunyai garis putus-putus ini ‘ curang’ dan menjalinkan hubungan cinta dengan lebih daripada seorang gadis/jejaka dalam masa yang sama!!!!
4. Garis kejayaan
Cuba kamu perhatikan garis yang bertanda nombor 4 ini. Adakah ia terdiri daripada satu garis sahaja? Kadangkala terdapat sesetengah orang yang mempyai dua atau lebih garisan ini. Dikatakan mereka ini bakal memperolehi kejayaan cemerlang dalam dua kerjaya atau apa juga yang diceburi oleh mereka nanti, mengikut garis yang terpapar di telapak tangan kamu itu.
5. Garis matahari ( Sun line)
Bukan semua orang yang mempunyai garis ini yang kelihatan dengan begitu jelas dan nyata. Sekiranya kamu mempunyai garisan sedemikian, ia menunjukkan kamu akan menjadi kaya dan terkenal dalam kehidupan kamu. Sebab itulah, ada orang yang mampu meraih kejayaan dalam dua bidang yang dilakukan dalam masa yang sama. Ini kerana sudah tersurat bahawa mereka ini mudah mendapat kejayaan....
6. Garis kesihatan
Sama seperti garis kehidupan, sebaik garisan adalah yang kelihatan jelas, lurus dan tidak putus-putus. Sekiranya garis ini putus-putus, ini menunjukkan tahap kesihatan kamu tidak begitu baik. Begitu juga sebaliknya....
7. Garis perkahwinan
Sekiranya garisan itu membentuk bulatan menghala ke arah kanan hingga ke tapak tangan, kamu diramalkan bakal mempunyai sebuah perkahwinan yang kekal dan bahagia selama-lamanya. Perkahwinan wujud hanya sekali saja dalam hidup kamu. Tiada lagi yang kedua dan seterusnya…
8. Garis bilangan anak
Setiap orang pasti ingin atau menyimpan hasrat untuk memiliki cahaya mata sendiri bila tiba masanya nanti. Berapa orang anakkah yang kamu inginkan? Tidakkah kamu perlu mengetahuinya? Apa yang perlu kamu lakukan ialah dengan mengira berapa banyak garisan halus dan pendek yang kamu miliki dan ia sebenarnya mewakili jumlah bakal anak kamu nanti. Misalnya kamu mendapat terdapat empat garisan Dan ini bermakna jumlah anak kamu nanti ialah empat orang....
9. Garis perjalanan
Adakah kamu ini seorang yang sukakan sesuatu kehidupan yang mencabar, suka merantau atau melawat tempat-tempat asing? Sudah tentunya kamu ini mempunyai garisan perjalanan yang cukup jelas dan terang, seperti yang dinyatakan pada garisan bernombor 9. Tidak hairanlah sekiranya kamu ini juga suka hidup berpindah-randah dan mudah bosan dengan sesuatu tempat....
10. Garis kewangan
Setiap orang semestinya mengimpikan kehidupan yang sempurna dan bahagia. Tentu sekali ia mudah dicapai jika mempunyai kewangan yang kukuh. Bagi kamu yang memiliki garisan bernombor 10 ini dengan jelas dan terang, dikatakan kamu mampu memperolehi Wang yang banyak melalui pekerjaan yang kamu lakukan itu....
11. Garis pergelangan tangan
Cuba kamu perhatikan pada pergelangan tangan kamu di sebelah dalamnya. Terdapat garis-garis seolah-olah gelang kan ? Diramalkan, setiap garis membentuk gelang itu mewakili 25 tahun jangka hayat kamu. Kira saja berapa gelang yang kamu ada dan ramalkan jumlah hayat kamu sendiri! Tapi awas! Jangan terlalu percaya sangat. Ajal dan maut di tangan Tuhan kan ???

Apa-apa yang kamu baca pun jangan terlalu percaya dan taksub nanti Berdosa pula.
loading...

Surah Atau Ayat Al-quran Yang Dapat Musnahkan Sel Barah Kanser

Tiada ulasan


Surah Atau Ayat Al-quran Yang  Dapat Musnahkan Sel Barah Kanser | Dikatakan beberapa surah ini dapat menyebuhkan kanser,itulah ayat Al-quran yang penuh mukjizatnya... Tidak ternilai kebaikkan surah-surah ini jika diamalkan. Lapan surah ini jika diamalkan secara berterusan insyaAllah mampu memusnahkan kanser barah. Jika tidak mampu membacanya sendiri, boleh sesiapa sahaja untuk membacakannya.Sebelum memulakan baca ini dulu:

  1. Istigfar 10 kali
  2. Salawat Nabi 10 kali
  3. Al Fatihah 1 kali
Kemudian sediakan air di dalam botol, setiap kali surah dibaca, tiupkan kepada air. pesakit dinasihat minum air setiap hari atau sapu atau mandi pada anggota yang terkena barah.
Antara surah-surah tersebut :
  1. Surah Al Maidah Ayat 82-91
  2. Surah Al Araf Ayat 70-81
  3. Surah Ar Ra'd Ayat 16-28
  4. Surah Al Anbiyaa' Ayat 38-50
  5. Surah Asy Syu'ara Ayat 185-227
  6. Surah Az Zummar  Ayat 42-52
  7. Surah Ghafir Ayat 67-77
  8. Surah Az Zukhruf Ayat 52-70
Moga-moga dengan mengamalkan surah-surah ini mampu membantu menyembuhkan penyakit di atas KekuasaanNYA.  Insyaallah. Yang penting berusaha,tawakal dan berdoa pada YANG ESA.
Sumber dipetik dari perkongsikan rakan di facebook.
loading...

