Cara-cara nak tambahkan berat badan:
Tambah Kalori - kalori diperlukan oleh badan kita untuk membuat kita bermaya melakukan kerja kerana kalori memberi tenaga yang baik untuk badan tetapi jika kalori berlebihan amat-amat bahaya.
Makan yang sesuai ialah menambahkan menu telur, ikan, berbagai produk susu dan daging.
Selang-seling makan - Anda seharusnya memakan paling kurang 6 kali sehari, 3 kali makanan berat seperti nasi dll dan makanan ringan pula seperti minum petang,makan goreng pisang buah-buahan kering, energy bar, granola, Chikki dan laddoo.
Jangan Minum Sebelum Makan - Air diperlukan oleh badan sekurangnya 8-10 gelas sehari, namun jangan minum sebelum makan atau selang-seling makan sikit minum makan sikit minum.
Bersukan - Anda seharusnya bersukan seperti joging, gym, bermain bola dll. Jika nak badan macam abang sado pergilah gym.
Suplemen - Suplemen juga mampu mempercepat proses penambahan berat badan, diantaranya adalah suplemen penambah massa otot dan susu penambah berat badan.
Jika Anda terlalu kurus, sebaiknya jangan melakukan latihan beban secara berlebihan kerana dapat berisiko dan lebih cenderung untuk cendera seperti otot koyak, insomnia, kelelahan, bahkan hingga depresi. Sebaiknya lakukan latihan beban secara bertahap dari beban yang Anda mampu dan jangan terlebih.
Bagi put berat yang ideal sangat sesuai kerana nampak tegak,hensem dan cantik, yang penting sihat dan tidak mudah dapat penyakit. Ini sahaja yang put tahu nak tambah berat badan kerana put sudah alaminya.. Selamat mencuba.
loading...
Tiada ulasan :
Catat Ulasan