loading...

Sabtu, 19 Mac 2016

Jangan SESEKALI Basuh TELUR AYAM selepas beli.

Tiada ulasan



Jangan SESEKALI Basuh TELUR AYAM selepas beli. | Mohon Bantu Share!! Ramai Yang Tidak Tahu Jangan Sesekali Basuh Telur Ayam Selepas Beli, Ini Sebab Bahayanya!
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat pembaca blog shar .

Saya doakan semoga Allah jadikan kita kaya dan berjaya di dunia dan akhirat.
Hari ini, saya nak kongsi kisah pesanan tentang telur ayam ni bersama anda. Kenapa kisah telur ayam pulak?? baca ajelah ya.

Alhamdulillah, ada manfaatnya dari kisah ini yang berguna kepada kita bersama. Ini kisah dari blog ke blog, just saya nak share sahaja. Harap Maklum.

BERSAMA TAUKE TELUR AYAM

Pagi Sabtu semalam, Abu ( bukan nama sebenar ) ke pasar pagi. Biasalah, hari cutikan.

Walaupun setiap hari abu cuti sebab hanya bekerja dari rumah tapi hari minggu tetap jadi pilihan untuk shopping.

Rasa hidup je pasar bila ramai orang.Shopping sorang-sorang tak best. Betul ke betul?

Sampai abu ke kedai pembekal telur ayam sambil membelek-belek telur yang ada.

Tapi yang abu hairan, banyak telurnya yang masih ada kotoran di kulitnya.

Jadi, apa lagi, boleh jadi bahan bualan bersama tuan kedai ditambah aduan juga.

Kotor ek telur ayam sekarang ni.Kalau basuh sebelum jual bagus ni, kata abu sambil memandang kepadanya.

Jawabnya

Salah tu. Jangan basuh telur kemudian simpan.Kat kulit telur tu ada pori-pori dan selaput protection.Itulah yang halang bakteria dan kotoran masuk dalam telur.

Kalau dah basuh, lapisan tu hilang,bakteria dan kotoran lagi mudah masuk.Telur makin cepat rosak, pesannya dengan tenang.

Kali pertama kot abu dengar benda ni.Jahiliyah sungguh rasa.
Habis tu cara betul macam mana? sambung saya lagi.

Balik simpan dalam peti terus. Lebih tahan lama.Nak goreng, rebus untuk makan. Masa tu baru basuh.Terus masak dan makan. Itu cara betulnya, jawabnya.

Mohon bantu share ya jika artikel ini bermanfaat

adududududdududhhhhhhh betul ke info ni?'

Korang buat macam mana ya?

JAWAPAN DARI SEORANG USTAZ






loading...

Tiada ulasan :

Catat Ulasan

LIKE PAGE KAMI UNTUK BERITA TERKINI Button Close