Jumaat, 27 November 2015

Ada 3 Cara Untuk Hilangkan Perut Menggeleber Selepas Bersalin

Tiada ulasan

Ada 3 Cara Untuk Hilangkan Perut Menggeleber Selepas Bersalin | Seringkali terdengar keluhan si ibu selepas melahirkan anak atau selepas tamat tempoh berpantang. Badan nampak kurus, berat juga turun namun ‘kangaroo pocket’ atau ‘spare tyre’ masih jelas kelihatan. Dua istilah ini sering digunakan bagi menggambarkan lebihan lemak serta perut yang menggeleber. Dan perut si ibu takkan kembali seperti perutnya di masa anak dara, hakikatnya setiap ibu yang baru lepas bersalin ingin menjaga bentuk badan dan perut sekurangnya masih nampak mantap dan boleh bergaya dengan baju kebaya.

Usah bimbang, ianya normal bagi semua wanita selepas bersalin. Malah bagi yang melahirkan melalui pembedahan ‘caesarian’ ia lebih jelas kelihatan. Bayangkan 9 bulan 10 hari membawa seorang bayi di dalam kantung perut. Sudah pasti lebihan lemak akan jelas kelihatan sebaik sahaja bayi keluar. Itu sudah lumrah, tetapi anda jangan ambil mudah walau pun geleber lemak banyak anda kenelah jaga juga kerana ingin nampak sentiasa cantik di mata suami,jangan biarkan sahaja,nanti lama-lama suami cari dua,hehehhe menangis anda.
Antara cara pantas bagi menyembunyikan lebihan lemak di perut :

1. Memakai ‘girdle’ atau ‘korset’

Bagi ibu yang telah tamat tempoh berpantang, penggunaan girdle dapat membantu menahan lemak berlebihan serta memberikan impak segera perut yang lebih leper. Justeru tidak perlu malu untuk menggayakan pakaian yang anda gemari. Yang penting, dapatkan girdle dengan material yang berkualiti dan selesa.
2. Penggunaan krim ‘limau nipis’ dan kapur
Petua orang lama, ambil satu sudu kapur sirih atau kapur makan. Perahkan sebiji limau nipis. Lumurkan di bahagian perut dan pakai bengkung bagi mengelakkan baju kotor. Ia sedikit ‘pedih-pedih’ di awalnya. Pakai ini sebelum masuk tidur. Kesannya cepat, malah anda boleh mengukur berapa inci lemak yang hilang sebaik sahaja bangun pagi keesokannya.
3. Menyusukan anak dengan pakaian yang sesuai
Malu juga mahu menyelak baju meskipun di depan suami dan mertua, bimbang nampak ketara perut yang belum kempis. Apatah lagi jika si anak mahu menyusu dengan kerap. Sudah habis tempoh berpantang, namun perut masih buncit!
Memakai pakaian yang sesuai dapat membantu menyorok perut. Penggunaan blaus berbutang di bahagian hadapan serta baju yang khas untuk menyusu atau nursing wear amat membantu. Ibu tidak perlu lagi menyelak baju dari bawah pinggang serta mendedahkan bahagian perut. Ianya bukan sahaja melindungi perut buncit, malah menjaga aurat ibu di samping memberikan rasa selamat dan bimbang jika terdedah bahagian badan ketika mahu menyusukan anak.
*Artikel ini adalah tulisan oleh Aida Fazlin dari mumsluv.com

Tentang Aida Fazlin

aida-fazlin-mumsluv
Kini bekerja sebagai Pengarah Operasi Mumsluv Nursing Wear. Merupakan bekas pensyarah Kimia di salah sebuah Kolej Persediaan Pelajar. Melepaskan jawatannya pada Ogos 2013 bagi menumpukan perhatian kepada anak-anak. Beliau juga telah memulakan perniagaan sendiri sebagai pengeluar baju menyusu di bawah label Mumsluv. Beliau mempunyai minat mendalam terhadap fesyen muslimah, penyusuan bayi serta pendidikan awal kanak-kanak secara alami.
loading...

