loading...

Selasa, 15 Mac 2016

Petua Buang Tahi Telinga Keras

Tiada ulasan


Petua Buang Tahi Telinga Keras | Korang semua cari petua nak buang tahi telingan yang keras?? Korang sudah berada di tempat yang betul. Tahi telinga menjadi keras disebabkan banyak faktor, salah satunya jarang korek telinga. Bila tahi telinga keras boleh buat pendengaran anda jadi dengung dan gegedam telinga tidak control buat anda jadi ening seketika. Bukan itu sahaja,tahi telinga keras ni buang rasa tak selesa dan terkorek-korek dengan jari. Lagi satu jangan korek dengan cotton bud kerana cotton bud boleh menyebabkan tahi telinga keras tadi beralih ke arah lain atau tahi telingan keras akan masuk lagi dalam,lagi susah nak keluarkan nanti. Nak tak nak mesti kene korek juga kasi tahi telinga keras itu keluar dari telinga kita. Ada juga guna penyepit rambutlah, daun rokok lamalah korek telinga besilah macam-macam semuanya untuk sementara sahaja.

Oleh itu,kita perlu cari ikhtiar untuk keluarkan tahi telinga keras ini,ada juga terus ke klinik tapi ada di kalangan kita ni pemalu. Jadi tak nak sembang sampai subuh, nanti subuh entah ke mana, kita gatal sakit telingan,tahi telinga juga sedap tak da siapa kacau. K ni bahan paling mudah di cari dan mudah untuk keluarkan tahi telingan yang keras tu. 


Bahan yang diperlukan:


  • Minyak zaitun @ baby oil  " AMARAN!! Selain dari minyak ini jangan guna terutama minyak petrol! "
  • Air suam bukan air sejuk atau air panas,take note tu.
Cara-cara:
  • Titiskan baby oil @ minyak zaitun ke dalam telinga sebanyak 2-3 titis.
  • Sengetkan kepala supaya minyak itu dapat masuk betul-betul ke dalam telinga kita.
  • Buat selama 2-3 hari.
  • Hari ke-3/4, titiskan pula air suam ke dalam telinga.Air suam jer kan.
  • Sengetkan kepala biar air masuk dalam telinga. Boleh rasa sama ada masuk atau tak.
  • Tunggu beberapa minit.
  • Pergi ambil mangkuk atau pergi kat sinki dan sengetkan kepala. Tahi telinga yang keras macam batu dah jadi cair dan akan keluar dengan lancar. In Shaa Allah... berjalan lancar hendakNYA.

Nah!! senangkan.. jangan ambil remeh benda ni,tahi telinga keras sudah cair dan senang untuk dikorek dan keluar. Jangan lupa share..
loading...

Tiada ulasan :

Catat Ulasan

LIKE PAGE KAMI UNTUK BERITA TERKINI Button Close