Ada 3 Cara Untuk Hilangkan Perut Menggeleber Selepas Bersalin | Seringkali terdengar keluhan si ibu selepas melahirkan anak atau selepas tamat tempoh berpantang. Badan nampak kurus, berat juga turun namun ‘kangaroo pocket’ atau ‘spare tyre’ masih jelas kelihatan. Dua istilah ini sering digunakan bagi menggambarkan lebihan lemak serta perut yang menggeleber. Dan perut si ibu takkan kembali seperti perutnya di masa anak dara, hakikatnya setiap ibu yang baru lepas bersalin ingin menjaga bentuk badan dan perut sekurangnya masih nampak mantap dan boleh bergaya dengan baju kebaya.
Usah bimbang, ianya normal bagi semua wanita selepas bersalin. Malah bagi yang melahirkan melalui pembedahan ‘caesarian’ ia lebih jelas kelihatan. Bayangkan 9 bulan 10 hari membawa seorang bayi di dalam kantung perut. Sudah pasti lebihan lemak akan jelas kelihatan sebaik sahaja bayi keluar. Itu sudah lumrah, tetapi anda jangan ambil mudah walau pun geleber lemak banyak anda kenelah jaga juga kerana ingin nampak sentiasa cantik di mata suami,jangan biarkan sahaja,nanti lama-lama suami cari dua,hehehhe menangis anda.
Antara cara pantas bagi menyembunyikan lebihan lemak di perut :
1. Memakai ‘girdle’ atau ‘korset’
Bagi ibu yang telah tamat tempoh berpantang, penggunaan girdle dapat membantu menahan lemak berlebihan serta memberikan impak segera perut yang lebih leper. Justeru tidak perlu malu untuk menggayakan pakaian yang anda gemari. Yang penting, dapatkan girdle dengan material yang berkualiti dan selesa.
2. Penggunaan krim ‘limau nipis’ dan kapur
Petua orang lama, ambil satu sudu kapur sirih atau kapur makan. Perahkan sebiji limau nipis. Lumurkan di bahagian perut dan pakai bengkung bagi mengelakkan baju kotor. Ia sedikit ‘pedih-pedih’ di awalnya. Pakai ini sebelum masuk tidur. Kesannya cepat, malah anda boleh mengukur berapa inci lemak yang hilang sebaik sahaja bangun pagi keesokannya.
3. Menyusukan anak dengan pakaian yang sesuai
Malu juga mahu menyelak baju meskipun di depan suami dan mertua, bimbang nampak ketara perut yang belum kempis. Apatah lagi jika si anak mahu menyusu dengan kerap. Sudah habis tempoh berpantang, namun perut masih buncit!
Memakai pakaian yang sesuai dapat membantu menyorok perut. Penggunaan blaus berbutang di bahagian hadapan serta baju yang khas untuk menyusu atau nursing wear amat membantu. Ibu tidak perlu lagi menyelak baju dari bawah pinggang serta mendedahkan bahagian perut. Ianya bukan sahaja melindungi perut buncit, malah menjaga aurat ibu di samping memberikan rasa selamat dan bimbang jika terdedah bahagian badan ketika mahu menyusukan anak.
*Artikel ini adalah tulisan oleh Aida Fazlin dari mumsluv.com
Tentang Aida Fazlin
Kini bekerja sebagai Pengarah Operasi Mumsluv Nursing Wear. Merupakan bekas pensyarah Kimia di salah sebuah Kolej Persediaan Pelajar. Melepaskan jawatannya pada Ogos 2013 bagi menumpukan perhatian kepada anak-anak. Beliau juga telah memulakan perniagaan sendiri sebagai pengeluar baju menyusu di bawah label Mumsluv. Beliau mempunyai minat mendalam terhadap fesyen muslimah, penyusuan bayi serta pendidikan awal kanak-kanak secara alami.
loading...
Tiada ulasan :
Catat Ulasan