Cara Atau Teknik Memikat Wanita Idaman Khas Buat Lelaki Bujang

Tiada ulasan
Sekadar Gambar Hiasan
Cara Atau Teknik Memikat Wanita Idaman Khas Buat Lelaki Bujang | Bergetar tulang rusuk tengok wanita atau gadis cantik...Jika anda perhatikan gambar di atas iaitu EQA gadis ditoreh oleh pencuri di kelantan, bukan nak cerita pasal dia tetapi nak cerita jika anda seorang lelaki bila terjumpa gadis secantik ini, semolek perangai yang kamu idamkan pendek kata hampir sempurna apa yang kamu inginkan apa kamu buat wahai lelaki bujang?? Takkan tengok jer kot, kan melepas rugi,menyesal tak sudah. Ya, jodoh adalah ketentuan Allah s.w.t tetapi jika seorang lelaki tidak mencari jodoh takkan datang sewenang-wenangnya. Yang penting anda lelaki bujang sudah rasa nak kahwin,sudah ada rasa cinta terhadp gadis,sudah mampu ada wajib kahwin. Carilah wanita yang anda idamkan tetapi ingat tak semua apa kita mahu kita dapat dan tak semua wanita itu sempurna,cermin diri dahulu baru anda tahu wanita seeloknya macam mana. Gerbang perkhawinan adalam idaman setiap insan yang bercinta. Yang penting anda lelaki bujang harus berusaha tetapi jangan terlalu memaksa. Apa sudah merepek ni,jom baca teknik dan cara memikat wanita atau gadis yang anda idamkan...
1. Cari masa yang sesuai.
Kadangkala, secara tidak sengaja adalah ’saat yang paling indah dalam kehidupan manusia’. Ini adalah kerana adakalanya ketidaksengajaan itu adalah masa yang paling sesuai. Mengapa ia dikatakan begitu? ada ketikanya kita takut untuk menelefon seseorang kerana bimbang dia sedang sibuk atau sebagainya. Tanpa diduga, di pihak dirinya, dia sebenarnya sedang menunggu kita. Kalau masa yang kita telefon itu tepat, maka perbualan akan menjadi semakin rancak dan lebih menarik. Malah lebih banyak peribadinya akan dikenali. Tetapi harus diingat, pagi-pagi hari adalah waktu yang paling sibuk bagi kebanyakan mereka yang bekerja. Ia adalah permulaan waktu bekerja. Masa senggangnya boleh jadi memasuki waktu makan tengah hari. Paling baik, pada waktu malam kerana semua beban kerja sudah tiada.
2. Jangan buang masa.
Ada masa, kita agak sukar untuk memulakan sesuatu perkenalan. Pelbagai perasaan melingkari di kepala. Adakah dia berminat untuk meneruskan perkenalan, sudahkah dia berpunya dan pelbagai pertanyaan lagi. Sebenarnya lagi lambat anda memulakan langkah perkenalan, anda semakin rugi. Ini kerana “kesungguhan” antara faktor serta daya penarik di mana mereka beranggapan bahawa anda benar-benar serius ingin menjalin satu hubungan baru dengan dirinya.
3. Lebih berkeyakinan.
Tidak mencuba tidak tahu. Malah “makanan” tidak akan masuk ke dalam mulut, kalau kita tidak menyuapnya. Ini samalah dengan usaha. Kalau tanpanya, kita mungkin akan terus ketinggalan dan akhirnya orang yang kita minat itu akan diambil orang. Sebaiknya tingkatkan keyakinan diri kerana hanya orang yang berani sahaja akan berjaya mencapainya. Percayalah, dalam apa langkah sekalipun, keyakinan amat penting kerana ia adalah “pertahanan” terakhir dalam diri anda.
4. Anda perlu tahu apa yang anda lakukan.
Hal ini sangat penting. Ada orang ingin mengenali seseorang hanya sekadar untuk suka-suka sahaja. Ada orang pula, ingin mencari jodoh dan mengharapnya berakhir di jinjang pelamin. Justeru itu, sebagai lelaki anda perlu tahu apa yang anda lakukan. Apa kehendak anda dan bagaimana ia harus diakhiri. Ada orang ingin berkenalan, sekadar ingin menambah koleksi “kekasih” atau bilangan teman wanita. Ada orang pula, hanya sekadar suka-suka. Sebagai lelaki, fokus kepada apa kehendak anda. Jangan hanya dicabar oleh kawan, maka anda berusaha memikat hati si wanita dan bila sudah dapat, anda ingin meninggalkannya. Ia nyata satu perbuatan yang tidak baik dan hanya menghancurkan hati serta perasaan orang lain sahaja.
5. Teruskan persahabatan.
Sekali anda melangkah ke alam persahabatan atau perkenalan, teruskanlah ia sehingga ada sesuatu yang menghalang. Ingat, jangan sesekali berpatah balik hanya kerana ada perkara yang remeh. Ini hanya akan membuang masa anda dan juga dirinya. Malah ia juga tidak baik tentang soal hati. Apa pun, carilah masa yang paling sesuai untuk mengenali seseorang kerana bukan semua dapat menerima keadaan dengan sebegitu mudah.cara memikat wanita
  Sebenarnya terpulang kepada anda bagaimana nak memikat hati wanita, wanita adalah tulang rusuk kiri kita, bagaimana kita bentuknya itulah wanita, wanita adalah sebaik-baik perhiasan dunia,jadi hargailah dengan kelembutan dan kasih sayang,didiklah agama yang seeloknya. k bye!!
loading...

Lelaki Lebih Manja Ketika Sakit Demam & Selesema

Tiada ulasan




Lelaki Lebih Manja Ketika Sakit Demam & Selesema | Untuk yang sudah berkahwin akan tahu,tetapi kalau belum jangan mengatal nak manje-manje k. Ternyata lelaki bila tidak sihat akan manje, tak caya? tengok suami anda pasti nak manje lag-lagi yang sudah punyai anak, lama tak dapat belaian isteri dan biarkan isteri memberi layanan sepenuhnya kepada anak-anak tetapi bila suami sakit dia tidak terdaya menutup rasa manjenya yang ingin dibelai oleh isteri.

Kajian pertubuhan kesihatan pengguna The Engage Mutual melaporkan sebanyak 57% lelaki mengharapkan perhatian dan simpati apabila sakit, manakala 2/3 suka merengek dan merungut.

