loading...

Selasa, 15 Mac 2016

Polis Seksi Jadi Kurangkan Kes Jenayah

Tiada ulasan

Polis Seksi Jadi Kurangkan Kes Jenayah |  Haaa dengar jer tajuk dah gempak!! ala Polis Diraja Malaysia ( PDRM ) nak tirulah tu. Tak da saja jer, baca paper tak hari ini?? Pasal Polis Seksi jadi sebutan di sebuah negara.. Jom baca dari petikan di Harian Metro.

Mexico City: Satu unit polis yang anggotanya hanya wanita dengan beruniform ketat dan kasut bertumit tinggi dibubarkan kerana dianggap merosakkan imej pasukan polis.

Tindakan itu diumumkan Pengarah Polis Mexico yang berkata, anggota unit berkenaan kelihatan lebih seperti penari bogel daripada anggota polis.

Unit itu yang terdiri daripada 20 anggota, dipilih kerana bentuk badan mereka yang seksi, berpejabat di Aguascalientes, bandar di tengah Mexico.

Mereka menjadi terkenal pada 2013 selepas bergambar bersama Presiden Enrique Pena Nieto.
Nieto melawat unit pasukan itu selepas ia ditubuhkan seorang pesara tentera, Rolando Eugenio Hidalgo Eddy, yang berpendapat, unit itu baik untuk meningkatkan imej pasukan polis.

Seorang bekas anggota unit berkenaan yang kini diserapkan ke unit lain, Alma Rosa, menyambut baik langkah pembubaran itu.
 
“Sebelum ini, orang ramai yang menemui kami untuk membuat laporan terpinga-pinga kerana kami kelihatan bukan seperti anggota polis.

“Saya kini lebih selesa dengan penampilan saya selaku anggota polis sebenar. Dulu saya bangga. Tetapi kini saya lebih bangga,” katanya. - Agensi : Harian Metro




SEBAHAGIAN daripada anggota unit polis seksi yang dibubarkan.
loading...

Tiada ulasan :

Catat Ulasan

LIKE PAGE KAMI UNTUK BERITA TERKINI Button Close