loading...

Selasa, 8 Mac 2016

Petua Orang Kampung - Sakit Kepala dan Ubatnya

Tiada ulasan


Sakit Kepala sudah pasti jadi igauan setiap manusiakan, biasalah sakit kepala seperti pening-pening, berdenyut dan sebagai pasti korang semua pernah merasakan. Kali ni put nak kongsikan petua orang dulu-dulu, selalu petua orang dulu atau orang kampung ni lebih mujarat dari ubat moden sekarang. Petua ni pasti berguna pada mereka yang selalu sakit kepala.



Kenapa anda selalu sakit kepala??
 
Sakit kepala atau pening adalah berpunca dari saluran darah & sel-sel saraf terdapat diseluruh badan.Apabila sel saraf ini dibangkitkan maka rasa sakit akan dialami.Kesakitan berlaku akibat kerosakan tisu. Apabiila banyak tisu yang rosak maka rasa sakitnya akan lebih teruk.Bagi mengubati sakit kepala seeloknya mengubati punca sakit terlebih dahulu.Sekiranya terlalu kerap mungkin menandakan sakit barah otak dan sebagainya.

Punca-punca Sakit Kepala

i.Punca Dari Pakaian

Pakaian yang tidak sesuai seperti terlalu ketat di bahagian pinggang boleh menyebabkan pening kepala, begitu juga dengan bauan atau minyak wangi yang keterlaluan

ii.Punca Dari Cahaya

Anda boleh mendapat sakit kepala sekiranya anda duduk bertentangan dengan sumber cahaya yang terang

iii.Punca Dari Mata

Mata yang kabur dan kelabu bila melihat sesuatu dengan merenung boleh menyebabkan sakit kepala, begitu juga dengan cermin mata yang tidak sesuai kuasanya dan cermin yang kotor boleh menyebabkan sakit kepala

iv.Punca Dari Penyakit

Penyakit-penyakit seperti barah, migrain, Denggi, kencing manis, dan sebagainya boleh menyebabkan sakit kepala.

v.Punca Dari Kepala

Terlalu kerap berfikir dan stress yang tidak menetu menyebabkan sakit kepala terjadi.
 

Ubat sakit kepala

i.Ambil segemgam daun turi (ia seperti daun petai dan digunakan dalam membuat nasi lemak), lada sebanyak 7 biji, bawang putih beberapa ulas, dan ditumbuk kesemua bahan tersebut dan kemudian selepas ia halus dicampurkan pula dengan 1 sudu cuka dan diperapkan.Bubuhlah dikening mata anda selepas itu dan Insya-Allah akan sembuh segera.

atau

ii.Ambil cuka nipah/cuka biasa/air asam jawa/air limau nipis sekadar 1 sudu teh lalu diminum.

Semoga artikel petua cara orang kampung ini bermaaf untuk anda jangan kongsikan perkara berguna seperti ini.
loading...

Tiada ulasan :

Catat Ulasan

LIKE PAGE KAMI UNTUK BERITA TERKINI Button Close