Lelaki juga menganggap selesema biasa sebagai demam dan sedikit pening kepala sebagai migrain. Mereka mahu dilayan seperti seorang anak kecil tetapi pada masa yang sama mahukan si isteri melaksanakan urusan rumah tangga seperti biasa.

Penyelidik percaya keadaan itu terjadi berpunca daripada gen MicroRNAs yang mempunyai hubungan dengan fungsi imun dan dikeluarkan oleh kromosom X.

Wanita lebih upaya menentang komplikasi akibat kecederaan atau jangkitan kerana mereka memiliki dua kromosom X berbanding satu yang dimiliki oleh lelaki.

Pakar perbidanan dan sakit puan berkata suami perlukan isteri untuk menjaga mereka ketika sakit kerana kajian menunjukkan lelaki antara 20 dan 40 tahun jarang bertemu doktor.

Lelaki biasanya takutkan doktor dan apabila sakit sedikit, mereka sangat risau. Hahahaha hanya isteri yang dapat ubatinya.
loading...

Khamis, 26 November 2015

Ketahui 7 Jenis Wanita Yang Sering Diceraikan Oleh Suami Mereka

2 ulasan
Wanita Cantik - sebagai gambar hiasan


Ketahui 7 Jenis Wanita Yang Sering Diceraikan Oleh Suami Mereka | Ketahui umun,wanita zaman sekarang lagi ramai dari lelaki,jangan ingat put nak cerita lelaki boleh kahwin ramai,ni nak cerita kenapa dan jenis wanita yang sering kali dicerai oleh suami mereka.
Rasulullah s.a.w bersabda, "Mahukah kamu keberitahu suatu harta simpanan (perhiasan) yang sangat baik? Iaitu wanita solehah, yang apabila kamu melihatnya, ia menyeronokkan. Apabila kamu perintah, dia patuh. Dan apabila ditinggal pergi, dia selalu menjaga diri dan harta suaminya." - (Riwayat Abu Dawud)
Kalau dilihat dia menyenangkan, itu disebabkan budi yang luhur, pakaian bersih, dandanan yang serasi di hadapan suaminya & berusaha yang terbaik untuk tampil menarik hanya di depan suami & anak-anaknya.
Jika diperintahkan, dia akan patuh, menunjukkan ketaatan & baktinya pada suaminya. Dia ingin selalu memberikan kepuasan bagi suaminya.
Sentiasa memelihara diri & harta suaminya, menggambarkan betapa besar kekuatan agama & ketebalan imannya terhadap Allah s.w.t dan Rasul-Nya. Apabila suaminya tidak ada, dia tetap memelihara kehormatan diri dan harta suaminya.
Bila seorang wanita tidak solehah & mempunyai sifat atau kebiasaan yang buruk, suka menyusahkan suaminya tentulah itu bukan perhiasan bagi seorang suami. Bahkan, boleh jadi suami tidak suka bersamanya, kemudian menceritakannya.
Jika engkau, wahai isteri menginginkan rumah tangga yang bahagia di dunia & akhirat, buanglah jauh-jauh dari dirimu tujuh sifat tersebut. Jika tidak, engkau celaka di dunia dan akhirat .
Berikut ini tujuh jenis wanita yang sering diceraikan suami.
1. Tidak punya rasa malu . Yang tidak malu melakukan hal-hal yang dilarang Allah s.w.t. Dia jauh dari sifat takwa dan banyak melakukan maksiat.
2. Ausyarah (kotor) iaitu tidak pandai mengatur rumah, malas mengemas diri, dan malas melakukan apa-apa sehingga dirinya, anak-anak dan rumahnya kotor dan tidak menyenangkan.
3. Asysyakasah (berani/mencabar) iaitu suka membebankan suaminya di luar kemampuannya sehingga mendorong suami melakukan hal hal yang dimurkai Allah s.w.t.
4. Innah (berani/mencabar) yang tidak mahu diperintah suaminya untuk melakukan hal-hal yang baik. Berani melanggar apa yang diperintahkan, bahkan menentang si suami dengan tetap melakukan maksiat.
5. Bitnah (mementingkan isi perut dan banyak menuntut) yang tidak suka berinfak dan enggan mengeluarkan zakat. Selalu terkumpul harta kekayaan dan mengenyangkan perut dengan makanan-makanan yang tiada habisnya. Tidak terlintas dibenaknya untuk menyumbangkan kepada fakir miskin dan anak yatim. Untuk memenuhi segala keinginan nafsunya, dia mendorong suaminya untuk melakukan hal-hal yang boleh mendatangkan kemurkaan Allah s.w.t.
6. Bahriyah (mendorong suami untuk berbuat jahat) iaitu selalu menghalang suami untuk berbuat baik. Jika melihat suami menyisihkan beberapa peratus dan pendapatan untuk zakat dan infak, dia sibuk mencerca dan mengadu pada suami tentang keadaan ekonomi rumah tangga, keperluan anak yang semakin membesar, pakaian yang telah koyak, kasut yang telah usang dan sebagainya sehingga suami menjadi ragu- ragu.
7. Tidak aktif iaitu malas berbuat apa-apa. Tidak mempunyai keinginan untuk menambah ilmu duniawi maupun ukhrawi .

Apa-apa pun semua manusia inginkan pasangan sempurna,hakikatnya kita sebagai manusia tidak sesempurna seperti Rasulullah s.a.w. tetapi kita sebagai pelengkap,mana suami kurang isteri akan melengkapkan dan sebaliknya,suami yang baik untuk isteri yang baik,jika dapat mana-mana kurang cuba muhasbah diri.. jangan salahkan satu pihak sahaja. Selamat tiap-tiap malam jumaat.hehehe

utaranews
loading...

