loading...

Rabu, 25 November 2015

Peti Ais Berbau??? Nah 5 Cara Hilangkan Bau Peti Ais

Tiada ulasan


Peti Ais Berbau??? Nah 5 Cara Hilangkan Bau Peti Ais | Memang seronok mempunyai peti ais baru dan besar, kebanyakkan suri rumah atau isteri memang sukakan petia ais besar ruang yang besar kerana senang nak simpan pelbagai makanan dan minuman di dalam peti ais agar bahan atau barang tersebut tahan lama, tetapi tahukah anda bila terlampau banyak makanan dan minuman di dalam petia ais dan disimpan lama akan menghasilakan pelbagai bau yang tidak diingini dan busuk.
Namun begitu, kebiasannya peti ais yang bermasalah seperti tidak sejuk berpotensi untuk mewujudkan bau yang sungguh teruk dan membuatkan anda muntah.
Oleh itu,nak kongsikan sedikit tips bagaimana nak hilangkan bau peti ais:
1. Gunakan roti sebagai penyerap bau
•Caranya: keluarkan roti dari plastik, masukkan 2-3 keping roti di dalam peti ais, selama 5- 14 hari sehingga roti menjadi kering. Roti akan menyerap segala bau di dalam peti sejuk.
2. Menggunakan esen vanilla sebagai penyedap bau
•Caranya: Sediakan mangkuk air paip dan titiskan beberapa titik esen vanilla dan letakkan dalam peti ais . Kesannya ia akan mengeluarkan bau yang harum.
•Cara Kedua: Selesai membersih peti ais, tuangkan sedikit esen vanilla pada sehelai kain bersih dan sapukan ke seluruh bahagian peti ais dan susun kembali barang seperti biasa. Kesannya peti ais akan berbau segar.
3. Menggunakan arang untuk menyerap bau peti ais
•Letakkan 2-3 ketul arang di dalam peti ais. Arang tadi berfungsi menyerap segala bau yang kurang enak di dalam peti ais.
•Cara kedua: Letakkan ketulan arang tadi bersama dengan beberapa hirisan buah limau purut. Bau itu akan hilang dengan sendirinya.
4. Menggunakan nenas sebagai penyerap bau
•Caranya: Letakkan beberapa kepingan kulit nenas ke dalam peti ais. Biarkan selama beberapa hari sehingga kulit nenas kecut lalu, gantikan dengan kepingan kulit nenas yang baru.
5. Soda Bikarbonat
•Caranya: Ambil beberapa sudu soda dan bancuhkannya bersama air. Ambil kain dan lapkan di sekeliling bahagian peti ais. Hasilnya bau akan lebih cepat hilang.

Put harap artikel dan tip ini sangat berguna untuk anda dan semoga peti ais anda tidak berbau lagi,katakan tidak kepada peti ais berbau busuk. ** pesanan,jangan beli peti ais second hand kerana dikhuatiri mudah rosak,tidak berapa sejuk dan bagi orang islam perlu samak dahulu takut owner lama adalah bukan dari agama islam.
loading...

Tiada ulasan :

Catat Ulasan

LIKE PAGE KAMI UNTUK BERITA TERKINI Button Close