Rabu, 25 November 2015

Jangan Jemur Seluar Dalam & Baju Dalam Di Dalam Rumah

Tiada ulasan


Jangan Jemur Seluar Dalam & Baju Dalam Di Dalam Rumah | Ramai di kalangan kita sudah terbiasa menjemur pakaian di dalam rumah, malah pakain dalam sekali pun, ada beberapa faktor menyebabkana anda menjemur di dalam rumah kerana malu pakaian dalam dijemur diluar rumah terutama gadis-gadis, dan ada juga diesebabkan faktor reka bentuk rumah itu sendiri yang tiada balkoni atau tempat jemur kain. Bila anda selalu jemur pakain di dalam rumah pengcahayaan matahir kurang masuk dan membuat pakain anda lembab dan kurang kering, faktor ini mempengaruhi bakteria yang tidak baik akan menghuni pakaian anda terutama pakaian dalam.

Apabila pakaian anda tidak kering akan menyebabkan :
-Boleh jadi kanser
jikan anda seorang yang suka menggunakan pelembut dan pewangai selepas mencuci pakaian,seharusnya anda perlu mengetahui kandungan acetaldehydes yang tinggi sebenarnya mampu menjadi penyebab utama jengkitan kanser.apabila anda menjemur pakaian dalam rumah udara yang anda sedut yang di hasilkan oleh pewangi pakaian akan sangat berbahaya.
-Alergi dan gatal gatal
Memakai seluar dalam yang kering dari udara yang lembab akan memudahkan bakteria membiak selain itu kuman yang ada dalam seluar dalam tidak akan hilang dengan bersih dan akan mengakibatkan rasa gatal di sekeliling kemaluan.
Udara yang terperangkap di dalam rumah boleh menjadi bakteria. Kalau anda yang ada masalah kulit, kena belajar elak jemur kain di dalam rumah, ya. Sebab ini salah satu faktor utama anda mengalami alergi (ruam) dan masalah gangguan pernafasan.
-Beracun
Pernah tak anda basuh kain dan terlupa nak sidai dan akhirnya kain yang dibasuh bertukar bau jadi busuk walau pun pakaian sudah direndam pelembut. Ya, itulah racun. Hanya dalam jangka waktu tertentu, udara yang disedut beri kesan buruk kepada kesihatan kepada anda tanpa disedari.
-Asma
Pengeringan pakaian di dalam ruangan akan meningkatkan kelembaban ruangan dan menyebabkan kenaikan debu. Ini adalah satu alasan utama penyebab asma dan alergi.
- Lemahkan sistem ketahanan tubuh
Boleh melemahkan sistem ketahanan tubuh kalau selalu amal jemur kain dalam rumah. Jadi tidak pelik kalau anda cepat selesema, demam atau mungkin diserang pelbagai penyakit lain.
Jalan penyelesaiannya, anda boleh sediakan tempat jemuran di luar rumah. Kalau tiada tempat sangat, cuci kering lagi selamat. Cuma jimat tidak begitu nak menjadilah!
Terpulang kepada anda, ingin menjaga kesihatan anda sendiri,jika anda ada anak kecil jadi berhati-hatilah kerana anak kecil kulitnya sensitif. Selamat Menjemur Pakaian....
loading...

Peti Ais Berbau??? Nah 5 Cara Hilangkan Bau Peti Ais

Tiada ulasan


Peti Ais Berbau??? Nah 5 Cara Hilangkan Bau Peti Ais | Memang seronok mempunyai peti ais baru dan besar, kebanyakkan suri rumah atau isteri memang sukakan petia ais besar ruang yang besar kerana senang nak simpan pelbagai makanan dan minuman di dalam peti ais agar bahan atau barang tersebut tahan lama, tetapi tahukah anda bila terlampau banyak makanan dan minuman di dalam petia ais dan disimpan lama akan menghasilakan pelbagai bau yang tidak diingini dan busuk.
Namun begitu, kebiasannya peti ais yang bermasalah seperti tidak sejuk berpotensi untuk mewujudkan bau yang sungguh teruk dan membuatkan anda muntah.
Oleh itu,nak kongsikan sedikit tips bagaimana nak hilangkan bau peti ais:
1. Gunakan roti sebagai penyerap bau
•Caranya: keluarkan roti dari plastik, masukkan 2-3 keping roti di dalam peti ais, selama 5- 14 hari sehingga roti menjadi kering. Roti akan menyerap segala bau di dalam peti sejuk.
2. Menggunakan esen vanilla sebagai penyedap bau
•Caranya: Sediakan mangkuk air paip dan titiskan beberapa titik esen vanilla dan letakkan dalam peti ais . Kesannya ia akan mengeluarkan bau yang harum.
•Cara Kedua: Selesai membersih peti ais, tuangkan sedikit esen vanilla pada sehelai kain bersih dan sapukan ke seluruh bahagian peti ais dan susun kembali barang seperti biasa. Kesannya peti ais akan berbau segar.
3. Menggunakan arang untuk menyerap bau peti ais
•Letakkan 2-3 ketul arang di dalam peti ais. Arang tadi berfungsi menyerap segala bau yang kurang enak di dalam peti ais.
•Cara kedua: Letakkan ketulan arang tadi bersama dengan beberapa hirisan buah limau purut. Bau itu akan hilang dengan sendirinya.
4. Menggunakan nenas sebagai penyerap bau
•Caranya: Letakkan beberapa kepingan kulit nenas ke dalam peti ais. Biarkan selama beberapa hari sehingga kulit nenas kecut lalu, gantikan dengan kepingan kulit nenas yang baru.
5. Soda Bikarbonat
•Caranya: Ambil beberapa sudu soda dan bancuhkannya bersama air. Ambil kain dan lapkan di sekeliling bahagian peti ais. Hasilnya bau akan lebih cepat hilang.

Put harap artikel dan tip ini sangat berguna untuk anda dan semoga peti ais anda tidak berbau lagi,katakan tidak kepada peti ais berbau busuk. ** pesanan,jangan beli peti ais second hand kerana dikhuatiri mudah rosak,tidak berapa sejuk dan bagi orang islam perlu samak dahulu takut owner lama adalah bukan dari agama islam.
loading...

Selasa, 24 November 2015

5 PERKARA ANDA PERLU TAHU TENTANG WANITA KELANTAN

6 ulasan
sekadar gambar hiasan
 
Nak cerita sedikit, put pun dari kelantan, tapi artikel ni tak payah sangatlah guna bahasa kelantan nanti ramai tak reti nak baca,kihkihkih.. Kali ni nak kongsikan 5 perkara yang anda perlu tahu pasal wanita kelantan, baru-baru ini viralnya video gadis pukul kawan,memang nampak ganas tetapi bersebab, mungkin mereka yang tahu kita jangan cepat menunding jari ke atas mereka dan kes buli atau pukul seeloknya diselesaikan dengan cara baik. Gadis kelantan ni korang nampak jer mereka macam-macam perangai,put pernah merata tinggal di negeri lain,banyak perempuan luar tak berapa nak suka dengan wanita kelantan,macam-macam diorang cerita,kebanyakkannya perkara buruk,betul ke tidak put tak tahu,bagi put wanita mana-mana negeri pun ada baik ada tak berapa baik.

Tapi kita tak boleh nafikan yang lelaki dari negeri lain suka sangat dengan gadis kelantan,nak tahu kenapa?? baca sampai habis.

1. Jangan tipu bab berniaga – wanita Kelantan memang pandai bisnes. Tengok saja Pasar Siti Khadijah di Kota Bharu penuh dengan peniaga perempuan.  Pengasas kosmetik Dnars dan Qu Puteh pun dari sana, orang lelaki mereka tak tahu lah di mana. Jadi jangan lah nak tipu bab berniaga ni dengan mereka.

2. Awas tergoda –  selalu kita dengar orang kata orang perempuan Kelantan terutama dari Pasir Mas cantik-cantik. Tak tahulah kebenarannya. Sebab cantik nilah ramai lelaki cair, tak caya tengok Neelofar.

3. Mulut manis - tengok saja kalau berniaga macam mana mereka pujuk untuk pelanggan beli. Walau guna loghat Kelantan tapi kedengaran lembut saja, sebab tu ramai yang terjerat nak beli. Ini lagi satu faktor orang lelaki cair.

4. Berdikari -  kalau dah lebih ramai perempuan di sana berniaga, orang lelaki tak nampak di mana tak cukup berdikari lagi kah.

5. Berani dan cekal – contohnya boleh tengok yang dalam video viral itu lah. Rasanya perempuan penakut takkan buat macam tu.

Mek-mek Kelate yang baca ni mesti setuju kan. Giler tak setuju!

petikan dari Sinar Harian
loading...

Isnin, 23 November 2015

Nak Cantik?? Ikut 5 Langkah Ibadah Yang Bisa Menambah Kecantikan Anda

Tiada ulasan


Nak Cantik?? Ikut 5 LangkahIbadah Yang Bisa Menambah Kecantikan Anda | Dan tidaklah Aku menciptakan jin & manusia melainkan untuk beribadah kepadaKu” (QS. Adz Dzariyat: 56) itulah firman Allah SWT Salah satu firman tentang solat. Ingat jangan nak cantik jer beli produk kecantikkan,beli tu beli ni make up sana sini, ibadah paling mujarat kalau nak cantik sebab dia cantik dalaman, air muka nampak bersih dan sayu jer tengok.
Ibadah merupakan bentuk ketundukan & ketaatan kepada Allah yang telah menciptakan manusia & alam semesta. Tujuan ibadah harus semata-mata ikhlas kepadaNya, bukan dalam rangka untuk kepentingan duniawi dan lainnya.
Menrisik tajuk, ibadah apa saja kah yang bisa membuat seorang muslimah itu nampak cantik
1. Wudhu
Wudhu merupakan ibadah untuk mensucikan diri dari hadas kecil. Ketika seorang muslimah hendak menunaikan solat, salah satu syarat sahnya adalah suci dari hadas kecil. Jika ia berhadas kecil, ia wajib berwudhu terlebih dahulu.
Wudhu sehari semalam minimal lima kali membuat wajah lebih bersih dari kotoran, debu, dan bekas kosmetik.
“Air dapat menghilangkan zat najis dan baunya yang tidak enak, yang mengganggu setiap orang,” tulis Syaikh Ali Ahmad Al Jurjawi ketika menjelaskan hikmah dan rahasia wudhu dalam buku Indahnya Syariat Islam, “Bau ini jika bercampur dengan udara lalu masuk ke tubuh akan merusak kesehatan. Karena dapat masuk dengan sangat mudah ke lubang terkecil seperti pori-pori..”
Dalam buku Rahasia Sunnah Nabi, Syaikh Abdel Deem Kaheel mengutip hasil studi Julia Serge dari National Intitute for Human Genome Research yang menemukan banyak jenis bakteri hidup di kulit. Di lengan saja, terdapat 44 jenis bakteri.
Profesor Leopold Werner von Ehrenfels, psikiater sekaligus neurology asal Austria menemukan hal menakjubkan dalam wudhu. Ternyata wudhu mampu merangsang pusat syaraf dalam tubuh manusia dikarenakan keselarasan air wudhu dan titik-titik syaraf.
DR. Sagiran, M.Kes, Sp.B dalam buku Mukjizat Gerakan Shalat menuliskan: “Membasuh wajah, kedua tangan hingga kedua siku dan seluruh anggota wudhu secara umum memiliki manfaat yang sangat besar dalam menghilangkan keringat dan kuman-kuman dari permukaan kulit. Air wudhu juga berfungsi membersihkan kulit dari kandungan minyak yang tertahan di kelenjar kulit.”
Tak heran jika wanita yang rajin berwudhu, wajahnya lebih bersih dan memancarkan aura kecantikan yang khas. Jika Anda tak percaya, coba bandingkan orang yang sama-sama berasal dari suku yang terkenal warna kulitnya agak gelap. Ternyata wanita muslimah –yang tentu saja biasa berwudhu- wajahnya lebih mudah dikenali dengan pancaran kecantikan yang lebih ‘bersinar’ meskipun sama-sama tidak putih.
2. Solat, terutama shalat tahajud
Solat merupakan tiang agama. Selain memiliki banyak keutamaan, shalat juga memiliki manfaat untuk menambahk kecantikan muslimah. Kok bisa?
Dalam shalat, seorang muslimah menghadap Allah dengan hati, jasad dan ucapannya. Menghadap dengan hati maksudnya adalah menghadirkan kekhusyu’an.
Menghadap dengan jasad karena shalat tidak sah kecuali jika rukun-rukunnya dikerjakan mulai dari niat hingga salam. Di dalamnya ada berdiri, ruku’, sujud dan duduk; kombinasi gerakan-gerakan yang menakjubkan. Sedangkan menghadap dengan ucapan atau lisan karen dalam shalat ada bacaan Al Qur’an, doa dan dzikirnya masing-masing sebagaimana telah diajarkan Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam.
Dalam buku Mukjizat Gerakan Shalat diungkap banyak manfaat shalat dari segi medis dan psikologis. Dengan disertai sejumlah penelitian tentang gerakan-gerakan shalat, diketahui bahwa shalat membawa manfaat yang luar biasa.
Di antara manfaat fundamental shalat secara psikologis adalah melahirkan ketenangan. Sedangkan secara medis, gerakan-gerakan shalat bisa melancarkan peredaran darah. Perpaduan dua aspek ini saja sudah cukup untuk membuat wajah seorang muslimah lebih berseri-seri dan bercahaya.
Secara khusus, shalat tahajud disebutkan Rasulullah dalam kaitannya dengan wajah yang berseri-seri tersebut. Beliau shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
عَقِدَ الشَّيْطَانُ عَلَى قَافِيَةِ رَأْسِ أَحَدِكُمْ إِذَا هُوَ نَامَ ثَلاَثَ عُقَدٍ ، يَضْرِبُ كُلَّ عُقْدَةٍ عَلَيْكَ لَيْلٌ طَوِيلٌ فَارْقُدْ ، فَإِنِ اسْتَيْقَظَ فَذَكَرَ اللَّهَ انْحَلَّتْ عُقْدَةٌ ، فَإِنْ تَوَضَّأَ انْحَلَّتْ عُقْدَةٌ ، فَإِنْ صَلَّى انْحَلَّتْ عُقْدَةٌ فَأَصْبَحَ نَشِيطًا طَيِّبَ النَّفْسِ ، وَإِلاَّ أَصْبَحَ خَبِيثَ النَّفْسِ كَسْلاَنَ
“Setan membuat tiga ikatan di tengkuk (leher bagian belakang) kalian ketika tidur. Di setiap ikatan setan akan mengatakan, “Malam masih panjang, tidurlah!”. Jika dia bangun lalu berdzikir pada Allah, lepaslah satu ikatan. Kemudian jika dia berwudhu, lepas lagi satu ikatan. Kemudian jika dia mengerjakan sholat, lepaslah ikatan terakhir. Di pagi hari dia akan bersemangat dan bergembira. Jika tidak melakukan seperti ini, dia tidak ceria dan menjadi malas.” (HR. Bukhari dan Muslim)
Senada dengan hadits itu, sebagian tabi’in mengatakan bahwa dengan mengerjakan shalat malam, wajah akan berseri-seri. Bahkan dalam sebuah riwayat disebutkan kaitan langsung antara shalat tahajud dengan wajah yang berser-seri.
مَنْ كَثُرَتْ صَلاَتُهُ بِاللَّيْلِ حَسُنَ وَجْهُهُ بِالنَّهَارِ
“Barangsiapa banyak mengerjakan shalat di malam hari, wajahnya akan berseri di pagi hari” (HR. Ibnu Majah)
3. Puasa
Puasa juga bisa membuat seorang muslimah lebih cantik. Kok bisa? Puasa adalah ibadah spesial yang intinya menahan diri. Menahan diri dari lapar dan dahaga, menahan diri dari nafsu dan syahwat, menahan diri dari amarah dan mengendalikan emosi.
Puasa secara psikologis terbukti membawa ketenangan dan kedamaian yang bersumber dari kesabaran. Ketenangan dan kedamaian berpengaruh kepada fisik dalam membentuk guratan-guratan wajah yang lebih teduh dan anggun.
Sedangkan kaitannya dengan medis, puasa terbukti membantu meningkatkan kesehatan percernaan. Orang yang rajin berpuasa sunnah relatif lebih sehat dan aman dari gangguan sakit mag dan sejenisnya. Selain itu, rutin puasa sunnah merupakan salah satu diet yang efektif untuk menjaga tubuh muslimah relatif langsing.
4. Zakat dan Sedekah
Zakat dan sedekah merupakan amal maliyah. Amal yang intinya adalah mengeluarkan harta. Memberikannya kepada orang yang berhak menerima (8 mustahik dalam zakat).
Mengeluarkan zakat dan sedekah merupakan bentuk kepedulian sosial. Sikap empati kepada penderitaan sesama, sekaligus anti-kikir dan cinta-dunia.
Kecintaan yang berlebihan kepada dunia yang ditunjukkan dengan sikap kikir, pelit, dan sejenisnya pada hakikatnya adalah mengekang jiwa dalam ketakutan. Orang yang dihantui ketakutan dan kekhawatiran –khususnya takut kehilangan harta- cenderung rentan stres. Dan stres itu akan berpengaruh dalam wajah. Kita bisa mengamati bagaimana perbedaan wajah orang yang takut dengan orang yang sedang gembira. Demikianlah pengaruh zakat dan sedekah dalam membentuk wajah muslimah.
5. Dzikir
Ibadah berikutnya yang berefek pada kecantikan muslimah adalah dzikir. Mengingat Allah. Mengapa? Sebab dengan berdzikir hati akan menjadi tenang.
الَّذِينَ آمَنُواْ وَتَطْمَئِنُّ قُلُوبُهُم بِذِكْرِ اللّهِ أَلاَ بِذِكْرِ اللّهِ تَطْمَئِنُّ الْقُلُوبُ
“(Yaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah-lah hati menjadi tenteram” (QS. Ar Ra’d : 28)

Apa-apa pun ibadah wajib kita ikut sebagai hamba Allah s.w.t. dan sebagai umat Rasul kita iaitu Rasulullah s.a.w..
loading...

Ahad, 22 November 2015

( Full Video ) Konsert Gegar Vaganza 2015 minggu ke 6

Tiada ulasan


( Full Video ) Konsert Gegar Vaganza 2015 minggu ke 6 | Sekarang sudah fenomena setiap malam hari ahda pasti semua duk rumah jer,sanggup tak keluar jalan-jalan kerana nak tengok live konsert gegar vaganza penyanyi otai Malaysia, put sendiri pun tidak terkecuali. Siaran langsung program realiti nyanyian Gegar Vaganza yang disertai oleh 12 peserta otai dalam industri hiburan tanah air akan menemui penonton mulai 18 Oktober 2015 pada setiap Ahad menerusi saluran Astro Ria (104) dan saluran Astro Ria HD. Berikut adalah senarai peserta dan jadual waktu siaran langsung Gegar Vaganza 2015. Sekarang tarikh 22/11/2015 adalah konsert gegar vaganza minggu ke 6. Jom layar video artis-artis tanah air yang masih berbisa. Mana yang tak sempat tengok semalam secara live bolehlah tonton link video ni..













Terkeluar minggu ke 6 ialah Nizam Laksamana









loading...

Sabtu, 21 November 2015

Petua Mudah Dan Berkesan Putihkan Gigi Kuning Anda Dengan Hanya RM 1.50

1 ulasan

Petua Mudah Dan Berkesan Putihkan Gigi Kuning Anda Dengan Hanya RM 1.50 | Mereka yang di luar sana masih mencari atau tercari-cari cara putihkan gigi secara petua dan mudah teruskan membaca artikal ini. Jangan bazirkan duit anda dengan produk atau treatment gigi yang mahal, sebenarnya ada cara mudah dan berkesan tanpa anda keluarkan duit dengan banyak di anggarkan petua ini hanya memerlukan tidak lebih RM1.50 jer... Sebenarnya tidak perlu keluar modal pun tak pa kalau kat kampung kerana bahan ini senang dicari di sana.


Bahan-bahan:
1 sudu soda bikarbonat
lemon atau limau nipis
Cara penyediaan:
Ambil 1 sudu soda bikarbonat dan 1 hiris limau nipis.
Perah limau nipis dan sebatikan dengan soda bikarbonat.
Gosok pada gigi selama 2 hingga 3 minit.
P/s: Untuk kesan yang efektif & untuk gusi yang sensitif, bolehlah cuba cara ini dua kali seminggu.
Selamat mencuba.
Jika artikel ini berguna jangan lupa share supaya kawan-kawan kita dapat tips putihkan gigi agar gigi sihat dan rupa anda nampak cantik.

sumber eberita.org
loading...
LIKE PAGE KAMI UNTUK BERITA TERKINI Button Close